Monday, October 28, 2019

Malam Tadi nye Cite

Mlm tadi 26 Oct 2019..aku layan bola ngan member2 Bursa kat Cyber Jaya.. Game lawan ngan team mana aku pun tak tau.. Layan kan jelah.. Jom kita layan pic2 kat bawah ni.. 
Muka2 excited nak main bola 

Meraikan kemenangan.. 

Main atas padang turf.. Dah tua2 ni main kat padang turf yg terbaik.. Rata tak berlubang.. Lari pun cantik je.. Jatuh pun tak sakit.. 






Oklah geng.. Kita jumpa lagi next time.. Wassalam 

Friday, October 18, 2019

Kebesaran Alfatihah Untuk Kedua Ibu Bapa Kita


Sering menjadi persoalan, perlu ke sedekah Al-Fatihah kpd ibubapa atau sape2 yg sudah meninggal dunia? Ustaz Don Daniyal tampil memberi penjelasan yg intipatinya LEBIH BESAR & MENGEJUTKAN !!! Hanya ngn share saje pun anda sudah mendapat pahala. Perlu Ke Sedekah AlFatihah pd Org Mati? Rupa2nya ....

Ust Don Beri Penjelasan MENGEJUTKAN !!!|  SEDEKAHKANLAH AL FATIHAH UNTUK IBUBAPA MU SETIAP SELEPAS SOLAT SUBUH. 

Ini merupakan nasihat Ustaz Don kpd anak2  yg masih hidup didunia ini supaya diluaskan pintu rezeki bagi mereka. Rasulullah SAW pernah bersabda:-

“Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kpd kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup@telah tiada)” ………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu …Close
Berdasarkan Hadith Nabi SAW:-

“Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kpd kedua org tuanya dlm sehari” Huraian hadith:-

Jgn sesekali meninggalkan doa kpd kedua ibubapa (baik yg hidup mahu pun yg sudah tiada)

Allah akan memurahkan rezeki kpd mereka yg tidak putus2 berdoa kpd kedua ibu bapa (hidup atau mati). Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT

Semasa berdoa, berdoalah dgn bersungguh2.…. Tadah tgn dan Bayangkan wajah kedua org tua kita, termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yg banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

Mereka yg lupa berdoa kpd kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Bagi yg berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jgn lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari.

Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yg kita Dapat dari Allah (e..g. Makanan, Kesihatan, Kasih Sayang, Ilmu dsbnya ..) In Syaa Allah. Berusaha dan bertawakal.… In Syaa Allah

Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsbnya ….. tapi dgn hati yg tulus ikhlas dan doa kita utk ibu dan bapa kita….. Mari kita Cuba. Allahhuakhbar
Caranya:-

“YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungilah mereka. Aminn yarabillialamin. 

“(Doa ini utk org tua kamu yg masih hidup) 

Untuk yg sudah meninggal:-

“YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.
amin amin ya rabbal alaminn....

Subhanallah ringan- ringankanlah tangan korang untuk share benda ni. 

Dapat pahala mengingatkan saudara Islam yang lain. Malaikat maut datang melawat kita sebanyak 70 kali setiap hari.

Bila2 masa jer malaikat boleh tarik nyawa kita .

Sebarkan agar umat Islam tahu ! 
Tapi pastikan kita bukan dari golongan orang menyebarkan sesuatu yang dilarang oleh allah dan nabi kerana kejahilan kita sendiri.
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Sunday, October 13, 2019

Bursa vs Maybank

Hari ni nak membawang pasal bola pulak lah bro.. Game ni berlangsung mlm tadi 12 Oct 2019.. Lama gak dah tak tendang bola ni.. Asyik berbasikal ngan belari je.. Sesekali tukar angin lah pulak.. Bila lama tak tendang bola biasa lah kan.. Sana sini semua tekucil.. Tp enjoy bila ramai member2 turun padang sama2 berjuang walaupun perjuangan sume dah tersasar.. Itu yg seronok..game ni lebih pada nak enjoy je.. Almaklum jelah ramai member2 sume dah nak mencecah 5 series.. Yg muda2 jelah menjadi harapan.. Oklah bro layan jelah pic2 kat bawah ni.. 


Ni anak aku.. Dia pun aku ajak main ngan Bursa .. Takut tak cukup orang tp memang tak cukup pun











Result mlm tadi Bursa 4 Maybank 2..dgn aku jugak menjadi penyumbang utk gol pembukaan.. 20 tahun dah tak score gol mlm tadi lak blh score gol.. Yg best nye it's  a goal from a long range ..jaringan pada jarak hampir 50m..the second best goal in my football career.. Cheers bro..
C U all Next time bro.. 

Thursday, October 10, 2019

2007-2019 12 Tahun Dan Masih Lagi...

Pejam celik pejam celik dah 12 tahun main basikal dan 10 tahun dah jadi blogger.. And still aktif bersukan n berblogger walaupun usia dah nak masuk 5 series.. Bersukan sekadar utk menjaga kesihatan tubuh badan je.. Maklum lah dah nak masuk 5 series ni kena lah jaga kesihatan skit.. Nak kena keje sampai 60 bro..klau tak bersukan tak tak larat nanti.. Apa2 pun kita hanya merancang selebihnya ketentuan tuhan.. Dalam tempoh 12 tahun berkayuh aku cuma pakai 2 je basikal.. 

Yg ni basikal pertama aku.. Aku beli tahun 2007..Jenis polygon hibrid.. Tp banyak gak pengubahsuiaan yg aku buat.. Yg mula2 standard tak tukar apa2.. Ada 4 bulan gak lah pakai.. 
Yg ni aku dah banyak buat pengubahsuiaan.. Carbon folk.. TT arm.. Cassette dari 7 speed ke 9 speed tp masih mengekalkan straight handle.. 
Aku pakai polygon ni tak sampai setahun sbab saiz dia tak sesuai ngan aku.. Sbab setiap kali aku kayuh long distance pinggang aku sakit.. Member suruh tukar saiz yg besar skit.. Maka bermulalah episode upgrade mengupgrade.. 
Basikal kedua aku tahun 2009.. Merida 901..yg ni aku beli frame je.. Group set rojak.. 105 ada ultegra ada.. Cassette pun upgrade dari 9 ke 10 speed tp masih mengekalkan straight handle.. 
Yg ni aku dah buat stail TT handle.. Dekat 10 tahun jugalah aku pakai handle TT ni sebelum pengubahsuiaan seterusnya.. 
Yg ni pic terbaru tahun 2019.. Baru ada rupa racing bike tp masih dgn model Merida 901 yg aku gelar "The White Steel" walaupun semua member2 aku dah upgrade basikal dia orang ke carbon frame.. Biarlah dia orang tukar apa pun.. Aku akan tetap setia dgn White Steel aku walaupun terkadang terasa perit nak mengekori member2 aku ni.. Maklumlah steel lawan carbon banyak different bro.. Selagi aku blh ikut dan tak tertinggal jauh terkebelakang aku akan terus setia ngan White Steel aku.. Jom layan pic2 kat bawah ni.. Pic ni dari mula2 aku berkayuh 2007 sampailah yg terbaru 2019.. Mana saje route yg tak pernah aku sampai.. Lenggeng.. Mantin.. Broga.. Bukit Puyuh Lenggeng.. Bukit Antu Langat.. Bukit Tinjau Ampang.. Genting Perez.. Nilai.. Kg Limau Manis Bangi.. Putrajaya.. Cyber Jaya.. Dragon Back Shah Alam.. Ijok.. Parit Mahang dan banyak lg lah route.. Dah puas rasanya aku jelajah.. Cuma skrang aku banyak berkayuh utk mengekalkan fitness dan stamina aku je.. Nak lumba2 ni takde lah.. 





























 Kenangan kayuhan malam Ayer @8 Putrajaya setiap Jumaat mlm Sabtu.. Orang kuat disebalik kayuhan Ayer @8 ni adalah Arwah Brother Raja Ramlan.. Alfatihah buat arwah.. Aku rindu ooiiiii kayuhan mlm Ayer @8 ni.. 😭😭😭😭😭





Ok bro.. kita jumpa lg next time..gua dah letih ni .. c u.. Good Night.. Salam Sejahtera dan Assalamualaikum...