Allah SWT berfirman yang bermaksud :
(Sesungguhnya
bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan
Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan
haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama
yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang
empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka
pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta
orang-orang yang bertaqwa).
Surah Al-Taubah : 36.
Dua
belas bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah
dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith yang telah
diceritakan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah SAW
memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata:
Ketahuilah
bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan
bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya
berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak
antara Jumada dan Syaaban. (riwayat Imam Ahmad).
Bulan dalam
bahasa Arab disebut "Al-Syahru" bermaksud bulan yang merujuk kepada
bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang dipanggil bulan-bulan
Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang pertama adalah bermula ketika Nabi
Muhammad SAW serta umat Islam telah sampai dan berhijrah ke Madinah.
Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah
dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti
berikut :
Muharram
Muharam ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.
Safar
Safar
adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana
penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan
mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi
kosong.
Rabiulawal dan Rabiulakhir
Rabiulawal
dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok
mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir
merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.
Jamadilawal dan Jamadilakhir
Jumadilawal
(Jumada al-Awwal) dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan
ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini
merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir
pada Jamadilakhir.
Rejab
Rejab
adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut
sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak
unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu
Ka’bah dibuka.
Syaaban
Syaaban
bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab
sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa
berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka
keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.
Ramadhan
Ramadhan
merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau
terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan
panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini
merupakan bulan puasa bagi umat Islam.
Syawal
Syawal
pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada
waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala
yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan
Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati
masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa
Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul
Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal
merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.
Zulkaedah
Zulkaedah
merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman
sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram
berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari ‘Qa ‘ada’ yakni duduk.
Zulhijjah
Zulhijjah
adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.:
Zu al-Hijjah) yang berarti “yang empunya haji”. Pada zaman sebelum
kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji
ke Mekah (Ka’bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap
dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10
Zulhijah.
Berdasarkan
makna setiap bulan yang dinyatakan, pastinya masing-masing mempunyai
kelebihan dan keistimewaannya. Muslim yang cemerlang tidak akan memilih
bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah. Dia akan sentiasa istiqamah
dan iltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah
Subhanahuwata’ala pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap
Allah Subhanahuwata’ala kelak.
Rejab sudah berlalu dengan
kehadiran Syaaban yang sudah hampir ke penghujungnya, bagaimana
persediaan kita menghadapi dan melakukan sedikit perubahan demi
perubahan untuk menghadapi bulan Ramadan Al-Mubarak? Sama-samalah kita
panjatkan kesyukuran dan doa kepada-NYA. Semoga Sya’aban ini menjadi
penguat dan persedian kepada ibadah kita pada Ramadhan yang mendatang.
Kredit pada smkamgemilang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment