Wednesday, November 24, 2021

Saidatina Aminah Wanita Agung


Allahuakhbar..Air mata tidak mampu tahan sampai ke perkampunan Abwa' ini..kerana di kampung inilah Baginda Rasulullah Saw telah sampai bersama ibu nya Saidatina Aminah dan Ummu Aiman..dan di kampung inilah wanita Agung ini meninggalkan dunia di semadikan..

Semoga susah payah dalam perjalanan dan mendaki yg sedikit ini menjadi saksi Cinta Rasulullah Saw dari di Akhirat...Amin ..

Terima kasih sgt2 yg tidak terhingga buat sahabat sy ustaz @izzat abd aziz yg korbankan diri harta masa nya untuk khidmat kami.. Allahuakbar.. Allah sahaja balas segala kebaikan ustaz izzat.. Allahuakbar.. 

Untuk sampai ke kampung abwa ini bukan suatu yg mudah..dari Kota Madinah berangkat ke kampung Badar dlm 150 km....

sampai di Badar kami masuk pula ke kampung mafraq..sebuah kampung yg seakan telah di  tenggalamkan padang pasir...kemudian terus ke Abwa' dgn perjalanan yg agak mujahadah..

Jalan yg tiada kereta sgt melainkan sesekali kereta dan lori lalu...line hp juga tiada..kg abwa jauh masuk ke dalam...jarak hampir 400 km dari Kota Madinah...

Saidatina Aminah dari Bani Zuhrah satu Kabilah yg mulia di pandangan masyarakat arab kerana sikap mereka yg jujur..nama Saidatina Aminah ialah Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Kilab..manakala ibu Siti Aminah pula bernama Barrah binti Abdul Uzza bin Usman bin abduddar bin Qushai bin Kilab..

Jalur nasab Siti Aminah ibunda Nabi Saw bertemu dgn jalur nasab Ayahanda Nabi Saw di Qushai iaitu Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul manaf bin Qushai..dan akhirnya juga bertemu ayah dan ibu tadi di Qushai bin Kilab yg terus ke jalur nasab Baginda Nabi Ismail bin Ibrahim A.s...Baginda Nabi Saw dari jalur Nasab keturunan yg terpelihara...

Wanita arab ketika zaman Jahiliyyah kata Ulama' terbahagi 2..satu wanita yg liar selalu keluar rumah dan di lihat lelaki-lelaki..yg kedua wanita yg tinggal di rumah yg tidak pernah di lihat oleh mana laki-laki..Saidatina Aminah ialah wanita terpelihara lg mulia yg tidak pernah di lihat oleh mana-mana laki bahkan tidak pernah melihat lelaki yg bukan mahram..

Wanita Agung ini di nikahi oleh lelaki yg hebat lagi tampan di kota Mekah iaitu Abdullah bin Abdul Mutalib..Hasil dari perkahwinan yg mengikut syariat Nabi Ibrahim inilah maka ibunda Aminah hamilkan Habibil Mustafa Baginda Nabi kita Muhammad Saw..

Di saat ibunda Aminah hamilkan Baginda Saw, ada kafilah dagang yg mahu berangkat ke Sham..maka berangkat lah Ayahanda Baginda Saw ke Sham..pulang dari sham saat menghampiri yastrib(Madinah), Ayahanda Nabi Saw jatuh sakit dan tinggal bersama waris mereka di Bani Najar yastrib..

tak lama kemudian wafat diyastrib(Madinah).. Lahirlah Baginda Saw dalam keadaan yatim tiada ayah..Allahuakhbar..

Waktu Rasulullah Saw berusia 6 tahun..Rasulullah Saw telah mengikuti ibunda Aminah dan Ummu Aiman berangkat ke yastrib untuk menziarahi maqam ayahanda Nabi Saw..pulang dari Maqam ayahnda Nabi Saw dalam perjalanan menuju ke Mekah..Ibunda Nabi Saw telah jatuh sakit di Kampung ini..Kampung Abwa'...

di saat akhir hayat ibunda Baginda Nabi Saw berkata kepada Baginda "sesungguhnya setiap yg baru akan lama..setiap yg muda akan tua..Begitulah setiap yg hidup akan mati..aku akan tinggalkan dunia ini..aku melihat bahawa kamu akan menjadi seorang Nabi seperti atuk mu Baginda Ibrahim A.s membawa manusia kepada ALLAH.."kemudian Siti Aminah meninggal dunia..

Siti Aminah di semadikan oleh Ummu Aiman dan Baginda Saw di kawasan pinggiran bukit kecil di Abwa...setelah di tanam jasad ibunda Aminah..maka Ummu Aiman membawa Baginda Saw berangkat pulang ke Mekah..betapa pilu dan sedihnya hati Baginda di saat itu..

Demi ALLAH Tiada kesedihan anak kecil yg di alami penduduk dunia ini melebihi kesedihan hidup membesar tanpa ayah dan ibu di sisi...

Setelah berlalu waktu..di saat Islam telah menang..Di tahun Baginda Saw dan Para Sahabat berangkat dari Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan Haji Wida'...dan tahun itu juga tahun akhir sebelum kewafatan Baginda Saw..

kata Maulana Tareq Jamil, dalam perjalanan Haji wida itu Baginda Saw telah berhenti di Abwa'..

dan duduk di tepi maqam Ibunda Baginda Saw seakan meluahkan rasa rindu Baginda Saw kepada Ibunda Baginda..Allahuakhbar.kisah yg sgt pilu...

semoga ALLAH suburkan perasaan Cinta kita kepada Baginda Nabi Saw dan Ahli Keluarga Baginda Saw...Amin 

Kenal untuk cinta.. Semoga Allah terima kita semua insyAllah untuk menjadi perkakas perjuangan Rasulullah Saw bangunkan Islam di seluruh dunia menjadi asbab Hidayat dan menafaat kebaikan untuk seluruh umat.. Amin..

●Bayan Habib Umar mengenai Hari kewafatan Siti Aminah di Abwa':

https://youtu.be/ydmp23B7aJY

●Maqam Siti Aminah di Abwa' sebelum di musnahkan dan di robohkan:

https://youtu.be/8qQKB_QdQsM

●Ustaz Ebit Lew bercerita perasaan rindu Baginda Saw kepada ibunda Baginda di minit yg ke 1:50:28  :

https://youtu.be/TK9-ce_nnWc