Wednesday, August 29, 2012

AMALAN SELEPAS RAMADHAN


MENCIPTA REPUTASI BERSIH SELEPAS RAMADHAN

Ramai manusia binasa disebabkan ketidak-mampuan menahan dorongan nafsu. Gambaran mengenai hal tersebut boleh diperhatikan dari lintasan dan lipatan sejarah, dan kebudayaan manapun. Bahkan dalam penciptaan manusia pertama iaitu Nabi Adam A.S, Al Quran telah memberikan petunjuk tersebut betapa sukarnya nenek moyang kita ini berusaha mengendalikan nafsu.



Allah Taala berfirman, “Wahai, Adam. Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga ini. Makan dan minumlah sepuas-puasnya. Tetapi awas, janganlah engkau berdua makan buah dari pohon ini. Jika engkau berdua memakannya, bererti engkau berdua melanggar perintahKu dan engkau berdua telah menganiaya terhadap dirimu sendiri”. - Al Baqarah:35


Namun, pujuk rayu nafsu berhasil membuatkan Nabi Adam dan isterinya Hawa’ melanggar larangan tersebut. Mereka berdua kemudiannya menuju ke bumi, tempat di mana kelak ramainya manusia hidup penuh permasalahan, konflik, iri hati dan dengki. Keturunan Nabi Adam, Qabil juga dikisahkan tidak mampu mengendalikan nafsu sehingga dia sanggup membunuh saudaranya Habil. Kejadian ini menjadi sejarah terjadinya tragedi pembunuhan pertama di muka bumi.


“Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah. Maka jadilah ia seorang di antara orang-orang yang merugi” – Al Maidah:30
Kisah-kisah di atas memberi gambaran betapa nafsu manusia pada akhirnya seringkali menghancurkan diri sendiri. Disebut oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, ketika beliau mengisi majlis wacana ‘Fitnah : Ancaman Umat Akhir Zaman’, “Ulama menganggap fitnah paling besar adalah syirik, manifestasi daripada manusia yang menolak Tuhan dan agama sedangkan yang menjadikan manusia lurus hidupnya adalah agama. Apabila mereka mengenepikan agama, akhirnya manusia bertindak berdasarkan NAFSU. Maka fitnah itu datang daripada NAFSU”.
Manakala Rasulullah S.A.W mengajar umatnya mengendalikan nafsu dengan cara melakukan puasa. Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai sekalian pemuda, sesiapa yang berkemampuan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana perkahwinan akan memelihara pandangan dan kemaluan kamu. Sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah kerana dengan berpuasalah ia dapat memelihara daripada kejahatan" – Riwayat An Nasa'ie dan Abi Daud.
“Berpuasalah pada bulan kesabaran dan tiga hari setiap bulan akan menghapuskan dosa dan harru sodr ”. – Riwayat Ibn Hibban.


Ramadhan, Bulan Pembangun Jiwa
Di sinilah motifnya mengapa bulan Ramadhan mendapat jolokan-jolokan nama yang sangat indah seperti Syahrul Quran, Syahrul Jihad, Syahrul Furqon, Syahrul Itqan, Syahrul Mubarak, Syahrun Najah, Syahrul Muwasah, Syahrur Rahmah, Syahru Nahdhah wal Bina’, Syahrul Iradah wal Bina’, Madrasah At Taqwa, Mahrajan Al Ibadah dan banyak lagi, sesuai dengan peranan bulan ini yang mewajibkan kepada seluruh umat Islam berpuasa untuk mengawal nafsu dari melanggar perkara yang menjadi peraturan di dalam bulan tersebut.
Di bulan Ramadhan juga, jasad kita kembali disegarkan. Menurut para ahli perubatan bahawa amalan puasa mampu meneutral-kan kimia-kimia dalam tubuh. Sekaligus ia membina kesihatan yang optimum untuk melakukan amal ibadah.


Di bulan Ramadhan, keluarga Muslim juga dieratkan dengan jamuan berbuka, makan sahur bersama, dan sebagainya. Umat Islam secara keseluruhan menggunakan seluruh kesempatan yang ada melakukan ibadah, bergotong-royong membersihkan surau atau masjid, memberi infaq, zakat dan sadaqah, juga saling bersilaturahim kerana masing-masing berjemaah ketika solat tarawih dan melakukan tadarrus.


Begitupun secara prinsipnya, Ramadhan bukanlah satu-satunya bulan untuk beribadah, bahkan ibadah di dalam Islam itu tidak dibatasi oleh masa dan tempat. Sebab itulah perlu ditegaskan di sini bahawa sesiapa yang beribadat bersungguh-sungguh dalam bulan Ramadhan dan meninggalkan kesungguhan tersebut selepas Ramadhan, sesungguhnya yang disembahnya adalah Ramadhan bukan Tuhan kepada Ramadhan.


Adapun Allah mengkhususkan Ramadhan sebagai bulan kita melatih menunda kepuasan, sehingga nantinya kita dapat menyelaraskan jiwa, emosi dan perasaan. Ini bermakna, pengendalian nafsu dengan berpuasa di bulan Ramadhan bukan hanya bersifat fizikal namun spiritual-nya. Namun, ramai yang beranggapan puasa itu sifatnya fizikal, menahan lapar dan dahaga, iaitu berhenti makan dan minum. Oleh sebab itu ada yang berpuasa tetapi tetap melakukan perkara-perkara dosa seperti mengumpat, mencaci, membawa berita-berita dusta dan sebagainya. Justeru itu, fahamilah bahawa Allah menjadikan bulan Ramadhan memiliki fungsi-fungsi membangun jiwa dan mencapai TAQWA.


Melaksanakan segala tuntutan di bulan Ramadhan itu ibarat orang menanam pokok. Matlamat yang utama adalah untuk menghasilkan buah yang gred-nya terbaik. Rasa buah ada yang masam, ada juga yang manis. Untuk memastikan bahawa buah itu benar-benar sedia dipetik, enak rasanya, harum baunya, maka iringilah setiap tuntutan Ramadhan itu dengan amalan-amalan bersifat nawafil.


Ramadhan itu juga ibarat dataran laut yang terbentang luas dalam. Ada yang melihat cebisan-cebisan sampah dan buih-buih di permukaannya. Ada yang melihat ikan dan hasil laut bagi mereka yang berusaha mencarinya, dan jika bernasib baik mereka mendapat mutiara yang tinggi nilainya. Namun, ada juga yang mampu memperoleh “emas hitam” (petroleum) di dalamnya, yang kemudian ia mendapat manfaat oleh jutaan manusia.


Begitu juga waktu-waktu yang kita hadapi selama setahun itu, Allah Taala kurniakan satu bulan madrasah bernama Ramadhan. Kehidupan setahun kita di dunia ini ibaratnya sebuah telefon bimbit yang kita gunakan seharian, ia tidak akan mampu bertahan apabila digunakan berhari-hari sehinggalah baterinya di-cas kembali. Lalu manusia mengembalikan fitrah kekuatan mereka sejurus tempoh Ramadhan ini ditempuhi.


Begitulah juga Ramadhan yang kita perjuangkan selama sebulan, adalah bekal menghadapi bulan-bulan yang berbaki selama setahun. Kita berehat di sebuah transit Sayyidus Syuhur bernama Ramadhan, untuk meneruskan baki perjalanan yang panjang menuju iman. Oleh kerana itu, Jibril A.S memberikan amaran kepada sesiapa yang dijemput sampai ke bulan Ramadhan tetapi sambutannya hanya sekadar melepas batuk di tangga, keperibadiannya tidak meningkat dan berubah, tetap di takuk lama. Maka kata Jibril A.S kepada orang ini, “Rugi dan malanglah sesiapa yang menemui Ramadhan tetapi tidak diampuni dosanya”, kemudian Baginda S.A.W meng-aminkannya. – Musnad Imam Ahmad


Jadilah Rabbani, Bukan Ramadhani
Realiti yang kita dapat lihat di kala Ramadhan tiba, manusia berduyun-duyun memenuhi masjid, beriktikaf, bertilawah, bertarawih, bertahajjud dan seribu macam lagi kebaikan. Semuanya berebut-rebut mendapatkan peluang di dalam bulan Ramadhan. Namun, adakah stamina yang dijana di dalam bulan Ramadhan terus dipacu untuk menjadi modal beribadah di bulan-bulan seterusnya? Atau dengan terbenamnya matahari pada petang 30 Ramadhan turut sama membenamkan semangat beribadah dan kembali bertuhankan nafsu?


Ini bukanlah apa sebenarnya yang diingini daripada madrasah Ramadhan. Rahmat Allah Taala tidak pernah terputus dan berhenti dengan berlalunya bulan Ramadhan. Seorang sufi bernama Sheikh Bisyr Al Hafi pernah mencemuh senario umat Islam yang hanya melipat-gandakan amalan di bulan Ramadhan dan tidak pula di bulan-bulan yang lain. Katanya, “Seburuk-buruk kaum adalah yang tidak mengetahui hak Allah kecuali di bulan Ramadhan. Orang soleh akan selalu bersungguh-sungguh beribadah sepanjang tahun”.
Adakalanya segelintir para selebriti wanita memakai hijab anggun di bulan Ramadhan, bila berakhirnya Ramadhan hijab mereka-pun hilang ditiup taufan.
Inilah juga yang selalu dikesalkan oleh Para Salafussoleh (orang soleh terdahulu), di antara umat Islam ada yang beribadah dibulan Ramadhan seolah-olah bertuhankan Ramadhan, bukannya Tuhan yang mencipta alam. Semoga kita dijauhkan dari sifat buruk tersebut, Amin. Dari hal seumpama, Imam Hasan Al Basri R.H menegaskan, “Sesungguhnya Allah tidak membatasi amal seorang Mukmin dengan suatu waktu tertentu selain kematian”. Kemudian beliau membaca firman Allah Taala, Surah Al Hijr ayat ke-99, “Dan sembahlah Rabb-mu sampai kematian mendatangimu”. – Latho 'ifu 'l Ma'arif: 261.


Maka, untuk mencapai martabat rabbani yang disebut oleh Para Salafussoleh, mestilah intinya berasaskan istiqomah, iaitu berterusan dalam melakukan amal ibadah. Hakikatnya, istiqomah itu bukan mudah dicapai oleh mana-mana manusia, bahkan Rasulullah S.A.W sendiri merasakan beratnya istiqomah sehingga ketika diturunkan ayat tentang perintah istiqomah, rambut Baginda beruban.
Ayat itu berbunyi, “Maka istiqamahlah kamu, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan”. – Surah Hud:112.
Ketika menafsirkan ayat ini, Sayyid Qutb dalam Tafsir Fii Zhilalil Quran mengetengahkan sebuah hadis Nabi yang berbunyi, “Surat Hud telah membuat rambutku beruban” – Sayyabatni Hud.


Baginda S.A.W turut menyebut dalam sepotong hadith yang direkodkan dari Ibn Abbas R.A, “Itulah beban surah Hud, surah yang memperkatakan tentang istiqamah, bahawa setelah hati disentuh iman, hidup bersama iman dan akhirnya mati dengan iman”.
Lalu, bagaimanakah Ramadhan dan segalanya boleh kekal hingga ke penghujungnya sebagai bulan kebaikan kepada bulan-bulan yang lain? Perhatikanlah sabda Rasulullah S.A.W, “Amal yang paling dicintai Allah adalah yang terus menerus (istiqomah) meskipun sedikit” - Riwayat Bukhari dan Muslim.


Jangan Ghuluw(melampau) Dalam Beragama
Di dalam surah Hud ayat yang ke-122 yang telah dipaparkan tadi, ada menyebutkan bahawa istiqomah janganlah kemudiannya diiringi dengan sikap ghuluw (melampau). Di bulan Ramadhan, sikap melampau dalam beragama itu dirawat seawal teguran Nabi S.A.W kepada perbuatan berpuasa yang berlebih-lebihan. Rasulullah S.A.W telah mengingatkan kita tentang amalan sunat bersahur dan melewatkannya, serta amalan sunat berbuka serta menyegerakannya.


Hadis yang menyuruh kita menyegerakan berbuka berbunyi, “Agama kita akan teguh nyata selama mana orang ramai menyegerakan berbuka puasa kerana sesungguhnya orang-orang Yahudi dan Nasrani itu melewatkannya” – Riwayat Bukhari dan Muslim
Manakala hadis yang menyuruh kita melewatkan sahur berbunyi, “Kami pernah bersahur bersama Nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh) dan kadarnya (di antara sahur dan solat subuh) adalah menyamai bacaan 50 atau 60 ayat Al Quran” – Riwayat Imam Bukhari
“Perbezaan di antara puasa umat Islam dengan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur” –Riwayat Imam Muslim


Begitu signifikan sekali perintah menjamah sahur serta menyegerakan berbuka puasa, hingga kedua-duanya dikaitkan dengan soal jati diri, pembeda di antara Muslim dengan Yahudi dan Nasrani. Dalam erti kata yang lain, Baginda S.A.W menggambarkan kepada kita bahawa melebihkan waktu berpuasa dengan melampaui masa yang ditetapkan, menyerupai kecenderungan Ahli Kitab, Yahudi dan Nasrani yang suka bersikap overdose dalam beragama.
Begitulah juga dalam ritual harian di bulan Ramadhan, kita bangkit melakukan solat tarawih di mana Rasulullah S.A.W sendiri tidak pernah menentukan bilangan rakaatnya yang sebenar. Maka, janganlah ada di kalangan kita yang berpencak lidah hanya disebabkan bilangan rakaat solat tarawih. Lakukanlah semampunya, demi mencapai redha Allah Taala. Justeru di bulan Ramadhan, perbaikilah kecenderungan diri kita yang sering menganggap perkara-perkara yang berat dan susah itu sebagai jalan menuju TAQWA.


Baginda Nabi telah menerangkan bahawa sebaik-baik amalan adalah amalan yang mematuhi had minimum juga had maksimum-nya. Amalan yang sederhana malah sedikit tetapi konsisten itulah yang terbaik. Kita semua bercita-cita memperoleh martabat istiqomah, kerana hal itu membuatkan kita memiliki tiga keistimewaan sebagaimana yang dijanjikan Allah, iaitu;


(1) Keberanian.


(2) Ketenangan; Dan


(3) Optimis.


Ketiga-tiga ciri ini disebut di dalam Surah Fussilat ayat 30, “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: ‘Tuhan kami adalah Allah’ kemudian mereka ISTIQOMAH, maka Malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan, ‘Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu”.
Mudah-mudahan Ramadhan yang kita lalui ini berhasil menjadikan kita seorang Alumni University Of Ramadhan yang cemerlang. Dan dengan ciri-ciri istiqomah yang kita lalui sepanjang Ramadhan, insya Allah akhirnya nanti kita mampu mencipta reputasi yang BERSIH setelah merayakan kemenangannya. - TARBAWI

Hajar Aswad Dan Rahsia Besar Ketika Menciumnya

Untuk kita jadikan renungan dan peringatan ...mudah2an kita mendapat manfaat dan faedah dari apa kita baca...jom kita kongsi sama2..


Hajar Aswad Dan Rahsia Besar Ketika Menciumnya


Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka’bah, iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai. Hajar Aswad merupakan jenis batu ‘Ruby’ yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Hajar Aswad terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak.
Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kecup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan malah milion manusia sejak Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang datang keBaitullah, baik untuk haji mahu pun untuk tujuan Umrah.
Hadist Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu ‘Abas RA, bahawa Rasul SAW bersabda:
“Allah akan membangkitkan Al-Hajar (Hajar Aswad) pada hari kiamat. Ia dapat melihat dan dapat berkata. Ia akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar”.
Hadis tersebut mengatakan bahawa disunatkan membaca doa ketika hendak istilam (mengusap) atau melambainya pada permulaan thawaf atau pada setiap putaran, sebagai mana, diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA. Artinya:
“Bahawa Nabi Muhammad SAW datang ke Ka’bah lalu diusapnya Hajar Aswad sambil membaca Bismillah Wallahu Akbar”.
Asal Usul Hajar Aswad
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka’bah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Ka’bah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk.
Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mahu membinanya dengan meninggikan bangunannya dan mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah bangunan Ka’bah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasa kekurangan seketul batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, “Pergilah engkau mencari seketul batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia.”
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik.
Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahima.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, “Dari mana kamu dapat batu ini?”
Nabi Ismail berkata, “Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril).”
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Ka’bah disunnahkan mencium Hajar Aswad.


Rahsia Besar Yang Tidak Pernah Kita Bayangkan Sebelumnya
1. Satu riwayat Sahih dinyatakan: “HajarAswad dan Makam Ibrahim berasal dari batu-batu ruby syurga yang kalaulah tidak kerana sentuhan dosa-dosa manusia akan dapat menyinari antara timur dan barat. Setiap orang sakit yang memegangnya akan sembuhdari sakitnya”


Hajar Aswad dicium oleh berjuta-juta jemaah haji
Duhulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Ka’bah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a’alam.
2. “‘Barangsiapa menunaikan ibadah haji, dan ia tak berbuat rafats dan fasik, maka ia kembali (suci dan bersih) seperti anak manusia yang baru lahir dari perut ibunya.” (Muttafaqun alaihi).
3. Mencium hajar aswad pada masa menunaikan Haji Di Baitullah tidak dapat diwakilkan, Ia menjadi penyedut dosa tanpa kita sedari, alangkah beruntungnya orangyang boleh menyentuh, mengusap dan memegangnya.
Hadis Siti Aisyah RA mengatakan bahawa Rasul SAW bersabda:
“Nikmatilah (peganglah) Hajar Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal darisyurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat”.
Akhir kata, Kita semua tahu jika Hajar Aswad hanyalah batu yang tidak memberikan mudarat atau manfaat, begitu juga dengan Ka’bah, ia hanyalah bangunan yang terbuatdari batu.


Ibadah haji yang dihadiri berjuta-juta umat Islam
Akan tetapi apa yang kita lakukan dalam proses ibadah haji tersebut lebih baik kita niatkan sekadar mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW.
Umar bin Khatab pun juga pernah mengatakan “Aku tahu bahawa kau hanyalah batu, kalaulah bukan kerana aku melihat kekasihku Nabi SAW menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu”
Jadi apa yang dikerjakan berjuta juta umat islam bukanlah menyembah Batu seperti yang banyak dituduhkan kaum yang kerdil sekali akalnya.
Kerana ada rahsia besar dibalik setiap perilaku Nabi Muhammad saw dan sebab tentu saja apa yang dilakukan oleh beliau pastilah berasal dari Allah, sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya :
“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan”(QS. An-Najm : 53)
Allaaahu Akbar, tiada tuhan lagi yang berhak disembah selain Allah dan MuhammadSaw adalah utusan Allah. Muhammad hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul.
Mulai saat ini mari kita cuba berperilaku sebagaimana Nabi Muhammad, mencontohinya dalam segala tindak tanduk, makan, minum, berpakaian, hingga tidurnya. Sesungguhnya ada rahsia disebaliknya.

Credit pada - berita-saya.blogspot.com

Monday, August 27, 2012

Solat Sunat Dhuha

Solat Sunat Dhuha...

Ianya Amalan Berbentuk Sedekah
Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam,

Baginda bersabda:
صْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ
وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ
وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.

.Maksudnya:Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang HariBagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar

Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:
يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.

Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan UmrahBagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallambersabda:
مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَتَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Ia Solat Bagi Orang Yang BertaubatSolat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha.

Baginda lalu bersabda:صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ

Maksudnya:Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.

TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA

Waktu Mengerjakan Solat DhuhaWaktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:مَنْ
صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَتَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat…– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.

Maksudnya:Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.

Jumlah Rakaat Solat DhuhaJumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.

Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat –

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273.

أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ
مَكَّةَفَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.

Maksudnya:Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.

Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti dibawah:

وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ

Maksudnya:Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadis Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. – rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadis ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadis ini telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilai tsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis ini dha’if. Wallahu’alam.

Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:

مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.

Maksudnya:Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.

Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Satu lagi cara ringkas...

Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm sebelum waktu zohor,

“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”

Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :

++ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua
++ Baca Alfatihah
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
++ Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa
++ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
++ Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.
++ Bahasa melayu pun boleh, Doalah.
++ Nak mudah hafal doa

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Credit pada ENCIKPELUANG.blogspot.com

Friday, August 24, 2012

MACAM MANA NAK DAPATKAN SIX PACK

Hari ni aku nak bagi sikit info cam mana nak buildup six packs...mudah..ringkas dan tak perlu belanja besar...





Soalan yang biasa orang tanya kalau nak dapat six pack.


Antaranya :


a. Kalau aku gemuk boleh ke dapat six pack?


b. Berapa lama kena workout baru dapat six pack?


c. Kena diet ke baru boleh dapat bentuk badan macam The Rock?


Kalau anda sejak lahir lagi dah jadi Sparta lainlah cerita. Bukan senang nak dapat bentuk badan yang ideal. Motivasi dan disiplin memang penting. Kalau buat sekadar hangat-hangat tahi ayam memang tak tercapai. Sembang je kalau tak buat pun sama. Sekarang sudah masuk setahun aku workout kat gym. Walaupun duit habis tetapi berbaloi jugak dapat 6 six pack,,heheh. Setakat ne aku tak ambik sebarang protein lagi. Hanya workout dekat gym. So, aku nak share lah sikit macam mana cara nak dapatkan six pack ne.


TURUNKAN BERAT BADAN DULU

Yalah, kalau perut boroi macam mana nak dapat six pack. Bagi aku ada 2 cara dimana anda boleh turunkan berat badan iaitu melalui cara yang cepat dan cara yang lambat. Kalau nak cepat kuruskan badan cuba order Polythermex atau Herba Life. Kawan-kawan aku banyak guna produk ne. Setakat ne dalam masa 2 bulan boleh tengok perubahan pada bentuk badan diorang. Cara lambat adalah melalui diet dan exercise. Kalau yang ne susah sikit. Macam-macam alasan yang selalu kita bagi. Tidak ada masa, penat balik dari kerja dan seribu satu alasanlah. Ingat, nak six pack tak nak 1000 dalih. Tapi kalau exercise yang aku suggest buat cardio macam running,walking and cycling. Exercises seperti ini kalau buat secara berterusan boleh mempercepatkan kadar pembakaran lemak dalam badan. Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan mengambil sarapan. Terdapat kajian menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengambil sarapan akan lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaiman ini terjadi? Sarapan menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.


HILANGKAN LEMAK DEKAT PERUT

Kalau berat badan dah mencapai tahap ideal cuba hilangkan belly fat dekat bahagian perut. Kalau orang yang dah kurus tidak ada masalah. Tidak ada exercises yang khusus untuk menghilangkan lemak kat bahagian perut.
Tetapi, kalau dekat gym anda boleh berlari atas treadmill dalam linkungan 10 minit dan buat weight lifting exercise. Dengan cara ini, ianya akan mempercepatkan kadar dengupan jantung dan memaksa tubuh untuk menggunakan lemak yang tersimpan.Jika anda melakukan exercise ini secara berterusan kemungkinan untuk hilangkan lemak dekat bahagian perut adalah tinggi. Yang penting jangan menimbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum dengan banyak, dan kemudian menimbang berat badan, sudah tentu barat badan anda akan meningkat. ini menyebabkan anda beras putus asa untuk berdiet :)



DAPATKAN SIX PACK

Cara yang terbaek untuk dapatkan six pack adalah melalui push up atau crunches. Kalau dekat gym dah ada bench untuk buat push up. Tapi kalau buat dekat rumah anda cari je lah tempat mana-mana yang sesuai. Atas katil pun boleh. Asalkan jangan tertidur sudahlah. Tetapi rasanya ramai yang tidak suka buat tekan tubi. Tekan tubi lebih fokus dekat bahagian dada, bahu dan trisep. Tekan tubi atau push up ada banyak cara. Yang selalu aku buat semi-planche push up dengan planche push up. Tapi kalau untuk beginner mula dengan classic push up dan teruskan dengan yang lebih advanced seperti yang disebutkan diatas. Kalau ada dumbell lagi bagus. Yang belum ada dumbell boleh beli kat kedai. Murah je harga. Lebih kurang RM 100.



JAGA MAKANAN BILA DAH DAPAT 6 PACK

Jangan ingat bila dah ada six pack anda boleh makan camtu jer. Nanti tak berbaloi dengan masa dan duit yang dihabiskan tetapi dari segi pemakanan tidak dijaga. Banyakkan makan buah dengan sayur. Air pun kalau boleh minum 8 gelas sehari.Ingat, bukan air pepsi atau air coke. Air masak. Kalau air suam lagi elok. Air mengurangkan selera makan anda secara semula jadi dan membantu badan mengurangkan kadar simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Pasti anda tidak akan makan dengan banyak. Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan. Bijirin dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak. Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti biji sawi boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman tetapi juga meningkatkan pembakaran lemak. Kalau anda makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren keran minuman yang masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang mengandungi kurang gula.


Credit to pingje.com

Wednesday, August 22, 2012

Hari Raya

Tahun ni raya giliran kat rumah Mak Mertua kat Pasir Panjang...kemeriahan sambutan macam tahun2 sebelumnyalah...meriah dengan pekikan suara anak2 ngan anak sedara...pastu lak diselangi ngan bedilan meriam tanah budak2 kampung...menambahkan lg kemeriahan malam raya tahun ni...Raya tahun ni agak sedih sikit sebab seminggu selepas puasa nenek pada orang umah aku pergi menyambut seruan Illahi buat selama-lamanya...AL FATIHAH buat arwah..semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg dikasihi oleh ALLAH swt...dalam kemeriahan menyambut hari raya perasaan sedih dan pilu tak dapat nak disembunyikan bila mengenangkan arwah2 yg suatu ketika dulu bersama-sama pernah menyambut raya yg telah dulu pergi menyahut seruan Illahi...itulah dia takdir dan itulah dia ajal...tak tau bila pulak masa kita untuk dipanggil...

oklah jom layan apa yg patut kat bawah ni...


keluarga bahagia...the best...
husband n wife...
tiga dara pingitan...yg perempuan ngan emaknya
yang ni pulak tiga abdul...yg lelaki ngan ayahnya...
fantastic four...
si bujang ngan emaknya...
cium jangan tak cium...
si princess ngan ayahnya...

class gambar ni beb...

gelojoh betul..rilek2 sikit...

yang ni cool...


rilek bro...ni sama2 banyak dosa ni..


tengah menahan air mata dari keluar bercucuran...banyak sangat ke dosa tu dik...dah minta maaf lain kali jangan buat lagi..


sayang ayah dia ni...


Oklah semua...Selamat Hari Raya untuk semua pembaca blog ni..AS SALAM..

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Ramadhan bakal melabuhkan tirainya sementara Syawal pula bakal menghadirkan diri..Marilah kita jadikan Madrasah Ramadhan yang akan pergi ini sebagai pedoman untuk kita teruskan segala amalan yang telah kita lakukan dalam bulan yang penuh Barakah ini untuk kita lanjutkan dalam bulan -bulan yang seterusnya..Mudah-mudahan apa yang telah kita lakukan di dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini akan diberkati dan dirahmati oleh ALLAH swt..
Dikesempatan ini juga saya ingin mengambil peluang yang diberikan tuhan ini untuk memohan seribu kemaafan andai kata selama ini ada di antara kata-kata atau coretan-coretan yang telah menyinggung perasaan para pembaca blog dan juga member-member bikers semua dan tak lupa juga pada rakan taulan..sahabat handai..jiran tetangga dan pada semua yang mengenali diri ini..mudah-mudahan kita semua dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki dan dapat kembali serta diizinkan tuhan untuk kita bertemu dengan Ramadan yang akan datang..SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR DAN BATIN (Nizam,Dila,Arief,Aizad,Fariesha,Farah)

Thursday, August 9, 2012

MALAM LAILATUL QADAR

Malam Lailatul Qadar

Di dalam Kitab Durrul Mantsur terdapat sebuah hadits dari Anas r.a., bahwa Rasulullah saw. bersabda,” Lailatul Qadar telah dikaruniakan kepada ummat ini ( umatku ) yang tidak diberikan kepada umat-umat sebelumnya.”

Terdapat beberapa pendapat mengenai alasan dikaruniakannya Lailatul Qadar. Menurut beberapa hadits, di antara sebabnya adalah sebagai berikut; Rasulullah pernah merenungkan usia rata-rata umat-umat terdahulu yang jauh lebih panjang daripada usia umatnya yang pendek. Beliau pun bersedih karena mustahil ummatnya dapat menandingi amal ibadah umat-umat terdahulu. Oleh sebab itu, Allah SWT dengan kasih sayangnya yang tidak terhingga mengaruniakan Lailatul Qadar kepada umat Islam. Hal ini bermakna bahwa apabila ada seseorang yang memperoleh kesempatan beribadah selama sepuluh malam Lailatul Qadar pada bulan Ramadhan dan mendapatkan keberkahan malam-malam tersebut, maka ia akan mendapatkan pahala beribadah selama 83 tahun 4 bulan, bahkan lebih.

Riwayat lain mengatakan bahwa Rasulullah saw bercerita kepada para shahabatnya tentang kisah seorang yang sangat sholeh dari kalangan Bani Israel yang telah menghabiskan waktu selama seribu bulan untuk berjihad fii sabilillah. Mendengar kisah nyata ini, para shahabat Nabi saw. merasa iri. Terhadap hal ini, Allah SWT mengaruniakan kepada para shahabat, Lailatul Qadar sebagai ganti dari beribadah selama 1000 bulan tersebut. Ada juga riwayat lainnya yang menyatakan bahwa Nabi saw pernah menyebutkan 4 nama nabi dari Bani Israel, yang masing-masing telah menghabiskan waktu 80 tahun untuk mengabdi dan berbakti kepada Allah SWT tanpa pernah mendurhakai-Nya sekejap pun. Mereka adalah Nabi Ayyub a.s., Zakariyya a.s., Hizkiel a.s., dan Yusya’ a.s. . Mendengar hal ini, para shahabat Nabi merasa takjub dan iri. Lalu Jibril a.s. datang dan membacakan surat Al Qadar yang mewahyukan tentang keberkahan malam yang istimewa ini.

Masih ada riwayat-riwayat lainnya yang menerangkan tentang asal mula dikaruniakannya malam Lailatul Qadar. Meskipun dalam satu masa, perbedaan ini secara umum disebabkan oleh keadaan yang berbeda yang mengakibatkan ayat ini turun. Oleh karena itu, penafsirannya dikaitkan dengan kejadian pada masa tersebut. Terlepas dari riwayat mana yang kita terima, yang penting Allah SWT telah mengaruniakan kepada ummat ini malam Lailatul Qadar sebagai nikmat yang besar. Lailatul Qadar adalah karunia Allah SWT dan hanya orang-orang yang mendapatkan taufik dan hidayah yang dapat beramal di dalamnya. Betapa beruntung orang-orang bertaqwa yang tidak pernah meninggalkan ibadah pada malam Lailatul Qadar semenjak mereka baligh.

Tentang penentuan jatuhnya malam Lailatul Qadar ini, terdapat sekitar 50 perbedaan pendapat di kalangan alim ulama. Di sini tidak akan diuraikan semua pendapat itu, tetapi hanya yang paling masyhur saja. Kitab-kitab hadits banyak membahas keistimewaan dan keutamaan malam Lailatul Qadar ini melalui berbagai riwayat. Karena Al Qur’an sendiri telah menyebutkan tentang malam tersebut dalam sebuah surat yang khusus, kita akan memulainya dari penjelasan mengenai penafsiran surat Al Qadar tersebut, yang diambil dari tafsir Bayanul Qur’an susunan Syaikh Asyraf Ali Tsanwi rah.a. dan beberapa tambahan dari kitab-kitab lainnya.

Berikut adalah terjemahan daripada Suruh Al-Qadr Ayat 1 - 5...

Ayat 1...“ Sesungguhnya Kami telah menurunkannya ( Al Qur’an ) pada malam kemuliaan.”
Ayat di atas telah menyebutkan suatu kenyataan bahwa pada malam istimewa itu, Al Qur’an telah diturunkan dari Lauh al Mahfudz ke langit dunia. Kenyataan ini cukup memperkuat bukti kemuliannya, yaitu Al Qur’an yang begitu agung diturunkan pada malam ini. Keberkahan dan keutamaan lainnya juga tertulis di dalam surat ini. Pada ayat berikutnya, agar menarik perhatian kita, maka diajukanlah sebuah pertanyaan:

Ayat 2...“ Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu”
Dengan kata lain, pertanyaannya adalah,” Tahukah kamu betapa besar dan penting malam ini? Tahukah kamu akan besarnya nikmat dan karunia pada malam ini?” Ayat berikutnya menerangkan keagungan malam tersebut:

Ayat 3...“ Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan.”
Artinya, pahala beribadah pada malam itu lebih baik dan lebih besar daripada pahala beribadah selama seribu bulan. Dan kita tidak tahu seberapakah yang dimaksud lebih besar itu.

Ayat 4...“Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril, dengan ijin Allah untuk mengatur semua urusan.”
Sebuah penjelasan yang indah mengenai ayat ini telah dikemukakan oleh Imam Razi rah.a. yang berkata bahwa ketika manusia pertama diturunkan ke Bumi, para malaikat melihatnya dengan penuh keprihatinan, sehingga mereka bertanya kepada Allah SWT.,” Mengapa Engkau jadikan ( khalifah ) di bumi, orang yang akan berbuat kerusakan dan menumpahkan darah?” Sebagaimana halnya jika ibu bapak memperhatikan asal usul manusia, yaitu dari setetes air mani, mereka akan memandangnya dengan rasa jijik sehingga dianggap sebagai sesuatu yang mengotori pakaian dan perlu dicuci. Namun, ketika dari air mani itu, Allah SWT menjadikan seorang bayi yang cantik, mereka pun menyayanginya dan mencintainya. Demikian pula, jika seseorang beribadah kepada Allah SWT dan memuji-Nya pada malam kemuliaan, maka para malaikat akan turun kepada mereka, meminta maaf atas ucapannya dahulu tentang manusia.

Dalam ayat ini disebutkan lafazh war ruuhu ( dan ruh ). Yang dimaksud adalah Jibril a.s. yang turun ke bumi pada malam tersebut. Para ahli tafsir memberikan beragam penafsiran mengenainya. Kebanyakan di antara mereka sepakat bahwa yang dimaksud ruh di sini adalah Jibril a.s. Menurut Imam Razi rah.a., inilah makna yang paling tepat. Pertama Allah SWT menyebutkan para malaikat, lalu Jibril a.s., sebab ia memiliki kedudukan khusus di antara para malaikat, sehingga ia disebut secara terpisah. Sebagian mufassirin berpendapat bahwa yang dimaksud dengan ruh di sini adalah malaikat yang begitu besar sehingga jika dibandingkan langit dan bumi, maka keduanya laksana sesuap makanan saja. Mufassir yang lain berpendapat bahwa ruh di sini maksudnya adalah sekelompok malaikat yang jarang muncul. Malaikat itu hanya muncul pada malam Lailatul Qadar dan hanya dapat disaksikan oleh malaikat lainnya pada malam tersebut. Dan masih banyak penafsiran lainnya.

Imam Baihaqi rah.a. meriwayatkan hadits dari Anas r.a. bahwa Nabi saw. bersabda,” Pada malam Lailatul Qadar, Jibril turun bersama sekumpulan malaikat dan berdoa memohon rahmat untuk setiap orang yang ditemukan tengah sibuk beribadah pada malam itu.”

“ Dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan.”

Mereka turun dengan membawa kebaikan. Penyusun kitab Mazhahiril Haq menulis bahwa pada malam inilah, dahulu kala, malaikat diciptakan, lalu Adam pun diciptakan dan pepohonan surga ditanam. Menurut beberapa hadits, pada malam ini, doa-doa dikabulkan. Begitu pula dalam sebuah hadits di Kitab Durrul Mantsur, disebutkan bahwa pada malam ini Nabi Isa a.s. diangkat ke langit. Dan pada malam itu juga, taubat Bani Israel diterima.

Ayat 5...“ Malam itu ( penuh ) dengan kesejahteraan sampai terbit fajar.”
Malam itu penuh dengan kesejahteraan. Para malaikat turun secara berduyun-duyun dan bergelombang untuk menyampaikan salamnya kepada orang-orang yang beriman secara bergiliran seperti tentara. Jika sekelompok malaikat naik ke langit, maka digantikan oleh kelompok malaikat lainnya. Beberapa riwayat menyebutkan bahwa malam ini penuh dengan kesejahteraan dan keamanan dari segala kejahatan dan keburukan. Rahmat dan berkah pada malam itu selalu turun sepanjang malam sampai terbit fajar, tidak terbatas pada sebagian malam saja.

Sebenarnya setelah mengetahui keutamaan Lailatul Qadar melalui surat ini telah mencukupi tanpa harus mengutip haditsnya. Tetapi karena banyak hadits yang menyebutkan fadhilahnya, maka di sini akan disajikan beberapa.

Sumber : fadhilahramadhan.blogspot.com