Saturday, May 30, 2020

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin utk semua yg mengenali sy sejak blog ini diterbitkan.. Apa yg dihasilkan dan yg tetcatat serta tercatit dlm blog ini hanyalah sekadar utk menghabiskan masa2 terluang sy.. 
Kalau ada pd catatan dlm blog sy ini yg mengguris hati para pembaca.. Sy menghulur sepuluh jari memohon seribu kemaafan.. Maaf Zahir Batin 









Tuesday, May 19, 2020

Doa Akhir Ramadhan

"Baca doa ini di akhir Ramadhan kerana doa ini mampu buatkan air mata mengalir tanpa sedar!"
(Amalan, doa, ilmu, Perkongsian, Ramadhan)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ya Allah Ya Tuhanku! Aku bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat. Ampunilah dosa-dosaku, Ampunilah kesalahan-kesalahanku, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Penerima Taubat.

Berikanlah aku kemenangan ke atas kelemahan diriku ketika berada dalam bulan Ramadhan dan selepas perginya Ramadan.

Terimalah doa-doa aku, ibadahku dan amalan-amalan baikku.
Ya Allah berkatilah aku dengan menyaksikan lailatul Qadr.

Tunjukkanlah aku ke arah melakukan amalan yang diterima baik hanya keranaMu.
Bantulah aku dalam mendapatkan khushu' dan ikhlas dalam melaksanakan ibadahku.
Bantulah aku untuk lebih mendekatkan diriku kepadaMu dalam ramadhan yang kian berakhir.

Jadikan aku hamba yang menyayangiMu, NabiMu (saw), agamaMu, QalamMu dengan cara yang sewajarnya untuk disayangi.

Tingkatkanlah tahap keimananku, tawakkalku dan keyakinanku kepadaMu. Tambahkanlah Taqwa kepadaku. Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur.

Berikan aku kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan dugaan dariMu. Kurniakanlah kepadaku kelembutan hati dalam mentaati segala syariatMu.

Jadikanlah Al-Quran sebagai temanku di dunia dan akhirat. Tunjukkan lah aku jalan yang lurus dengan kebenaran dariMu sehingga nafas terakhirku, jauhilah aku daripada mensyirikkanMu, kufur atau bid'ah (besar / kecil).

Golongkanlah aku dari golongan muhsineen, muttaqeen, mukhliseen dan sabiqoon fil Ilm. Tambahkanlah kepadaku ilmu yang bermanfaat.

Jadikanlah aku hamba yang redha dengan segala takdir dan ketentuanMu untuk diriku. Selamatkanlah aku daripada penyakit hati iaitu dengki, bongkak, menunjuk-nunjuk dan lain-lain.

Berkatilah aku dengan kebahagiaan di dunia ini, lindungi aku daripada kesedihan & kemurungan. Bantulah aku dengan keupayaanku untuk melakukan Tazkiyah jiwaku sepanjang perjalanan hidupku.

Hilangkanlah perasaan cintakan dunia ini daripada terbentuknya dalam hatiku. Pelawalah aku ke rumahMu untuk aku menyembahMu.

Ya Rabb, berikanlah kepadaku pengakhiran yang baik. Jadikanlah perasaan aku suka dan gembira untuk bertemu denganMu.

Jadikan kuburku & alam barzakh sebagai tempat kediamanku yang aman dan sejuk. Kurniakanlah kepadaku pelindung Arash Mu pada Hari Qiamah.

Berikan catatan amalanku dari tangan kanan dan beratkan timbangan ku dengan perbuatan-perbuatan baik. Kurniakanlah kepadaku nikmat untuk minum dari Telaga Al Kawthar.

Permudahkan aku untuk melintas titan Siraat & Qantarah (jambatan sebelum Syurga). Bantuilah aku Ya Allah bagi memperolehi kebahagiaan yang hakiki dengan melihatMu di akhirat kelak.

Lindungilah, tingkatkanlah dan semaikanlah perasaan cinta, kasih, barakah dan rahmah antara aku dan pasanganku selama-lamanya.


Perbaikilah dan tingkatkan akhlak dan kelakuanku antara satu sama lain. Berikanlah ganjaran kepada pasanganku dengan ganjaran yang terbaik untuk dia dalam berusaha untuk keluargaku.

Jadikanlah Al-Quran dan Syariah Mu menjadi hakim kepada ku dalam semua perkara. Kukuhkanlah amalan-amalan ku demi agamaMu. Jadikanlah aku tergolong dalam golongan bersama-sama mereka dalam kebahagiaan di Jannah al Firdaus.

Ya Allah, bantulah aku dari segi kekuatan fizikal & emosi untuk menjadi ibu bapa yang baik & contoh yang terbaik untuk anak-anak ku.

Peliharalah anak-anak ku supaya tidak terpengaruh daripada kesan kesilapan-kesilapan ku yang lalu dalam hidup mereka. Berkatilah aku dengan anak-anak yang soleh.

Jadikanlah anak-anakku sebagai penyejuk mataku dan jadikan mereka sebagai amal jaariah bagiku & pasanganku. Jadikanlah mereka daripada orang yang mendirikan solat dan sujud hanya kepadaMu sahaja.

Lindungilah diri aku daripada kejahatan, musibah, gangguan syaitan daripada manusia & jin. Lindungilah anak-anakku daripada bahaya, penyakit, kekufuran, perkara-perkara haram dan kemusnahan.

Berikanlah kejayaan kepada anak-anakku dalam agamanya, dunia & Akhirah. Berkatilah aku dan keturunanku agar menjadi anak soleh sehingga Hari Qiamah. Satukan dan kumpulkanlah keseluruhan keturunanku di Jannah al Firdaus.

Ya Allah Ya Rahman,

Jadikanlah anak-anak kami bekerja untuk agamaMu; hafiz Al-Quran, daie, imam, ulama dan syahid di atas jalanMu. Jadikan mereka sebagai penyebab bagi kami mendapat tempat di dalam Jannah & jauhilah kami dari api neraka.

Ya Allah selamatkanlah aku & seluruh keluargaku dari api neraka & jadikanlah kami daripada golongan yang memasuki Jannah Firdaus Mu tanpa sebarang perhitungan.
Ya Allah, Ya Gaffaar. Ampunilah kedua ibu bapaku.

Ganjarilah mereka dengan ganjaran yang paling besar di dunia ini & akhirat.
Tingkatkanlah kedudukan mereka di sisiMu dan berikanlah kepada mereka Jannah al Firdaus. Jadikanlah kami penyejuk mata mereka di hari tua mereka.
Berikanlah kejayaan kepada adik-beradikku di dunia ini & akhirat.

Muliakanlah kedudukan kedua ibu bapa pasangan kami, orang tua kami, umat masyarakat kami.
Lindungilah mereka daripada penyakit dan segala masalah pada usia tua. Ampunilah dosa-dosa mereka yang telah meninggal dunia dalam keluarga kami & umat masyarakat; sama ada yang muda & tua.

Berikanlah keamanan dan ketenangan kepada mereka di alam barzakh sehingga mereka bertemu denganMu.

Selamatkanlah dan peliharalah kami daripada Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj dan hari lepas. Kurniakanlah zuriat yang soleh kepada keluarga kami dan rakan-rakan kami yang sedang menunggu kelahiran dan berusaha bagi mendapatkan zuriat.

Satukanlah hati-hati kami dengan sahabat-sahabat kami yang bekerja untukMu dan eratkanlah ikatan persaudaraan kami.

Satukanlah hati mereka yang sedang menjalani dan menguruskan rumahtangga dan limpahkanlah kebahagiaan dan ketenangan dalam perkahwinan mereka, permudahkanlah urusan mereka yang sedang berada dalam kesukaran urusan perkahwinan.

Kau sembuhkanlah penyakit kepada mereka yang sedang sakit, sesungguhnya Kau Maha Menyembuhkan segala penyakit kecuali mati.

Ya Allah Ya Qawiyy, Kau lindungilah saudara-saudara kami di seluruh negara; Palestin, Syria, Nepal, Rohingya, Iraq, Iran, Malaysia dan di mana-mana jua daripada penganiayaan, rogol, pembunuhan, penghinaan.

Kau legakanlah penderitaan mereka dan tingkatkan darjat mereka di sisiMu. Kau hancurkanlah mereka yang zalim, kejam dan penindas ke atas saudara-saudara kami.

Kau cukupkanlah mereka yang serba kekurangan, Kau ringankanlah beban bagi mereka yang tertindas dan Kau bebaskanlah mereka daripada hutang.

Ya Allah, perkenankanlah dan makbulkanlah doa-doa kami sempena dalam Ramadan ini. Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Selawat dan salam kami ke atas junjungan kami Nabi Muhammad (saw), seluruh ahli keluarga baginda, sahabat baginda dan mereka yang mengikuti baginda hingga ke hari terakhir.

Aamiin ya Rabb Al'alamiin.

Alhamdulillah

Kredit: Ustazah Saidah Hafizah Hanapi

#doa #ramadan #zikir

Khutbah Ringkas Hari Raya

PERSIAPAN DIRI: Panduan Solat dan khutbah Aidil Fitri*

Bagaimana persediaan para imam yang akan solat dan berkhutbah Aidil Fitri kali ini?

Tentunya ia satu pengalaman indah menjadi imam dan berkhutbah di hadapan jemaah ahli keluarga sendiri.

Walaupun sunat, tetapi eloklah kita sempurnakan solat dan khutbahnya sekali. 

Solat Aidil Fitri dua rakaat biasa kita dilakukan.

Rakaat pertama selepas doa iftitah, kita bertakbir (Allahu Akbar) tujuh kali dan diselangi oleh bacaan tasbih (Subhanallah wal hamdulillah, wala ilaha Illah walLahu Akbar) enam kali.

Setelah itu baca al-Fatihah dan surah pilihan.

Pilihlah surah yang mudah bagi anda. 

Pada rakaat kedua, dikehendaki bertakbir (Allahu Akbar) lima kali diselangi dengan bacaan tasbih, seperti di atas.

Diikuti bacaan Al-Fatihah dan surah pilihan. 

Sesudah memberi salam, imam akan berkhutbah. 

Saya ringkaskan di sini kaedah berkhutbah Aidil Fitri. Ia boleh dilakukan oleh semua imam.

Usah gusar. Ia mudah dan simple.

Ingat, khutbah ada dua, khutbah satu dan khutbah dua yang diselangi oleh DUDUKnya imam. 

Rukun khutbah ialah:

1. Alhamdulillah (memuji Allah) 
2. Selawat ke atas nabi (Alluumma salli ala Muhammad... )
3. Ittaqullah! (pesan bertakwa kepada Allah)
4. Baca satu ayat al-Quran
5. Doa kepada seluruh muslimin (Allummaghfir lil muslimin wal muslimat)

Semua rukun ini perlu dibacakan dalam bahasa Arab. 

Ringkasnya jika anda menyebut seperti ini sahaja, 

1. Alhamdulillah,
2 Allumma salli ala Muhammad,
3. Ittaqullah,
4 Alhamdulillahi Rabbil Alamin, dan
5. Allummaghfir lil muslimin”,

maka sahlah khutbah kita. Kemudian anda duduk sebentar, bangun dan ulang semula, maka ia sudah memadai, sudah sah.

Ia tersangat ringkas kan... 

Bagi mengindahkan lagi susunan khutbah Aidil Fitri, maka kita tambahlah beberapa perkara.

Kita mulakan dengan takbir (Allah Akbar!) 9 kali.

Dan kita pesanlah dengan nasihat berkenaan kekeluargaan dan sambutan Aidil Fitri, maka jadilah ia lebih cantik.

Jemaah pun boleh tersenyum lebar. 

Saya kemukakan satu contoh teks khutbah yang boleh dijadikan panduan kepada para imam. 

*KHUTBAH PERTAMA*

1. Allahu Akbar 9 kali (sunat)
2. Alhamdulilah (wajib) Alhamdulillah, Allah yang berfirman (Wal Asr, Innal insanalafi… - baca surah Al-Asr, (wajib)
3. Asyhaduan La Ilaha illa Lah, Wa Asyhaduanna Muhammadan Rasulllah (sunat)
4. Allahumma salli ala saidina Muhammad … (wajib)
5. Ittaqullah! (wajib) marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya

6. Alhamdulillah, hari ini buat pertama kali abah (saya) berdiri dan berkhutah di hadapan anak-anak dan keluarga yang dikasihi.

Alhamdulillah wabak Covid 19 ini banyak memberi pengajaran kepada kita sekeluarga.

Kita bersyukur kerana kita selalu dan kerap solat berjemaah.

Kita boleh solat tarawih berjemaah dan kita banyak melakukan aktiviti keluarga secara lebih dekat. 

Sebagai ketua rumah tangga, abah (saya) sedar saya perlu memastikan keluarga kita ini sentiasa berada di bawah reda Allah.

Maksudnya saya perlu pastikan kita semua sentiasa mentaati Allah dan Rasul-Nya pada seluruh kehidupan kita.

Alhamdulillah kerana keluarga kita menjadi HEBAT dan SEMPURNA kerana kita punyai seorang IBU yang cukup baik.

Seorang IBU yang sentiasa siang malamnya berkorban untuk kita.

IBU tidak pernah mengeluh, walaupun tugasnya tidak pernah berakhir menguruskan keluarga kita. 

Kita juga bersyukur kerana kita punyai anak-anak yang baik.

Anak-anak abah (saya) yang sentiasa membantu keluarga, yang boleh disuruh untuk buat itu dan ini.

Anak-Anak abah (saya) sememangnya HEBAT. Anak-anak Abah (saya) sentiasa membahagiakan kami sebagai bapa dan ketua keluarga. 

Pada Aidil Fitri ini, marilah kita saling bermaaf-maafan sesama kita.

Lahirkan kemaafan itu dari lubuk hati kita yang suci bersih, sebersih indahnya Ramadan yang baharu sahaja kita tinggalkan.

Abah dan ibu sayang kepada anak-anak dan ahli keluarga kita. Abah memohon kemaafan atas kekurangan abah sepanjang mendidik anak-anak.

Kita bukanlah insan sempurna, walaupun sebenarnya kita mahu menjadi TERBAIK kepada semua orang. 

7. Allahumaghfir lil muslimin wal muslimat, al-ahya’i hum wal amwat. (wajib) Walhamdulillah.. 

Imam kena DUDUK sebentar. (sediakan kerusi yang sesuai)

KHUTBAH KEDUA

1. Allahu Akbar 9 kali (sunat)
2. Alhamdulilah (wajib) Alhamdulillah, Allah yang berfirman (Qulhuwallahu Ahad - baca surah Al-Ikhlas, - wajib)
3. Asyhaduan La Ilaha illa Lah, Wa Asyhaduanna Muhammadan Rasulllah (sunat)
4. Allahumma salli ala Muhammad … (wajib)
5. Ittaqullah! (wajib) 

6. Sidang jemaah yang dikasihi, jadikanlah hari raya ini sebagai hari terbaik untuk kita mengeratkan silaturahim kalangan keluarga kita.

Kita saling bermaaf-maafan dan kita berziarah saudara terdekat. 

Marilah kita menjaga ibadah wajib kita sebagaimana kita menjaganya pada bulan Ramadan yang lalu, marilah kita menjaga akhlak dan peribadi kita agar kita ini dikenal sebagai seorang muslim yang soleh dan solehah.

Marilah kita menjadikan al-Quran sebagai tilawah harian kita, agar nantinya al-Quran itu bisa menjadi peneman kita di alam kubur kelak. 

Anak-anak, sentiasalah mendoakan keselamatan dan kesejahteraan ibu bapa dan adik beradik kita.

Doakanlah keampunan kepada ibu bapa dan saudara terdekat, agar kita ini hidup dalam iman dan kembali kepada Allah juga di dalam iman.

Andai kata kelak nanti, ibu dan abah ini telah tiada, maka doa dan amalan anak-anak kalian adalah peneman kami yang terbaik yang kami nantikan. 

7. Allahumaghfir lil muslimin wal muslimat, al-ahya’i hum wal amwat. (wajib)

Ya Allah Kau ampunilah segala dosa kami dan ahli keluarga kami. Selamatkanlah negara kami daripada mara bahaya wabak dan segala jenis fitnah dan penyakit.

Berikanlah kami kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia dan akhirat. 

(Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina azabannar.

Walhamdulillah. 

Tamatlah khutbah dan boleh bersalaman dengan ahli keluarga. 

Perlu diingat, semasa berkhutbah, imam kenalah berdiri.

Kalau ada tongkat, boleh pegang tongkat.

Jika tiada, tak perlu pegang apa-apa. Kalau pegang penyapu, dah kelakar pula jadinya!

Selamat berkhutbah. Doakan kebaikan untuk saya juga…

*Ustaz Ahmad Nawawi Yaakob* 
UiTM Segamat
Imam Surau Al-Muhajirin

Monday, May 18, 2020

Munajat Ramadhan


MUNAJAT RAMADHAN
Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya 'alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kpdMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm golongan org2 yg Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah…

Ya Allah Ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.


Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…


Ya Allah Ya Malikal Mulk…
Ya Razak..Ya Fattahu Ya 'Alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…
Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…
Aamiin3 ya rabbal'aa

*Doa Akhir Ramadan*
Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati2 kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa kau ampun kan dosa2 kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak2 ke syurga untuk kami.

Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelincir nya kaki kami.

Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan maksiat semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.

Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.

Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.

Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa.
Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

Ya Mujibbasailin.
Limpahilah kami dengan sifat2 kebaikan dan terpuji.
Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.

_*Aamiin Ya Rabbal Alamiin.*_
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Doa Untuk Semua

‎​ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

*DOA UNTUK SAUDARAKU SEMUA YANG TIDAK DAPAT DISEBUT SATU PERSATU ☆*

*Bismillahi Rahmanirrahim ...*

1. *Ya Allah aku memohon dengan keagungan AsmaMu*
2. *Muliakanlah saudaraku yang membaca doa ini.*
3.  *Lapangkanlah hatinya, tentramkan jiwanya, sehatkan fisiknya, sembuhkan penyakitnya.*
4. *Bahagiakan keluarganya.. jadikan anak anaknya Soleh/solehah*
5. *Luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan. Lepaskan dia dari hutang piutang.*
7. *Mudahkanlah segala urusannya* ,
8. *Kabulkanlah cita-citanya, dan harapannya*
9. *Jauhkan dia dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, perkataan kasar dan*
10. *Jauhkanlah dia dari segala musibah, serta*
11. *Terimalah semua amal ibadahnya dan ampunilah segala dosa2nya.*
12. *Jadikanlah dia  penghuni SyurgaMu*
13.  Semoga terhindar dr wabak covid 19 ni serta sehat sejahtera slalu hendaknya,
 14,  Pjg umur, murah rezeki dan bhgia di dunia dan akhirat serta jannah, ‎      *آمين يا الله*
‎               *آمين يا رحمن*
‎               *آمين يا رحيم*
‎           *أَمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ.*     

*Sahabatku ... kirimkanlah doa ini seluas2nya ... karena kita tak tahu dari lisan siapa doa kita ini akan dikabulkan Allah swt .*

امين يارب العالمين
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Saturday, May 9, 2020

Sekadar Peringatan

Ini antara 34 mutiara kata Ustaz Dato' Ismail Kamus yang dapat dikumpulkan oleh  Zaim Zin.

Bacalah. Semoga ada yang memberi manfaat pada kita sebagai rantai pahala beliau.

1. "Dalam perjuangan, penat akan hilang, tetapi pahala akan berpanjangan"

2. "Memang baik menjadi orang penting. Tetapi lebih penting menjadi orang baik"

3. "Kita bukan gila kuasa. Tetapi kita mahu mengambil kuasa daripada orang gila"

4. "Bukan kematian itu yang harus ditakuti. Tetapi kehidupan setelah kematian itu lah yang harus ditakuti"

5. "Sedekah itu tabung akhirat. Jangan kita anggap yang sedikit tu sedikit. Walhal orang yang tidak memberi tu, lagi memiliki sedikit"

6. "Jangan jadi macam burung unta. Burung bukan, unta pun bukan. Sama macam manusia, nak kata islam pun bukan, bukan islam pun bukan. Waktu nikah islam, mati pun ikut islam. Tapi, masa hidup tak nak ikut islam"

7. "Dunia bukan tempat berehat, tetapi tempat beribadah"

8. "Boleh makan semua yang halal, tetapi jangan berlebihan"

9. "Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda"

10. “Bila kita tidur, jantung kita jalan. Bila kita berlari, jantung kita jalan. Bila kita berhenti, jantung kita jalan. Bila jantung kita berhenti, kita jalan"

11. “Kalau seksa neraka boleh dilihat dengan mata, masjid 16 tingkat pun takkan muat untuk jemaah untuk tunaikan solat”

12. "Azan bermula dengan Allahuakhbar untuk menyatakan pada kita bahawa yang sebenarnya Allah lah yang Maha Besar. Diikuti dengan pengakuan tuhan yang wajib disembah ialah Allah dan akui nabi Muhammad sebagai nabi Allah. Lepas tu baru laungan ajak solat"

13. "Ketika azan subuh kedengaran, berapa ramai yang hatinya tersentak untuk solat berjemaah? Berapa ramai yang melihat jemputan bilal tu sebagai jemputan akhirat?"

14. "Solat adalah kerehatan. Pasal ketika solat sepatutnya kita lupakan keresahan, kerisauan dan kepenatan dunia ni"

15. "Barangsiapa menanam padi, lalang akan tumbuh. Barangsiapa menanam lalang, padi tak akan tumbuh. Kalau cari akhirat, dunia akan dapat tetapi kalau cari dunia, akhirat tak akan dapat"

16. "Kita sedia maklum bahawa masa yang diperuntukkan oleh Allah kepada kita ada 3 sahaja. Iaitu, semalam, besok dan, hari ini. Yang semalam dah tak ada, yang besok belum tahu lagi, yang tentu ada sekarang. Maka kita gunakan masa yang sangat sedikit itu untuk mendekatkan diri kepada Allah"

17. "Ibadat jangan tunggu masa lapang. Kita yang melapangkan masa untuk ibadat"

18. "Amalkan setiap hari, solat berserta solat sunat. Baca AlQuran (pagi Yasin, malam pula AlMulk, AsSajadah, dan AlWaqiah). Zikir Allah (100 kali), tahlil (300 kali), selawat (100-1000 kali), istighfar (100 kali) dan sedekah"

19. "Tuntutlah ilmu kerana 3 tujuan.
1. menghilangkan kejahilan,
2. beramalah dengan ilmu tersebut; dan
3. mengajarkan orang dengan ilmu yg ada"

20. "Janganlah pula setelah berilmu, kita memperbodoh-bodohkan org lain"

21. "Jagalah hati sampai mati"

22. "Orang berakal wajib solat. Orang gila tak wajib solat. Orang tak solat orang gila"

23. "Yang suka asap ni, jin je"

24. "Jangan dipandang kepada berapa besar dosa yg dibuat tetapi pandanglah kepada siapa kita berbuat dosa itu"

25. "Sebenarnya duit yg kita derma itulah bahagian kita punya. Yang simpan dlm poket tu belum tentu lagi. Boleh jadi pomen punya, boleh jadi klinik punya, yg semestinya waris punya. Kita punya yg mana? Yg kita sedekah itulah yg kita punya"

26. "Dibimbangi maksiat kita membuatkan Allah murka kepada kita, walaupun maksiat itu kecil. Bimbang kita tak sempat bertaubat"

27. "Tidur itu mati sementara. Mati itu mati selama-lamanya"

28. "Cinta dan sayang pada Ulama’ kerana Ulama’ adalah pewaris Nabi"

29. "Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat"

30. Al fulusu fik Dunia, walmamfus fil ahirah... (gurau beliau yang ditujukan kepada yg suka rasuah)

31. "Naik sampan kecil pun laut berombak, naik kapal besar pun tetap laut itu berombak. Adakah kita mengelak ombak Tuan-tuan? Tidak, kita tetap belayar lautan berombak itu. Begitulah juga dalam perkahwinan, ada masalah jangan lari, lalui ombak yang tetap berombak itu"

32. "Beruk atas pokok, kalau angin ribut kencang lagi kuat dia peluk pokok tu. Tapi kalau angin sepoi-sepoi, boleh tertidur dan silap-silap jatuh beruk dari atas pokok. Dalam perkahwinan, jangan keras-keras, cakap kena lemah lembut. Para suami, ingat falsafah beruk ni"

33. "Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

34. "Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam AlQuran sebulan dua kali"