Saturday, August 31, 2019

Kayuhan Malam Merdeka

Route : Putrajaya - Cyber Jaya 
Distance : 40km
Average Speed : 26
Riders : Nizam - Faizal - Nurul Azmir - Cik Azman

Sempena mlm 31 August menyambut Merdeka... Aku ngan member2 office aku melayan route Putrajaya... Xtvt ni adalah merupakan xtvt geng Bursa Cycling Team setiap Jumaat mlm Sabtu... 

 Cik Azman.. One of our Director.. Very sporting person.. Banyak improvement dari segi kayuhan dan teknik.. U can do it bro.. Jgn serik nak melayan kerenah anak2 buah ni.. Yg laju biarkan dia laju.. Yg tak laju kita tak akan tinggalkan.. We stick together.. Cik Azman ni tengah training utk acara duathlon next month.. Keep it up bro.. U can do it 

 We are the champ


 Dua daripada kanan.. Bursa nye KOM..      Mr Faizal.. Paling hujung jc biru.. Brother Nurul.. Dia ni power man Bursa.. Kayuh laju lari pun laju... Memang power 



Oklah geng.. C u next time with more stories... 

Tuesday, August 20, 2019

Hutang Dhuha

Maaf panjang sikit tapi jangan tak baca... RUGI....
Baca sampai habis tau.

Satu ilmu yang saya baru tahu yang  saya rasa terpanggil untuk berkongsi  dengan anda adalah ilmu tentang solat dhuha.

Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah di negaranya.

Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”.

Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah sebenarnya.

 Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah.

Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “ 
Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah?  Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu”*(HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah.

Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini.
Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya.  Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar?  Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang  dhuha kita pada Allah  setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah.

Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini.

Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampaikan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.

Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil   (melalui pencuri)  duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar?

Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang-hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms
kepada ustaz :

“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”

Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui *menyeru orang lain juga untuk berdhuha*. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran, sesetengah antara kalian. 

Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, WhatsApp, Telegram, Wechat dan sebagainya, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha.

Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha.

Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar–pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap di antara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha.

Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga mempunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini.

Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha.

Semoga amalan kita diterima sebagai amalan soleh.
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Monday, August 19, 2019

Selamat Ulangtahun

Selamat Ulangtahun ke 50 buat Ayahnda dan Bonda tercinta.. Inilah syurga aku.. Terima adik aku belanja gathering ni.. Kebetulan hari lahir dia gak...Alang2 buat skali.. Meriah ngan anak2.. anak2 buah aku.. Riuh kedai makan tu.. 






Akhir skali buat kedua orang tua aku... Ya Allah Ya Tuhanku kau berkatilah kedua mereka.. Peliharalah mereka.. Berilah kesihatan yg baik2 buat kedua mereka dan Kau jauhkanlah mereka dari perkara2 yg tidak baik serta Engkau tempatkanlah kedua mereka ke dalam Syurga Mu Ya Allah... Aamiin.. Aamiin Ya Rabbal Alamiin 

Sunday, August 11, 2019

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Di kesempatan ini sy ingin mengucapkan kepada semua yang mengenali diri saya ini..
 Salam Aidil Adha.. 


Saturday, August 10, 2019

Putrajaya Ride

Route 
Putrajaya - Cyber Jaya - Putrajaya 
Distance 
40km
Time
1 hour 40 minutes 
Riders 
Nizam.. Faizal.. Azmir.. Mi bear.. Cik Azman.. Ejat.. Khai

Melayan kenkawan office kat Putrajaya ngan Cyber Jaya.. Route yg tough..banyak melayan bukit.. Kejar mengejar.. Serang menyerang.. Sume ada.. Lama tak beriadah  cam ni.. Tough bro.. 









Sunday, August 4, 2019

I am still here

I am still alive and still active  with my cycling and other sport xtvt.. 

C ur next time bro

Saturday, August 3, 2019

Andai Dapat Aku Putarkan Masa Ini

Andai dapat aku putarkan masa ini pada masa lalu alangkah indahnya memori ini.. Tp itu semua hanyalah angan2 yg tidak akan pasti terjadi.. Aku amat merindui moment2 indah masa2 yg lampau.. Teramat amat merindui saat2 ini.. Ya Allah Ya Tuhan ku.. kau lindungilah insan2 yg istimewa ini dari segala kejahatan akhir zaman ini Ya Allah.. Engkau berikan lah segala perlindungan mu  pada anak2 aku ini Ya Allah.. 















Friday, August 2, 2019

Sekadar Renungan

Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yg kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita org yg paling bahagia dan membahagiakan. Org yg ceria dan menceriakan.

Jadilah ibu yg menjadi kedamaian pada anak-anak.
Jika kita seorg isteri, jadilah isteri yg memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita.
Kerna hidup ini hanya seketika.

Siapa duga dan sangka saat kudrat dgn kesihatan yg baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka.

Pengajaran utk kita betapa rapuhnya hidup kita. Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahupun tua.

Jangan bertangguh utk menjadi anak yg baik.
Jangan bertangguh utk menjadi isteri yg baik.
Jangan bertangguh utk menjadi suami yg baik.

Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih.
Maaf kan sahaja. Jadilah org yg memberi manfaat pada org lain.
Kerana kematian itu sangat rapuh.

Jadilah org yg bahagia dan membahagiakan.

Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. Org yg kita sayang pasti kita akan tinggalkan. Dan perpisahan itu adalah dgn sebuah kematian.

Moga bertemu di syurga.

Uhibbukum fillah.

Jom To Jannah

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:

_1. Apabila meninggal dunia ayah kamu, maka matilah pimpinan dan nasihatnya...

_2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...

_3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama...

_4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...

_5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...

_6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...

_7. Apabila meninggal dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...

_Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Maka...senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yg menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yg fana ini...

Andai kamu melihat kanak-kanak yg sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat org tua yg berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yg sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.

(Manfaatkanlah masa yg mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi...)bagus perkongsian ni...kalau dah baca...ambil sebagai iktibar...