Friday, April 15, 2011

Tazkirah Jumaat

Anak : Amanah Allah untuk kita

Petang-petang begini teringat masa kat kampong dulu-dulu.Masa kecik dulu waktu beginilah waktu bermain dengan kawan-kawan.TAk kira siapa pun kawan kita baik bangsa cina mahupun india,kita tetap ikhlas untuk merasai keseronokkan hidup didunia yang sementara.Pelbagai jenis permainan dapat dimainkan bersama tanpa ada rasa cemburu mahupun dengki. Ianya cukup akrab hinggalah membawa kedalam mimpi. Begitulah dunia kanak-kanak yang manis untuk dikenang.Kini dunia tuh sudah berlalu begitu lama.Apa yang ada dihadapan sekarang ini adalah wajah anak-anak yang lahir dari zuriat kita yang diizinkan oleh Allah. Anak-anak ini pula menjalani sesi yang pernah kita lalui suatu waktu dahulu.Seronok sungguh melihat keseronokkan mereka melakonkan watak kanak-kanak ditaman permainan.Dunia anak-anak adalah secebis rasa syurga yang Allah berikan pada manusia yang belum mumaiiz.Anak-anak ini secara sifat tabie yang Allah ciptakan, memerlukan kasih sayang daripada ibu mahupun bapa.Walaubagaimana hebat sekalipun ibu dan bapanya,jika tidak dapat hidup bersama dengan anaknya,pasti anak itu tidak akan hebat dan ditakuti akan terbiar.Walaupun ayahnya seorang ustaz yang mengajar agama didunia glamour tv berbayar sekalipun, jika wajah anak hanya ditatap setahun sekali,pasti anak itu kekurangan kasih sayang.Bila ini berlaku,saat kehancuran dalam masyarakat akan berdenyut sedikit demi sedikit.Bila anak tidak dapat merasai kasih bapa,diakhirat kelak akan dipersoalkan kemana perginya kasih yang sepatutnya kita beri pada mereka.Mengapa kita menafikan kewujudan anak-anak anugerah Allah ini kepada kita dengan tidak menghiraukan mereka sewaktu mereka sedang membesar?Apakah terlalu sibuk kita mencari rezeki sehinggakan lupa bahawa anak-anak kita bukan mahukan wang yang kita cari, tetapi mahukan tubuh badan ayahnya agar dapat membelainya disaat dia sedang mencari makna hidup didunia ini.Setiap minggu ayahnya muncul diTV berbayar yang kandungannya adalah tentang agama.Berceritalah siayahnya dengan pelakon yang lain tentang akhlak,tauhid dan sebagainya.Sianak di hujung bumi sana melihat ayahnya dengan hanya mampu melaung 'ayah!!!!!'. Manakan ayahnya dengar kerana ayahnya 'didalam' TV berbayar itu. Begitu rindu anak itu pada ayahnya walaupun ibunya sudah putus rindu buat ayahnya mungkin selamanya.'Ayah, kenapa tidak mahu tidur bersama kami lagi?Kami ini terlalu burukkah buat ayah?' Setiap malam anak-anak merindui tubuh badan ayahnya.Dulu anak-anak itu dapat 'bergusti' bersama ayahnya dan dapat merasa kepala diusap oleh ayahnya,tetapi kini hanya cermin pada tv berbayar itu sahaja untuk mereka melepas rindu.Hanya mereka yang nampak ayahnya tetapi ayahnya tidak dapat melihat mereka.Satu ciuman seorang ayah kepada anak-anaknya adalah lebih berkah daripada wang RM15,500.00. Walaupun ciuman itu nampak mudah tapi kesan dari ciuman itu akan membawa anak-anak kesyurga dan dibawanya kita sekali kesana. Sedangkan duit rm15,500 akan habis dalam masa 34jam sahaja. Sedangkan Nabi Mohammad hanya membiarkan cucun-cucunya husin dan hasan duduk diatas badannya ketika beliau solat hanya untuk menunjukkan betapa kasihnya beliau pada anak-anak.Sebelum mata ini terpejam selamanya,tengoklah kemana pergi anak-anak kita dikala ini. Mungkin ketika dibawah jagaan kita,mereka selamat,tetapi bila mereka besar nanti takut mereka bergelumang dengan dosa.Oleh itu buat sang ayah, uruslah ego yang Allah ciptakan pada diri kita dengan sebaiknya.Biarlah kita seadanya daripada mengada-ngada yang tak sepatutnya ada.Anak itu anugerah Allah yang wajib diberi kasih sayang.Lihat seperti kisah seorang ayah yang bergadai nyawa untuk membawa lari anak-anak dari sebuah negara yang bernama Australia demi atas nama Allah.Inikan kita yang anak-anak hanya ada didepan mata.

Untuk peringatan pada member2 kat luar sana dan pada diri aku jugak...jadikanlah anak2 kita sebagai kawan bukan lawan...lebihkanlah ruang masa kita utk anak2 kita...mudah2an diaorang akan lebih rapat ngan kita...Assallamuallaikum

No comments:

Post a Comment