Tuesday, December 31, 2019

Jalan Jalan Melaka

Menghabiskan cuti tahun aku utk 2019 ni aku bawa anak2 aku gi jalan2 Melaka je.. Nak jalan jauh2 hujan.. Jalan jelah dekat2.. so Melaka lah destinasi aku utk tahun 2019 ni.. 




Pekena air tembikai ngan cendol kat tebing sg melaka sebelah Hard Rock Cafe 




Ngan gigirl2 aku









K lah geng.. Semoga kita berjumpa pada tahun 2020 nanti.. C ur

Friday, December 27, 2019

Sekadar Peringatan

*BULAN DESEMBER DI TUNGGU OLEH JUTAAN MANUSIA PADA JAM 00:00 WIB PENUTUP AKHIR TAHUN.. WASPADALAH !!!*
*DALAM SEMALAM MENJADI PENGANUT 3 AGAMA SEKALIGUS.*

*Nasrani* menggunakan *lonceng* untuk memanggil jama'ahnya ketika beribadah.

*Yahudi* menggunakan *terompet* untuk memanggil jama'ahnya ketika beribadah.

*Majusi* menggunakan *api* untuk memanggil jama'ahnya ketika beribadah.

Dan pada jam 00.00 WIB malam tahun baru, *sebagian umat Islam menggunakan ketiganya dalam satu waktu*.

*Lonceng berbunyi*, 
*Terompet berbunyi*, 
*Kembang api dinyalakan*.

Maka malam itu *menjadi penganut tiga agama, Nashrani, Yahudi & Majusi.*

Malam itu *terompet-terompet ditiup oleh bibir-bibir muslimin sebagai tanda kemenangan bagi kaum kufar.* Na'udzubillah..

Maka benarlah apa yg telah disabdakan Rasulullah 14 abad yg lalu,

Dari Abu Sa'id Al Khudri,ia berkata:
Rasulullah bersabda,
*”Sungguh kalian akan mengikuti jejak umat-umat sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga kalau mereka masuk ke dalam lubang biawak, niscaya kalianpun akan masuk (mengikuti) ke dalamnya.*

Mereka (para sahabat) bertanya:
*Wahai Rasulullah, apakah mereka kaum Yahudi dan Nasrani.?*
Lalu beliau berkata, *Siapa lagi kalau bukan mereka".* (HR. Bukhari dan Muslim)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menjelaskan,
*”Tidak diragukan lagi bahwa umat Islam ada yang kelak akan mengikuti jejak Yahudi dan Nashrani dalam sebagian perkara".* (Majmu' Al Fatawa, 27:286)

Dari Ibnu 'Umar, Nabi saw bersabda,
*”Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk bagian dari mereka".* (HR.Ahmad 2:50 dan Abu Daud no.4031)

Rasulullah saw bersabda,
*”Bukan termasuk golongan kami siapa saja yang menyerupai selain kami".* (HR.Tirmidzi no.2695)
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Friday, December 20, 2019

Makan Buah Ketika Perut Kosong

*MAKAN BUAH SAAT PERUT KOSONG*

Doktor STEPHEN MAK merawat pesakit barah stadium akhir dengan cara unik. Ramai pesakitnya sembuh. "Ini merupakan strategi saya untuk menyembuhkan barah. Tingkat kejayaannya 80 %," tegas Mak.

Pesakit barah seharusnya tidak mati. Terapi anti barah sudah ditemukan yakni makanlah buah-buahan saat perut kosong atau sangat lapar. "Saya mohon maaf kepada ratusan pesakit barah yang telah meninggal akibat pengobatan konvensional," pungkasnya.

*TIPS MAKAN BUAH yang TEPAT*

*Hindarilah* makan buah setelah makan nasi dan lauk. Cara ini sangat dilarang atau 'haram,' jikalau Anda ingin bebas dari serangan barah dan penyakit mematikan lainnya.

Jika Anda makan buah saat perut kosong, maka detoksifikasi sistem tubuh Anda meningkat berkali-kali ganda. Problem kelebihan berat badan dan penyakit mematikan lainnya teratasi.

*DAHSYATNY BUAH-BUAHAN*

Jika Anda makan nasi, lalu menyusul buah, maka buah ditahan oleh nasi sebelum menuju usus. Nasi dan buah membusuk, berfermentasi, dan berubah menjadi asam. Tubuh yang sangat asam penyebab barah dan penyakit mematikan lainnya.

Saat buah bersentuhan dengan nasi di usus, maka seluruh massa nasi perlahan rusak. Jadi, silakan makan buah saat perut kosong atau sebelum makan nasi dan lauk.

*EFEK SALAH MAKAN BUAH*

Mungkin Anda pernah mendengar keluhan yakni setiap kali makan semangka, ada orang menderita sendawa, ketika makan durian perutnya kembung, ketika makan pisang rasanya segera ke toilet, dan lainnya. Perkara ini tidak akan terjadi, jikalau Anda makan buah apa saja saat perut kosong. Karena buah-buahnya bercampur dengan pembusukan makanan lain, sehingga menghasilkan gas dalam usus.

Rambut uban, rambut gugur, botak, gugup, dan lingkaran hitam di bawah mata tidak akan terjadi, jikalau Anda makan buah saat perut kosong.

"Jeruk dan lemon bersifat asam, tetapi menjadi alkalin (basa) di dalam tubuh, jikalau dimakan saat perut kosong," ulasan dokor HERBERT SHELTON yang melakukan riset khusus tentang asam basa tubuh.

*BUAH UMUR PANJANG dan SEHAT*

Jika Anda menguasai cara makan buah yang benar, maka Anda memiliki rahasia keindahan tubuh, umur panjang, kesehatan, vitalitas, kebahagiaan, dan berat badan ideal.

*BAHAYA BUAH yang DIPANASKAN atau DIMASAK*

Saat Anda minum jus buah, minumlah jus buah segar, bukan dari dalam tin, bungkusan, atau botol.

Jangan minum jus yang dipanaskan. Jangan makan buah yang dimasak, karena semua nutrisi sudah hilang. Anda hanya mendapatkan rasanya saja. Memasak buah-buahan akan menghancurkan semua vitamin yang ada dalam buah. Makan buah utuh lebih baik dari pada minum jus.

Jika Anda minum jus buah segar, minumlah dengan perlahan, karena Anda harus membiarkannya bercampur dengan air liur (ensim di mulut) sebelum menelannya.

*TERAPI BUAH TIGA HARI BERTURUT-TURUT tanpa NASI dan LAUK*

*Silakan* Anda coba mengkonsumsi buah selama 3 hari berturut-turut untuk membersihkan semua racun (detoksifikasi) di tubuhnya---hanya makan buah dan minum jus buah segar selama 3 hari berturut-turut tanpa makan nasi dan lauk. Teman-teman Anda akan melihat Anda lebih segar, cantik, dan enerjik.

*BAHAYA MINUM AIR SEJUK setelah MAKAN: PEMICU BARAH*

Jika Anda *selalu* minum *air sejuk* (air batu) setelah makan, maka tamatlah hidup Anda. Karena semua jenis barah sedia menghancurkan tubuh Anda.

Minum air batu setelah makan sangatlah nikmat, tetapi sangatlah membawa sengsara. Air batu mengentalkan semua makanan berminyak yang baru saja Anda makan. Akibatnya proses pencernaan menjadi sangat lambat. Usus akan sangat cepat rusak, karena memaksa kerjanya.

Lebih dari itu, makanan berlemak dan telah membeku akan melapisi dinding usus Anda, sehingga perlahan memicu barah usus.

Tentu saja Anda akan semakin gemuk dan sekaligus perlahan menginap barah ganas. Karena itu, minumlah sup hangat atau air hangat setelah makan.

Semakin Anda tahu, semakin besar peluang Anda untuk bertahan hidup, sehat, dan umur panjang tanpa biaya mahal.

*VIRALKAN* informasi di atas terutama kepada KELUARGA dan rekan-rekan Anda.

*BAHAGIA_SUKSES*
*"SAVE Health, SAVE Future."*
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis 

Sunday, December 15, 2019

Solat Jamak Dan Solat Qasar

SALAM MAAF PANJANG RAMAI TK FAHAM BAB NI......

*point kuliah maghrib tad
*SOLAT JAMAK QASAR*

bila kita bermusafir dan memenuhi syarat dibawah, kita dibenarkan untuk memendekkan jumlah rakaat yg 4 rakaat kpd 2 rakaat, atau menghimpunkan solat kita, atau menghimpun dan memendekkan solat (2 in 1)

*Syarat Musafir*
 1) Jarak perjalanan lebih 90 km
 2) Tempoh musafir *tidak melebihi 3 hari* penuh (tidak termasuk hari pergi dan hari balik)
3) Musafir bukan tujuan maksiat
4) Sudah memulakan perjalanan dan keluar rumah atau kawasan kampungnya.


 *1) Solat Qasar*
Qasar adalah memendekkan solat zohor, asar & Isyak iaitu daripada 4 rakaat kepada 2 rakaat

Solat Qasar hanya diuntukkan kpd musafir shj

*2) Solat Jamak*
Solat jamak maksudnya menghimpunkan solat tanpa mengurangkan rakaat.

Pada asasnya, *solat jamak tidak berkaitan secara langsung dengan solat qasar* dan ianya boleh dilakukan atas pelbagai keperluan yang dibenarkan syarak. 

Antara keadaan yang membolehkan solat jamak walaupun kita tak musafir, iaitu bila terdapat suatu kepentingan, asalkan hal itu tidak dijadikan kebiasaan seperti kerana sakit, kerana takut, kerana pekerjaan yang punya maslahat kepada umat - polis doktor, kerana bencana alam, kerana terperangkap dlm jem dan kerana musafir.

*boleh berniat jamak, dan melaksanakan solat jamak ta’khir apabila sampai di rumah.* Ini kerana solat jamak tidak terikat kepada syarat jarak perjalanan, musafir, bermukim dan keluar dari mukim.

2 Jenis solat jamak 

*1. Jamak Taqdim* iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

 Syarat jamak Taqdim :

 1) Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.

 2) Hendaklah niat Jamak Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdalnya di dalam takbiratul ihram.

 3) Berturut-turut di antara solat yang dijamakkan itu.

 4) Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

*2. Jamak Ta’khir* pula ialah mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

Syarat jamak Ta’khir :

 1) Hendaklah *berniat jamak ta’khir dalam waktu pertama* iaitu Zuhur atau Maghrib. Tidak sah solat jamak ta’khir yang dilakukan akibat luput waktu solat, tanpa diniatkan sedari awal waktu solat yang pertama.

*Jadi, apa perbezaan jamak qasar dan jamak?*

 Sangat berbeza kerana,

*1. Jamak qasar* bermaksud _menghimpunkan dan memendekkan,_ manakala jamak bermaksud menghimpunkan sahaja.

 *2. Jamak qasar* hanya _dibenarkan bagi orang yang sedang bermusafir melebih 2 marhalah dan singgah tidak melebihi 3 hari penuh._

 *3. Jamak* pula _dibenarkan pada pelbagai keadaan mengikut keperluan yang syari’e._


Contoh situasi berikut :

*Contoh 1:* Ulama membincangkan masalah solat jamak sebelum memulakan perjalanan. Jumhur ulama berpendapat, boleh menjamakkan solat sebelum bertolak sekiranya dibimbangi berlaku kesukaran untuk solat dalam perjalanan. Pendapat ini berdasarkan hadis:

 "Rasulullah saw menjamakkan solat Zohor dan Asar di Madinah, pada masa itu tiada ketakutan dan tidak pula musafir, Abu al-Zubair berkata : Aku bertanya kepada Sa'ed (iaitu Ibn Jubair), Kenapa baginda melakukan begitu? Dia berkata, Aku telah bertanya Ibn 'Abbas soalan yang sama, dan dia berkata : Baginda tidak mahu sesiapa dikalangan umatnya menghadapi kesukaran" [Hadis Riwayat Muslim no. 705].

*Tapi perlu diingat.. yang dibenarkan adalah solat JAMAK, bukan JAMAK QASAR.*

*Sekali lagi ditekankan bahawa jamak qasar hanya boleh dilakukan apabila anda sudah memulakan perjalanan dan keluar daripada mukim.*

“Diantara syarat-syarat sah memendekkan (qasar) solat adalah hendaklah musafir melepasi pagar kampung (balad) yang dimulakan permusafirannya" [al-Fiqh al-Manhaji 1/187].

*Contoh 2:* Anda sudahpun dalam perjalanan pulang ke rumah. Akibat kesulitan sepanjang perjalanan pulang menyebabkan anda tidak mampu menunaikan solat dalam perjalanan. Sebagai contoh, jalan yang sangat 'jem' (musim perayaan) yang boleh menyebabkan terluput waktu solat. *Maka dibolehkan anda jamak ta’khir di rumah.* _Sekali lagi ditegaskan, dibolehkan JAMAK, bukan JAMAK QASAR._ Kerana *jamak qasar tidak ‘valid’ apabila anda telah sampai di rumah.*

*Contoh 3:* Apabila mengalami sebarang kesulitan di tempat anda bermukim (musafir yang melebihi 3 hari), maka dibolehkan jamak. Contoh ! kesulitan berbeza mengikut situasi. Berada di tempat asing memungkinkan kita berhadapan dengan pelbagai masalah. Hanya yang mengalaminya dapat merasakannya. Jangan tinggalkan solat, sebaliknya jamaklah pada sesetengah keadaan yang sulit. Allah telah memberi kelonggaran kepada hamba-hambanya pada setiap keadaan agar kita menjadi hamba yang sentiasa ta’at.

Syeikh Mohammad Salih al-Munajjid juga pernah menyatakan hal ini :

"Dibenarkan bagi seseorang yang bermukim (tidak musafir) menjamakkan dua solat jika ia menjadi terlalu sukar untuk melakukan solat yang kedua pada waktunya. Kebenaran menjamakkan solat adalah LUAS berbanding dengan memendekkan solat, kerana memendek (qasar) solat hanya dibenarkan kepada musafir sahaja. Akan tetapi jamak dibenarkan kepada musafir dan bukan musafir untuk menjamak solat apabila menghadapi kesukaran menunaikan solat samaada pada waktunya atau didalam jemaah".

Dengan itu, jelas sekali ketetapan untuk solat tidak pernah gugur walaupun kita berada dalam kesulitan. Bahkan Allah telah memberi kemudahan untuk kita tetap ‘thabat’ di atas jalan-jalan orang yang abid.

"(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran"[al-Baqarah : 185]

"dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama" [al-Haj : 78]

*Tambahan* 

Sehingga ke hari ini, masih ramai yang menganggap bahawa solat jamak qasar boleh dilakukan *3 hari pertama* berada di sesuatu tempat. Sedangkan *menduduki tempat melebihi 3 hari tidak lagi dikira musafir* tetapi ‘bermukim’ (sudah gugur taraf musafir). 

Jadi, solat jamak qasar sama sekali tidak ‘valid’ apabila anda telah sampai ke destinasi. *Tiada nas yang membenarkan solat jamak qasar pada 3 hari pertama anda bermukim*. 

Solat jamak qasar hanya ‘valid’ sepanjang perjalanan anda yang melebihi 89 km dan tidak ‘valid’ sebaik tiba di destinasi yang anda ingin duduki melebihi 3 hari.

*Sekali lagi diingatkan, jamak qasar selama 3 hari hanya dibenarkan untuk orang yang benar-benar singgah tidak melebihi tiga hari di sesuatu tempat.*
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Thursday, December 12, 2019

Pengorbanan Seorang Ayah

Sebuah teksi berhenti di belakang kereta isteri saya yang menghantar saya untuk rawatan. Driver teksi keluar mengambil wheel chair kerana orang tua yang dibawanya tak berupaya berjalan.

Saya tolong menyorong ke dalam dan duduk disebelahnya. "Saya tengok Tn Hj selalu dihantar oleh teksi, tak ada anak ke? Soal saya memula bicara. 

"Isteri dah meninggal. Anak dah kerja dan dah kahwin, tinggal berasing. Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak, memberi alasan, atau menghantar dengan macam-macam perasaan. Biarlah saya upah teksi."

Dia diam sejenak. Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya.

"Sekarang saya sedar, kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya. Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita."

Dia mula mengesat air mata. "Dosa berkata uuh! pun sudah cukup besar pada seorang anak, inikan pula menolak, memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu. Biarlah, saya anggap saya sudah menamatkan tugas memelihara mereka. Biarlah mereka merenangi hidup tanpa diganggu.

"Allahu akbar!. Saya pula yang menitis air mata..

Kata-katanya benar benar meredupkan hati saya. Bukan tak pernah menolak permintaan ayah, bukan tak pernah memberi alasan untuk tidak menunai permintaan nya, bukan tak pernah bermasam muka dengannya. 

Ya Allah. Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunai tanggung jawabnya, tetapi melakukan lebih lagi dengan mengelak anak anak terjerumus dosa.

Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yang ada demi kesejahteraan anak, yang lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yang tuhan jadikan. 

Jauh disudut hati mereka mengharap anak anak tempat bergantung dihari tua. Tetapi bagai dikata oleh orang tua yang saya temui, akhirnya bila zaman berubah, ramai anak yang terlupa, yang teralpa bila sibuk mengejar dunia, ada anak yang hilang pertimbangan antara bapa yang telah tak berupaya serta membebankan dengan dunia yang perlu dihambat!

Bapa yang baik akan meneruskan pengorbanannya seperti orang tua yang saya ceritakan, sehingga akhir hayatnya.

Berhentilah memberi alasan kepada ibu dan bapamu kerana mereka tak pernah memberi alasan untuk memenuhi permintaan mu kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya!!

Al-fatihah kepada ibubapa kita samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
Aamiin.
😰😰😣😣😭😭  

Sebarkanlah... mana tahu boleh bantu merapatkan hubungan anak dan ayah ibunya.
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Wednesday, November 20, 2019

Pesta Sukan Traditional Kementerian Kewangan 2019

Dah masuk tahun kelima aku menyertai Pesta Sukan Kewangan ni.. Tahun ni agak berlainan ckit dari tahun2 sebelum nya dimana mulai tahun ni sukan MOF ni diselang selikan antara sukan balapan dan tradisional..tahun 2019 ni sukan tradisional diadakan.. Ada 13 acara sukan tradisional antaranya.. Rebut Nageri.. Ketuk Keli.. Baru Seremban.. Congkak.. Sepak Raga Bulatan.. Galah Panjang.. Ketinting dan ada 3 - 4 sukan tradisional lg.. Aku masuk acara Rebut Negeri.. Acara sukan ni diadakan dari 15..16 dan 17 Nov 2019 yg baru lalu.. Jom kita layan apa yg ada kat bawah.. Yg mana sempat aku snap pada temasya sukan MOF kali ni.. 

Pada hari pertama.. Ni masa hari pembukaan.. Member2 yg sempat bergambar ngan CEO Bursa Malaysia yg baru Datuk Muhammad Omar Swift..  Datuk Ceo Bursa ni dia aktif dlm berbasikal.. Pernah kayuh basikal ngan dia bersama group Bursa Cycling Team masa mula2 dia join Bursa bulan March 2019 yg lepas.. Very simple person n nice



Geng sepak raga Bulatan 
Kat dalam dewan acara Batu Seremban dan Congkak diadakan 

Ni acara yg aku sertai.. Rebut Negeri.. 2 game dua2 kalah tp layak ke suku akhir sebab ada satu team di disqualified sebab berat badan berlebihan.. Mencabar sbab aku berdepan ngan lawan yg badan sado.. dah mcm body builder pun ada.. Nak naik tercabut tulang rusuk aku.. Aku rasa.. 





Geng rebut negeri.. Melayu.. Cina.. India sume ada


Geng dam haji.. 

Geng galah panjang lelaki dan wanita.. 







Ok lah geng.. Kita jumpa 2020 nanti pada acara padang dan balapan pulak. C u next year bro.. 

Thursday, November 14, 2019

Bull Charge 2019

Bull Charge tahun yg ke tujuh.. Aku tak pernah miss utk larian ni tp kali ni race start pkl 2 ptg.. Panas terik bro.. Tahun2 sebelum ni biasa nya start race pkl 3.30ptg tp utk kali ini DBKL bg arahan supaya larian dimulakan lebih awal utk mengelakkan kesesakkan pada waktu puncak pkl 5 masa orang balik kerja.. 

Timing aku tahun ni adalah yg terbaik.. Bg akulah.. orang lain aku rasa ada yg lagi baik kot.. Umur dah 49 bro.. Ni jelah yg terbaik aku blh buat.. More then that aku rasa tak mampu kot.. Cukuplah tu.. Its the best time for me bro.. Jom layan aksi2 menarik sekitar larian Bull Charge kali ni
                                       







Member2 Mountain bike Bursa Cycling Team menjadi Marshall utk mengawal peserta2 larian.. Terbaik u all.. 










Jumpa lak ngan otai sifu brother man ciooc yg berlari utk CIMB..
Dan tahniah utk semua peserta dan member2 Bursa semua.. Majulah sukan utk diri anda semua..