Thursday, February 21, 2013

Solat Jenazah

Telah sepakat di kalangan para ulamak bahawa setiap mayat orang Islam wajib disolatkan dan solat tersebut dinamakan solat Jenazah. Solat Jenazah tidaklah dikategorikan sebagai solat tathawwu’. Walaupun begitu penulis tetap membahaskan tentang solat Jenazah di dalam buku ini kerana ianya bukan termasuk dalam kategori solat yang fardu ‘ain (iaitu solat lima waktu) yang diwajibkan kepada seluruh umat Islam.

HUKUM SOLAT JENAZAH

Solat Jenazah ini hukumnya adalah fardu kifayah yang mana sekira ianya telah dikerjakan oleh sebahagian daripada umat Islam maka ianya telah memadai. Dalil yang menunjukkan ianya adalah fardu kifayah adalah sebuah riwayat daripada Zaid bin Khalid al-Juhani, dia berkata:

أَنَّ رَجُلاً مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تُوُفِّيَ يَوْمَ خَيْبَرَ
فَذَكَرُوا ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ:
صَلُّوا عَلَى صَاحِبِكُمْ.
فَتَغَيَّرَتْ وُجُوهُ النَّاسِ لِذَلِكَ.
فَقَالَ: إِنَّ صَاحِبَكُمْ غَلَّ فِي سَبِيلِ اللَّهِ.
فَفَتَّشْنَا مَتَاعَهُ فَوَجَدْنَا خَرَزًا مِنْ خَرَزِ يَهُودَ لاَ يُسَاوِي دِرْهَمَيْنِ.

Maksudnya:
Ada seorang sahabat Nabi radhiallahu’ anh meninggal dunia pada perang Khaibar. Ketika hal tersebut diberitahukan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda pun bersabda:

Solatlah ke atas sahabat kalian ini.
Maka wajah orang-orang pun berubah kerananya. Baginda bersabda:
Sesungguhnya sahabat kalian telah melakukan pengkhianatan di jalan Allah.

Kemudian kami memeriksa barang yang dibawanya dan kami menemukan sebuah perhiasan dari permata kaum Yahudi yang nilainya tidak setara dengan dua dirham – Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Jihaad, no: 2710.

Melalui hadis ini kita dapati baginda tidak turut serta dalam solat Jenazah tersebut dan hanya para sahabat lain mengerjakannya. Sekiranya solat Jenazah itu hukumnya fardu ‘ain tentu baginda akan turut serta mengerjakannya.

KEUTAMAAN SOLAT JENAZAH

Ganjaran Pahala Yang Besar
Bagi yang mengerjakan solat Jenazah mereka akan dianugerahkan dengan pahala yang besar. Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ شَهِدَ الْجَنَازَةَ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا فَلَهُ قِيرَاطٌ وَمَنْ شَهِدَهَا حَتَّى تُدْفَنَ فَلَهُ قِيرَاطَانِ.
قِيلَ: وَمَا الْقِيرَاطَانِ؟
لَ: مِثْلُ الْجَبَلَيْنِ الْعَظِيمَيْنِ.

Maksudnya:

Barangsiapa yang menyaksikan jenazah sehingga mensolatnya, maka mendapat pahala satu qirath dan barangsiapa yang menyaksikannya sampai jenazah itu dikuburkan, maka dia mendapat dua qirath.

Mereka (para sahabat) bertanya: Apakah maksud dua qirath itu?

Nabi menjawab: Ia sama dengan dua gunung besar. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz, no: 945.

Sebagai Syafaat Bagi Jenazah

Sekiranya jemaah yang mengerjakan solat Jenazah itu mencapai empat puluh orang atau seratus orang maka Allah Subhanahu wa Ta’ala akan mengabulkan permohonan syafaat mereka terhadap jenazah tersebut.

Diriwayatkan daripada Kuraib pelayan Ibnu ‘Abbas daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas radhiallahu’ anh bahawasanya anaknya meninggal dunia di Qudaid atau ‘Usfan lalu dia berkata: Wahai Kuraib, lihatlah sekiranya orang-orang sudah berkumpul untuknya (iaitu untuk mensolatkan jenazah tersebut).
Dia (Kuraib) berkata: Lalu aku keluar dan ternyata orang-orang sudah berkumpul untuknya. Aku pun memberitahunya (yakni Ibnu ‘Abbas)
Dia (Ibnu ‘Abbas) bertanya: Apakah mereka berjumlah empat puluh orang?
Dia (Kuraib) menjawab: Ya

Dia (Ibnu ‘Abbas) berkata: Keluarkan jenazahnya kerana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَا مِنْ رَجُلٍ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيَقُومُ عَلَى جَنَازَتِهِ أَرْبَعُونَ رَجُلاً لاَ يُشْرِكُونَ بِاللَّهِ شَيْئًا
إِلاَّ شَفَّعَهُمْ اللَّهُ فِيهِ.

Maksudnya:

Tidaklah seorang Muslim meninggal dunia lalu ada empat puluh orang yang mendirikan solat Jenazah baginya, yang mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, melainkan Allah akan mengabulkan permohonan syafaat mereka untuk jenazah tersebut. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz, no: 948.

Daripada ‘Aisyah radhiallahu’ anha, dia berkata Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَا مِنْ مَيِّتٍ تُصَلِّي عَلَيْهِ أُمَّةٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ يَبْلُغُونَ مِائَةً كُلُّهُمْ يَشْفَعُونَ لَهُ إِلاَّ شُفِّعُوا فِيهِ.

Maksudnya:
Tidaklah seorang yang meninggal dunia lalu disolatkan oleh umat Muslim yang jumlahnya mencapai seratus orang, yang semunya memohon syafaat baginya, melainkan mereka akan diberikan izin memberi syafaat untuk jenazah tersebut. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz, no: 947.

TATACARA SOLAT JENAZAH

Solat Jenazah merupakan satu solat yang dikerjakan sambil berdiri disertakan dengan sejumlah takbir tanpa rukuk, sujud dan tasyahhud. Seterusnya penulis akan membahaskan tentang tatacara mengerjakan solat Jenazah..

Tempat Untuk Mengerjakan Solat Jenazah

Para ulamak berbeza pendapat tentang hukum mengerjakan solat Jenazah di dalam masjid sama ada diharuskan atau tidak. Namun begitu terdapat riwayat yang menunjukkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Jenazah di dalam masjid.
َّادِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ أَنَّ عَائِشَةَ أَمَرَتْ أَنْ يَمُرَّ بِجَنَازَةِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ فِي الْمَسْجِدِ
فَتُصَلِّيَ عَلَيْهِ فَأَنْكَرَ النَّاسُ ذَلِكَ عَلَيْهَا فَقَالَتْ: مَا أَسْرَعَ مَا نَسِيَ النَّاسُ
مَا صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى سُهَيْلِ بْنِ الْبَيْضَاءِ إِلاَّ فِي الْمَسْجِدِ.

Maksudnya:
Daripada ‘Abbad bin ‘Abdillah bin al-Zubair bahawa ‘Aisyah memerintahkan orang-orang agar jenazah Sa’ad bin Abi Waqqash dibawa ke dalam masjid, lalu ‘Aisyah ikut mensolatinya. Melihat hal itu orang-orang mengingkarinya, maka ‘Aisyah menyatakan: Sungguh cepat sekali manusia lupa, tidaklah Rasulullah mensolati Suhail bin al-Baidha’ kecuali di masjid. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz, no: 973.

Namun yang lebih sering dilakukan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah mengerjakan solat Jenazah di satu tempat khas di luar masjid (al-Musolla). Daripada Sa’id bin Musayyab bahawa Abu Hurairah berkata:

إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَفَّ بِهِمْ بِالْمُصَلَّى فَكَبَّرَ عَلَيْهِ أَرْبَعًا.

Maksudnya:
Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengatur mereka dalam shaff di musolla lalu baginda bertakbir untuk (jenazah) Najasyi sebanyak empat kali – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz, no: 1328.

Pada zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam terdapat sebuah tempat khusus (al-Musolla) untuk mengerjakan solat Jenazah di luar Masjid Nabawi di Madinah. Dalilnya adalah:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ الْيَهُودَ جَاءُوا إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
ِرَجُلٍ مِنْهُمْ وَامْرَأَةٍ زَنَيَا فَأَمَرَ بِهِمَا فَرُجِمَا قَرِيبًا مِنْ مَوْضِعِ الْجَنَائِزِ عِنْدَ الْمَسْجِدِ.

Maksudnya:
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar radhiallahu’ anhuma bahawa orang-orang Yahudi datang kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dengan membawa seorang lelaki dan seorang wanita di antara mereka yang keduanya telah berzina. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan agar keduanya direjam berhampiran dengan tempat pelaksanaan solat jenazah di bahagian tepi masjid. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz, no: 1329.

Menurut Imam Ibnul Qayyim rahimahullah:
Tidak termasuk kebiasaan dalam hidup Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Jenazah di dalam masjid secara rutin. Sebaliknya ianya dilakukan di luar masjid. Memang kadang-kadang baginda mengerjakan solat Jenazah di dalam masjid. Keduanya boleh. – Penulis nukil dari kitab Syaikh ‘Abdullah al-Bassam bertajuk Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram, (edisi terjemahan dengan tajuk Syarah Bulughul Maram, Pustaka Azzam, Jakarta, 2006), jilid 3, ms. 214.

Menurut Syaikh al-Albani rahimahullah:

Diperbolehkan mensolati jenazah di dalam masjid berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah radhiallahu’ anha … Yang lebih utama adalah mensolati jenazah di luar masjid, yakni di tempat khusus yang disediakan untuk mensolati jenazah seperti yang dilakukan pada zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan merupakan sebahagian besar tuntunan baginda. – Rujuk kitab Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Ahkaamul-Janaa’iz wa Bid’ihaa (edisi terjemahan bertajuk Tuntunan Lengkap Mengurus Jenazah, Gema Insani Press, Jakarta 2002), ms. 107.

Dilarang mengerjakan solat Jenazah di kuburan secara sengaja kerana terdapat dalil-dalil yang mengharamkan untuk bersolat di kuburan atau menghadap kuburan. Namun bagi mereka yang tidak sempat mengerjakan solat jenazah sedangkan mayat itu telah dikuburkan, maka dalam situasi sebegini dibenarkan baginya untuk mengerjakan solat Jenazah di kuburan tersebut. Dalilnya adalah seperti riwayat di bawah:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ بِقَبْرٍ قَدْ دُفِنَ لَيْلاً
فَقَالَ: مَتَى دُفِنَ هَذَا.
قَالُوا: الْبَارِحَةَ.
قَالَ: أَفَلاَ آذَنْتُمُونِي.
قَالُوا: دَفَنَّاهُ فِي ظُلْمَةِ اللَّيْلِ فَكَرِهْنَا أَنْ نُوقِظَكَ.
فَقَامَ فَصَفَفْنَا خَلْفَهُ قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: وَأَنَا فِيهِمْ فَصَلَّى عَلَيْهِ.

Maksudnya:

Daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu’ anh, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melalui di salah satu kuburan yang baru sahaja dimakamkan pada malam sebelumnya, maka baginda bersabda:

Bilakah orang ini dikuburkan?

Mereka menjawab: Malam tadi.

Baginda bersabda: Mengapa kalian tidak memberitahu kepada ku?

Mereka menjawab: Kami menguburkannya di tengah kegelapan malam hingga kami tidak suka untuk membangunkan anda.

Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam berdiri dan kami membuatkan shaff di belakangnya. Ibnu ‘Abbas berkata: Sedang aku berada di antara mereka dan baginda mensolatinya. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz, no: 1321.

Hadis di atas juga dijadikan dalil bahawa anak-anak kecil juga berdiri dalam shaff yang sama dengan orang dewasa ketika solat Jenazah kerana Ibnu ‘Abbas radhiallahu’ anh ketika itu masih kanak-kanak lagi.

Solat Jenazah Dilaksanakan Secara Berjemaah.

Seluruh hadis-hadis tentang solat Jenazah menunjukkan ianya dilaksanakan secara berjemaah. Tidak ada satu dalil pun yang menunjukkan baginda pernah melaksanakannya secara berseorangan. Oleh itu diwajibkan solat Jenazah itu dilaksanakan secara berjemaah sesuai dengan tatacara yang diajarkan serta diamalkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Sesungguhnya di dalam ibadah solat diwajibkan bagi kita untuk mencontohi baginda sebagaimana sabdanya:

صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي

Maksudnya:
Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Azaan, no: 631.

Tempat Berdirinya Imam

Sekiranya mayat tersebut adalah lelaki maka Imam berdiri lurus di kepala mayat tersebut. Seandainya mayat tersebut adalah perempuan maka Imam berdiri di tengah-tengah mayat tersebut. Dalilnya adalah seperti berikut:

عَنْ أَبِي غَالِبٍ قَالَ: صَلَّيْتُ مَعَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَلَى جَنَازَةِ رَجُلٍ فَقَامَ حِيَالَ رَأْسِهِ
ثُمَّ جَاءُوا بِجَنَازَةِ امْرَأَةٍ مِنْ قُرَيْشٍ فَقَالُوا: يَا أَبَا حَمْزَةَ صَلِّ عَلَيْهَا. فَقَامَ حِيَالَ وَسَطِ السَّرِير.ِ
فَقَالَ لَهُ الْعَلاَءُ بْنُ زِيَادٍ: هَكَذَا رَأَيْتَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ عَلَى الْجَنَازَةِ مُقَامَكَ مِنْهَا
وَمِنْ الرَّجُلِ مُقَامَكَ مِنْهُ: قَالَ: نَعَمْ. فَلَمَّا فَرَغَ قَالَ: احْفَظُوا.

Maksudnya:
Daripada Abu Ghalib, dia berkata: Aku pernah solat bersama Anas bin Malik ke atas seorang jenazah lelaki, dia berdiri di hadapan kepalanya. Kemudian orang-orang membawa jenazah perempuan dari suku Quraisy dan mereka berkata: Wahai Abu Hamzah, solatlah ke atasnya. Maka dia berdiri di bahagian tengah mayat tersebut. Setelah itu al-‘Ala’ bin Ziyad bertanya kepadanya: Beginikah engkau dulu menyaksikan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berdiri saat mensolatkan jenazah wanita seperti tempatmu (berdiri) tadi? Dia menjawab: Ya. Setelah selesai dia berkata: Ingatlah selalu. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Janaaiz, no: 955.

Sekiranya terdapat beberapa jenazah yang bercampur di antara lelaki mahupun perempuan maka Imam boleh membuat pilihan sama ada untuk mengerjakan solat Jenazah tersebut satu persatu ataupun secara serentak untuk semua jenazah. Sekiranya solat dilakukan serentak maka posisi jenazah lelaki (walaupun masih kanak-kanak) berada di hadapan imam sedangkan jenazah wanita diletakkan setelah jenazah lelaki (dalam satu barisan panjang) sesuai dengan arah kiblat. Dalilnya adalah sebuah riwayat daripada Nafi’:

أَنَّ ابْنَ عُمَرَ صَلَّى عَلَى تِسْعِ جَنَائِزَ جَمِيعًا فَجَعَلَ الرِّجَالَ يَلُونَ الإِمَامَ وَالنِّسَاءَ يَلِينَ الْقِبْلَةَ
فَصَفَّهُنَّ صَفًّا وَاحِدًا وَوُضِعَتْ جَنَازَةُ أُمِّ كُلْثُومِ بِنْتِ عَلِيٍّ امْرَأَةِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ وَابْنٍ لَهَا
يُقَالُ لَهُ زَيْدٌ وُضِعَا جَمِيعًا وَالإِمَامُ يَوْمَئِذٍ سَعِيدُ بْنُ الْعَاصِ وَفِي النَّاسِ ابْنُ عُمَرَ وَأَبُو هُرَيْرَةَ
وَأَبُو سَعِيدٍ وَأَبُو قَتَادَةَ فَوُضِعَ الْغُلامُ مِمَّا يَلِي الإِمَامَ فَقَالَ رَجُلٌ: فَأَنْكَرْتُ ذَلِكَ.
فَنَظَرْتُ إِلَى ابْنِ عَبَّاسٍ وَأَبِي هُرَيْرَةَ وَأَبِي سَعِيدٍ وَأَبِي قَتَادَةَ
فَقُلْتُ: مَا هَذَا؟ قَالُوا: هِيَ السُّنَّةُ.

Maksudnya:
Bahawasanya Ibnu ‘Umar radhiallahu’ anh pernah mengerjakan solat ke atas sembilan jenazah sekaligus. Jenazah lelaki ditempatkan dekat (yakni di hadapan) dengan Imam. Sedangkan jenazah perempuan setelahnya sesuai dengan arah kiblat. Jenazah-jenazah itu ditempatkan dalam satu barisan, lalu jenazah Ummu Kultsum binti ‘Ali, isteri ‘Umar bin al-Khatthab dan puteranya yang bernama Zaid ditempatkan di satu tempat. Pada saat itu yang menjadi Imam adalah Sa’id bin al-‘Asha, sedangkan di antara jemaah yang ikut adalah Ibnu ‘Umar, Abu Hurairah, Abu Sa’id dan Abu Qatadah. Lalu diletakkan jenazah anak kecil dekat dengan Imam. Kemudian ada seseorang yang menyatakan: Aku tidak boleh terima hal tersebut. Aku pun melihat ke arah Ibnu ‘Abbas, Abu Hurairah, Abu Sa’id dan Abu Qatadah lalu ku katakan: Bagaimana ini? Mereka menjawab: Itulah yang disunnahkan. – Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab al-Janaaiz, no: 1952.

Susunan Shaff Dalam Solat Jenazah

Disunnahkan untuk menyusun shaff menjadi tiga barisan. Dalil yang menguatkan hujah ini adalah sebuah riwayat daripada Malik bin Hubairah, dia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيُصَلِّي عَلَيْهِ ثَلاَثَةُ صُفُوفٍ مِنْ الْمُسْلِمِينَ إِلاَّ أَوْجَبَ.

Maksudnya:
Tidaklah seorang Muslim meninggal dunia lalu disolatkan oleh tiga shaff kaum Muslimin, melainkan diwajibkan (baginya syurga). – Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Janaaiz, no: 2753.

Jumlah Takbir Dalam Solat Jenazah

Sebenarnya terdapat variasi dalam jumlah takbir yang dilakukan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika mengerjakan solat Jenazah iaitu empat, lima, enam, tujuh dan sembilan kali takbir. Tentang perbezaan jumlah takbir ini Syaikh al-Albani rahimahullah berkata:

Semua itu diriwayatkan daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan yang mana sahaja dilakukan bererti telah mengikuti sunnah. Akan tetapi yang lebih utama adalah melakukannya secara variasi, adakalanya dengan empat, lima dan sembilan takbir… Namun bila kita diharuskan untuk berpegang kepada salah satunya, maka dengan empat takbir itulah yang paling tepat memandangkan terdapat banyaknya riwayat yang menceritakannya. - Rujuk kitab Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Ahkaamul-Janaa’iz wa Bid’ihaa, ms. 110.

Berikut kita akan melihat dalil-dalil tentang jumlah takbir dalam solat Jenazah:

1) Empat Kali

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَعَى النَّجَاشِيَّ فِي الْيَوْمِ الَّذِي
مَاتَ فِيهِ وَخَرَجَ بِهِمْ إِلَى الْمُصَلَّى فَصَفَّ بِهِمْ وَكَبَّرَ عَلَيْهِ أَرْبَعَ تَكْبِيرَاتٍ.

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengumumkan berita kematian Najasyi pada hari kematiannya lalu baginda keluar beserta mereka ke musolla dan mengatur mereka dalam shaff kemudian bertakbir empat kali. – Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz, no: 1333.

2) Lima Kali

Daripada ‘Abdurrahman bin Abi Laila dia berkata:

كَانَ زَيْدٌ يُكَبِّرُ عَلَى جَنَائِزِنَا أَرْبَعًا وَإِنَّهُ كَبَّرَ عَلَى جَنَازَةٍ خَمْسًا فَسَأَلْتُهُ
فَقَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكَبِّرُهَا.

Maksudnya:
Zaid (bin Arqam) mensolatkan jenazah kami dengan takbir empat kali. Dia juga pernah bertakbir lima kali atas satu jenazah. Akupun bertanyakan kepadanya mengenai hal itu. Dia menjawab: Rasulullah pernah melakukan.- Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz, no: 957.

