Tuesday, July 9, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Hanya tinggal besok saja lagi sebelum tetamu Allah yang dinanti-nanti datang menjengah.

11 bulan yang sudah kita lalui akhirnya Allah mempertemukan kita dengan Ramadhannya kembali. Insya’allah, mudah-mudahan kita sama-sama dipanjangkan umur bertemu dengan Ramadhan ini.

Persoalannya, sudah cukupkah persiapan kita menghadapi bulan ini?

Bagaimana dengan qiyam? Dah practise bangun malam?

Bacaan quran dah improve ke belum?

Juzu' amma? Dah berapa surah yang dihafal?

Solat-solat sunat? Sunat Dhuha? Sunat Rawwatib? Sunat Wudhuk?

Istighfar dan selawat dah practise?

Mungkin ada yang sedang dalam proses mempertingkatkan ibadah masing-masing, dan mungkin ada juga yang baru tersedar Ramadhan ini perlukan latihan dan stamina. Betul. Tak kan nak tunggu hari pertama ramadhan baru nak start semua?

Usahalah untuk menambah amal ibadah kita sebelum tibanya Ramadhan.

Sungguh Ramadhan ini benar-benar memerlukan kekuatan, memerlukan stamina, memerlukan mujahadah yang sangat besar. Untuk kita terus menerus mengisi 30 hari dalam sebulan itu. Yang mempunyai hanya 4 minggu, 30 hari, dan 720 jam itu dengan segala kebaikan bagi menggapai keredhaanNya. Dan yang paling utama untuk mendapat piala ‘takwa’.
 
Sama-samalah kita membina stamina supaya kala Ramadhan tiba kita bersedia untuk memecut dan memaksimumkan setiap amalan kita.. Insya’Allah...
Allahumma Balighna ya ramadhan.

“ Ya ALLAH, sampaikan kepada aku dengan Ramadan "
 
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak pada semua member-member dan riders-riders yang mengenali diri ini...Hayatilah Ramadhan ini dengan sepenuh hati kita kerana sesungguhnya bulan ini penuh dengan nikmat dan rahmat dari Tuhan...
 
Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA.(Nizam,Dila,Arief,Aizad,Fariesha,Farah)

Wasalam

No comments:

Post a Comment