Friday, July 29, 2011

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak pada semua member-member dan riders-riders yang mengenali diri ini...dan tak lupa juga kepada para pembaca blog yang sudi menjengah
blog yang tak seberapa ini...
Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.
Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah.
SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA.(Nizam,Dila,Arief,Aizad,Fariesha,Farah)
Wasalam

Tuesday, July 26, 2011

Semalam di Thailand

Sebenarnya aku gi Thailand ni menemankan adik perempuan aku menguruskan dokumen kematian suami dia(adik ipar aku...)yang telah kembali kerahmatullah 2 minggu lalu kat Songkla...aku gi sana hari ahad lepas 23 Jul ...pegi bertiga sorang lg member adik aku(kepala minah ni memang gila2...taklah sunyi sepanjang perjalanan gi sana...)ni adalah kali pertama aku sampai kat Thailand...melalui Bukit Kayu hitam dengan jarak sejauh 1650km pergi dan balik...pegi bawak keta bro...penatlah gak...tapi adik aku punya pasal...kenalah aku ikut...dah jadi tanggungjawab aku utk memastikan keselamatan dia...semalam aku kat sana sempat gak aku snap gambar utk dijadikan cite kat blog ni....


08:00pm...kat pekan Danok...sempat ambik gambar gajah ni kat depan hotel yg adik aku sewa...

pkl 07:30am...gambar dari atas hotel...pemandangan pekan Danok...


pekan Danok....nilah dia pekan yg selalu aku dengar cite dia dari member2 cyclist yg pernah ride kat sini...bermula dari pakan Danok nilah cyclist ni mula berkayuh kedestinasi yg dituju seperti Hattyai...Songkla dan kawasan2 yg setempat ngan dia...klau ada kesempatan nanti aku pun nak try kayuh kat sini gak...






ni pulak kat pantai Samila...Songkla...dimana kat sinilah terletaknya kedutaan Malaysia kat Thailand....


sampai gak keta aku kat Thailand...dangan jarak 1650km...


pemandangan kat pantai Samila...cantik tempat ni.....


gambar utk dijadikan bukti...yg aku dah sampai kat Thailand....


pekan Hattyai....syurga membeli belah...adik aku ajak aku ronda2 kat pekan ni...dah alang2 sampai dia cakap...singgah jelah...aku sempat singgah kat kedai basikal kat pekan Hattyai ni...beli tiub ngan pam tayar...murah yg teramat murah...barang2 lain pun murah2 gak...nak beli macam2...duit pun bawak ciput je...next timelah...klau sampai lg kat sana...




pekan Sadao....dlm daerah Danok....tak besar mana pun pekan ni...tp kat sinilah terletaknya pejabat2 kerajaan Danok...


kat imegresen Thailand...sebelum berangkat pulang...sekitar jam 07:30mlm...sampai kat rumah jam 02:30am...penat...letih..semua ada...tp best...dan yg penting semua urusan dah selesai...pasni bolehlah adik aku tidur dengan senyenyak-nyenyaknya...

Thursday, July 14, 2011

Dalam Kenangan

Tarikh 9 Jul 2011 akan menjadi tarikh yg mana tak akan dpt dilupakan utk aku dan seluruh ahli keluarga aku...dimana tidak akan kedengaran lg suara dan gurau senda adik ipar aku buat selama-lamanya...AL-FATIHAH buat arwah Mohamad Sham bin Mohd Salleh...semoga rohnya akan ditempatkan bersama-sama mereka2 yg beriman dan ditempatkan ditempat yg semulia-mulianya...
Antara gambar2 arwah yg ada pd aku utk dijadikan tatapan pelepas rindu...


kenangan bersama arwah kat Langkawi tahun 2006...

gambar tahun 2007...arwah bersama isteri tersayang(adik perempuan aku) dan anak lelaki arwah...

kat Pantai Cahaya Bulan,Kelantan...tahun 2007...

kat Kuala Terengganu 2007...



kenangan kat Penang tahun 2009...cuti masa tahun baru cina...




bergambar kenangan bersama sanak saudara kat Penang tahun 2009...



kenangan beramai-ramai ngan arwah masa raya tahun 2007 kat Cheras Baru...


tahun 2010...semasa berkonvoi ngan arwah beramai2...kawin adik aku kat Perak...


gambar ni masa celebrate hari jadi anak arwah(Adam Danish) kat Istana Bambo..Hulu Klang... 22 Jun 2011...


kenangan beramai-ramai kat Istana Bambo bertarikh 22 Jun 2011...


makan malam terakhir 2 hari sebelum arwah pergi buat selama-lamanya bertarikh 7 Jul 2011 semasa menyambut hari lahir anak buah aku kat Kelab Darul Ehsan...pergi yg tak akan kembali lagi...semoga rohnya akan bersemadi dengan aman dan ditempatkan bersama-sama orang2 yg beriman...AMIN dan AL-FATIHAH sekali lg buat arwah...
Pada kita yg masih hidup ini...ingatlah MATI itu pasti akan datang...jadi gunakanlah peluang umur yg masih ada ini sebaik mungkin untuk kita beramal dan mengingati tuhan yg telah menciptakan kita dan seluruh alam maya ini...mudah2an kita mendapat hidayat dan petunjuk dariNYA...AMIN.....

Wednesday, July 6, 2011

Senaman untuk Kesihatan

Dah hampir 3 bulan aku tak kayuh basikal...dan bukan jugak aku gantung basikal bro...cuma tak kayuh je..dan dalam hampir 3 bulan ni jugaklah aku penuhkan xtvt aku ngan berjogging..seminggu 3 -4 kali gaklah aku berjogging..sekali berjogging aku akan berlari sejauh 5km..dengan masa yg dipantau sekitar 25 - 30 minit untuk setiap 5km..bila dah selalu berjogging rasa seronok lak..tak tau bila nak start ride balik ni...tak tau nak cite pasal apa lg bro...kat bawah ni ada sikit artikel pasal bersenam...artikel ni aku copy paste dari satu laman web..bila umur dah makin bertambah ni tubuh badan kita nak kena jaga gak...sebab bukan senang nak jadi sihat...klau nak badan kita sihat...kenalah usaha lebih sikit dan klau kita dah rasa selesa ngan keadaan kita sekarang ni...tak payahlah buat apa2...tunggu jelah apa lak yg akan menyusul pastu..ok bro kita layannnnn.............



Senaman merupakan satu aktiviti yang mudah dilakukan. Ia perlu dilakukan secara berterusan dan patut menjadi sebahagian amalan harian baik golongan remaja sehingga tua. Walaubagaimanapun sebelum bersenam, anda harus memikirkanbeberapa aspek seperti menjalani pemeriksaan doktor jika anda;

a) Berumur lebih 35 tahun dan tidak bersenam secara regular sebelum ini.


b) Tidak pasti mengenai status kesihatan atau keadaan anda.


c) Mempunyai sejarah perubatan seperti penyakit jantung, masalah paru-paru dan sebagainya d) Obes atau lebih berat badan.



ANTARA KEBAIKAN SENAMAN ADALAH:

1) Mengurangkan paras gula dan lemak di dalam badan.


2) Membaiki pengaliran darah dalam sistem saluran darah tubuh.


3) Mengawal berat badan.


4) Menguatkan jantung.


5) Mengurangkan tekanan jiwa.


6) Membuat anda lebih cergas dan bertenaga.


7) Membolehkan anda tidur dengan nyenyak.



Senaman harus dijalankan dengan betul dan regular. Ia juga harus seimbang dengan jumlah makanan yang kita ambil. Senaman hendaklah dijalankan 3 ke 4 kali seminggu selama sekurang-kurangnya 30 minit agar mendapat senaman yang berkesan. Senaman setiap hari juga adalah yang terbaik.Pilihlah senaman yang sesuai dengan tahap kesihatan anda.


Secara amnya terdapat 3 fasa senaman iaitu;


Fasa Pertama -Senaman selama 5 - 10 minit untuk memanaskan badan seperti pergerakan bebas dan senaman regangan. Ini bertujuan untuk menyediakan tubuh dengan aktiviti yang lebih tinggi.


Fasa Kedua -Ini merupakan senaman yang sepatutnya iaitu selama 20 hingga 30 minit. Contohnya berjoging, berbasikal, bermain badminton, bersenam dan sebagainya



Fasa Ketiga -Ia sama seperti senaman fasa pertama iaitu untuk menyejukkan badan. Ia bertujuan untuk mengelakkan kecederaan otot. Senaman ini juga mengambil masa 5 hingga 10 minit.


PETUA-PETUA UNTUK SENAMAN:


1. Sebelum memulakan aktiviti senaman, dapatkan nasihat doktor.Pastikan dimana tahap kecedasan anda.


2. Mulakan senaman yang ringan mengikut kemampuan anda dan tingkatkan dari masa ke semasa.


3. Pakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai.


4. Jangan duduk terus selepas anda berhenti bersenam.


5. Kekuatan senaman harus mencapai tahap kadar nadi 120 - 150 kali seminit.


6. Jangan bersenam jika paras glukosa dalam darah anda tinggi atau kira-kira 2 jam selepas makan.


7. Jangan bersenam jika anda sakit atau berasa kurang selesa.