Monday, December 27, 2010

Kayuhan Penutup Tirai 2010

2010 semakin hampir melabuhkan tirai...2011 pula semakin menonjolkan diri...2010 meninggalkan 1001 kenangan sementara 2011 pula bakal mencatat catatan baru dalam diari kehidupan ini...bermadah pujangga lak aku ni....

oklah bro...petang semlm adalah kayuhan penutup tirai utk 2010...sepanjang 2010 ni...banyak kenangan manis dan jugak kenangan pahit buat aku sepanjang aku berbasikal ni..

antara yg manis..aku ngan group berbasikal aku berjaya menubuhkan kelab berbasikal yang diberikan nama MAPLAY yang diketuai oleh Sifu Zairi,Pak Brahim n member2 Proton Shah Alam...pada riders2 yg belum mengenali group MAPLAY ni...ni link dia...MAPLAY...yg tak manis pulak masa aku jatuh basikal kat persimpangan Sg Ramal - Kajang Utama...alhamdullillah nasib baik tak ada apa2 kecederaan yg serius...
untuk tahun 2010 ni jugak aku cuma berjaya mendapatkan mileage keseluruhan kayuhan aku sejauh lebih kurang 1600km+-....dengan kayuhan yang paling jauh...sejauh 105km(kayuhan ubi rebus ngan member MAPLAY kat Shah Alam)...untuk tahun 2011 yg akan datang ni aku nak cuba buat mileage sejauh 2000km pulak..itupun klau masa tak mencemburui aku...

Dikesempatan ini jugak aku ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada semua member2 MAPLAY(Pak Brahim,Sifu Zairi,Rashid,Bro Yazid,Bro Shakri,Bro Azlan dan yg lain2)atas segala tunjuk ajar anda semua... also special thanks to Doc Pauzi n Bro Man Ciocc(manciocc )kerana sudi berkongsi pengalaman anda selama berbasikal....thanks bro...nice to know n meet all of u guys...
antara gambar2 yg sempat aku snap untuk kayuhan penutup tirai 2010...




Pada semua member2 riders dan pembaca blog...aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kesudian anda semua kerana sudi menjengah blog aku yg tak seberapa ni..klau ada antara ayat2 yg aku gunakan ini menyinggung perasaan sapa2..mintak maaf banyak2lah bro...akhir kata "SELAMAT BERKAYUH dan UTAMAKAN KESELAMATAN SEMASA BERKAYUH serta SELAMAT TAHUN BARU"...ok kita jumpa lagi pada tahun 2011 yg akan datang....akhir kalam disudahi dengan "ASSALLAMMUALLAIKUM"............

No comments:

Post a Comment