Friday, January 1, 2010

Kayuhan Duet Tahun Baru

Date : 01 Jan 2010
Route : TKP24 - Highway Sg Long - TKP24
Start Time : 0730am
Distance : 13km
Riding Hours : 60 minutes
Average Speed : 15 - 20km/h
Sempena tahun baru...aku memulakan kayuhan pertama ngan wife aku sekitar highway Sg long..route yg selalunya ramai rider2 beginner(bukan beginner je..yg dah selalu kayuh)pun mengeluh gak sebab tak tahan nak melayan bukit 3 beradik...aku pun cuak gak ngan wife aku takut2 dia tak lepas...maklumlah ni first time aku bawak dia kayuh kat situ...tapi alhamdullillah berjaya gak dia melepasi halangan pertama bukit 3 beradik dengan selamba walaupun kelajuan semasa mendaki cuma 6km/h...halangan seterusnya bukit landai kat persimpangan kajang perdana ke Sg Long...pun berjaya gak...walaupun berkali-kali dia tanya kat aku "bang ada berapa banyak bukit lagi ni bang....lutut dah gigil ni" aku jawab "ada 2 lg".......tapi alhamdullillah semua lepas walaupun dengan kelajuan yang tak seberapa...


pemandangan bukit 3 beradik dari puncak persimpangan Kajang Perdana...huhhhhh letih tu bro..sayup2 je......

wife aku...dengan seluruh kederat yg ada akhirnya berjaya menyudahkan halangan pertama...

keletihan jelas terpancar kat wajah co pilot aku...jangan mengalah sikit je ni...

di persimpangan kajang perdana memasuki highway sg long

antara permandangan di sekitar highway Sg Long.......



No comments:

Post a Comment