Sebagai tanda bermula sambutan Aidilfitri perlulah melaungkan gema takbir. Bertakbir daripada satu rumah ke satu rumah amat baik diamalkan, selain mengucapkan kalimah kebesaran, dapat juga merapatkan silaturahim sesama penduduk.
Ketika Hari Raya Aidilfitri disunatkan sentiasa
bertakbir di luar waktu solat dengan menguatkan suara, bermula dari terbenam
matahari akhir Ramadan sehingga sebelum bertakbiratul-ihram solat sunat Hari
Raya.
.
Orang yang tidak dapat melakukan solat boleh
bertakbir sehingga sebelum gelincir matahari Hari Raya pertama.
Firman Allah SWT: “Hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa Ramadan
dan bertakbirlah (mengagungkan dan membesarkan Allah) atas petunjuk-Nya yang
diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah ayat
185)
Rasulullah menyarankan umat Islam menyambut hari
raya dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu
dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan
Allah).” (Hadis riwayat al-Thabrani).
.
.
Jenis Takbir
1. Takbir Mursal:
Bermula dari terbenam matahari akhir Ramadan sehingga sebelum
bertakbiratul-ihram solat sunat Hari Raya Fitri.
2. Takbir Muqayyad:
Dimulai daripada Subuh Hari Arafah sehinggalah akhir waktu Asar Hari Tasyriq,
iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah, terutama setiap kali selepas mengerjakan
solat fardhu.