Saturday, January 31, 2015

CUCU vs NENEK

Cucu: hai nek..tengah buat ape tu..? 
 
Nenek: cari daun palas ni haa.. 
 
Cucu: utk apa daun palas nek..? 
 
Nenek: utk buat ketupat.. 
 
Cucu: ketupat utk apa nek..? 
 
Nenek: utk makan nanti 
 
Cucu: ohh...Skarang nenek buat apa..? 
 
Nenek: cari daun palas.. 
 
Cucu: utk apa ah..?? 
 
Nenek: mau buat ketupat dah cakap tadi kan.. 
 
Cucu: ketupat tu utk apa nek..? 
 
Nenek: utk makan la..Takkan utk melastik pulak.. 
 
Cucu: ohh gitu.. 
 
Nenek: dah laa pegi main sane..jgn kacau nenek.. 
 
Cucu: kenapa..? 
 
Nenek : sbb nenek sibuk... 
 
Cucu: sibuk buat apa..?? 
 
Nenek: cari daun palas laa kan da cakap tadi.. 
 
Cucu: daun palas utk..?? 
 
Nenek: utk buat KETUPAT KETUPAT KETUPAT..!!! 
 
Cucu: nenek ckp dgn sape tu..?
 
Nenek: dgn kau la..!! 
 
Cucu: nape menjerit..? sy dekat jew pon. 
 
Nenek: sbb kau tak pandai faham2..Tak pakai mata utk tgok org tgah buat kerja... 
 
Cucu: buat keja apa..?? 
 
Nenek: arrrrrghhhhhhhh!!!CARI DAUN PALAS laa bodoh..!!! 
 
Cucu : utk ape..??
 
Nenek : bodoh nyee cucu aku nih.. Utk makan..!!! 
 
Cucu : ada beras kat rumah , nape nenek nak makan daun palas pulak..? 
 
Nenek : cucu ku yg paling kiut , pandai n hensem... Sebelum aku dpt strok baik kau biar aku buat keje cari daun palas..jangan kacau taw..!!! 
 
Cucu : yg betul2 nye ni nenek nak cari daun palas kew atau cari strok..? Strok tu ape..? Dia hijau jugak mcm daun palas..? 
 
Nenek : adoi banggang nye tanak phm..!!! 
 
Cucu: tanak..? sy cucu laa nek bukan anak nenek.. nenek stress kew nek..?? 
 
Nenek : yew aku stress..!! aku sakit kepala..!! aku mau gila..! Aku stress stress stress...!! 
 
Cucu : kalo cari daun palas boleh stress , nape nenek masih juga mau cari..? 
 
Nenek : CUKUP !!! JANGAN TANYA LAGI..!!! BAGUS KAU BALIK RUMAH SKARANG..!!!! 
 
Cucu : haa ok la .. Nenek tanak ikut balik..?? 
 
Nenek : tidak..! aku ada kerja..!! 
 
Cucu : kerja apa..? 
 
Nenek : cari daun palas 
 
Cucu : utk ape daun palas ah..?? 
 
Nenek: arrgghhh..!!! Tidak..!! Tidak..!!!! Tidak..!!!!!!!! 
 
*Terus nenek dia lari laju2 , tak tengok belakang pun.. Kalau korang nmpak org tua masih lari2 , jgn ckp pasal daun palas ahh.. 

