Monday, February 28, 2011

Kayuhan Santai

Kayuhan pagi semalam adalah kayuhan santai yg paling santai selepas aku baru nak sihat dari demam...minggu lepas dua hari kena demam...hari ni pun batuk masih ada lagi ni...badan pun tak berapa nak sedap lagi...demam sekarang ni dah mcm2 jenis demam...tak mcm dulu2...sekali kena mau sampai 2 minggu pun belum tentu ok lg...virus pun dah mcm2 jenis...nak buat cam mana..bumi kita ni pun dah makin lama makin uzur...lapisan ozon pun dah semakin nipis...kat tempat kita ni pun...pantang ada peluang habis semua nak diterokai...semua nak buat bisnez...semua nak buat duit...langsung dah tak boleh pikir pasal benda lain lagi dah...zaman anak..cucu kita nanti macam mana lah agak2nya...pada member2...riders2 dan pada pembaca2 blog ni yg kat luar sana...marilah sama2 kita jaga anugerah yg tuhan bagi kat kita ni sebaik yg mungkin...klau bukan utk kita pun sekurang2nya utk anak..cucu kita...
alamak..membebel lak aku...oklah balik pada kayuhan semalam...kayuhan sejauh 30km..merentasi Sg Long..Cheras Jaya..Sg Balak..KajangMewah/Utama..Kajang Perdana adalah kayuhan yg biasa bagi aku...malas nak kayuh jauh2 aku layan je route ni...janji kayuh...keluar gak peluh...dari duduk kat rumah takda buat apa dapat gak 20-30km...sekurang2nya terbakar gak kalori dlm badan ni...nak cakap badan ni fit takda lah...tapi sekurang2nya taklah banyak sangat lemak terkumpul kat dlm badan ni...kira2 ok jelah....

kayuhan bermula sekitar 0815pg...cuaca cantik...tip top..cahaya sang mentari pun agak suam2 kuku je...kira oklah....
kat highway Sg Long..adalah terserempak 2-3 riders kat sini...


kat R n R Kajang Utama...lepak sambil ambik gambar...klau tak ada gambar tak seronok...so apalagi layan jelah...snap jelah apa2 yg boleh di snap...sebenarnya seronok bila berkayuh sambil bergambar ni...bukan aku sorang je...aku perhatikan kebanyakkan dari riders yg berkayuh mesti ada kamera bersama-sama ngan dia orang...sambil berkayuh...snap sana...snap sini...ambik gambar tu...ambik gambar ni...senang cite apa yg dia orang rasa dia orang nak snap...dia orang akan snap...kadang2 tu bila jengok blog para riders ni...bukan gambar kayuh yg dia orang snap tapi gambar2 lain selain dari gambar kayuhan...












kat rumah aku...sedap sikit badan ni rasanya bila lepas berkayuh...rasa selesa...badan pun rasa lebih ringan sikit...buat keje pun pantas laju semacam je...itulah dia kelebihan bila kita dapat mengeluarkan peluh...tak kiralah dengan cara mana sekalipun...berbasikal ke...berjogging ke...berenang ke...berjalan sekitar taman perumahan kita ke...asalkan peluh boleh keluar...oklah tu...sekarang ni..kat mana2 je aku pergi...xtvt senaman ni dah semacam menjadi rutin mingguan lak...ramai yg dah sedar tentang pentingnya penjagaan kesihatan badan ni...walaupun masih ada segelintir dari masyarakat kita yg lebih suka menghabiskan masa hujung minggu dia orang dengan tidur sampai matahari dah terpacak atas kepala pun masih lagi ngan bantal peluk kat atas katil...kadang2 sampai kita ajak pun macam2 alasan yg di bagi...penatlah...letihlah...seminggu dah keje...sabtu/ahad nak tidur sampai petanglah...lantak kau oranglah...bagi aku semua alasan tu hanyalah alasan...klau nak seribu daya...klau tak nak..macam2 dalih kita boleh bagi...yg nak sihat kita bukannya orang lain...klau kita bersenam yg dapat sihat kita bukannya orang lain...oklah bro next time kita sembang lagi...teruskanlah xtvt riadah anda...tak kiralah apa bentuk riadah yg kita lakukan...yg penting peluh kita keluar...ok chow dulu...SALAM

Monday, February 14, 2011

Islam vs. Valentine day


Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, "Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka."
1. Jabatan Mufti Negeri Johor - Hari Valentine's Day ini telah dibentangkan dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426H bersamaan 27 Disember 2005M. Setelah dilihat dengan teliti, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan seperti berikut " Amalan merayakan Hari Kekasih (Valentine's Day) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dengan akidah Syariah dan akhlaq Islamiah serta dialarang oleh Islam. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang melibatkan diri dalam meraikan hari tersebut.
2. Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke 71 (JAKIM) - pesidangan / Muzakarah telah diadakan pada 20 hingga 21 Syawal 1426H bersamaan 22 hingga 24 November 2005 di Kuching, Sarawak juga telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Valentine's Day adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan difatwakan haram.
Huraian
1. Sejarah Valentine's Day tidak ada dalam Sejarah Islam;
2. Mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam;
3. Kebanyakan golongan yang meraikan Valentine's Day ini dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam;
4. Valentine atau nama sebenar St. Valentine adalah merupakan seorang paderi paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabellah di Sepanyol. Ratu Isabelleh menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan Kristian terhadap Islam;
5. Barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.
6. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tidak dapat dinafikan sambutan Hari Valentine ini sebenarnya membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan.
Firman-Nya yang bermaksud:"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). Al-Qur'an, Surah Al-Israa' :32"Sebagai altenatifnya...Sekiranya seluruh dunia berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari "menyambut kekasih" dengan pasangan mereka, maka marilah kita semua sebagai umat Islam menjadikan setiap hari sebagai ikatan bersatunya seluruh muslimin dan muslimat serta mempertingkatkan ketaqwaaan dan kecintaan kepada Allah S.W.T dan RasulNYA.
Sumber... Nurul Ain Latif, MAJALAH AL-ISLAM, Cetakan Februari 2009, Bil. 422.

Friday, February 11, 2011

TAZKIRAH JUMAAT - Kekuatan Sedekah


Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ahmad, seperti
berikut :

Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar.
Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya,
ternyata bumipun terdiam.
Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka
bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada
gunung ?"

Allah menjawab, "Ada, iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh
menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang
dibuat dari besi).
Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang
lebih kuat daripada besi ?"
Allah yang Maha Suci menjawab, "Ada, iaitu api" (besi walau sekeras manapun
boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api).
Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu
yang lebih kuat daripada api?"
Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air" (api membara sedasyat apapun
niscaya akan padam
jika disiram air). Para malaikat pun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu
dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat
daripada air ?"
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, "Ada, iaitu angin" (air
disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma
menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin
ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat).
Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu
semua ?"
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, "Ada, iaitu amal
anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan
kirinya tidak mengetahuinya".
Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah
orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah
yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk
ataupun supaya diketahui orang lain.

Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika
beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia
! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan
(pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya" .

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang
ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan,
dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.

Ganjaran bersedekah *
Rasulullah s.a.w menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah,
hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah
berkah. Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran
yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan
sabda RasuluAllah SAW, sbb :

Allah Ta'ala berfirman, "Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah)
dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak
akan menyiapkan baginya jalan yang mudah".. {Qs. Al Lail (92) : 5-8}

Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang
yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang
menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah
melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas
(kurnia-Nya) lagi maha mengetahui". {Qs. Al Baqarah (2) : 261}

RasulAllah SAW bersabda, "Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua
malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan,
karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah". Yang
satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang menahan hartanya".

Tolak Bala dengan Sedekah
Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak
bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW,
sbb :
"Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului
sedekah".
"Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah".
"Ubatilah penyakitmu dengan sedekah".
Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah
ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana
kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan
memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan
bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai
pekerjaannya, malas, dll.

Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan
laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah) , sebaiknya
mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana
seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah
Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah.
Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita
beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita,
kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang
bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang
yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang
tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???

Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian
sedekah.
Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada
pengemis/peminta/ fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka
biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jum'at dan
memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi
sejumlah minima setiap Jum'at, misalnya Jum'at ini kita menyumbang RM5 kekotak
amal tersebut maka sebaiknya Jum'at berikutnya harus dengan jumlah yang sama,
syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan
keikhlasan.
Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla.
Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan
rugi di dunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya
orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan
(belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah
celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang
melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya
kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan
rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.

Sedekah yg pahalanya terus mengalir
Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila
seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal
jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo'akannya" (HR. Bukhari,
dalam Adabul Mufrad).

Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir
walaupun si pemberi sadaqah telah meninggal :

SADAQAH JARIAH -
KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR
AL SADAQAT AL JARIYAH -
THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU !
1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda
mendapatkan kebaikan.
Give Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat.
2. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan
kebaikan.
Teach someone to recite a dua.. With each recitation, you will gain hasanaat.
3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya,
anda mendapatkan kebaikan.
Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will
gain hasanaat.

4. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau hewan berlindung dibawahnya atau
makan buahnya, anda dapat kebaikan.
Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats
from the tree, you will gain hasanaat.
5. Tempatkan pendingin air di tempat awam.
Place a water cooler in a public place.
6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.
Share constructive reading material with someone.
7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid.
Participate in the building of a mosque.
8. Edarkan CD Quran atau Do'a.
Share a dua or Quran CD.
9. Bantulah pendidikan seorang anak.
Help in educating a child.
Jika seseorang menjalankan salah
satu dari hal diatas, anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat. INSYALLAH
...

Saturday, February 5, 2011

Kayuhan Interstate..Selangor-NegeriSembilan

Kayuhan interstate ni adalah kayuhan secara beramai-ramai aku yg pertama ngan MAPLAY untuk tahun 2011...sempena tahun baru cina yg lalu...kayuhan bermula dari Giant Kajang..Pekan Semenyih..Pekan Broga..Pekan Ulu Beranang..Pekan Lenggeng..Mantin..Nilai..Lekas Highway..dan berakhir di Giant Kajang..meliputi jarak sejauh 75km...dengan masa yg diambil dalam 3jam 05 minit..antara yg turut serta dlm kayuhan tersebut adalah Aku sendiri..Pak Brahim..Rashin..Sifu Zairi..Yazid(AJ)..Shakri..Azlan..Bates dan sorang lagi member baru MAPLAY..Shafiq(welcome to the club bro...)...sebelum ni pun sekitar bulan Nov 2010 yg lepas..aku ngan MAPLAY ada berkayuh kat route ni dan kali ini adalah ulangan dari pada kayuhan tersebut...ramai lak member MAPLAY yg nak buat repeat kat route ni...bagi aku route ni adalah antara route yg paling menarik...jauh dari kesesakan trafik...penuh ngan pemandangan yg menghijau dan bukit bukau disepanjang kayuhan ...riders2 jugak akan melintasi pekan2 lama disepanjang kayuhan ini...seronok tu bro...asyik tengok bandar besar2 je...sesekali apa kata kita jenguk lak pekan2 cowboy yg banyak terdapat kat tempat kita...pada sapa2 yg belum pernah kayuh kat sini...aku nak rekeman kat riders2 semua...cuba route ni...tentu seronok...yg mana pernah berkayuh kat sini tau akan keseronokan dia...ok bro...apa kata kita layanlak gambar2 kat bawah ni....

kayuhan bermula...dari depan Giant Kajang...kat tempat aku ni...klau nak kayuh...keluar2 rumah je dah kena daki bukit...maklumlah aku tinggal pun kat tempat yg bentuk goegrafi dia berbukit-bukau...nak buat cam mana...layan jelah...tapi seronok sebab kereta tak banyak...jauh dari pekan2 besar...camana pun safety has to come first bro...benda klau nak jadi bila2 masa pun boleh kena...tak kiralah masa takda kereta ke...kereta tengah banyak ke..
betul tak bro...
masih lagi kat kawasan berdekatan Giant...

hensemlah lu bro...

pendakian bukit 3 beradik...sekarang ni setakat bukit 3 beradik ni...dah sap sap sui je bagi aku...masa mula2 aku berkayuh kat sini dulu...perghhh rasa nak tercabut kepala lutut aku...gerun pun ada nengok bukit ni...route ni jugak adalah route yg selalu riders2 MSN gunakan untuk latihan kayuhan diaorang....

Bates steady je...tapi sekali dia pegi...nah ambik kau...semua kena tinggal...walaupun basikal dia aku boleh kategorikan klasik...dengan 7 kelajuan tapi dia punya bedesup...perghhhhhh...macam pakai high end nya basikal je aku nengok...cayalah Bates...

pendakian kat Kajang Perdana....kawasan ni dah penuh ngan taman2 perumahan....bak kata pepatah aku sendirilah...kat mana ada bukit...kat situlah ada taman perumahan....

Pekan Semenyih...

antara pemandangan2 disekitar kawasan tempat kayuhan.....


berenti jap...salah sorang dari riders klau tak salah aku Shafiq...basikal dia mengalami kerosakan teknikal sikit...benda2 cam ni sebenarnya adalah lumrah bagi riders2 yg berbasikal...

kat Pekan Lenggeng...tunggu member2 yg tertinggal kat belakang...kayuh2 gak...member jangan lupa lak...bila kita ride as a team klau ada member2 yg tertinggal kenalah tunggu...baru orang cakap ada semangat kesukanan....taklah member yg tertinggal tu rasa terpinggir lak...


mula bergerak dari Pekan Lenggeng menuju Bukit Puyuh...


dipuncak Bukit Puyuh...jalan yg dulunya sempit dan berliku dah jadi cam highway...jalan pun dah besar...

berenti untuk regroup dan macam biasalah apalagi...bergambarlah

Shakri ngan bike dia....lu memang championlah bro.....

satu lagi basikal mengalami masalah teknikal...tapi dangan kapakaran Sifu Zairi..semua masalah selesai...caylah Sifu...besok2 nanti boleh bukak kedai basikal...


member2 group MAPLAY....otai2 semua ni...

segak bergaya ngan basikal masing2...tahun depan kita masuk LTDL...Le Tua d Langat...



kat Pekan Mantin...pekena kopi jantan ngan telur setengah masak...


Kat Nilai sebelum masuk Lekas Highway....

kat Lekas Highway...sedang melakukan drafting secara beramai-ramai....

kat kawasan rehat Tol Kajang Selatan...nunggu member2 yg tertinggal...

letih bebenor nampaknya Pak Brahim ni...tapi otai ni adalah yg paling consisten dia punya kayuhan...keseluruhan kayuhan menyeronokkan...santai dan relak....ok bro senang2 nanti kita jumpa lagi...selamat berkayuh dan jangan lupa safety has to come fisrt bro....SALAM semua....