Friday, January 22, 2010

Tazkirah Jumaat

MENYAHUT UNDANGAN MAJLIS

Islam adalah agama yang menitik-beratkan pengembangan institusi kemasyarakatan dalam pelbagai skop dan pendekatannya.Bagi memperkasa matlamat tersebut, Rasullah s.a.w bersabda: "Hak muslim ke atas muslim yang lain lima perkara. Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengurus jenazah, menyahut undangan dan menjawab ketika bersin." (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah.)

Para ulama telah membahagikan undangan majlis kepada dua bahagian.

*Pertama : Jemputan atau undangan majlis perkahwinan (walimatul urus). Para ulama bersepakat bahawa wajib menghadirinya apabila seseorang itu dijemput selagi tidak ada perkara yang menghalang pemergiannya. Sehubungan itu baginda Rasullah s.a.w. menegaskan: "Sesiapa yang tidak pergi menyahut undangan, maka dia telah menentang Allah dan Rasul-Nya." (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah).

*Kedua : Jemputan ke majlis yang bukan walimatul urus. Para ulama berpendapat bahawa menyahutnya adalah sesuatu yang digalakkan kecuali pendapat beberapa orang ulama mazhab Imam Syafie yang menegaskan bahawa ia tetap menjadi wajib.

Syarat wajib hadir menjadi haram atau boleh tidak hadir jika terdapat perkara-perkara berikut:

- Jika terdapat dalam walimatul urus minuman keras, kumpulan muzik yang melalaikan, percampuran para jemputan antara lelaki dan perempuan secara bebas serta kemungkaran yang lain yang boleh dianggap bercanggah dengan hukum Islam.

- Tuan rumah yang menjemput memang jelas dan dikenali masyarakat setempat sebagai kaki judi, bapa ayam atau sering menganjurkan program maksiat seperti karaoke dan sebagainya.

- Jika yang menjemput itu bukan Islam

- Tidak membezakan jemputan dari kalangan orang kaya di satu tempat dan yang miskin di tempat yang lain.

- Makan yang disediakan adalah haram untuk dimakan atau dimunum.

- Jika jemputan itu bersifat umum, seperti meletakkan sekeping kad jemputan di maslid, surau atau pejabat atas nama seluruh rakan-rakan, ia bukan bersifat khusus dengan tertera nama orang yang dijemput secara jelas.

- Iaitu majlis yang tidak dimulai dengan al-Quran atau disudahi dengan doa.

- Majlis yang tidak mengajak orang ramai meningati Allah atau selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

- Majlis kenduri arwah dari harta peninggalan pusaka yang terdapat anak-anak yang masih kecil (anak yatim).

Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

No comments:

Post a Comment