Wednesday, June 6, 2012

Pengorbanan Seorang Adik

Sebuah cerita yang boleh kita jadikan iktibar tentang betapa pentingnya kasih sayang sesama adik beradik...jom layan...

Pengorbanan Seorang Adik...

Saya cuma ada seorang adik.. umurnya tiga tahun lebih muda dari saya.. satu hari, utk mendapatkan saputangan yg menjadi keperluan anak gadis ketika itu, saya mengambil 50 sen dari poket seluar ayah..

Petang itu, pulang aje dari sekolah, ayah memanggil kami berdua… dia meminta saya dan adik saya berdiri di tepi dinding. saye menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
" Sapa ambil duit ayah ?" tanya ayah bagai singa lapar.
Saya langsung tak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua2 kami membisu … cuma tunduk memandang lantai…
"Baik.. kalau tak mengaku.. dua2 ayah rotan." Sambung ayah sambil mengangkat tgn utk melepaskan pukulan sulungnye ke belakang saya…
Tiba2 adik menangkap tangan ayah lalu berkata .. "Saya yg ambil"
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata2 itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.. Saye gamam, lidah kelu utk bersuara…
Walau perit menahan sakit, setitis pun air mata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai. Ayah merungut… "Kamu ni dah pandai mencuri dlm rumah.kat luar apetah lagi"
Mlm itu.. emak dan saya tak lepas2 mendakap adik… belakangnye yg berbirat dipenuhi calar balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah.. setitis air matanya pun tidak tidak mengiringi kesakitannya yg mencucuk2.
Melihat keadaan itu, saya meraung sekuat hati, kesal dgn sikap saya yg takut berkata benar.. adik segera menutup mulut saya lalu berkata.. "jgn menangis kak.. semuanye dah berlalu" saya mengutuk diri sendiri kerna tak mampu membela adik..

Tahun silih berganti.. peristiwa adik di belasah kerana memperthnkan saya bagaikan baru smalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar di sekolah berasrama penuh.. dan saya pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat prauniversiti..
Mlm itu.. ayah duduk di bawah sinaran cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu… saya terdengar ayah berkata.. " zah, kedua2 anak kita berjaya dlm pelajaran.. abang bangga sekali"
"Tapi.. apelah maknanya bang Quot; saya terdengar emak teresak2." "Dimana kite nak cari duit membiayai mereka?" ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdri di dpn ayah dan emak lalu berkata" Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi"
Perlahan2 ayah bangun …. Membetulkan ikatan kain pelikatnya.. merenung wajah wajah emak kemudian wajah adik dlm2…
PANG!!!!! … sebuah penampar hingap di pipi adik… seperti biasa.. yg mampu saya lakukan hanyalah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni?.. tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis demi persekolahan kamu… ayah akan lakukan!"…
"Org laki kena bersekolah.. kalau tak .. dia tak dpt membawa keluarganya keluar dari kemiskinan..kakak perempuan…. Biarlah kakak yg berhenti sekolah" saya memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yg bengkak.

Tiade sapa yg menyangka.. dinihari itu.. adik tiada di biliknya..dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada.. di pangkin tempat melelapkan mata terdapat sehelai kertas yag tercatat;
....Kak,utk dpt peluang ke universiti bukannya senang. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat kakak...
Apalagi yg saya tau selain meraung.. Ayah termenung.. Jelas menunjukkan yg dia cukup kecewa. Begitu juga emak.. yg menggunakan air mata utk memujuk ayah.

Pada usia 21 tahun, saya menamatkan pengajian dengan cemerlang hasil titik peluh ayah dan wang kiriman adik yg bekerja sebagai buruh kontrak di kuala Lumpur.
Suatu petang ketika berehat di asrama.. teman sebilik menerpa.. "Ade pemuda kg tunggu ko kat luar!"..
"Pemuda kampung?" bisik saya "Siapa?"
Tergesa2 saya keluar bilik. Dari jauh saya nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yg dipenuhi Lumpur dan simen. "Kenapa sebut org kampung.. Sebutlah adik yg datang"
Sambil tersenyum die menjawab "Akak lihatlah pakaian adik ni.. apa yg akan kwn2 kakak kata nanti kalo mereka tau saya adik kakak?"
Jantung saya terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannye. Saya cukup tersentuh … tanpa sedar air mata mengalir di pipi….. saya kibas bebutir pasir dan serpihan simen pada pakaian adik..
Dalam suara antara dengar atau tak.. saya bersuara.. "Akak tak peduli apa org lain kata".
Dari kocek seluarnya adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu2.. dia mengenakan pada rambut saya sambil berkata … "Kak, saya tengok ramai gadis pakai mcm ni.. jd saya beli satu utk akak"…
Saya kaku… sepatah kata pun tak terucap.. saya rangkul adik dan dadanya dibasahi air mata saya yg tak dapat ditahan2...
Tamat semester saya pulang ke kg sementara menunggu konvokesyen . saya lihat tingkap dan dinding rumah bersih… tak seperti slalu…" Emak… tak yahla kerja teruk2 bersihkan umah sebab nak sambut saya balik"..
"Adik kamu yg bersihkan. Die pulang kelmarin… habis tangannya luka.." saya menerpa biliknya. Cantik senyum adik… kami berdakapan. "Sakit ke?" saya bertanye tatkala memeriksa luka pd tanganya..
"Tak… kak tau.. semasa bekerja sebgai buruh kontrak.. kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.. kesakitan yg dirasa tak dapat menghentikan usaha saya utk bekerja keras.."
Apalagi…. Saya menangis sebak seperti slalu…

Saya berkahwin pad usia 27 tahun. Suami saya seorg usahawan menawarkan jawatan pengurus kpd adik..
"Kalau adik terima jawatan tu.. apa kata org lain?.." katanya.. "Adik tak da pelajaran.. biarlah adik bekerja dgn kelulusan yg adik ada .."
"Adik tak ke sekolah pun sebab akak" kata saya cuba memujuknya..
"Napa sebut kisah lama kak?" katanya ringkas…
Adik terus tinggal di kg dan bekerja sbgai petani setelah ayah tiada.. Pada majlis perkahwinannya dgn seorang gadis sekampung.. juruacara majlis bertanya..:
"Siapakah org yg anda paling saying..?".. spontan adik menjawab : " selain emak, kakak saya……" Katanya lantas menceritakan kisah yang langsung saya tak ingat ….
"Semasa kami sama2 bersekolah dulu.. Setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.. suatu ari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai sebelah kasut saja.. kakak membuka kasutnya dan memberikannya pd saya… dia berjalan dengan sebelah kasut.."
"Sampai dirumah, saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar balar…"
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagian kakak saya.. saya berjanji akan menjaganye sampai bila2…"
Sebaik saja adik tamat bercerita.. saya meluru ke pelamin.. mendakap adik sungguh2 sambil meraung bagaikan di serang hysteria…
Kali ini saya hamburkan kasih saying yg di selang selikan air mata utk tatapan umum….. biar dunia tahu betapa kasihnya saya pd adik.. 


Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

No comments:

Post a Comment