Jantung, organ
manusia yang paling sibuk di dunia. Sebuah beg berdenyut yang tidak
pernah berhenti bekerja sekalipun manusia tertidur. Mesin manakah yang
lebih canggih daripada jantung manusia itu?
Rahsia kerja jantung ini sekali lagi menunjukkan betapa sempurna dan lengkapnya daya seni Allah dalam penciptaan-Nya.
“(Yang
memiliki sifat-sifat seperti itu) ialah Allah Tuhan kamu. Tidak ada
Tuhan selain Dia. Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia. Dan Dia
adalah Pemelihara segala sesuatu, “[QS. Al-An'am: 102]
Rata-rata
sepanjang hidupnya, jantung manusia berdetak 3 bilion kali tanpa henti.
Jantung tetap bekerja dengan menurunkan denyutan 10 – 30 denyutan /
minit ketika tidur. Hal ini menghasilkan penurunan tekanan darah, yang
berlaku dalam tidur nyenyak. Jika saja jantung berhenti berdenyut, maka
akan berakhirlah hidup kita.
Jantung
berdenyut dengan kadar yang berbeza-beza, bergantung pada aktiviti.
Ketika sedang aktif, otot-otot memerlukan tenaga dan oksigen yang lebih
banyak, maka jantung berdenyut lebih cepat, + 120 kali / minit. Ketika
sedang berisitirahat, jantung kembali melambat dan berdenyut 60-80 kali /
minit.
Jantung adalah
kantung berdenyut dan diperbuat daripada otot yang sangat kuat. Otot ini
disebut otot jantung (miokardia) yang tidak pernah lelah mengecut
sekali atau lebih dalam setiap saat. Saat berada dalam tahap
perkembangan embrio, manusia sebenarnya memiliki dua jantung. Namun
seiring perkembangan embrio, dua pusat ini akhirnya menyatu menjadi satu
dengan empat buah bilik. Ini menunjukkan walaupun tubuh manusia
mempunyai dua paru-paru namun manusia hanya perlu satu jantung yang
bertugas tanpa henti mengepam darah ke seluruh tubuh.
Berat jantung
kurang lebih 312 gram mampu berdenyut sekitar 60-80 kali / minit dan
berdenyut selama setahun sekitar 40 juta kali denyutan. Apabila
digunakan sebagai alat penggerak, jantung mampu mengangkat beban yang
berukuran 2 kati (1 kati = 448,28 gr) setinggi kaki dengan kerja
kerasnya dalam satu denyutan. Kadar darah yang didorong oleh jantung
orang dewasa yang sihat ketika berfungsi dengan kuat mencapai sekitar 20
liter / minit.
Sementara
perjalanan darah melalui jantung memerlukan masa 1.5 saat, sedangkan
dari jantung ke paru-paru kemudian kembali ke jantung lagi (peredaran
darah kecil) memerlukan masa 6 saat. Jantung mengeluarkan 8000 liter
darah / hari, termasuk jumlah darah yang beredar memanjang + 150 km
melalui setiap rangkaian tubuh, dan memindahkan darah yang terdapat
makanan dan oksigen. Bekalan oksigen penting bagi organ vital sistem
pengangkutan, lima minit saja tidak ada oksigen, maka otak akan
mengalami kerosakan.
Jantung
berfungsi sebagai raja yang mengepalai seluruh anggota tubuh, ia adalah
pancangan kehidupan, sumber nyawa kehidupan dan panas badan.
Jantung adalah
sumber munculnya pemikiran, pengetahuan, kelemahlembutan, keberanian,
kemuliaan, kesabaran, kekuatan menahan diri, rasa cinta, keinginan,
kerelaan, kemurkaan dan sifat-sifat sempurna yang lain. Seluruh anggota
tubuh, baik yang nampak mahupun yang tidak nampak adalah tentera bagi
jantung.
Setiap apa yang
dilihat oleh mata langsung dihantar ke jantung. Kerana keterikatan yang
dalam antara mata dan jantung, apabila ada sesuatu di dalam jantung,
maka boleh tampak di mata. Mata merupakan cermin dari jantung yang
menterjemahkan apa yang berlaku di dalam hati, sebagaimana lisan
merupakan penterjemah dari apa yang didengar oleh hati. Kerana itu
banyak didapati dalam Al-Qur’an tiga hal tersebut digabung jadi satu.
“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya.” [Qs. Al-Israa (17): 36]
Sementara Harun
Yahya mengungkapkan, berliter-liter darah berdetak tanpa henti naik
turun di sekujur tubuh dan itu semua dimobilisasi oleh jantung.
Setiap benda
memerlukan penggerak agar boleh terus bergerak. Pelbagai kenderaan atau
bahkan sebuah kereta mainan remote control bergerak dengan motor. Begitu
juga darah yang beredar di sepanjang tubuh pun memerlukan sebuah motor.
Motor yang memainkan darah kita siang malam selama berbulan-bulan
bahkan bertahun-tahun, adalah jantung kita.
Jika kita
memegang urat nadi dan menunggunya sebentar, maka akan terasa denyutan
jantung kita. Jantung mengepam + 152 juta liter (40 juta gelen) darah
sepanjang hidup. Darah sebanyak itu setara dengan minyak sebanyak 10,000
kereta tangki, angka ini cukup hebat tentunya. Sekarang jika
diibaratkan kita menuang secawan air dari satu baldi ke ember lain, 70
kali seminit. Akhirnya tentu otot tangan dan pergelangan kita akan sakit
dan perlu berehat. Padahal, jantung melakukan tugas seperti ini
sepanjang hidup dan tidak pernah berehat.
Darah yang
mengedari tubuh kebanyakan tersusun dari air (jika, sel, protein dan
hormon dipisahkan dari darah, yang tinggal adalah plasma yang 95%-nya
adalah air). Oleh kerana itu Jika peringkat visikositas air menyerupai
ter atau minyak zaitun yang bervisikositas 100 juta lebih tinggi dari
ter, jelas tidak ada jantung yang boleh mengepam darah melalui rangkaian
kapilari tubuh. Tingginya visikositas air membuat darah melalui
pembuluh-pembuluh darah yang halus tanpa halangan dan perlambatan.
Dengan
rancangannya yang istimewa dan gerak tak kenal henti, jantung membuat
seluruh darah dalam tubuh menyelesaikan 1000 pusingan penuh dalam
sehari.
Kredit to malaysiasensasi...