Monday, March 28, 2011

Kayuhan Kajang..Langat..Cheras Baru

Date : 26 Mar 2011 Route : Tkp24 - Langat Bt 14 - Bukit Ampang(Menara Tinjau) - Cheras Baru - TKP24 Start Time : 08:00am Distance : 50km Riding Hours : 2hours 5 minutes Average : 25km/h Riders : Aku

Kayuhan semalam adalah kayuhan yg mencabar fizikal dan mental aku...dimana cabaran adalah semasa mendaki bukit Ampang dari pekan Bt 14 Langat...walaupun pendakian cuma sekadar 5 atau 6 km saja...tapi pada satu selekoh sebelum sampai ke bekas tempat pembuangan sampah..kecuraman dia perghhhhhh...rasa nak menolak basikal pun ada...tapi aku gagahkan jugak untuk sampai ke puncak bukit...dengan ini aku dengan sendirinya mengistiharkan aku telah berjaya menawan kebanyakkan bukit di sekitar daerah Ulu Langat tanpa menolak basikal...termasuk Bukit Puyuh..Genting Perez..Bukit Antu..Bt Kg Limau Manis(kat Bangi)...dan yg terbaru Bukit Ampang/Langat(kat Menara Tinjau Ampang)...seronok bila dapat daki bukit sampai kat puncak dia ni...walaupun mencabar...dia punya klimak hanya riders2 je yang tau...betul tak bro...ok kita layan gambarlah pulak....

kayuhan bermula dari rumah...pemandangan ni kat tol Sg Long(belakang rumah aku)
Melepasi pekan Bt 9 Langat... Kat Masjid pekan Bt 14 Langat...dari pekan nilah pendakian ke Menara Tinjau bermula... sempat ambik gambar sendiri lagi tu masa tengah mendaki... antara kawasan pendakian yg sempat aku snap... kat puncak bukit...dimana terletaknya Menara Tinjau...apa yg aku tau Menara Tinjau ini dibina khas utk pelancong2 menikmati panorama Kuala Lumpur dari paras ketinggian yg aku sendiri tak pasti...boleh tahan gak tempat dia...restoran pun ada...klau bawak family pun ok gak...tempat yg menarik utk dilawati... jelas terbayang kepuasan bila pendakian dapat dihabiskan sampai ke puncak...walaupun pada satu ketika kelajuan hanya 5km/h tapi aku gagahkan jugak untuk sampai kat puncak...

masih lagi kat kawasan puncak berhampiran Menara Tinjau...bergambar berlatar belakangkan Bandar Raya Kuala Lumpur...cantik dan menarik...



kat rumah mak aku kat Cheras Baru...dah 4 tahun berkayuh...nilah kali pertama aku berkayuh sampai kat rumah mak aku...terperanjat mak/ayah aku bila tengok aku sampai kat sana ngan basikal...


ok geng kita jumpa lagi next time...see u ...SALAM semua...

No comments:

Post a Comment