Thursday, May 31, 2012

5 Tip Kekal Sihat Dan Mengeratkan Hubungan Dengan Pasangan

Bagi yang dah kahwin masalah kesihatan ni sering datang tak dipanggil. Faktor utama sebab pemakanan dan kemalasan dalam hidup nak bersenam. Bagi pasangan yang baru bercinta dan yang lama dah bercinta pun akan dapat masalah yang sama sebab bila dah bercinta mesti selalu keluar sama,pastu kerjanyer asyik nak makan bersama jer. Pagi makan bersama, Lunch pun makan sama-sama. Balik kerja pun nak makan sama.Pastu makan malam pun nak makan bersama padahal baru petang tadi makan bersama. Lama-lama perut pun buncit pastu mulalah bising kat facebook cakap "alamak perut dah membesar" lepas tu banyaklah yang like dan komen.Kira kalau orang like dan komen tu boleh kuruskan badanlah tu.haha..
Jadi sebagai petua nak mengatasi masalah yang sedang bercinta dan yang sudah berkahwin tu aku nak share 5 tip untuk korang agar lepas ni perut yang berlipat-lipat tu dah boleh dijadikan papan lapis dan kelihatan langsing. Lepas ni barulah rasa berlagak sikit..nak dating pun pun semangat sebab dapat bergaya dengan baju yang langsing-langsing.Jangan korang bogel sana sini sudah..


Tip Pertama :: SALING MEMANJAKAN
Orang cakap kalau nak romantik atau nak manjakan orang kena bagi bunga atau coklat. Yang ni dah ramai orang buat dan dah biasa sangat. Apa kata korang jadi kreatif sikit dan guna petua ni. Ajak pasangan korang pergi Spa atau pergi mengurut kaki dan sebagainya. Korang bukan saja dapat mencergaskan diri malah dapat  korang akan menambah keakraban korang bersama pasangan. Sebabnya, perempuan mana yang tak suka pergi tempat-tempat yang memberi kecantikan kepada mereka. Kalau korang jenis berduit korang boleh pergi ke tempat peranginan yang menawarkan pakej-pakej riadah atau urutan. Pasti ianya satu kenangan yang manis buat pasangan korang.


Tips Ke-dua: BERBASIKAL DI WAKTU PAGI ATAU MALAM
Sukan berbasikal dah jadi satu trend kat Malaysia. Jadi bila korang berbasikal diwaktu pagi atau malam bukanlah menjadi keganjalan bagi orang ramai. yelah..mulut orang ni bising sikit..kang ada pula yang mengata.."apa kejadah malam-malam berbasikal ni..dok rumah tido lagi bagus" . Kalau nak jogging tu kan macam agak penat..jadi berbasikal boleh bersantai sambil menghirup udara segar di waktu pagi dan malam. Kalau korang dah bekeluarga ajak isteri dan anak-anak untuk berbasikal bersama pastinya akan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Tips Ke-tiga: BELAJAR OLAHRAGA BARU

Kalau korang dah bosan dengan jogging atau sukan yang biasa korang main, sekarang tibalah masanya korang beralih angin misalnya bermain badminton,tenis atau yoga. Sebenarnya mencuba satu sukan baru sangat bagus kerana korang bukan saja sekadar bersenam tetapi dapat mengeratkan hubungan korang dengan pasangan korang semasa proses belajar dan sesuatu yang terjadi ketika proses belajar sukan yang baru adalah satu kenangan yang banyak memberi senyuman pada korang;Jadi jangan segan-segan nak cuba.

Tips Ke-Empat: JADIKAN PASANGAN RAKAN KE GIM

Pasangan korang segan nak pergi gim sorang-sorang senan bimbang mati kutu atau takder kawan ank berbual semasa bersenam jadi jawapannya bawalah pasangan korang atau kawan korang sebagai semangat kepada korang nak mencapai 6 pack. Ajak pasangan korang sama-sama bersenam di Gim dan berlumba dengannya saper dulu dapat bentuk badan yang mantap.. Nescaya petua ini akan menjadi kalau korang tak nak kena bahan dengan pasangan korang kalau korang cuma hangat-hangat tahi ayam " dalam semingu sekali jer pergi gim..pastu dah tak pergi"

Tips Ke-Lima : IKUTI KELAS TARIAN



Bagi yang mempunyai duit dan berani mencuba sesuatu yang baru korang boleh cuba ikut kelas tari menari ni. Masa nilah korang kena tunjuk kemahiran memujuk korang dengan baik. Cara ni juga bagus untuk menghabiskan waktu bersama dan lama-kelamaan dia mungkin akan menyukai.Tapi hati-hati dengan perangai pasangan korang terutama pada Bf korang sebab peratus dia akan curang bersama cikgu atau gadis-gadis lain di kelas tarian adalah sangat tinggi..beware..
Family sport day
Sebenarnya mengajak pasangan korang untuk bersenam bersama adalah salah satu cara untuk korang lebih bermotivasi disamping dapat meluangkan banyak masa untuk berkongsi suka,duka, gembira dan air mata. Jadikan pasangan hidup korang satu semangat untuk merubah diri korang untuk mencapai target yang disasarkan. Banyak lagi tips yang lain boleh korang gunakan tapi cubalah satu persatu.semoga korang berjaya.
Kredit to KIND OF SOUL.....

1 comment:

  1. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    FadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi nhậtgửi hàng đi pháp và dịch vụ chuyển phát nhanh đi hàn quốc uy tín, giá rẻ

    ReplyDelete