Wednesday, June 10, 2020

Kucing

Pencinta kucing harus baca...rahsia kelebihan memelihara kucing dari sudut spiritual (versi Bahasa Malaysia)

MISI SEEKOR KUCING

Ramai yg menyangka kucing tidak mempunyai apa2 pekerjaan, mereka hanyalah makhluk pemalas yg hanya tau makan dan minum. Hurm, bukan itu sebenarnya !

Adakah anda tahu bahawa dizaman ini lebih ramai org memiliki kucing berbanding anjing? Tahukah anda apa misi dan tugas seekor kucing ???

Saya akan merungkai beberapa tips rahsia seekor kucing yang belum anda ketahui...

Semua kucing mempunyai kuasa, secara harian utk menyingkirkan energi negatif dr tubuh kita.

Sebaik shj kita tido, kucing akan menyerap energi ini. Jika ada lebih ramai org dlm satu keluarga, dan hanya ada seekor kucing, kucing juga mampu menyerap semua lebihan energi negatif dari semua orang ini...

Apabila mereka tido, badan kucing akan melepaskan energi negatif yg telah mereka serap dr kita td. Jika kita terlebih stress, kucing akan mengambil lebih masa utk melepaskan energi ini dan energi negatif ini akan menjadi lemak dlm badan kucing sehingga ia dilepaskan. Kita akan berfikir bahawa mereka gemuk, disebabkan makanan yg kita berikan!

"Bagus untuk mempunyai lebih dari seeokor kucing di rumah, supaya beban utk menyerap energi negatif dapat dibahagi sama rata antara mereka."  

Kucing juga akan melindungi kita di malam hari, agar tiada roh yg tidak diperlukan memasuki rumah semasa kita tidur...

"Sebab itu mereka suka tido di atas katil dengan kita. Dan jika mereka fikir kita baik2 sahaja, mereka tidak akan tido dengan kita di malam itu."

Sekiranya ada sesuatu yg pelik berlaku disekeliling kita, mereka akan terus melompat ke atas katil utk melindungi kita...

Jika ada org yg berkunjung ke rumah kita, dan kucing merasakan bahawa ada ancaman atau benda buruk, kucing akan mengelilingi kita utk melindungi kita. Kita harus la berwaspada.  Sekiranya mereka berlari mendapatkan orang itu, mencium mereka dan ingin dibelai, kita tahu bahawa boleh berehat.

Jika anda tiada kucing, dan ada kucing jalanan memasuki rumah anda, peliharalah kucing tersebut, kerana anda sesungguhnya memerlukan kucing pd saat itu...

'Hurm, kucing jalanan sedia membantu anda!". Berterimakasih lah kerana rumah anda telah dipilih oleh sikucing utk tujuan ini. Jika anda tidak boleh memelihara kucing jalanan tadi, cari la tempat yg sesuai utk nya.

Kucing biasanya datang kepada kita secara fizikal tanpa sebab2 yg diketahui, dan di dalam mimpi  kita dapat melihat sebab kenapa kucing itu muncul seketika. Berkemungkinan ada hutang karma yang harus dibayar kembali kepada kita. Mereka mesti melindungi anda. 

"Oleh kerana itu jangan takut atau menakutkan kucing." Kerana ia pasti kembali kepada anda  utk memenuhi tanggungjawabnya....kucing menyembuhkan kita."

Kucing adalah makhluk yg comel, kasih mereka kepada kita sgt jujur dan melebihi segalanya, cuma mereka punya cara yg berbeza utk menzahirkan kasih mereka.  

"Mereka adalah sahabat teragung dan terbaek antara semua2 sahabat..."

*Manusia yang alergi pada kucing secara emosinya adalah gagal utk mencintai seseorang secara mendalam, kerana  mereka sering melindungi perasaan sebenar meraka."

- Translated by : #MyOwnPetShop
- Ctto. Taken from : Maktub

Monday, June 8, 2020

Sekadar Renungan

Beberapa tahun lepas saya menurunkan Mak di depan Hospital dan berjanji supaya Mak talipon bila dah semua urusan selesai, Mak menghadiri pemeriksaan biasa bulanan di Hospital Balik Pulau, saya pulang ke rumah dan menunggu Mak talipon bila dah siap nanti.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya tiba tiba terkenang suatu ketika dulu ketika saya demam, Mak menggengam erat tangan saya berjalan dari rumah menunggu bas untuk ke Hospital, sesekali saya didukung kerana tak kuat berjalan, di atas bas saya baring di ribaan Mak sambil Mak mengusap kepala dan sesekali mengucup dahi saya, di hospital juga ketika menunggu rawatan saya sentiasa di dalam pelukan Mak, selesai rawatan, sekali lagi dalam perjalanan ke stesen bas saya di dukung, sempat dibawa ke kedai dan Mak cakap _*Adik nak beli apa apa ke?*_ Sampai di rumah saya dipujuk untuk makan ubat, dipujuk dan disuap makan kerana tidak lalu makan akibat demam.

Habis saja kenangan itu berlalu difikiran saya segera terus berpatah balik ke Hospital, hujan lebat di dalam kereta, sampai di Hospital terus saya mendapatkan Mak yang sedang termanggu keseorangan menunggu urusan rawatan, saya sembunyikan airmata saya yang ditahan supaya tidak mengalir di hadapan Mak, saya memegang tangan Mak membawa masuk bilik Doktor, mendengar penjelasan Doktor berkaitan tahap kesihatan Mak,
mendengar nasihat Doktor supaya memantau pemakanan Mak, saya memegang tangan Mak ke Farmasi dan menunggu untuk mengambil ubat, selesai semuanya saya memegang tangan Mak menuju ke kereta, membuka pintu kereta untuk Mak dan saya tanya _*Mak ada nak beli apa apa ke???*_
Yaa Allah..., Ampunilah aku yang sedikit terlalai dari menyantuni pembuka pintu Syurga untukku ini.

Saya sekarang di IJN Kuala Lumpur, menunggu untuk berjumpa Doktor, rawatan susulan.
Saya menulis rasa hati ini bila melihat di sini ramai Mak Ayah yang keseorangan terkial kial bertanya arah sambil menunjukkan kad mereka,
bayangkan di sini ada blok A, blok B dan sangat luas, ada yang bertanya arah Cafe untuk makan setelah semalaman berpuasa untuk mengambil darah, beratur ramai untuk mengambil dan membayar harga makanan dan sebagainya, saya juga melihat pasangan Mak Ayah lewat 70 an yang saling membantu berpimpin, berjalan perlahan mengatur langkah dan sesekali berhenti penat, mungkin mereka tidak mempunyai anak *tetapi* sangat rugilah seandainya mereka mempunyai anak anak dan anak anak mereka terlepas pandang ruang kasih sayang yang sepatutnya mereka penuhi ini.

Alhamdulillah, setakat ini saya gagah ke sana sini berjalan laju di Hospital, namun seandainya saya berada ditahap Mak saya dan Mak Mak & Ayah Ayah yang saya lihat di IJN ini, saya akan rasa selesa, bangga, terharu dan harapkan ada anak bersama saya sekurang kurangnya sebagai *SEMANGAT*.

Anak anak sekelian, saya yakin apa yang saya rasa ini dirasai oleh Mak Ayah kita semua.
Hayatilah firman ALLAH SWT ini untuk kebaikan bersama Dunia dan Akhirat-

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا 

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا .

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapa kamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah satu seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada kepada keduanya perkataan _*Ah*_ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, _*Yaa Allah SWT, sayangilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka berdua telah menyayangi aku di waktu kecil dulu...*_
Al Isra' 23 & 24.
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Friday, June 5, 2020

Kisah Burung Helang

Burung helang (Bald Eagle) merupakan seekor burung yang amat dikenali kerana kegagahannya. Kehebatannya menangkap mangsa dan ketajaman penglihatannya amat mengkagumkan manusia. Ia selalu menjadi simbol kegagahan dan keunggulan. Namun ramai yang tidak tahu bahawa untuk kekal gagah burung helang harus menghadapi fasa perubahan. Fasa ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal burung tersebut untuk menjalani proses pemulihan.

Burung helang merupakan seekor burung yang mempunyai jangka hayat paling lama. Ia mampu hidup hingga 70 tahun. Walau bagaimanapun, untuk membolehkan umurnya mencecah sehingga 70 tahun burung helang ini mesti melalui satu fasa perubahan pada usianya menjangkau 40 tahun. Ketika ini seekor helang akan dilanda dilema samada untuk meneruskan kehidupannya atau menghadapi saat kematian.

Ketika helang ini mencecah usia *40 tahun*
, fizikalnya akan mengalami masalah yang besar. Paruhnya mula bengkok dan keadaan ini menyusahkannya untuk makan. Kuku kakinya atau dikenali sebagai ‘talon’ tidak lagi kuat untuk mencekup mangsanya. Bulu-bulu pelepahnya mula rosak dan menghadkan pergerakan terbangnya. Saat ini burung helang hanya mempunyai dua pilihan, samada untuk menjalani proses pemulihan yang amat menyakitkan selama 150 hari atau menunggu saat kematiannya. Dilema ini yang pastinya mengegarkan jiwa bukan sahaja pada burung helang tetapi juga kepada kita sebagai manusia.

Proses pemulihan itu mengkehendaki sang helang tadi terbang ke puncak gunung dan berehat di sarangnya. Di atas puncak gunung itu sang helang memulakan proses pertamanya dengan mengetuk paruhnya ke batu sehingga paruh tersebut tercabut. Sang helang tadi harus menunggu paruh yang baru tumbuh untuk membolehkannya mencabut kuku (talon) atau kerana ia hanya boleh dicabut dengan menggunakan paruh baru yang kuat. Bayangkan kesakitan yang harus ditanggung oleh sang helang demi untuk meneruskan kehidupannya. Bukan itu sahaja, sepanjang tempoh pemulihan ini sang helang tadi juga tidak mampu makan. Hanya kecekalan, keyakinan dan semangat yang betul-betul kuat mampu mengatasi segala tekanan.

Sang helang yang gagah bagaimanapun terpaksa menunggu hingga kuku yang baru tumbuh. Setelah itu, proses terakhir adalah mencabut semua bulu pelepahnya yang lama. Proses pemulihan keseluruhan mengambil masa lebih kurang 5 bulan. Segala kesakitan dihadapi dengan tabah, dilalui dengan cekal, demi untuk sebuah perubahan. Kini setelah 5 bulan sang helang mampu berbangga. Sang helang meraikan kemenangannya dengan memulakan penerbangan pertamanya. Sang helang merasakan seolah-olah ia telah dilahirkan semula (rebirth) dan ganjaran yang diperolehi daripada kesengsaraan yang dilalui adalah kehidupannya selama 30 tahun lagi dengan kemegahan.

Sang helang kini bebas terbang di udara dengan kebanggaan, keunggulan dan kehebatan yang nyata. Ia berhak merasa megah sambil melayang di udara.

Kisah ini seharusnya diteladani oleh manusia, demi mencapai sebuah kejayaan. Dalam meneruskan kehidupan kita mesti melalui fasa perubahan. Perubahan harus dimulakan kerana ia tidak mampu terjadi dengan sendiri. Namun berapa ramai daripada kita yang sanggup melakukan perubahan tersebut.

Manusia rata-ratanya amat takut pada perubahan kerana mereka tahu bahawa mereka akan gagal sebelum proses tersebut berakhir. Penangguhan demi penangguhan dilakukan sehingga pada akhirnya tiada apa-apa pun perubahan yang terjadi. Untuk berubah seseorang individu itu perlu memiliki keyakinan yang betul-betul mantap. Ramai yang mampu menulis atau bercakap tentang keyakinan tetapi amat payah untuk melaksanakannya. Kecekalan dan semangat sebagai pendorong atau agen kepada perubahan tersebut.

Adakalanya kita perlu menyingkirkan kenangan silam yang menghantui kehidupan, habit lama yang tidak membantu kepada perubahan, serta lain-lain kebiasaan atau amalan yang sudah tidak relevan dengan kehidupan kini. Hanya kebebasan daripada bebanan yang lepas membolehkan kita mengambil peluang untuk kejayaan masa hadapan.

Jangan takut pada perubahan yang positif kerana setiap perubahan yang berlaku pasti akan disusuli dengan suatu hasil atau ganjaran yang sangat menguntungkan. Mulakanlah dengan perubahan yang paling kecil iaitu mengubah cara pemikiran anda. Kawal setiap apa yang anda fikirkan. Jangan mudah melatah dengan isu-isu remeh. Berfikirlah dengan cara yang lebih terbuka dan tenang. Hanya pemikiran yang positif mampu menghasilkan ganjaran yang positif. Perubahan cara berfikir merupakan perubahan yang paling utama kerana Anda Adalah Apa Yang Anda Fikirkan

*FOR THING TO CHANGE I MUST CHANGE FIRST*
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis