Tuesday, December 20, 2016

Diet

 Diet Yang Betul Membuatkan Anda Ramping Menawan
 
Kita kadang-kadang mengamalkan sikap sambil lewa tentang jadual makan seharian.Sehingga terlepas sarapan pagi. Tetapi kita terus gabung sarapan pagi dengan makan tengahari sekaligus. Ada yang panggil “brunch”kan? Tak bagus tu. Jadi, jom kita tengok jadual masa makan yang baik untuk kita lengkapkan jadual pemakanan seimbang kita dengan pengambilan nilai kalori yang betul.
Sarapan pagi: 7.00 – 8.30 pagi.
Makan tengahari: 12.00 – 2.00
petang Makan malam: 6.30 – 8.30 malam
 
Nampak tak jadual pemakanan yang bagus untuk kita? Disiplin kena ada kalau ada hajat besar untuk kuruskan badan. Kalau tak, memang payah dan agak mustahil untuk turunkan berat badan.

1. Sarapan
Anda di galakkan inum air masak segelas selepas bangun dari tidur bagi memastikan kelancaran kepada sistem penghadaman anda.
Selain itu dengan pengambilan bijirin yang sesuai dengan sarapan dan diet dengan susu yang rendah lemak, bijirin yang sesuai dengan diet dan campurkan sedikit buah-buahan supaya ia menjadi lebih beraneka rasa.
Anda juga cuba boleh mencuba menu sarapan lain dengan memakan oat. Kandungan yang terdapat di dalam oat dipercayai dapat melancarkan sistem perceranaan pada badan anda, sekaligus dapat mengatasi masalah sembelit dan mengecilkan ukuran pada pinggang anda.
Cara untuk menyediakan oat juga mudah, hanya dengan beberapa sudu susu sejat dan oat sahaja.
Contoh kiraan nilai kalori yang digalakan untuk hidangan sarapan :
Air Suam = 0 kalori
1 Hidangan Oat + 1 Sudu Kecil Gula = 150 kalori
 
2. Makan Tengah Hari
Pada waktu tengah hari adalah amat penting untuk membekalkan tenaga kepada badan kita.Makanan yang paling sesuai untuk makan pada waktu tengah hari, salah satunya ialah nasi. Kandungan kanji pada nasi akan menyuntik tenaga kepada badan kita. Namun, kandungan nasi yang diambil hendaklah berpada-pada.
Kandungan nasi yang berlebihan akan membuatkan berat badan seseorang itu menaik. Kandungan kolestrol pada nasi adalah Seperti mana yang kita ketahui,makanan di Malaysia, terutamanya masakan Melayu terkenal dengan benda yang berlemak seperti santan.
Dalam kandungan santan mempunyai lemak tepu yang boleh mengakibatkan obesiti dan secara tidak langsung boleh mengundang kepada penyakit berbahaya seperti serangan jantung dan strok. Kawal kandungan santan di dalam masakan dan makanan anda.
Secara amnya, makanan berminyak juga antara penyumbang besar kepada masalah kegemukan. Anda haruslah cuba mengurangkan makanan berminyak dengan anda lebihkan kepada cara alternatif lain seperti kukus dan panggang.
Perbanyakkan juga sayuran seperti brokoli, bayam dan sawi dan juga protein dan daging putih seperti ikan dan ayam bagi memastikan badan anda mendapat zat yang mencukupi.
Contoh kiraan nilai kalori yang digalakan untuk hidangan Tengah hari :
Air kosong =  0 kalori
1 Cawan Nasi Putih =  200 kalori
2 Ketul Ayam Masak CIli Api (120g) =  400 kalori
 
3. Makan Malam
Makan pada waktu malam memainkan peranan penting untuk memastikan diet anda berjaya. Jika anda berfikir tidak makan pada waktu malam akan mempercepatkan lagi penurunan berat badan anda, nyata anda silap.
Tidak makan malam dan membiarkan diri anda kelaparan akan membuatkan kesihatan anda terjejas seperti imsomnia.
Jadi anda perlu memastikan makanan yang diambil tidak terlalu berat. Makananlah sekadar yang perlu iaitu kandungan nasi yang tidak banyak. Mihun juga hidangan yang sesuai untuk anda pada waktu malam. Disarankan untuk lebihkan mengambil ikan kerana kandungan omega 3 yang ada pada ikan dapat membantu sistem penghadaman anda pada siang hari.
Tetapi digalakan anda makan lebih awal makan malam  kerana jika anda makan lewat pada waktu malam akan menyumbang kepada masalah obesity dan menyebabakan kegemukana cepat berlaku
Suka atau tidak, sayur-sayuran dan buah-buahan adalah sumber penting untuk membantu dalam resepi diet anda. Ditegaskan juga, walaupun anda menjaga pemakanan anda, anda juga harus memastikan anda bersenam supaya langkah diet anda berkesan.
Contoh kiraan nilai kalori yang digalakan untuk hidangan Tengah hari :
Kosong =  0 kalori
1 Cawan Nasi Putih   = 200 kalori
2 Ekor Ikan Bakar (120g) = 180 kalori
 
Jadi bagi mereka yang ingin diet,boleh amalkan jadual seperti ini untuk menjayakan diet anda.Selamat berdiet
 
8 Fakta Anda perlu tahu cara kurus dengan oat
 

1. Oat Sesuai untuk Semua Orang

 
Oat adalah makanan ideal untuk semua peringkat umur. Ia mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga untuk orang tua.


2. Oat ada Serat baik untuk Kurus dengan sihat

Ia mengandungi serat yang membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan serta mencegah masalah ketidakselesaan perut seperti sembelit dan buasir.


3. Oat ada Pelbagai Khasiat

Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai. sebab itu telah ramai orang mula amalkan cara kurus dengan oat tau ..


4. Kurangkan Kadar Kolestrol

Salah satu kompenen penting di dalam oat iaitu Beta-Glukan yang mampu mengurangkan kadar kolesterol di dalam badan. Ia terdiri daripada serat yang mudah larut di dalam saluran pemakanan dan menghasilkan lapisan seakan-akan agar-agar (gel) yang bertindak mengumpulkan kolesterol berlebihan bersama-sama bahan seakan-akan kolesterol.

 

5.Rasa Kenyang yang Lama

Oat juga boleh memberikan perut berasa kenyang dalam masa yang lama. Menurut Panduan Diet Malaysia 2010, separuh daripada pengambilan bijirin penuh harian terdiri daripada bijirin penuh, iaitu 2-4 saiz sajian sehari. Jadi jika anda berasa mengantuk dan hilang tumpuan terhadap sesuatu kerja yang memerlukan berfikir seperti belajar, ambillah oat sebagai makanan yang mampu memberikan anda tenaga dan khasiat yang anda perlukan.


6. Sesuai Untuk Sarapan

 
Makanan terbaik untuk sarapan pagi yang berkhasiat .Tiada yang lebih mengujakan anda setiap pagi melainkan dengan sarapan yang berkhasiat dan menyedapkan. Tambahkan buah-buahan atau susu krim ke dalam semangguk oat yang memberikan manfaat untu keperluan nutrisi seharian anda.
Oat adalah di antara makanan yang paling berkhasiat untuk sarapan pagi anda. Ia mampu mengurangkan paras kolesterol dan tekanan darah tinggi.


7. Kurangkan Risiko Sakit Jantung

Saintis mengesyorkan mengambil makanan bijirin seperti oat untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung.Satu kajian saintifik terbaru mendapati kadar kolesterol berkurang dengan pengambilan oat di dalam sajian harian. Dr James W. Anderson, profesor perubatan dan pemakanan dari University of Kentucky telah mendapati paras kolesterol dapat diturunkan melalui pengambilan oat.
“Makanan bijirin seperti oat adalah di antara makanan terbaik yang boleh diambil untuk mengurangkan tahap kolesterol dan juga sebagai makanan pilihan. “Gaya hidup mempengaruhi risiko seseorang untuk mendapat kolesterol ” kata Dr James lagi.
Hasil Kajian Mengatakan :
– Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi , diabetes jenis 2 dan mengurangkan berat badan.
– Mengurangkan kolesterol LDL (kolesterol tidak baik) di dalam berat badan.
– Mengurangkan pengerasan arteri di dalam salur darah yang menyumbang kepada serangan jantung.


8. Makanan yang mengenyangkan sehingga tengahari.



Oat adalah salah satu makanan yang tinggi kandungan serat. Oleh itu Oat berikan anda jawapan untuk kurus dengan mudah kerana  apabila anda makan oat untuk sarapan pagi, anda akan berasa kenyang untuk jangka masa yang panjang. Sarapan yang tinggi kandungan gula dan lemak boleh membuat anda berasa kenyang untuk tempoh yang singkat. Sarapan yang terdiri daripada oat yang dengan dicampur buah-buahan boleh mengenyangkan sehingga tengah hari.
Jika anda sedang mencari sarapan yang berkhasiat, oat adalah pilihan terbaik anda. Dengan gabungan 6 makanan terbaik dunia di dalam satu hidangan oat, anda akan mendapat semua kebaikan oat untuk tubuh badan anda.
 

Resepi Sihat Kurus Cara Mudah Dengan Oat

 
Bahan-Bahan
1/2 Cawan Rolled Oat
200 ml susu segar rendah lemak
1 sudu Madu Asli
1 sudu besar Yogurt
3 biji kurma
buah-buahan segar seperti starwberry , pisang dan epal
Cara Buat
Campurkan oat , susu dan panaskan di dalam oven selama 2 minit dan selepas itu boleh campurkan madu, yogurt , kurma dan buahan segar dan sedia untuk di nikmati sebagai sarapan atau pun juga makan malam anda yang lebih sihat. Buat pilihan yang bijak untuk kurus mudah dengan oat.
Tak susah pun kan mulakan hari ini jadikan panduan cara kurus dengan oat ini untuk anda mulakan hari yang sihat
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis