Sunday, August 11, 2019

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Di kesempatan ini sy ingin mengucapkan kepada semua yang mengenali diri saya ini..
 Salam Aidil Adha.. 


Saturday, August 10, 2019

Putrajaya Ride

Route 
Putrajaya - Cyber Jaya - Putrajaya 
Distance 
40km
Time
1 hour 40 minutes 
Riders 
Nizam.. Faizal.. Azmir.. Mi bear.. Cik Azman.. Ejat.. Khai

Melayan kenkawan office kat Putrajaya ngan Cyber Jaya.. Route yg tough..banyak melayan bukit.. Kejar mengejar.. Serang menyerang.. Sume ada.. Lama tak beriadah  cam ni.. Tough bro.. 









Sunday, August 4, 2019

I am still here

I am still alive and still active  with my cycling and other sport xtvt.. 

C ur next time bro

Saturday, August 3, 2019

Andai Dapat Aku Putarkan Masa Ini

Andai dapat aku putarkan masa ini pada masa lalu alangkah indahnya memori ini.. Tp itu semua hanyalah angan2 yg tidak akan pasti terjadi.. Aku amat merindui moment2 indah masa2 yg lampau.. Teramat amat merindui saat2 ini.. Ya Allah Ya Tuhan ku.. kau lindungilah insan2 yg istimewa ini dari segala kejahatan akhir zaman ini Ya Allah.. Engkau berikan lah segala perlindungan mu  pada anak2 aku ini Ya Allah.. 















Friday, August 2, 2019

Sekadar Renungan

Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yg kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita org yg paling bahagia dan membahagiakan. Org yg ceria dan menceriakan.

Jadilah ibu yg menjadi kedamaian pada anak-anak.
Jika kita seorg isteri, jadilah isteri yg memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita.
Kerna hidup ini hanya seketika.

Siapa duga dan sangka saat kudrat dgn kesihatan yg baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka.

Pengajaran utk kita betapa rapuhnya hidup kita. Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahupun tua.

Jangan bertangguh utk menjadi anak yg baik.
Jangan bertangguh utk menjadi isteri yg baik.
Jangan bertangguh utk menjadi suami yg baik.

Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih.
Maaf kan sahaja. Jadilah org yg memberi manfaat pada org lain.
Kerana kematian itu sangat rapuh.

Jadilah org yg bahagia dan membahagiakan.

Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. Org yg kita sayang pasti kita akan tinggalkan. Dan perpisahan itu adalah dgn sebuah kematian.

Moga bertemu di syurga.

Uhibbukum fillah.

Jom To Jannah

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:

_1. Apabila meninggal dunia ayah kamu, maka matilah pimpinan dan nasihatnya...

_2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...

_3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama...

_4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...

_5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...

_6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...

_7. Apabila meninggal dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...

_Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Maka...senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yg menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yg fana ini...

Andai kamu melihat kanak-kanak yg sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat org tua yg berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yg sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.

(Manfaatkanlah masa yg mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi...)bagus perkongsian ni...kalau dah baca...ambil sebagai iktibar...

Thursday, July 25, 2019

Monday, December 31, 2018

Penutup tirai 2018

Penutup tirai 2018...larian santai paling santai.. Semoga kita berjumpa lg di tahun 2019


Friday, November 30, 2018

Sakit Hati

SAKIT HATI ITU MENYEKAT REZEKI...!?

Formula ini sangat bagus untuk dikongsikan agar membuka segala halangan pintu-pintu rezeki yang masih tertutup di kalangan rakan-rakan kita dan diri saya sendiri.

Menyakiti dan disakiti itu Dosa..!

Walau sebesar kuman kita menyakitkan hati orang, kita sudah berdosa.

Kita yang merasa sakit hati dengan orang yang menyakitkan hati kita, kita juga berdosa.

Maka kedua-duanya rezeki tersekat.

Tetapi kita tidak perasan hal ini bukan..?

Kerana kita ada sengaja dan tidak sengaja menyakiti hati orang sama ada lisan atau perbuatan.

Sebab itu, dalam Islam sangat dianjurkan antara kita bermaaf-maafan supaya DOSA sesama manusia bebas berterbangan, tiada lagi bersarang..

Sering kita dengar ibu bapa berkecil hati dengan anak. Ibu bapa berdosa, anak juga berdosa. Kerana apa..? Kerana Islam tidak ajar kita menyimpan rasa sakit, marah dan dendam di hati.

Terasa hati, sakit hati dengan anak, akan mengakibatkan rezeki anak tersekat. Menyebabkan hidup anak kesusahan.

Anak-anak pula degil, ego, menyakiti ibu bapa makin menggunung dosa. Adakah hidup ibu bapa bahagia dan kesenangan..?
.

Tidak ada kan..?

BAHAGIA ITU REZEKI.

Ingat, dosa antara manusia, ALLAH tak campur. Itu antara kamu. Tak bermaafan, tanggunglah kamu akibatnya perbicaraan akhirat yang panjang kelak. Lautan manusia mahu percepatkan hisab. Tapi kita..? Kerana marah, kerana sakit hati, lebih rela melambatkan hisab sendiri dan orang lain.

Yang mana2 terbuku marah di dalam hati

- Ibu bapa
- Anak
- Suami
- Isteri
- Adik beradik
- Jiran
- Kawan
- Guru
- Saudara

Dan seluruh manusia.

Lepaskanlah sekarang..
Bebaskanlah hati.
Jangan ditambah lagi dosa diri.

Selagi ada di dalam dada,
Selagi itu kita sedang mengumpul dosa.

Jangan ambil alih tugas ALLAH mengadili, menghukum kesalahan manusia.
Kita tidak layak buat kerja Allah.

Kerja kita, beribadah dan ikut perintah DIA.

Islam ajar bersangka baik, tidak berdendam, pemaaf, pemurah dan saling mendoakan. Betul kan..?

Bebaskanlah jiwa-jiwa yang sakit itu supaya tenang dan sabar.
Dan keajaiban terbesar..

REZEKI MELIMPAH RUAH AKAN TERTARIK KEPADA MANUSIA YANG SUKA MEMAAFKAN..!
Untuk ingatan diri sendiri..🌹

Saya minta maaf pada semua dan tolong maafkan saya😢
Saya juga maafkan anda semua💞

Tuesday, November 20, 2018

Biodata Rasulullah S. A. W

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim.

Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.

Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.

Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.

Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.

Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

* Khadijah Binti Khuwailid.
* Saudah Binti Zam'ah.
* Aisyah Binti Abu Bakar (anak  Saidina Abu Bakar).
* Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
* Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
* Zainab Binti Jahsy.
* Maimunah Binti Harith.
* Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
* Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.  Ibrahim
4.  Zainab
5.  Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA, IBU SAUDARA RASULULLAH SAW

ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***Sempat masuk Islam.

Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

*Sabda Rasulullah SAW:*
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga"_(Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agung

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH

Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..

Aku melihat cahaya dari lidahnya.

Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

Wajahnya seperti bulan purnama.

Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.

Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.

Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.

Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

Janggutnya penuh dan tebal menawan.

Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

Rambutnya sedikit ikal.

Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.

Rambutnya terbelah di tengah.

Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.

Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.

Seimbang antara kedua bahunya.

Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.

Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.

Warna putihnya lebih banyak.

Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

Warna kulitnya putih tapi sihat.

Kulitnya putih lagi bercahaya.

Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

Badannya tidak gemuk.

Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.

Perutnya tidak buncit.

Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA:

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh.

Sunday, November 11, 2018

Jangan Kita Menghambakan Ibu Bapa Kita Untuk Menjaga Anak2 Kita


Dalam Tidak Sedar ‘Memperhambakan’ Ibuku Untuk Menjaga Cucu, Allah Datangkan Bala Yang Pelahan-Lahan Menghancuriku.

Saya Tina. Baru habis pantang bersalin anak kedua. Juga baru dibuang kerja serta merta semasa masih dalam pantang. Suami juga hanya tinggal berbaki sebulan lagi untuk berkhidmat di syarikat tempat dia bekerja kerana telah dapat surat amaran terakhir akibat keengganan suami untuk ditukarkan lokasi kerja.
Dari ‘Isnin Hingga Sabtu’… Mak Tak Pernah Merungut
Sebelum saya mengandung anak kedua, saya hantar anak sulung saya umur setahun setengah pada mak setiap hari sebelum saya ke pejabat. Mak yang jaga anak sulung saya dari pagi sampai saya balik kerja. Lepas ambik anak saya akan terus balik rumah sendiri. Dari Isnin sampai Sabtu (memandangkan saya bekerja separuh hari Sabtu). Begitulah rutin saya selama hampir dua tahun. Mak tak pernah merungut. Saya tahu ini kesilapan besar seorang anak yang menghambakan ibu untuk menjaga anak saya. Duit gaji saya hanya berikan pada mak setelah saya bayar semua komitmen saya. Kalau tak cukup, tak adalah duit yang akan saya beri pada mak. Sebab itu saya tak hantar anak di rumah pengasuh sebab duit gaji tak cukup. Saya tahu saya salah! Saya tahu saya buat silap! Semoga Allah ampunkan dosa-dosa saya pada mak.
Jadual Mak & Abah Mula Berubah..
Sepanjang anak saya dalam jagaan mak, jadual mak telah berubah. Mak tak dapat lagi ke kelas mengaji kerana menjaga anak saya, mak terpaksa korbankan masanya semata-mata kerana beban yang saya dah letak pada mak.
Kadang-kadang ada hari yang mak tak sihat, mak demam tapi saya masih mahu ke pejabat dan terpaksalah mak menjaga anak saya dalam keadaan kesihatan dia yang tak mengizinkan.
Ayah juga banyak korbankan masanya untuk jaga anak saya sekali sekala bila mak dah tak larat sangat. Kadang-kadang saya balik kerja lewat malam terpaksalah ayah dan mak batalkan hasrat untuk ke kuliah maghrib di surau berdekatan kerana tiada siapa yang akan jaga anak saya.
Suami saya kadang kala syarikat hantarnya ke luar negara. Gaji dia memang banyak tapi tak tahu kenapa kami sentiasa rasa tak cukup.. semakin hari hidup saya macam kucar kacir. Hutang sana sini. Maka bermulalah ujian satu persatu datang. Selepas saya mengandung anak kedua, syarikat suami bekerja mengarahkannya supaya dihantar ke luar negara selama 5 tahun bergantung pada jangkamasa projek. Suami enggan terima arahan tersebut sehingga dapat surat amaran ketiga yang menyatakan suami dibuang dalam tempoh tiga bulan dari tarikh surat amaran terakhir tersebut. Banyak faktor suami enggan ke sana selama 5 tahun.
Berbalik kisah saya dibuang kerja, masa dalam pantang saya terima panggilan dari pejabat menyatakan saya punya kerja telah diaudit dan mereka jumpa dokumen yang telah saya tandatangan bagi pihak klien. Disebabkan dokumen itu saya diberhentikan serta merta dan diminta datang ke pejabat untuk mengesahkan isu berkenaan. Saya terima silap saya dan redha atas apa yang terjadi.
Sekarang, keadaan saya betul-betul kucar-kacir. Dengan tak ada kerja, dengan suami yang akan diberhentikan dan masih belum dapat panggilan temuduga, dengan komitmen-komitmen yang berlambak yang perlukan duit setiap bulan.. memang tertekan.

Dipendekkan cerita, kakak saya yang mengetahui khabar saya kemudian mesej dan kata-katanya buat saya betul-betul insaf. Dalam mesejnya:
“Tina, kakak tak pernah nak masuk campur urusan hidup Tina tapi kalau Tina boleh fikir balik, semua ujian yang datang pada Tina dan suami sekarang mungkin disebabkan tergurisnya hati mak ayah pada Tina. Mak tak cakap pada Tina sebab taknak Tina dan suami kecil hati. Tapi kakaklah yang selalu jadi pendengar mak.
Mak setiap hari call kakak bagitahu mak penat sangat tapi tak dapat rehat sebab menjaga anak Tina. Mak tak pernah minta duit Tina dan suami. Mak sayang cucu mak tapi mak perlu masa untuk diri mak sendiri. Mak perlu hadir ke kuliah agama dan kelas mengaji sebab mak suka aktiviti-aktiviti tu. Tapi Tina tak pernah faham mak. Tina tau tak kalau hati mak dah terguris sikit pun, apa saja yang Tina buat takkan menjadi. Apa jadi bila mak tak redha atas apa yang Tina buat? Tina ambiklah masa dan fikir balik”.
Mula Tersedar… Aku Insaf
Ya Allah…. aku betul-betul dah buat silap. Aku nak berjaya tapi aku tak dapat redha mak. Aku selalu ingat mak okay sebab mak tak pernah mengeluh dan mengadu pada aku macam-macam. Mungkin hidup aku kucar kacir sebab aku dah buat mak ayah aku terasa hati dengan perbuatan aku yang aku sendiri tak sedar.. Aku insaf. Aku solat taubat agar Allah ampunkan dosa aku. Aku mintak maaf kat mak ayah.
Semoga kisah aku ni boleh jadi iktibar buat pembaca. Pada yang masih menghambakan mak ayah korang, tengok macam mana kehidupan korang saat ni. Bahagiakah? Sama-sama kita perbetulkan silap kita selagi masih ada masa.

Saturday, October 27, 2018

Perempuan

Perempuan

Saat Kecil
dia membuka pintu Syurga untuk ayahnya..

Saat dewasa
dia menyempurnakan agama untuk suaminya

Saat menjadi ibu,
Dia menjadi penggerak semua doa

oleh kerana itu
dia dimuliakan Allah dengan menempatkan syurga di telapak kakinya

ketika seorang perempuan sudah menjadi IBU,
maka ALLAH akan menganugerahkan kepadanya satu senjata yang sangat ampuh di muka bumi ..

"Tahukah anda apa itu?"

Itu adalah Lisannya..

Lisannya akan menjadi Berat timbangannya.

Lisannya akan menjadi pembuka pintu-pintu langit..

Ucapannya akan  diijabah..doanya akan diangkat tanpa penghalang..

doa ibu akan mampu menjadi penghancur kesulitan bagi anak keturunannya..

Dan mengeluhnya seorang ibu akan menjadi pemberat langkah setiap anggota keluarganya,termasuk bagi  suaminya.

Maka pantang bagi seorang ibu untuk mengeluh,
kerana keluhannya pun akan menjadi kenyataan,sebagaimana harapan dan doanya pun akan menjadi kenyataan..

ucapan buruknya akan menjadi musibah bagi  dirinya dan keluarganya..

Lisan seorang ibu layaknya seperti Karomah para wali..

Maka berhati-hatilah wahai para ibu
ketika anda menggunakan senjata terampuh ini..

gunakan untuk bermunajat meminta kepada  ALLAH agar suamimu dimudahkan dalam  mencari nafkah..

Jangan mengeluhkan tentang dirinya.

Itu  akan  semakin memberatkan dan menyukarkan kehidupan anakmu ..

Gunakan untuk bermunajat meminta kemudahan dan  Kesolehan  atas   anak-anakmu jangan mengeluhkannya.

Kerana itu akan menjadi benar adanya..

*Subhanallah*
untuk para ibu.

Friday, June 30, 2017

Selamat Hari Raya

 
 
Dikesempatan ini saya ingin mengambil peluang menyusun sepuluh jari memohon seribu kemaafan buat kenalan2 yang mengenali diri  dan keluarga saya dan dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin dan semoga persahabatan  dan persaudaraan kita akan terus berkekalan sepanjang hayat..In Sha Allah
 
ngan anak dara..
 
mak ngan anak dara...
 
hero2 aku ni..
 
alahai manjanyee....
 
 
 
 
 
tiga dara pingitan..
 
mudah2an Engkau berikan kebahagiaan ..keharmoniaan
dan kesejahteraan untuk aku ..isteri dan anak2 aku Ya Allah..dan Engkau jauhkanlah keluarga aku dari segala musibah dan persengketaan..Amin Amin Ya Rabbal Alamin..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
Dan sekali lagi aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin