Friday, January 22, 2021

Harta Anak Adalah Harta IbuBapa

 RUMAH ibu bapa adalah rumah bagi anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa..

Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa

Makan apa sahaja...

Tengok siaran tv ikut suka...

Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...


Tapi...

Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak- anak....

Tak boleh masak sesuka hati...

Makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka.....

Buat apa sahaja ikut suka.... 

Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa..


Begitu juga...

Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.....

Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati.....

Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.

Kalau rosak semua ibubapa tanggung..


Tapi...

Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna.....

Apatah lg dgn sesuka hati.

Takut rosak lah...

Takut langgar lah...

Takut calar lah.....

Kalau guna pun...

Pastikan minyak penuh semula.....

Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak- anak....


Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak....

Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak....


Tetapi anak-anak...

Belum tentu mengasihi ibubapa....

Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa....

Mereka ada masa utk membetulkan moto kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila emak memerlukan...


Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti...

Tetapi mereka tiada masa utk cuti menziarahi ibubapa yg rindukan mereka...

Mereka sayang ambil cuti utk melawat emak...

Sibok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan...

Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin...


Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada..


Tetapi...

Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta...


Bila isteri bercerita anak tahu apa yg isteri mahukan...

Tetapi bila ibubapa bercerita anak2 buat tak faham apa yg ibubapa mahukan...

Ibubapa tidak akan meminta secara terus kpd anak2nya kerana ibubapa takut anak akan terasa...


Mudah2an kita tergolong sebagai anak2 yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nnti.. Insyallah..


kredit @videodakwah.my

Tuesday, January 5, 2021

Menanti Ibu

 MENANTU IBU

Seorang Ibu tua menceritakan pengalamannya.

Saya ada 3 orang anak lelaki, semuanya sudah beristeri.

Suatu hari saya menziarahi along. Tujuan saya ialah ingin menginap di rumahnya bersama keluarganya.

Di awal pagi saya minta air dari menantu saya untuk berwudhu'. Saya wudhu' dan solat. Air lebihan wudhu' sengaja saya tumpahkan ke atas katil tempat tidur saya.

Ketika dia datang hantar sarapan pagi, saya kata, " Anakanda, beginilah masalah kalau sudah tua. Semalam mak terkencing di atas katil. "

Dengan spontan dia emosi dan marah. Saya dengar kata-kata kasar, pedas dan buruk keluar dari mulutnya. 

Dia suruh saya cuci dan keringkan sendiri, tiada masalah sebab bukan air kencing pun. Dia juga beri amaran, jangan kencing lagi, kalau kencing lagi, awas. 

Dia ingat, kalau orang tua seperti saya boleh tahan dari terkencing, jika sudah memang begitu....

Saya tahan kemarahan kerana saya ada agenda tersendiri.  Saya tukar cadar, bersihkan tempat tidur dan keringkan kembali.

Hari berikutnya saya pergi ke rumah angah. Di sana saya buat perkara yang sama.

Meledak marah isterinya dan dia memperlakukan saya seperti yang dilakukan oleh isteri along. 

Bahkan dia mengadu dengan angah. Angah diam saja,  tidak marah isterinya dan tidak membela saya maknya.

Hari seterusnya saya pergi ke rumah anak bongsu yang kami panggil adik.

Di rumah adik saya juga lakukan perkara yang sama seperti yang saya lakukan di rumah 2 orang abang-abangnya.

Ketika isterinya datang membawa sarapan pagi saya beritahu bahawa mak semalam terkencing di atas  katil.

Sambil tersenyum ramah dia kata, 

" Tak apa, mak. Memang biasalah orang tua. Dulu berapa kerap kami terkencing di pangkuan mak ketika kami masih kecil. "

Kemudian dia bersihkan, keringkan dan mewangikan.

Siang hari itu saya kata, " Mak ada seorang kawan. Dia minta tolong mak belikan cincin untuknya, tapi mak tidak tahu ukurannya.

Orangnya sama seperti anakanda ini. Tolong berikan kepada mak ukuran jari. "

Setelah dapat ukuran, si ibu pergi ke kedai emas membeli cincin dan perhiasan emas yang lain (yang tidak perlu ukuran) kerana dia ada banyak wang. 

Tidak lupa juga kasut, tas tangan dan lain-lain buatan luar negara yang berharga ribuan ringgit.

Kemudian dia panggil semua anak-anak dan menantunya datang ke rumahnya. 

Dia keluarkan semua perhiasan emas dan aksesori yang sudah dibeli dan dia ceritakan perihal sebenarnya bahawa dia sengaja menumpahkan air di atas katil, dia bukan terkencing.

Dia panggil isteri adik menghampirinya dan menyarungkan cincin, pakaikan rantai leher dan gelang tangan yang kelihatan tebal dan gemerlapan, pakaikan kasut dan berkata, 

" Inilah menantu mak tempat mak bersandar nanti ketika mak sudah semakin tua. 

Mak akan menghabiskan sisa-sisa usia mak bersamanya. Kalian perlakukan mak begitu semasa mak masih sihat, bagaimana bila mak terlantar dah tak boleh berjalan. "

Isteri along dan angah hampir pengsan menahan malu dan sesal.

Si ibu itu meneruskan kata-kata, 

" Seperti inilah nanti perlakuan anak-anak kamu kepada kamu ketika kamu sudah tua. 

Bersiap-siaplah untuk menyesal pada hari itu sebagaimana menyesalnya mak atas letihnya mak mengasuh kalian dari kecil.

Adik kamu ini akan hidup bahagia dan akan menemui Tuhannya dalam keadaan gembira. 

Kamu berdua tidak mendapatkan perkara seperti ini dari isteri-isteri kamu kerana kamu tidak mendidik mereka tentang nilai harga seorang ibu. "

رب اغفر لي ولوالدي وارحمهما كما ربياني صغيرا

Kredit : Al Faqir ila 'afwi rabbih.

Monday, January 4, 2021

Layan Genting Perez Tahun Baru 2021

Kayuh tahun baru 2021..layan perez solo je geng.. Lama tak naik perez.. Main ramai lak rider2 yg naik perez ni.. Rider2 perempuan pun dah makin ramai berkayuh.. Syabas Kakak2..Adik2 ..teruskan minat mengayuh ni.. Kita kayuh kita sihat.. #janjikayuh kluar peluh.. 











OK geng next time kita jumpa lg.. Peace Yooo 

Friday, January 1, 2021

2021


2021.. Hanyalah satu angka yg kalau difikirkan.. tak punya apa2 maksud pun.. tp klau dihayati dgn penuh pengertian akan ada maksud yg tersirat dan tersurat pada angka tersebut ..jawapan ada pada diri kita sendiri dan bukan pada orang lain.. 2021 adalah cabaran yg terbesar selepas 2020 yg juga hanyalah satu angka yg penuh dgn warna warni kehidupan.. Yg penuh dgn rencah.. Ada yg pahit.. Ada yg manis.. Ada suka dan ada duka..

Kita tinggalkan lah 2020 sebagai satu kenangan yg mungkin satu hari nanti kita bakal menceritakan pada anak2 dan cucu2 kita tentang apa yg berlaku pada tahun 2020..

2021 pula ..Jadikan lah angka ini sebagai permulaan utk kita bangkit drpd segala kesulitan serta kepayahan 2020..

Kesulitan dan Kepayahan 2021 juga terletak pada diri kita sendiri.. Kita lah penentu samada 2021 ini kita akanberjaya atau pun gagal...

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2021