Seruling Sakti

Pada zaman dahulu terdapat sebuah pekan kecil yang sangat cantik terletak di kaki bukit. Pekan tersebut di kenali Hamelyn. Penduduk di pekan tersebut hidup dengan aman damai, tetapi sikap mereka tidak perihatin terhadap kebersihan. Pekan tersebut penuh dengan sampah sarap. Mereka membuang sampah di merata-rata menyebabkan pekan tersebut menjadi tempat pembiakan tikus. Semakin hari semakin banyak tikus membiak menyebabkan pekan tersebut dipebuhi oleh tikus-tikus.
Tikus-tikus berkeliaran dengan banyaknya dipekan tersebut. Setiap rumah tikus-tikus bergerak bebas tanpa perasaan takut kepada manusia. Penduduk di pekan ini cuba membela kucing untuk menghalau tikus dan ada diantara mereka memasang perangkap tetapi tidak berkesan kerana tikus terlampau banyak. Mereka sungguh susah hati dan mati akal bagaimana untuk menghapuskan tikus-tikus tersebut.
Musibah yang menimpa pekan tersebut telah tersebar luas ke pekan-pekan lain sehinggalah pada suatu hari seorang pemuda yang tidak dikenali datang ke pekan tersebut dan menawarkan khidmatnya untuk menghalau semua tikus dengan syarat penduduk pekan tersebut membayar upah atas kadar dua keping wang mas setiap orang. Penduduk di pekan tersebut berbincang sesama mereka diatas tawaran pemuda tadi. Ada diatara mereka tidak bersetuju oleh kerana mereka tidak sanggup untuk membayar upah yang sangat mahal. Setelah berbincang dengan panjang lebar akhirnya mereka bersetuju untuk membayar upah seperti yang diminta oleh pemuda itu kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain.
Keputusan tersebut dimaklumkan kepada pemuda tadi, lalu dia mengeluarkan seruling sakti dan meniupnya. Bunyi yang keluar dari seruling itu sangat merdu dan mengasik sesiapa yang mendengarnya. Tikus-tikus yang berada dimerata tempat didalam pekan tersebut mula keluar dan berkumpul mengelilinginya. Pemuda tadi berjalan perlahan-lahan sambil meniup seruling sakti dan menuju ke sebatang sungai yang jauh dari pekan tersebut. Apabila sampai ditepi sungai pemuda tadi terus masuk kedalamnya dan diikuti oleh semua tikus.Tikus-tikus tadi tidak dapat berenang didalam sungai dan semuanya mati lemas.
Kini pekan Hamelyn telah bebas daripada serangan tikus dan penduduk bersorak dengan gembiranya. Apabila pemuda tadi menuntut janjinya, penduduk tersebut enggan membayar upah yang telah dijanjikan kerana mereka mengangap kerja yang dibuat oleh pemuda tadi tidak sepadan dengan upah yang diminta kerana hanya dengan meniupkan seruling sahaja. Pemuda tadi sangat marah lalu dia menuipkan seruling saktinya sekali lagi. Irama yang keluar dari seruling itu sangat memikat hati kanak-kanak menyebabkan semua kanak-kanak berkumpul di sekelilingnya. Satelah semua kanak-kanak berkumpul pemuda tadi berjalan sambil meniupkan seruling dan diikuti oleh semua kanak-kanak. Pemuda itu membawa kanak-kanak tersebut keluar dari pekan Hamelyn. Setelah Ibu Bapa menyedari bahawa mereka akan kehilangan anak-anak, mereka mulai merasa cemas kerana kanak-kanak telah meninggalkan mereka dan mengikuti pemuda tadi. Mereka mengejar pemuda tadi dan merayu supaya menghentikan daripada meniup seruling dan memulangkan kembali anak-anak mereka. Merka sanggup memberi semua harta benda yamg ada asalkan pemuda tersebut mengembalikan anak-anak mereka.
Rayuan penduduk tidak diendahkan oleh pemuda tadi lalu mereka membawa kanak-kanak tersebut menuju kesuatu tempat dan apabila mereka sampai disitu muncul sebuah gua dengan tiba-tiba. Pemuda tadi mesuk ke dalam gua itu dan diikuti oleh kanak-kanak. Setelah semuanya masuk tiba-tiba gua tersebut gaib dan hilang daripada pandangan penduduk pekan tersebut. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa oleh kerana mereka telah memungkiri janji yang mereka buat. Merka menyesal diatas perbuatan mereka tetapi sudah terlambat. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.
Sehingga hari ini penduduk pekan Hamelyn tidak melupakan kesilapan yang dilalukan oleh nenek moyang mereka. Menepati janji adalah pegangan yang kuat diamalkan oleh penduduk pekan Hamelyn sehingga hari ini.

Tuesday, January 6, 2015

2015

Assalamuallaikum dan salam sejahtera pada semua pembaca blog ini dan selamat tahun  baru 2015 juga diucapkan ..2014 yang baru saja beberapa hari berlalu adalah tahun yang penuh dengan cerita suka dan duka...sedih dan lara...penuh dengan kontroversi...
kejadian kehilangan kapalterbang MAS MH370...yang sehingga kini masih belum ada apa2 perkembangan terbaru..macam2 spekulasi yang kita dengar..tak tau yang mana betul..yang mana tak betul...yang mana kita boleh percaya dan yang mana kita tak boleh percaya...
belum habis cerita pasal MH370 timbul pulak cerita sebuah lagi kapalterbang MAS MH17 ditembak di sempadan Ukraine/Rusia...takde seorang pun diantara krew dan penumpang yang terselamat...dan timbul juga bermacam-macam cerita...bermacam-macam spekulasi...
dan yang terbaru di penghujung tahun sebelum tertutupnya tirai 2014 kita dikejutkan pula dengan satu lagi cerita iaitu sebuah kapalterbang penerbangan tambang murah AIR ASIA Indonesia QZ8501 terhempas di lautan Indonesia dipercayai akibat daripada keadaan cuaca yang buruk...juga tiada seorang pun diantara krew dan penumpang yang terselamat..
satu lagi peristiwa yang mengejut kita di penghujung tahun 2014 ini ialah musibah banjir yang melanda hampir kesemua negeri di Malaysia dan yang paling teruk dilanda banjir ini ialah Kelantan,Terengganu dan Pahang...
Antara sedar tak sedar...terfikirkah kita ...adakah musibah ini satu peringatan dari Tuhan untuk kita mengusabah diri kita...untuk kita perhatikan siapakah diri kita.. tentang kekuatan diri kita..tentang kelemahan diri kita...tentang kekuatan Iman kita...terkadang kita rasa kita telah sempurna ...terkadang kita rasa kita hebat dari segala-galanya dan terlupa sebenarnya ada yang lebih hebat dari kita iaitu tuhan kita ALLAH SWT ....
perancangan Tuhan sebenarnya melebehi dari perancangan kita...kita terlalu kecil dan lemah disisi Tuhan...
Dari itu di tahun 2015 ini marilah sama2 kita mendekatkan diri kita dan perbanyakkan mengingati Tuhan..amalkanlah segala perintahNYA...tinggalkanlah segala laranganNYA...mudah2an kita mendapat berkat dan rahmatNYA...Amin....