Solat Sunat Taubat
Solat Sunat Taubat dilakukan selepas 
seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum
 agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. 
kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan 
Allah (bertaubat).
.
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa
 yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian 
dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan
 menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
 “Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa 
terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan 
memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang 
akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa 
insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka 
mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir 
sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat 
atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih 
afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.
.
Fadhilat Taubat:
.
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
.
.
CARA SOLAT TAUBAT
.
1.  Niat Solat Sunat Taubat:
.
2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas
.
3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua, bacalah Tasbih berikut 40 kali:
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada
 Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini 
termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar:
a.
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku
 mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan 
Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b.
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii
 laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. 
Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa 
naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”
Daku
 memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan 
Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku
 taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan 
dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta 
tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c.  Baca 3 Kali Penghulu Istighfar:
“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi 
 Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa 
‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu,a-‘uu-dzu-bi-ka min 
syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka 
‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa 
yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
Ya
 Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang 
menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku 
berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon 
perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; daku 
mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku 
mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang 
mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.
5. Baca Doa Taubat
.
DOA DI BAWAH LEBIH JELAS !
Daku
 memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon 
ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi 
Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba 
yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat 
manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun 
membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak). Daku mohon perlindungan-Mu 
daripada dosa, kemalasan, dugaankubur dan 
seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan 
hukuman.  Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana 
kain putih dibersihkan daripada kekotoran.Ya 
Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan 
daku berjanji tidak akan mengulanginya. Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah 
lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah 
lebih tertunai daripada amalan baikku.  Ya Allah! Sesungguhnya daku 
telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat 
mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, 
kasihanilah daku.  Ya Allah, Ya Tuhanku!  Terimalah taubatku, suci 
bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya 
Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
No comments:
Post a Comment