3) Enam Kali

Daripada ‘Abdu Khair, daripada ‘Ali:

أَنَّهُ كَانَ يُكَبِّرُ عَلَى أَهْلِ بَدْرٍ سِتًّا وَعَلَى أَصْحَابِ مُحَمَّدٍ خَمْسًا وَعَلَى سَائِرِ النَّاسِ أَرْبَعًا.

Maksudnya:
Sesungguhnya dia pernah mensolatkan jenazah ahli Badar melakukan takbir enam kali dan kepada segenap sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam lima kali takbir sedangkan kepada orang lain dengan empat kali takbir. – Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah dalam al-Mushannaf (II/303) dan al-Daruquthni dalam al-Sunan (II/73).

4) Tujuh Kali

Daripada Musa bin ‘Ubaidillah bin Yazid:

أن عليا صلى على أبي قتادة فكبر عليه سبعا، وكان بدريا

Maksudnya:
Bahawa ‘Ali radhiallahu’ anh pernah mensolatkan Abu Qatadah dengan bertakbir tujuh kali, beliau adalah seorang yang ikut serta perang Badar. – Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah dalam al-Mushannaf (II/304) dan al-Thahawi dalam Syarhu Ma’aani al-Aatsaar (I/496).

Walaupun kedua-dua hadis yang menunjukkan takbir sebanyak enam dan tujuh kali ini مَوْقُوْفُ yakni ianya hanyalah perbuatan yang disandarkan kepada sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam iaitu ‘Ali radhiallahu’ anh namun begitu hukumnya مَرْفوْعُ (sanadnya bersambung sehingga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam) kerana ianya dilakukan oleh seorang sahabat besar di hadapan para sahabat yang lain tanpa bantahan daripada mereka. Sekiranya amalan tersebut bertentangan dengan sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pasti ianya akan mendapat tentangan daripada para sahabat yang lain.

5) Sembilan Kali

Daripada ‘Abdullah bin al-Zubair dia berkata:

أمر به فهيئ إلى القبلة، ثم كبر عليه تسعا، ثم جمع إليه الشهداء، كلما أتي بشهيد وضع إلى
حمزة، فصلى عليه، وعلى الشهداء معه حتى صلى عليه، وعلى الشهداء اثنين وسبعين صلاة

Maksudnya:
Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan pada hari terjadinya perang Uhud untuk membawa kepada beliau mayat Hamzah seraya menyelimuti jasadnya dengan burdah (kain tebal serban baginda) kemudian mensolatkannya. seraya bertakbir sembilan kali. Kemudian baginda mendatangi para korban yang lain dan membariskan jenazah mereka, setelah itu baginda mensolatkan jenazah mereka dan Hamzah secara bersama – Hadis riwayat al-Thahawi dalam Syarhu Ma’aani al-Aatsaar (I/503).

Tatacara Mengangkat Tangan Semasa Takbir Dalam Solat Jenazah

Ulamak berbeza pendapat dalam hal ini yang dapat kita bahagikan menjadi dua:

Pertama: Mengangkat tangan hanya pada takbir yang pertama sahaja sedangkan bagi takbir yang seterusnya tangan kanan tetap berada di atas tangan kiri yang bersedekap di dada tanpa mengangkatnya. Dalilnya adalah sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَبَّرَ عَلَى جَنَازَةٍ فَرَفَعَ يَدَيْهِ فِي أَوَّلِ تَكْبِيرَةٍ
وَوَضَعَ الْيُمْنَى عَلَى الْيُسْرَى.

Maksudnya:
Bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertakbir ketika mensolatkan jenazah dengan mengangkat kedua tangannya pada takbir pertama dan meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Janaaiz, no: 1077.

Hadis di atas diperkuatkan lagi oleh sebuah riwayat daripada ‘Abdullah Ibnu ‘Abbas, dia berkata:

أن رسول الله كان يرفع يديه على الجنازة في أول تكبيرة، ثم لا يعود

Maksudnya:
Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dahulu apabila mensolatkan jenazah mengangkat kedua tangannya pada takbir pertama kemudian tidak mengangkat lagi. – Hadis riwayat Imam al-Daruquthni dalam Sunannya (II/75).

Para ulamak yang berpegang kepada pendapat pertama ini adalah Imam al-Thawri, sebuah riwayat daripada Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Ibnu Hazm, al-Syaukani, Sayyid Sabiq dan al-Albani.

Menurut Syaikh al-Albani rahimahullah:

Setakat yang saya ketahui, tidak ada dalam al-Sunnah keharusan mengangkat kedua tangan dalam melaksanakan solat Jenazah kecuali pada takbir pertama. Ini adalah pendapat mazhab Hanafi dan lainnya yang merupakan pilihan al-Syaukani dan selainnya dari kalangan penyelidik, termasuk yang difahami oleh Ibnu Hazm yang menyatakan:

Adapun mengenai mengangkat kedua tangan tidaklah kita dapati daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam riwayat yang menyatakan sedemikian kecuali hanya pada takbir yang pertama. Oleh kerana itu tidaklah diperbolehkan mengangkat kedua tangan dalam setiap takbir saat melakukan solat Jenazah sebab hal itu merupakan amal dalam solat yang tidak dilandasi nas. - Rujuk kitab Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Ahkaamul-Janaa’iz wa Bid’ihaa, ms. 115.

Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah pula berpendapat:

Menurut sunnah tidaklah diangkat kedua tangan pada solat Jenazah kecuali pada takbir pertama sahaja kerana tidak diterima keterangan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengangkat tangannya waktu takbir-takbir solat Jenazah kecuali takbir pertama sahaja. – Rujuk Sayyid Sabiq, Fiqhu as-Sunnah, (edisi terjemahan dengan tajuk Fikih Sunnah, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1990), jilid 4, ms. 98.

Kedua: Mengangkat tangan pada setiap takbir. Mereka melihat hadis-hadis yang digunakan oleh mereka yang berpegang kepada pendapat pertama kesemuanya memiliki kelemahan sehinggakan tidak dapat untuk saling memperkuatkan di antara satu sama lain. Tambahan pula Imam al-Tirmidzi setelah meriwayatkan hadis tersebut telah berkata:

Hadis ini gharib. Kami tidak mengetahui selain dari bentuk ini. Para ulamak berbeza pendapat mengenai hal ini. Sebahagian besar sahabat Nabi berpendapat bahawa orang yang mensolati jenazah hendaklah mengangkat kedua tangannya pada setiap takbir. Pendapat ini dipegang oleh Ibnul Mubarak, al-Syafi’i, Ahmad dan Ishaq. Namun sebahagian lain berpendapat tidak mengangkat kedua tangan kecuali pada takbir pertama sahaja. Di antara mereka yang berpendapat demikian adalah al-Thawri dan ulamak Kufah.

Gharib bermaksud yang asing, yang jauh, yang aneh atau yang susah difahami. Hadis Gharib bermaksud hadis yang diriwayatkan dengan satu sanad atau hadis yang seorang perawi bersendiri dalam meriwayatkannya.

Terdapat juga sebuah riwayat daripada Ibnu ‘Umar bahawasanya dia mengangkat kedua tangannya ketika solat Jenazah pada setiap kali takbir, dia juga mengangkat tangannya pada setiap kali berdiri dari rakaat kedua. – Hadis riwayat Imam al-Baihaqi dan menurut Syaikh al-Albani dalam Ahkaamul-Janaa’iz wa Bid’ihaa, ms. 116 sanadnya sahih.

Apa yang benar sanadnya mauquf iaitu terhenti hanya kepada Ibnu ‘Umar radhiallahu’ anh sahaja. Walaupun begitu Syaikh Kamal bin al-Sayyid Salim berkata:

Banyak sekali pendapat yang timbul berkaitan dengan hal ini (iaitu mengangkat tangan ketika takbir untuk solat jenazah) namun yang paling kuat adalah pendapat kedua; dengan merujuk kepada apa yang dilaksanakan oleh Ibnu ‘Umar (dan dia adalah seorang sahabat yang bersungguh-sungguh dalam mengikuti sunnah Nabi) apatah lagi bahawa Ibnu ‘Umar dikenali sebagai seseorang yang tidak melakukan sesuatu kecuali apa yang dicontohkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Wallahu a’lam. – rujuk Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim bertajuk Shahih Fiqh as-Sunnah wa Adillatuhu wa Taudhih Madzahib al-A’immah, jilid 1, ms. 1009.

Pendapat ini juga merupakan pegangan Imam al-Syafi’i rahimahullah. Dia berkata:

Takbir pada solat Jenazah dibaca empat kali sambil mengangkat tangan pada setiap takbir. - Rujuk Abu ‘Abdullah Muhammad bin Idris al-Syafi’i, Mukhtasar Kitab al-Umm fiil Fiqhi, diringkaskan dan diteiliti oleh Hussain Abdul Hamid Abu Nashir Nail (edisi terjemahan dengan tajuk Ringkasan Kitab al-Umm, Pustaka Azzam, Jakarta, 2005), jilid 1, ms. 392.

Penulis terbuka kepada kedua-dua pendapat di atas kerana ianya adalah termasuk dalam hal-hal khilafiyyah.

Membaca Surah Al-Fatihah Selepas Takbir Pertama

Berbeza dengan solat-solat lain, solat jenazah tidak dibacakan doa iftitah dan ini merupakan pendapat jumhur (majoriti) para ulamak. Apa yang sabit daripada hadis-hadis baginda adalah setelah takbir pertama dibacakan surah al-Fatihah dan satu surah dari al-Qur’an secara perlahan (sirr).

عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَوْفٍ قَالَ: صَلَّيْتُ خَلْفَ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَلَى جَنَازَةٍ
فَقَرَأَ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ. قَالَ: لِيَعْلَمُوا أَنَّهَا سُنَّةٌ.

Maksudnya:
Daripada Thalhah bin ‘Abdullah bin ‘Auf dia berkata: Aku solat jenazah di belakang Ibnu ‘Abbas radhiallahu’ anh, maka beliau membaca surah al-Fatihah. Beliau berkata: Agar mereka mengetahui bahawa ia termasuk sunnah. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz, no: 1335.

عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَوْفٍ قَالَ صَلَّيْتُ خَلْفَ ابْنِ عَبَّاسٍ عَلَى جَنَازَةٍ فَقَرَأَ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ
وَسُورَةٍ وَجَهَرَ حَتَّى أَسْمَعَنَا فَلَمَّا فَرَغَ أَخَذْتُ بِيَدِهِ فَسَأَلْتُهُ فَقَالَ سُنَّةٌ وَحَقٌّ

Daripada Thalhah bin ‘Abdullah bin ‘Auf dia berkata: Aku solat jenazah dibelakang Ibnu ‘Abbas radhiallahu’ anh, maka beliau membaca surah al-Fatihah dan satu surah al-Qur’an serta mengeraskan bacaan sehingga kami mendengarnya. Setelah selesai, aku pun menarik tangannya dan bertanya kepadanya. Dia menjawab: Itu adalah Sunnah dan benar. – Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab al-Janaaiz, no: 1961.

Menerusi dua hadis di atas ia menunjukkan Ibnu ‘Abbas membaca surah al-Fatihah secara kuat (jahar) namun beliau memperjelaskan tindakannya itu hanya untuk memberitahu kepada orang ramai bahawa membacanya dalam solat jenazah merupakan sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Hadis di bawah daripada Abu Umamah radhiallahu’ anh menunjukkan bahawa bacaan dalam solat Jenazah adalah secara perlahan (sirr):

السُّنَّةُ فِي الصَّلاَةِ عَلَى الْجَنَازَةِ أَنْ يَقْرَأَ فِي التَّكْبِيرَةِ الأُولَى بِأُمِّ الْقُرْآنِ مُخَافَتَةً ثُمَّ يُكَبِّرَ ثَلاَثًا وَالتَّسْلِيمُ.

Maksudnya:
Berdasarkan al-Sunnah mensolati jenazah adalah membaca al-Fatihah sesudah takbir pertama secara perlahan, kemudian diikuti dengan takbir sebanyak tiga kali dan sesudahnya salam. – Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab al-Janaaiz, no: 1963.

Membaca Selawat Ke Atas Nabi Selepas Takbir Kedua

Menurut Imam al-Syafi’i rahimahullah setelah takbir kedua hendaklah dibacakan selawat kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga secara sirr. Imam al-Syafi’i berkata:

Surah al-Fatihah dibaca pada takbir pertama, kemudian berselawat ke atas Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam (iaitu setelah takbir kedua). Kemudian berdoa untuk kaum Muslimin baik lelaki mahupun wanita, lalu kemudian mengkhususkan doa untuk jenazah tersebut. - Rujuk Abu ‘Abdullah Muhammad bin Idris al-Syafi’i, Mukhtasar Kitab al-Umm fiil Fiqhi, diringkaskan dan diteiliti oleh Hussain Abdul Hamid Abu Nashir Nail, jilid 1, ms. 393.

Imam al-Syafi’i berdalilkan sebuah riwayat daripada Abu Umamah:

أن السنة في الصلاة على الجنازة أن يكبر الامام، ثم يقرأ بفاتحة الكتاب
بعد التكبيرة الاولى سرا في نفسه، ثم يصلي على النبي صلى الله عليه وسلم،
ويخلص الدعاء للجنازة في التكبيرات (الثلاث)، لا يقرأ في شئ منهم،
ثم يسلم سرا في نفسه (حين ينصرف (عن يمينه)، والسنة أن يفعل من وراءه مثلما فعل إمامه)

Maksudnya:
Berdasarkan al-Sunnah mensolati jenazah adalah membaca al-Fatihah sesudah takbir pertama secara perlahan, kemudian dibaca selawat Nabi, kemudian dengan ikhlas mendoakan jenazah pada semua takbir, namun tidak membaca bacaan apapun pada takbir-takbir tersebut. Selanjutnya, membaca salam secara perlahan (sirr). Berdasarkan al-Sunnah orang-orang yang di belakang imam melakukan seperti yang dilakukan imamnya – Hadis riwayat Imam al-Syafi’i dalam al-Umm dan Imam al-Baihaqi. Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar ‘Asqalani sanadnya sahih.

