Monday, April 16, 2012

Kayuhan Bukit Puyuh ngan Ex Malaysia rider era 70an

Date : 15 April 2012

Route : TKP24 - Lekas Highway - Mantin - Lenggeng - Broga - Semenyih - Sg Long - TKP24

Start Time : 07:45am

Distance : 76km

Riding Hours - 3 hours 2 minutes

Average : 25km/h

Riders : Aku -Rashin - Tek Meng(ex Malaysia riders era 70an)

Kayuhan kali ni aku ngan Bro Rashin melayan Bukit Puyuh...dekat setahun lebih tak layan kayuh kat sini...kali terakhir aku kayuh kat sini Nov 2010 ngan group MAPLAY http://familyxtvt.blogspot.com/2010/11/kayuhan-broga-bukit-puyuh.html... kali ni aku kayuh ikut Lekas Highway baru masuk Bukit Puyuh...tak larat nak layan Lekas Highway kalau dah pkl 11pg...nak terbakar kulit rasanya...sebenarnya kayuhan kali ni tak sangka pulak aku akan berkayuh ngan otai ex Malaysia rider era tahun 70an Bro Tek Meng...dia ni seangkatan ngan Joo Ngan...ok kejap lagi aku cite serba sedikit pasal otai ni...


sebelum bermulanya kayuhan Bukit Puyuh...bergambar kat depan rumah aku ngan Bro Rashin...



kat Lekas Highway...kat sini aku terserempak ngan ex Malaysia rider ni...Bro Tek Meng...
masih lagi kat Lekas Highway...menuju kawasan rehat Beranang...
kat kawasan rehat Beranang...Bro Rashin nak melepaskan hajat katanya...



ni dia Bro Tek Meng ex Malaysia rider era tahun 70an tu...sempat gak aku korek rahsia dari otai ni...dia cakap dia pernah dapat pingat Perak dalam salah satu kejuaraan utama Asia...masa tu Joo Ngan pingat Emas tempat pertama...dia tempat kedua...merata tempat dia dah pergi...dapat gak aku sikit tip dari otai ni...cara2 terbaik berkayuh...
pada Bro Razak(salah sorang rider MAPLAY PROTON)...kalau terbaca blog saya ni...Bro Tek Meng ni katanya dia nak jumpa sangat ngan Bro Razak...dia ada tinggalkan no hp dia kat Bro Rashin...




memasuki Tol Mantin....




kat Bukit Puyuh...dekat 5km gak mendaki bukit ni kalau dari arah Mantin...lama tak daki bukit...nak terkucil rasanya...klau mendaki dari arah Lenggeng cuma 2km je jarak dia nak sampai puncak Bukit Puyuh ni...dah makin cantik tempat ni....




sempat gak anak aku ni bergambar...dia pun tak pernah sampai kat sini...dia cakap best tempat ni...bawak motor boleh buat lap...buatlah lap sekali dah jatuh baru tau sedap dia cam mana..


kat Ulu Beranang...pekena roti canai dulu...terima kasih pasa Bro Tek Meng kerana belanja kita orang makan...


pekan Broga...cam pekan koboi...tak besar mana pun pekan ni...kampunglah katakan...


kat Sg Long...


seksa melayan bukit Mcdonalds ni...tak tinggi mana pun...cuma dia panjang dan agak landai...


seksa tul nak melayan bukit ni....


kat persimpangan Twin Palm ngan Tol Sg Long...kat sini aku berpecah ngan Bro Tek Meng...aku balik rumah aku ngan Bro Rashin sementara Otai tu meneruskan kayuhan dia sampai kat rumah dia kat Bukit Mahkota Sg long...Ok geng next time kalau ada bahan lain kita cite lg k...ASSALAMUALAIKUM.......

Tuesday, April 10, 2012

Kayuhan duet

Minggu ni ride ngan Bro Rashin sekitar Kajang...dapatlah 27km...dengan masa yg diambil dalam 1 jam 07 minit....sementara purata kayuhan sekitar 27km/jam...lama tak kayuh ngan Bro Rashin ni...ada dekat setahun gak rasanya...

walaupun jarak kayuhan hanya sekadar 27km je tapi impact dia terasa gaklah satu badan...mana taknya...kadar kelajuan kayuhan sekitar dalam 30km - 40km...Bro Rashin gak yg suruh cuba kekalkan kelajuan dlm 30 - 40km ni...kalau kayuh santai takdalah rasa apa2...bila kita kayuh pada kelajuan yg konsisten baru kita dapat dia punya klimak...apa2 pun sebenarnya benda ni terpulang pada rider tu sendiri...kalau tak nak badan rasa apa2...kayuh jelah cara santai...kalau nak badan tu rasa sedap sikit...cuba konsistenkan kelajuan pada kayuhan kita semaximun yg boleh tapi jangan paksa...takut nanti meletup lak jantung tu kang...senang cite it`s up to u lah bro...rasa boleh pegi kita laju kalau tak boleh kita santai2 je...ok...kalau nak lumba pun kita nak lumba ngan sapa...betul tak...


kat tol Sg Balak...Bro Rashin kata dia tak tahan nak membuang hajat...singgahlah kejap...



kat tol Kajang Utama...lepak2 jap sambil mengayam ketupat...hee hee

brother2 hensem....


dah lama rasanya jentera2 ni bertahan dan berbakti kat tuan dia...bilalah agaknya nak upgrade yg lebih canggih sikit..member2 lain semuanya dah pakai yg rm7k - rm8k nya harga...tunggu jelah...


macam model basikallah pulak....


kat highway Sg Long...lg hutan ditarah dan diteroka...semata-mata untuk mendapatkan keuntungan dan kekayaan oleh mereka2 yg rakus....


apa lg yg lu nak pikirkan bro...bukan boleh buat apa2 pun...yg boleh cuma tengok jelah...k.. c u next time...AS SALAM

Wednesday, April 4, 2012

Keluhan-Keluhan Yang Tak Perlu Ada Pada Seorang Perempuan

Kaum hawa cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.
Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”
Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C: “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.
Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.
Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.
Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...Kredit to
http://kaki-haru.blogspot.com/