Solat Sunat Istikharah
Umat
 Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan 
jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala
 urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang 
menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;
Rasulullah SAW bersabda:  “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah 
Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala 
urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat
 Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”
la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam 
salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu 
sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan 
memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang 
betul.
Cara Solat Istikharah
a.  Lafaz niatnya:
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).
c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang 
tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada 
kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.
e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada 
Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat 
Islam.
f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:
g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa 
sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh 
Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).”  
h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon 
kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, 
gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah 
dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.
i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut 
kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan 
hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis
No comments:
Post a Comment