Bacaan selawat Nabi hendaklah menggunakan lafaz-lafaz yang sabit datangnya daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang merupakan contoh ikutan kita yang terbaik. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Maksudnya:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). - al-Ahzaab (33) :21

Menurut Syaikh Abu Ubaidah:

Setelah kita ketahui bahawa bacaan selawat kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam merupakan satu ibadah dan sesuatu bersifat tauqify (terhenti sebagaimana ajaran Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) maka kita semua wajib membaca selawat kepada baginda dengan lafaz yang telah ditetapkan...Kita tidak boleh menambah mahupun menggubah lafaz yang telah ditetapkan dengan bentuk formula selawat yang baru. Kerana tindakan itu merupakan salah satu bentuk pembangkangan terhadap pemilik syari’at (iaitu Allah Ta’ala) yang sebenarnya harus kita patuhi dan kita cintai dengan sepenuh hati. – rujuk Abu Ubaidah Mashur bin Hassan, Al-Qawl al-Mubiin fii Akhthaa’ al-Musholliin, ms. 162.

PERTAMA:

Daripada ‘Abdurrahman bin Abi Lailah dia berkata: Saya berjumpa dengan Ka’ab bin Abi Lailah lalu dia berkata: Mahukah aku hadiahkan kepadamu satu hadiah yang aku pernah mendengarnya dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam? Jawabku: Boleh! Hadiahkanlah kepadaku! Dia berkata: Kami (para sahabat) pernah bertanya kepada Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bagaimana (cara) berselawat kepada kamu (wahai) ahlul bait, kerana sesungguhnya Allah telah mengajarkan kepada kami bagaimana (caranya) kami memberi salam (kepadamu)?

Dalam Riwayat lain: Ya Rasulullah sesungguhnya kami telah mengetahui bagaimana (caranya) kami mengucapkan salam kepada mu, maka bagaimanakah cara kami berselawat kepada mu?

Baginda menjawab : Ucapkanlah oleh kalian

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Maksudnya:
(Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab Ahadith al-Anbiya’, no: 3370.

KEDUA:

Dari Musa bin Talhah, dari bapanya (iaitu Thalhah bin ‘Ubaidullah) dia berkata : Kami (para sahabat) bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah (caranya) berselawat kepadamu? Baginda bersabda: Ucapkanlah oleh kalian:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Maksudnya:
(Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.) - Hadis riwayat Ahmad dalam Musnadnya Ahmad, no. 1323 dan juga diriwayatkan oleh Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab al-Sahwa, no. 1273 dan 1274.

KETIGA:

Dari Abi Mas’ud al-Anshari, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam datang kepada kami sedang kami berada di majlis Sa’ad bin ‘Ubadah. Kemudian Basyir bin Sa’ad bertanya kepada baginda: Allah Ta’ala telah memerintahkan kepada kami berselawat kepada mu ya Rasulullah, maka bagaimanakah (caranya) kami berselawat kepada mu? Kata Abi Mas’ud: Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam diam sehingga kami ingin kalau sekiranya dia (Basyir bin Sa’ad) tidak bertanya kepada baginda. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Ucaplah oleh kalian:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Maksudnya:
(Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, Ya Allah, berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, atas seluruh alam sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.)... - Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab al-Sahwa, no. 1268 dan juga diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab Tafseer al-Qur’an, no. 3144.

KEEMPAT:

Abu Humaid al-Saa’idi dia berkata: Bahawasanya mereka (para sahabat) bertanya: Ya Rasulullah, bagaimana (caranya) kami berselawat kepada mu? Jawab baginda: Ucapkanlah oleh kalian

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ فِي حَدِيثِ الْحَارِثِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ
وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ قَالاَ جَمِيعًا كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Maksudnya:
(Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau dan keturunannya sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.) - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Anbiya’, no. 3369 dan Kitab al-Da’wat, no. 6360. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Sholaah, no. 407.

Selain dari selawat-selawat di atas terdapat beberapa lagi cara selawat yang telah diajar oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang boleh kita dapati dari hadis-hadis sahih yang boleh dimanfaatkan dalam bacaan untuk selawat pada takbir yang kedua ketika solat Jenazah. Maka sewajarnya kita untuk mencontohi cara bacaan yang benar-benar telah diajar sendiri oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam

Membaca Doa Ke Atas Jenazah Pada Takbir-Takbir Berikutnya

Pada takbir-takbir yang berikutnya hendaklah dibacakan doa secara ikhlas kepada jenazah tersebut. Sebagaimana bacaan ketika selawat ke atas Nabi, bacaan doa ini juga hendaklah mencontohi lafaz-lafaz yang telah diajar oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Tentang anjuran untuk mengikhlaskan doa kepada jenazah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِذَا صَلَّيْتُمْ عَلَى الْمَيِّتِ فَأَخْلِصُوا لَهُ الدُّعَاءَ

Maksudnya:
Jika kalian mensolati jenazah, maka doakanlah kepadanya dengan penuh keikhlasan. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab Ma Jaa’a fii al-Janaaiz, no: 1486.

Beberapa contoh doa yang sabit daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam Solat Jenazah adalah:

PERTAMA:

Daripada ‘Auf bin Malik, dia berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mensolatkan satu jenazah. Dia pun menghafal di antara doa baginda, yakni baginda mengucapkan:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ
وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ
وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ
وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ.

Maksudnya:
Ya Allah, berikanlah ampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia, muliakan tempatnya, luaskan tempat masuknya, serta mandikanlah dia dengan air, salju dan embun; bersihkanlah dia dari kesalahan-kesalahan sebagaimana baju putih dibersihkan dari kotoran; berikanlah dia pengganti tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya; masukkanlah dia ke syurga serta lindungilah dia dari azab kubur (atau azab neraka)

Dia berkata (yakni ‘Auf): Sampai aku berharap seandainya aku yang menjadi jenazah tersebut. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz, no: 963.

KEDUA:

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w mensolatkan jenazah, maka sabda baginda waktu berdoa:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنَا وَمَيِّتِنَا وَصَغِيرِنَا وَكَبِيرِنَا وَذَكَرِنَا وَأُنْثَانَا وَشَاهِدِنَا وَغَائِبِنَا
اللَّهُمَّ مَنْ أَحْيَيْتَهُ مِنَّا فَأَحْيِهِ عَلَى الْإِيمَانِ وَمَنْ تَوَفَّيْتَهُ مِنَّا فَتَوَفَّهُ عَلَى الْإِسْلاَمِ
اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تُضِلَّنَا بَعْدَهُ

Maksudnya:
Ya Allah, ampunilah orang yang masih hidup di antara kami dan yang telah mati, orang yang hadir di antara kami dan yang ghaib, anak-anak kecil dan dewasa, lelaki dan wanita. Ya Allah, orang yang Engkau hidupkan di antara kami, hidupkan dia dalam keadaan Iman dan yang Engkau matikan, matikanlah dalam keadaan Islam. Ya Allah, jangan Engkau haramkan atas kami pahalanya dan jangan sesatkan kami setelahnya. – Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Janaaiz, no: 2786.

KETIGA:

Daripada Waathilah bin al-Asqa’, dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mensolatkan seorang (jenazah) lelaki Islam bersama kami, maka saya dengar baginda mengucapkan:

أَلاَ إِنَّ فُلاَنَ بْنَ فُلاَنٍ فِي ذِمَّتِكَ وَحَبْلِ جِوَارِكَ فَقِهِ فِتْنَةَ الْقَبْرِ وَعَذَابَ النَّارِ
أَنْتَ أَهْلُ الْوَفَاءِ وَالْحَقِّ اللَّهُمَّ فَاغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ فَإِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya:
Sesungguhnya si Fulaan bin Fulaan adalah dalam tanggungan-Mu dan ikatan perlindungan-Mu, maka lindungilah dia dari bencana kubur, siksa neraka, sesungguhnya Engkau menepati janji dan penegak kebenaran. Ya Allah ampunilah dia dan kasihanilah dia, kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Penyayang. – Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya, no: 15443.

Mengucapkan Salam

Sebagaimana solat-solat lain, solat Jenazah ini juga ditutup dengan mengucapkan dua kali salam ke kanan dan ke kiri. Ini sebagaimana yang diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin Mas’ud radhiallahu’ anh, dia berkata:

ثلاث خلال كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يفعلهن تركهن الناس،
إحداهن التسليم على الجنازة مثل التسليم في الصلاة

Maksudnya:
Ada tiga perkara yang selalu dikerjakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan ditinggalkan oleh orang-orang, salah satunya adalah mengucapkan salam pada solat Jenazah seperti salam dalam solat lainnya – Hadis riwayat Imam al-Baihaqi dalam al-Kubraa (IV/43).

Diperbolehkan juga untuk mengucap hanya dengan satu salam ke sebelah kanan sahaja. Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم صلى على جنازة، فكبر عليها أربعا، وسلم تسليمة واحدة

Maksudnya:
Bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mensolatkan seorang jenazah, baginda pun bertakbir empat kali di dalamnya dan mengucapkan salam satu kali. – Hadis riwayat Imam al-Daruquthni dalam kitab al-Sunan, (II/72).

Ucapan salam tersebut hendaklah dilafazkan secara perlahan (sirr). daripada Abu Umamah:

أن السنة في الصلاة على الجنازة أن يكبر الامام، ثم يقرأ بفاتحة الكتاب
بعد التكبيرة الاولى سرا في نفسه، ثم يصلي على النبي صلى الله عليه وسلم،
ويخلص الدعاء للجنازة في التكبيرات (الثلاث)، لا يقرأ في شئ منهم،
ثم يسلم سرا في نفسه (حين ينصرف (عن يمينه)، والسنة أن يفعل من وراءه مثلما فعل إمامه)

Maksudnya:
Berdasarkan al-Sunnah mensolati jenazah adalah membaca al-Fatihah sesudah takbir pertama secara perlahan, kemudian dibaca selawat Nabi, kemudian dengan ikhlas mendoakan jenazah pada semua takbir, namun tidak membaca bacaan apapun pada takbir-takbir tersebut. Selanjutnya, mengucapkan salam secara perlahan (sirr). Berdasarkan al-Sunnah orang-orang yang di belakang imam melakukan seperti yang dilakukan imamnya – Hadis riwayat Imam al-Syafi’i dalam al-Umm dan Imam al-Baihaqi. Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar ‘Asqalani sanadnya sahih.

Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Jenazah

Imam berdiri berhadapan dengan kepala mayat lelaki. Sekiranya mayat tersebut perempuan maka imam berdiri berhadapan dengan bahagian tengah badan mayat tersebut.

Menyusun tiga shaff (barisan)

Niat di dalam hati untuk mengerjakan solat Jenazah

Takbir pertama

Takbiratul Ihram

Membaca surah al-Fatihah

Takbir kedua

Membaca selawat ke atas Nabi

Takbir ketiga

Mendoakan ke atas mayat

Takbir keempat

Mendoakan ke atas mayat

Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah :

1. Angkat Takbir "Allahuakbar"  Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)

4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar" 
++  "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri :)
++  Selesai

Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah.

Wednesday, February 20, 2013

Solat Sunat Wudhu

Sesudah seseorang mengambil wuduk (air sembahyang) disunatkan untuk mendirikan Solat Sunat Wuduk sebanyak dua rakaat. Solat ini dikenali juga dengan nama ‘Solat Syukur Wuduk’. Jika kebetulan berada di masjid, maka dikemudiankan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.


Solat sunat ini termasuk ke dalam solat sunat ‘muqayyad’ iaitu solat bersebab yang dikaitkan waktunya dengan wuduk. Dengan itu Solat Sunat Wuduk boleh dilakukan walaupun dalam waktu larangan melakukan solat sunat.

Bagi mereka yang telah menyempurnakan wuduknya lalu mengerjakan solat sunat dua rakaat dengan penuh khusyuk kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka dia akan dimasukkan ke syurga.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah; Bahawasanya Rasulullah SAW bertanya kepada Bilal pada waktu solat Subuh:

“Hai Bilal ….! Ceritakanlah kepadaku, amal apakah yang telah engkau lakukan dalam Islam sehingga aku mendengar derap bunyi sandalmu di syurga?” Bilal menjawab: “Aku tidak melakukan sesuatu amalan yang aku sangat harapkan pahalanya melainkan daripada kalau aku habis bersuci pada waktu malam ataupun siang, kecuali aku tentu bersolat dengan kesucianku (wuduk) itu, sebagaimana yang disarankan kepadaku untuk melakukan Solat Sunat Wuduk.” (Muttafaq ‘alaih)

DALIL KEUTAMAANNYA

Ternyata solat sunat setelah wuduk itu memiliki keutamaan yang sangat besar sebagaimana yang termaktub di dalam hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam

Mengerjakannya akan dimasukkan ke syurga

Bagi mereka yang telah menyempurnakan wuduknya lalu mengerjakan solat sunat dua rakaat dengan penuh khusyuk kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka dia akan dimasukkan ke syurga.

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, dia berkata: Kami perah bertugas menggembala unta. Saat tiba giliranku, aku merehatkan gembalaanku. Setelah itu, aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berdiri tengah berbicara dengan orang-orang. Akupun mendengar sebahagian dari perkataan baginda:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ وُضُوءَهُ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ مُقْبِلٌ عَلَيْهِمَا بِقَلْبِهِ وَوَجْهِهِ

إِلاَّ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ.

Maksudnya:

Tidaklah seorang Muslim berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian mengerjakan solat dua rakaat dengan menghadirkan hati dan menghadapkan wajahnya, melainkan telah wajib baginya syurga

Dia (‘Uqbah) bercerita lagi: Lalu aku katakan ini benar-benar sangat baik. Tiba-tiba ada seseorang berkata di hadapanku: Yang sebelumnya malah lebih baik lagi. Maka aku melihat, ternyata orang itu adalah ‘Umar. Dia berkata: Sesungguhnya aku telah melihatmu tadi datang. Baginda bersabda:

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُبْلِغُ أَوْ فَيُسْبِغُ الْوَضُوءَ

ثُمَّ يَقُولُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ

إِلاَّ فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةُ يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ.
Maksudnya:

Tidaklah salah seorang di antara kalian berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya kemudian mengucapkan: Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, melainkan akan dibukakan baginya lapan pintu-pintu syurga. Dia boleh masuk mengikuti mana-mana sahaja (pintu) yang dikehendakinya. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Thohaarah, no: 234.

Diampunkan Dosa-Dosa Lampau

Barangsiapa yang berwuduk menurut sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam lalu mengerjakan solat sunat dua rakaat maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Menurut Humran pembantu ‘Uthman, ‘Uthman pernah menceritakan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لاَ يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.

Maksudnya:

Barangsiapa berwuduk seperti wudukku ini lalu mengerjakan solat dua rakaat, yang pada solatnya dia tidak berbicara pada dirinya sendiri (yakni mengerjakannya dengan khusyuk) nescaya Allah akan memberikan ampunan kepadanya atas dosa-dosanya yang lampau. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Wudhu’, no: 159.

CARA MENGERJAKAN SOLAT WUDUK

1. Solat Sunat Wuduk sebanyak dua raka’at amat baik jika dapat dilakukan setiapkali selepas kita selesai mengambil wuduk.

2. Lafaz dan niatnya ialah:

3. Bacaan surah selepas Fatihah:

Rakaat pertama: Surah Al-Ikhlas

Rakaat kedua: Surah An-Nas

Saturday, February 9, 2013

Sungai Terjernih Di Dunia

Subhanallah! Sungai Terjernih Di Dunia
Ciptaan Allah itu sememangnya indah. Jika di dunia dilihat indah dan cantik, bagaimana pula keindahan di dalam syurga nanti. Menyentuh bab keindahan ini, terdapat sungai Verzasca yang terletak di Switzerland ini dikenali kerana kejernihan airnya yang mengalir dari gunung-ganang yang terletak di Pizzo Barone ke Tasik Maggiore. Air sungai ini sangat jernih, sehinggakan pada kedalaman 10 meter di dasar sungai, anda masih dapat melihat dengan jelas jambatan yang merentangi sungai ini. Lokasi ini terkenal sebagai kawasan pelancongan untuk aktiviti scuba diving dan bungee jumping.









Sesungguhnya tiada apa yang mustahil bagi Allah s.w.t...marilah kita renung2kan akan kejadian kita ini...apakah yang telah kita berikan  dan sumbangkan pada yang ESA..tuhan yang telah menjadikan kita...menghidupkan kita...dan melahirkan zuriat serta keturunan kita...renung2kanlah..

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl 

Credit pada myberita.com

Monday, February 4, 2013

Kayuhan Malam Hari Wilayah

Date : 01 Jan 2013....
Route : Sekitar Putra Jaya
Start time : 09:30pm
Distance : 26 km(kayuhan santai gila)
Riding Hour : 1hours 35 minutes
Average speed : 20km/h
Riders : Aku,Brother Zailan,Suhaimi n company,Bro Faizal n junior,Tn Hj Khairi n junior,Brother Jo n baby,Wak Jun,Bro King,Cikgu
Satu lagi kayuhan malam ngan member2 office aku dari group BURSA MTB seramai 13 riders..kayuhan santai yang betul2 santai..plan ingat  nak bawa member2 ride kat Kg Limau Manis dan Alamanda tapi memandangkan ada yg bawa junior2 diaorang...terpaksa aku ngan Bro Faizal ubah route..layan sekitar Putrajaya aje..90% route dia flat road..pastu masa nak start kayuh hujan  pulak..satu lg masalah...apa2 pun hujan ni bukan atas kehendak kita dan bukan atas kuasa kita serta urusan kita..ini semua kerja ALLAH s.w.t..hujan rahmat...jangan mengeluh dangan apa yg diturunkan...ada rahmat di sebalik apa yg diturunkan...cuma kita aje yg tak tau apa yg ada disebalik apa yg tuhan turun dan berikan...nak tau apa rahmat dia...kita sendirilah yg perlu renung2kan dan fikir2kan...tazkirahlah pulak...tak apa..ini semua sekadar ingat-mengingati..tak gitu yop..oklah jom kita layan cite kat bawah...

 dihadapan Masjid Putrajaya...
 antara member2 BURSA MTB...segak ngan jersey baru..pasni apa kata kita buat satu suit pulak..jc ngan seluar dia sekali...baru nampak lagi bergaya dan hensem..
 bacaan doa selamat..dibawakan oleh Tn Hj Khairi..
 Brother King..Bro Jo n his Baby...
 antara tempat menarik yg sempat aku snap masa tengah ride...
The Lord Of Justice...
 bergambar dihadapan  PICC...masa ni pun tengah gerimis..sejuk beb..
 kat depan tasik berdekatan PICC...
 menarik..tertarik...

 lu memang segak bro...bukan segak je hensem lagi...spare tayar pun dah tak nampak...tahan nafas ke bro...itulah dia bro King kita...
 banyak sangat tempat bergambar...kat sini aku tak tau kat mana..aku kalau kayuh mlm kat Putrajaya ni banyak tempat yg aku tak berapa nak pasti nama dia..kalau kayuh siang ok sebab luas pemandangan dia...teranglah katakan...semua boleh nampak...
 maplay time...
 whatsap jangan tak whatsap...bagi tau member2 yg lain...rugi tak kayuh...
Jo..kau nampak ke tak nampak tu Jo..dah kecik je mata kau tu aku tengok...kau pun nak whatsap gak ke..

oklah..kayuhan mlm kali ni walaupun betul2 santai...tapi semua enjoy..jelas nampak kepuasan pd wajah2 riders semua...nak kayuh laju2...dah nama pun santai...nak naik bukit...ada yg bawak junior...semput lak nanti...layan jelah...yg penting kita ride ni nak have fun n enjoy...ok bro enjoy your self n have some fun...see u next time...ASSALLAMUALLAIKUM...