Friday, September 27, 2019

Karnival Mahabbah 2019 Taman Kantan Permai

 Berlangsung pada 22 dan 23 September yg lepas kat taman rumah aku... Karnival Mahabbah 2019 berlangsung dalam suasana yg meriah dgn bermacam-macam acara yg telah diatur oleh pihak Persatuan Surau An Nur dan Persatuan Penduduk Taman Kantan Permai.. Aku bg 5 bintang pada panganjur walaupun ada terkucil sikit2 sana-sini tp masih terbaik.. Jom layan pic2 kat bawah ni.. 


Acara melukis utk anak2 kecil dari umur 6 hingga 12 tahun.. 




Futsal pulak dari kategori umur bawah 15..bawah 17.. Remaja dan veteran.. 



Beyblade pun ada.. 


Yg ni aksi aku tengah berfutsal.. Klau umur 49 masih blh main.. Kira oklah.. Saja suka2 nak keluarkan peluh bukan nak tunjuk terer kat sapa2 pun.. Dah tua bro.. Syabas pada semua peserta futsal veteran sbab anda masih punya semangat yg kental.. Syabas bro.. Lu orang memang yg terbaik.. 

Artis Yat Hamzah pun ada... mempromosikan barang2 muslimah

Ni pulak penyampaian hadiah acara melukis dan beyblade kanak2.. 



Yg ni sahabat aku Imam Tuan Haji Nazri imam besar kat surau taman aku Surau An Nur Taman Kantan Permai .. Satu tempat keje dan satu department masa kat Bursa Malaysia dulu.. Tp skrang dia dah tak keje dah.. tinggal aku je yg masih setia ngan Bursa Malaysia.. Imam Tuan Haji Nazri ni skrang dah buka Sekolah Tahfiz dan menjadi pengetua kat Sekolah Tahfiz dia.. 


Acara kemuncak adalah rakaman Tazkirah Malam Jumaat yg akan bersiaran pada 21 November 2019 di Astro Oasis dgn ahli panel Datuk Ustaz Badlishah bergandingan dgn Ustazah Nik Salidah




Pasukan futsal veteran yg berentap kat final Canai fc ngan An Nur fc yg dimenangi oleh pasukan An Nur fc.. Tahniah Edy n the gang.. 4 - 0 tu lu menang bro.. 


Yg ni pulak acara motosikal tercantik.. Para peserta terdiri dari remaja dan otai2 dari sekitar KL.. Selangor n Negeri Sembilan.. 

Oklah geng klau di izinkan dan ada lg Karnival Mahabbah ni di tahun2 yg akan dtg kita membawang lg ok.. c u next time geng...Assalamualaikum 

Sunday, September 22, 2019

Hargailah Mereka Yg Terdekat Dgn Kita


💃🏻🕺🏾Seorang suami bertengkar dengan isterinya lalu meninggalkan rumah.

🚶Saat berjalan tanpa tujuan baru dia sedar yg dia tidak membawa duit dan merasa tersangat lapar.

Pemilik Restoran melihat seorang lelaki separuh baya itu berdiri cukup lama di depan restorannya, lalu bertanya.

"Encik, nak memesan makanan?"

“Ya, tapi aku tak ada duit"

"Tak mengapa, saya beri percuma".

Sampai sahaja makanan terus dia segera makan. Kemudian air matanya berlinang.

“Kenapa encik ?"

“Aku cuma terharu kerana seorang yang baru aku kenal memberi aku makan sedangkan isteri aku telah menghalau aku dari rumah.

Awak seorang yang baru aku kenal pun peduli tentang aku.

Pemilik warung itu berkata,

"Encik,

Kenapa encik fikir macamtu? Saya hanya memberi encik semangkuk mee dan encik begitu terharu,

... Sedangkan ...

Isteri encik telah memasak nasi lauk, dll mengurus encik dan anak2 setiap hari sampai sekarang ini

Sepatutnya encik berterima kasih kepadanya ..."

Lelaki itu terkejut mendengarnya dan malu.

Kenapa untuk semangkuk mee dari orang yang baru kenal aku dah begitu berterima kasih,
... Tapi ...
Terhadap isteriku yang memasak untukku dan mengurus anakku selama

Bertahun-tahun,
Aku tak pernah berterima kasih. 😢

Lelaki itu terus balik ke rumah.

Sampai sahaja di pintu rumah,
dia melihat isterinya yang berwajah cemas.

Ketika melihat suaminya,
Kalimat pertama sekali yang keluar dari mulutnya adalah

"Abang.., awak dah balik, cepat masuk, saya dah siapkan makan malam."

Selepas mendengar isterinya berkata begitu,
Lelaki td tidak dapat menahan sebak dan menangis dihadapan isterinya .

Sahabatku,
Kadang Satu Kesalahan, Membuat Kita Begitu Mudah Melupakan Kebaikan Yang Telah Kita Nikmati Setiap Hari.

Sekali Waktu Kita Mungkin Akan Sangat Berterima Kasih Untuk Suatu Pertolongan Kecil Yang Kita Terima.

Namun kita Sering Tidak Sedar & Lupa Berterima Kasih Akan Kebaikan-kebaikan Dari Orang-Orang Yang Sangat Dekat Dengan Kita.

Berterimakasih lah kepada :
Ayah - Ibu... kita
Isteri / Suami... kita
Adik beradik... kita
Jiran... kita
Rakan2 office... kita

Semua Orang Orang Terdekat Dengan kita 👨‍👦‍👦👩‍👧‍👧

Hidup itu Indah,
kalau kita pandai berterima kasih dan bersyukur ...
Belajar menerima apa adanya ...

Ketika GELAP😎 ,
baru tersedar apa erti TERANG 🌟.

Ketika KEHILANGAN,
baru tersedar apa erti MEMILIKI

Ketika BERPISAH,
baru tersedar apa erti PERTEMUAN.

Kelmarin sudah TIADA,
Esok belum TIBA,
kita hanya ada 1 hari, iaitu HARI ini. Jangan sesekali yg telah berlalu, itu PERBUATAN SIA SIA.

MENSYUKURI apa yang telah kita ADA, agar kebahagiaan selalu berada disisi kita.

Dalam kehidupan NYATA,
kadang2 kita suka mempermasalahkan hal yang KECIL, yang tidak PENTING, sehingga akhirnya merosakkan NILAI yang BESAR.

Persahabatan yang INDAH selama puluhan tahun BERUBAH menjadi permusuhan yang HEBAT, kerana SEPATAH kata PEDAS yang tidak DISENGAJAKAN.

Keluarga yang BAHAGIA dan HARMONI pun boleh HANCUR hanya kerana perdebatan KECIL yang tidak PENTING.

Yang REMEH kerap dipermasalahkan,
tetapi yang lebih PENTING dan berharga LUPA dan TERABAI.

Seribu KEBAIKAN sering tidak BERERTI, tapi SETITIK kekurangan DIINGATI seumur hidup.

Mari belajar MENERIMA kekurangan apapun yang ada dalam kehidupan kita,
Bukankah tak ada yang SEMPURNA didunia ini ... ?

💑SEHATI bukan kerana saling MEMBERI,
tetapi sehati kerana saling MEMAHAMI.

🙋BETAH bukan kerana MEWAH, tetapi betah kerana saling MENGALAH.

📿 INDAH bukan kerana selalu MUDAH
tetapi INDAH kerana dihadapi bersama setiap KESUSAHAN.

Semoga bermanfaat  termasuk kpd diriku ini yg byk khilaf.

😘🌹❤
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Sunday, September 15, 2019

Amalkanlah Fadilat Istighfar

Istighfar.. Astagfirullah Al azim..Aku mohon Ampun pada Allah yang Maha Agung 😭

Sy nak kongsi ilmu pd sahabat.. tentang istigfar ni.. Arwah Tokguru Baba Aziz dr Kelantan semasa masih hidup..

Dia kalau dtg Kemaman..sy dn suami selalu jumpa dia.. Dia selalu ckp pd sy dn suami..

Kita kena bnykkn istigfar... Hari2 istigfar jgn tinggal.....Tp arwah Baba bgithu sy.. Hanya sebut Astagfirullahal'azim.. Tu je sebutannya.. Arwah suruh baca Hari2 sebnyk 300 kali.. Jgn tinggal..... Lepas je kita istigfar kita angkat tangan berdoa pd Allah mohon keampunan dulu.. Lepas tu barulah kita mohon hajat kita.. In shaa Allah..

Allah akan tlg kita dlm segala masaalah..dari kesempitan rezeki..dan segala masaalah kita yg x blh Kita selesaikn.. Allah akn selesaikn..

Ada seorang hamba Allah di Kemaman.. Ank dia hisap dadah.. Ayah dia dh puas berubat.. Mcm2,tp anak dia tetap hisap dadah.. Sehinggalh dia jumpa arwah Baba Aziz.. Baba hnya bgithu dia.. Kamu kena baca istigfar sebanyk 300 kali smpai 41hari..jgn tinggalkn biar cukup 41 hari........ kalau tertinggal.. Kena ulang semula smpai 41 kali..

Suami isteri kena baca.. Berkat dgn keyakinan tu.. Mak ayah dia baca istigfar.. Alhmdulillah.. Ank dia mnjadi pulih.. Sembuh dari mnghisap dadah..

Tokguru kata,
Kadang2 kita x sedar masa zaman muda kita.. Kita Ada buat slh..kita x minta keampuanan pd Allah.. Tu Allah beri pd ank2 kita atau anak cucu kita... Dugaan tu.. Atau sebaliknya..

Sy teringat pesannya.. Kalau ada masalaah apa2..istigfar hari2 sebanyak 300 ratus kali.. Inshaa Allah.. Allah akn permudahkn segala masaalh kita.. Bacaannya pendek je.. 👇 Astagfirullahal'azim tu je sebutannya.. amalkn setiap hari.. In shaa Allah segala masaalh besar atau kecil.. Allah akn tlg..

Tokguru kata..ibarat kita nk sesuatu pd Allah.. Tp kita x minta ampun dosa2 kita dgn Allah.. Mcm mana Allah nk kabulkn doa kita..sbb kita dinodai dgn dosa2..x kira dosa kecil atau besar..

Kalau kita x minta ampun drinya.. Mana boleh minta terus tanpa kita memohon keampunan pd Allah.. Sy harap perkongsian sy ni dpt diamalkn utk kebaikkan pd diri kita..Bukan utk org lain.. tpi kalau kita  buat ...kita yg dpt Bukan org lain Wasallam..
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Monday, September 9, 2019

Pesan Pada Anak2 Kita

*IBU BAPA NANTI PESAN DGN ANAK2 YE...*

*JARANG KITA SAMPAIKAN PESANAN PENTING INI KEPADA ANAK*

Selalunya ketika kita dah tua dan rasa tempoh di dunia hampir ke penghujungnya, kita akan pesan kepada anak dengan pesanan-pesanan baik. Contohnya* :

- nanti abah dah takde korang jangan gaduh-gaduh,
- harta pusaka tu bahagikanlah baik-baik ikut wasiat,
- bila raya balik jenguk rumah pusaka...

*Itu pesanan stereotaip. Tapi bagi saya, pesanan itu hanya bermanfaat di alam sini (dunia). Lebih baik kita pesan sesuatu yg lebih bermakna utk kita di alam sana.*

*Bermakna sebab, di sana kita ni hidup lagi, cuma bertukar alam je*.

Ramai yg tak perasan perkara ni. Mungkin kita fikir apabila meninggal dunia, everything disconnect. Maaf, sebenarnya ada lagi connectionnya. 

*Lebih baik kita pesan begini kepada anak, utk kebaikan our own future*:

*Nanti jangan lupa bersedekah utk abah setiap hari.*
 *Sebab dulu abah tak sempat nak sedekah banyak kerana besarkan korang.* 
*- jangan lupa bacakan Surah Mulk utk mak setiap malam.* 
*Nanti ada juga peneman mak di kubur...*
*Doakan kebaikan utk mak-abah setiap hari*

Ini yg lebih penting utk kita pesan & wasiatkan sebab, tak tentu lagi kita selamat dgn amalan sendiri. Kalaulah amalan sedekah pahala tak cukup, boleh juga anak yg masih hidup tolong 'top-up'kan.

*Dan doa, bacaan Quran & sedekah ni jangan minta mereka buat setahun sekali masa hari raya je. Ingatkan mereka, jika benar sayang mak-abah, buat setiap hari.*

Sebab dulu, kita jaga anak careful everyday. Kita bagi mereka makan-minum everyday, bukan seminggu sekali.

*Ingatkan anak anda. Sebab, jarang anak yg ingatkan ibu-bapa mereka yg dah meninggal. Masa meninggal je anak menangis seminggu. Lepas tu mereka enjoy dgn harta-pusaka. Mereka fikir kita di alam sana pun selamat & gembira.*

Then setahun sekali baru nak jenguk kubur baca Fatihah masa raya. 

Saya kira, bukan begitu relationshipnya.  Saya fikir, *antara tanda anak benar-benar sayangkan ibu-bapanya, ia berpanjangan setiap hari tak kira kita masih hidup ataupun dah kembali ke alam sana.*

Ia bantu kita setiap hari dengan doa, bacaan Quran & sedekah yg ikhlas yg BERMANFAAT utk kita di alam sana.

*Dan semua kesedaran ini bermula dengan kita, ibu-bapanya yg mendidik dan mengingatkan mereka.*

Ingatlah, 

Apa yg kita ingatkan mereka, itulah yg kita dapat. 

Ingatlah, 

*Kematian bukan penutup segalanya. Kita masih hidup. Cuma berpindah medium (alam lain) sahaja.*

Sekian, ingatan utk diri sendiri, seorang ibu yg ada anak2 dan, seorang anak yg Ibunya telah kembali ke Rahmatullah .

Setiap hari saya cuba yg terbaik utk sambungkan kasih-sayang kepada arwah Mak dgn bacaan Al-Quran, sedekah dan doa kerana percaya janji Tuhan : 

*dan orang beriman yg diikuti zuriat keturunannya dlm keadaan beriman juga, Kami hubungkan (himpunkan) mereka & zuriatnya di syurga*
*(Surah Thur, 21)*

Semoga. Tolong sama-sama doakan ibu-bapa kita yg telah pergi,

Everyday.

Tuan-puan, antara sebab mengapa saya minta kita betul-betul perlu pandai kuasai bacaan Quran adalah kerana asbab SYAFAAT. Quran ni ada syafaat di alam kubur & hari kiamat. 

Syafaat bermaksud, jika kita susah nak masuk syurga, nanti Quran akan datang sebagai pembantu utk backup & topup mana yg tak cukup, di hari tiada sesiapa pun boleh bantu.

Kita perlu berfikir jauh. Invest our time & effort utk dapatkan bantuan yg bersifat longlasting ini. Mulakan dgn mahir membacanya.

*Terima kasih kepada sahabat yg share write up ni... semuga jadi asbab hidayah kpd semua umat Muhammad...*
 *Aamiin Ya Rabb💐*
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Isteri

Memahami hati isteri yang selalu marah dan menjerit pada anak-anak.
.
Seorang suami minta nasihat mengenai isterinya. Isterinya asyik marah anak-anak. Anak saya 3 orang ustaz. Isteri asyik mara dan jerit pada anak-anak. Terasa kasihan pada anak-anak. Terasa tiada hari anak-anak tak kena marah.
.
Kadang-kadang saya tengok isteri saya sayang yang kecil jer. Kakak sulung asyik kena marah jer. Semua salah kakak besar. Saya takut anak jadi trauma. Dia kalau menjerit atau marah saya rasa nak lari rumah. Kalau saya cuba pertahankan anak saya.
.
Dengan saya-saya kena marah.. Abang nak tahu tak Allah sayang abang. Bila saya dengar ketua keluarga ingin bertanya soalan begini tandanya dia seorang yang baik dan bertanggungjawab. Abang nak bantu dan selesaikan.
.
Sebenarnya selalu wanita tanya masalah suka cubit dan marah anak-anak. Bila saya dengar saya terus tanya ada bincang dengan suami..itu antara punca utama.
.
Abang nak tahu tak sebenarnya bukanlah kita nak salahkan sesiapa. Selalunya wanita yang selalu marah-marah anak dan tak boleh kawal emosinya kerana dia dahagakan perhatian dan cinta suaminya.
.
Dia rindukan suaminya. Dia ingin suaminya bersamanya. Isteri kita wanita yang Allah jadikan sensitif. Jiwa mereka lembut. Mereka dahagakan kasih sayang dan rasa kebersamaan dalam membuat segala urusan rumahtangga. 
Wanita ini bila kita dah dapat hati dia. Semuanya akan jadi superb.
.
Juta-juta kali lebih layanan dan kasih sayangnya kepada suami dan anak-anak. Bila dah terluka dan sakit semuanya berubah... Kita perlu sedar. Dia bukan bibik kita. Dia bukan orang gaji kita. Mereka wanita yang kita nikahi maksudnya ingin kita cintai,sayangi, bimbing dan pembantu kita sehingga syurga Allah. 
.
Mereka bukan milik kita. Mereka amanah Allah.. Sebab tu kata ulama pintu agama sebuah keluarga ialah ayah. Pintu agama buat anak-anak ialah ibu. Jika kita membimbing isteri kita dengan Islam dengan cinta dan sayang insyaAllah isteri kita akan bimbing anak-anak kita Islam dengan cinta dan sayang. Mereka dahagakan belaian dan kasih sayang.
.
Peluk mereka. Sayangi mereka. Lihatlah nanti mereka akan peluk dan sayang kita.
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Thursday, September 5, 2019

Perkongsian Ilmu

PENGETAHUAN AM yang wajar anda kongsi

Perkongsian dari FB Dato' Dr. Fadhilah Kamsah:

1. Tersedak makanan,
2. Kram Kaki,
3. Salah Bantal,
4. Kaki Kebas @ Semut2

In Shaa Allah pengetahuan ini berguna untuk kita & menolong orang lain.

Caranya adalah seperti berikut:
1. Jika tersedak makanan
Hanya perlu “mengangkat tangan”.

2. Kram kaki
Ketika kram kaki kiri, angkat tangan kanan tinggi-tinggi, Dan ketika kram kaki kanan, angkat tangan kiri tinggi-tinggi, segera akan terasa lebih selesa.

3. Salah bantal
Kadangkala ketika bangun tidur, kita dapati telah tersalah bantal, iaitu merasa sakit di sekitar tengkuk & belikat. Apa yang harus dilakukan ketika salah bantal? Ketika merasa salah bantal, kita hanya perlu mengangkat kaki shj, kemudian tarik ibu jari kaki dan picit dengan memutar kearah atau berlawanan arah jarum jam.

4. Kaki semut2 @ kebas
Ketika kaki kiri semut2, goncang @ ayun telapak tangan kanan dengan sekuat tenaga, ketika kaki kanan semut2, goncang @ ayun telapak tangan kiri dengan sekuat tenaga.

Jangan simpan saja info ini. Siapa tahu kita mungkin dapat membantu orang lain. Semoga bermanfaat.

Info penting yg melibatkn nyawa.. Apa pun harus ingat ketentuan ini adalah drpd Allah swt.

BAGAIMANAKAH CARA2NYA UTK MENANGANI SERANGAN JANTUNG KETIKA ANDA SEORANG DIRI:

1. Katakanlah kita bertolak pulang ke rumah pada pukul 7:25 mlm berseorangan setelah seharian bekerja mencari rezeki.

2. Pada ketika itu anda berasa amat letih, gundah-gulana dan kecewa.

3. Tiba2 anda terasa sakit yg amat sgt di dada, di tangan dan di rahang anda. Perjalanan terdekat ke hospital lebih kurang 5km dari rumah anda.

4. Malangnya anda tidak yakin dan tidak mampu utk bertahan sejauh itu.

5. Anda telah dilatih ilmu CPR tetapi tidak dipraktikkan ke atas diri sendiri.

6. CARA MENYELAMATKAN DIRI DPD SERANGAN JANTUNG KETIKA SEORANG DIRI.

Kebanyakan mereka yg kena serangan jantung tidak menerima sebarang bantuan dan mula rasa nak pengsan. Di waktu ini anda mempunyai masa 10 saat sahaja sebelum pengsan.

7. Walau bagaimanapun mangsa boleh membantu diri sendiri dgn BATUK SEKUAT mungkin. Setiap kali batuk hendaklah diselangselikan dgn MENARIK NAFAS panjang.Batuk tersebut hendaklah mendalam dan berpanjangan sehingga terasa di dada.

Bernafas panjang dalam2 sehingga terbatuk dan hendaklah diulangi setiap 2 saat sehingga bantuan tiba atau sehingga terasa dapat bernafas spt sediakala.

Bernafas panjang akan membantu memasukkan oksigen ke dlm jantungdan apabila terbatuk ia secara langsung membantu mengepam jantung dan memulihkan perjalanan darah.  Ia juga membantu mengembalikan degupan jantung spt sediaala. Ini membolehkan mangsa selamat tiba ke hospital.

9. Sebarkan seluas2nya tips ini. In Shaa Allah ia akan dapat membantu menyelamatkan nyawa.

10. Pakar jantung menyarankan jika setiap orang yang menerima tips ini, tolong hantarkan kpd 10 orang, mungkin anda dt menyelamatkan sekurang2nya 1 nyawa.

11. Daripada menghantar bahan yg tak berfaedah adalah lebih baik menghantar tips yg dpt menyelamatkan nyawa org lain..

12. Sekiranya tips ini sampai semula  kpd kita...lebih drpd sekali... jangan marah...sbb anda mempunyai ramai sahabat yg prihatin dan sentiasa mengingatkan sesama kita cara bagaimana ingin mengatasi SERANGAN JANTUNG KETIKA BERSENDIRIAN...

Wednesday, September 4, 2019

Sekadar Peringatan

UNTUK PARA LELAKI WAJIB MAKLUM DAN TERUS MENGAMALKANNYA

___________________
🐪 Sudah tahukah  KAUM LELAKI bahwa Rasulullah tidak pernah meninggalkan solat berjamaah, sejak solat diwajibkan malam isra mi'raj hingga solat terakhir dalam hidup beliau?

🐪 Tahukah  KAUM LELAKI bahawa banyak di antara para ulama yg seumur hidupnya tidak pernah solat fardhu sendirian dan selalu berjamaah sampai akhir hayat mereka?

🐪 Tahukah  KAUM LELAKI bahwa diantara mereka ada yg rela walaupun harus membayar orang demi menemani solat berjamaah?

🐪 Tahukah   KAUM LELAKI  bahwa ada sebagian ulama yg pernah menangis selama 40 hari krn merasa rugi yg amat mendalam sebab tertinggal satu solat fardhu berjamaah saja?

🐪 Tahukah  KAUM LELAKI bahwa bila anda solat berjamaah maka solat anda dapat dipastikan diterima oleh ​اَللّهُ ?

🐪 Tahukah   KAUM LELAKI bahwa khusus utk solat isya dan subuh berjamaah berpahala seperti solat setengah malam dan semalam suntuk?

🐪 Tahukah    KAUM LELAKI bahwa orang yg solat subuh berjamaah,  maka dihari itu kehidupannya dibawah perlindungan ​اَللّهُ ? Artinya, bila ada orang yg mengusiknya maka dia berurusan langsung dgn ​اَللّهُ ?

🐪 Tahukah   KAUM LELAKI bahwa karena begitu beratnya hukum solat berjamaah sehingga dalam madzhab hanafi difatwakan bahwa hukum solat berjamaah adalah wajib?

🐪 Tahukah   KAUM LELAKI bahawa dalam madzhab kita asysyafi'i solat berjamaah hukumnya fardhu kifayah sehingga bila dalam sebuah perkampungan penduduknya, tdk ada yg solat berjamaah, maka sekampung itu, berdosa semua karena meninggalkan berjamaah dan bukan karena meninggalkan solat?

🐪 Tahukah  KAUM LELAKI bahwa syaitan akan berleluasa berkuasa di sebuah perkampungan, bila penghuninya tdk ada yg solat berjamaah?

🐫Tahukah   KAUM LELAKI bahwa dalam suatu hadith, Rasulullah ﷺ sempat mengancam bahkan Rasulullah ﷺ mengancam kepada orang yg meninggalkan solat berjamaah hingga berkeinginan membakar rumah mereka?

🐪 Tahukah  KAUM LELAKI bahwa sahabat Ibnu Mas'ud RA, pernah mengatakan "kami saksikan saat Nabi Muhammad ﷺ masih hidup tidak seorangpun, ada yg  meninggalkan solat berjemaah kecuali hanya orang2 munafik tulen"?

🐪 Tahukah  anda bahwa bila anda menyebar info ini maka anda tdk akan rugi atau menjadi hina, malahan, insya ​اَللّهُ  akan berpotensi mendapat kebaikan yg tak terhingga? Semoga mendapat hidayah bersama. 

Nabi Muhammad ﷺ berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Wallahu A'lam

HANYA KONGSI
Semoga Ianya bermanfaat kredit kepada penulis

Berapa Harga Istana Syurga

Berapa Harga Istana Syurga?

Pada suatu hari, Rasulullah (SAW) sedang berkumpul bersama para sahabatnya.
Ketika perbincangan dengan para sahabat, tiba-tiba Rasulullah (SAW) tertawa ringan sampai terlihat gigi depannya.

Sayyidina Umar r.a. yang berada di situ, bertanya :
"apa yang membuatmu tertawa wahai Rasulullah ?"

Rasulullah SAW menjawab :
"Aku diberitahu Malaikat, bahwa pada hari kiamat nanti, ada dua orang yang duduk bersimpuh sambil menundukkan kepala di hadapan Allah SWT."

"Salah seorang mengadu kepada Allah sambil berkata :

‘Ya Rabb, ambilkan kebaikan dari orang ini untukku karena dulu ia pernah berbuat zalim kepadaku."

Allah SWT berfirman :
"Bagaimana mungkin Aku mengambil kebaikan saudaramu ini, karena tidak ada kebaikan di dalam dirinya sedikitpun..?"

Orang itu berkata :
"Ya Rabb, kalau begitu, biarlah dosa-dosaku dipikul olehnya"

Sampai disini, mata Rasulullah SAW berkaca-kaca.
Rasulullah SAW tidak mampu menahan tetesan airmatanya.

*Beliau menangis...*

Lalu, beliau Rasulullah berkata :
*_"Hari itu adalah hari yang begitu mencekam, dimana setiap manusia ingin agar ada orang lain yang memikul dosa-dosa nya."_*

Rasulullah SAW  melanjutkan kisahnya.

Lalu Allah berkata kepada orang yang mengadu tadi :

*" Sekarang angkat kepalamu.."*

Orang itu mengangkat kepalanya, lalu ia berkata :

" _Ya Rabb, aku melihat di depan ku *ada istana-istana yang terbuat dari emas, dengan puri dan singgasananya yang terbuat dari emas & perak bertatahkan intan berlian*..! "_

_"Istana-istana itu untuk Nabi yang mana, ya Rabb ?"_

_"Untuk orang siddiq yang mana, ya Rabb ?"_

_"Untuk Syuhada yang mana, ya Rabb ?"_

Allah SWT berfirman :
*_" Istana itu diberikan kepada orang yang mampu membayar harganya."_*

Orang itu berkata :

*_"Siapakah yang  mampu membayar harganya, ya Rabb ?"_*

Allah berfirman :

*"Engkaupun mampu membayar harganya."*

Orang itu terheran-heran, sambil berkata :

*_" Dengan cara apa aku membayarnya, ya Rabb ?"_*

Allah berfirman :

_*‘CARAnya, engkau MAAFkan saudaramu yang duduk di sebelahmu, yang kau adukan kezalimannya kepada-Ku’.*_

Orang itu berkata :

*_"Ya Rabb, kini aku memaafkannya."_*

Allah berfirman :

_*'Kalau begitu, pimpin tangan saudaramu itu, dan ajak ia masuk surga bersamamu..."*_

Setelah menceritakan kisah itu, Rasulullah Saw berkata :

*_"Bertakwalah kalian kepada Allah dan hendaknya kalian SALING BERDAMAI dan MEMAAFkan, sesungguhnya Allah mendamaikan persoalan yang terjadi diantara kaum muslimin."_*

*(Kisah di atas terdapat dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam al-Hakim, dengan sanad yang sohih.)*

*Saudaraku tercinta...*
Amalan hati yang nilainya tinggi di hadapan Allah adalah *meminta maaf, memberi maaf, dan saling memaafkan...*

 *"Maafkan diriku ya sahabat²ku dan saudaraku sekiranya pernah menyakitimu. Semoga kita bersama-sama masuk syurga..."*

*آمِيّنْ  آمِيّنْ  آمِيّنْ  يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن.....*

*"Mohon, halal, maaf zahir batin maaf atas segala khilaf Dan salah"*maafkanlah daku.

صلوا على النبي الكريم!
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis