Raya...raya...raya...apa yg ada pada raya sebenarnya...bagi kita yang dah dewasa ni raya bermakna hari kemenangan..menang apabila kita berjaya mengekang nafsu dari melakukan dosa serta perkara2 maksiat maka  itulah raya dalam pengertian yang sebenar-sebenarnya...bagi anak2 pula raya bermakna kegembiraan bagi mereka..dia orang tak tau apa2 melainkan seronok dan gembira...macam kita masa zaman kanak2 dululah...hari rayalah hari yg paling seronok sekali...tak ingat apa2 dah...yg kita ingat nak seronok je...seronok sebab dpt duit banyak...berlumba-lumba ngan adik-adik yg lain...ngan member2 kira duit sapa yg paling banyak sekali dpt duit raya...
Yang penting sebenarnya 
hari raya ini, adalah hari untuk meraikan kemenangan umat islam 
setelah sebulan berpuasa. Di samping itu kita menyucikan diri kita dari 
dosa dengan ibadah puasa dan kebesaran bulan ramadhan. Zakat fitrah dan 
sedekah juga adalah proses penyucian jiwa dari dosa. Memang jelaslah 
bahawa hari itu adalah untuk manusia kembali kepada fitrah kita. Dengan 
kesucian jiwa, maka barulah kita dapat mengecapi kemeriahan hari raya.
 Inilah fitrah Hari Raya yang sebenar dalam usia dewasa ini. Tiada lain 
yang lebih indah selain melihat kebahagian orang lain. Keceriaan 
anak-anak dengan baju raya dan bermain bunga api dengan rakan-rakan.
Oleh itu, sambutlah Aidilfitri ini seadanya dengan kemeriahan di hati. 
Berdoa agar di panjangkan umur dalam kesihatan, semoga kita dapat 
berjumpa lagi pada Ramadhan tahun hadapan. Semoga Aidilfitri yang bakal 
menjelma dapat kita nikmati bersama.
 Big happy family...mudah2an kebahagian yg dikecapi bersama isteri dan anak2 akan berpanjangan sehingga ke akhir hayat...AMIN
 Bergambar bersama ayahanda dan bonda tercinta serta adik dan ipar duai yg ada..
 no women no cry...
 the three stoogers......
 free style....
 anak dara yang dah semakin membesar...
 adik aku ngan family dia...
 anak bujang yg jugak dah semakin membesar...
 kat kampung wife aku...Pasir Panjang,Sekinchan...
 bergambar ngan anak buah...
 look smart...like a model...tapi tak taulah model apa...
 macam2 gaya dan aksi...telatah anak2 ngan anak buah aku..layan jelah..
 rumah kampung lama...kenangan masa mula kawin dulu..
 yang ni kat umah wan aku kat Kg Terentang ,Kuala Pilah...bakar jangan tak bakar...jangan sampai pecah tangan sudah...
 santai ngan pak cik serta sepupu yg ada sambil layan anak2 main bunga api...
 huh  macam pernah ku lihat tp di mana ya...
bergaya...dah habis belajar sok boleh beli satu...
Sempena
 Hari Raya  ini, saya memohon ampun dan maaf 
seandainya sepanjang perkenalan kita ini, ada yang tersilap dan 
ketelanjuran. Semoga ikatan persaudaraan ini akan kekal hingga ke akhir 
hayat.  
"Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..Nizam,Dila,Arief,Aizad,Fariesha,Farah"