Saturday, August 22, 2009

Moto besar

Gambar anak aku tengah bergaya ngan moto besar pakcik dia(adik aku le tu)...angan2 anak aku ni besar...diorang cakap bila dah besar nanti nak beli moto besar sama mcm pakcik dia...tapi apa2 pun aku suruh diorang belajar pandai2 dulu...dapat keje elok2...pastu baru boleh beli moto besar bila duit dah banyak...semoga apa yg diimpikan menjadi kenyataan...amin.

Gambar moto adik2 aku...niat di hati nak gak beli moto besar sebijik tapi apakan daya duit takda...nengok jelah...
Ni masa anak aku ikut pakcik dia gi litar sepang...

Moto adik aku kawasaki zx-10r dan ducati superlight 900..

Ni masa tengah bergaya ngan ducati kat kampung nenek aku
Ni masa anak aku tengah jadi pembonceng ngan adik aku...kat rumah mak aku...

Monday, August 17, 2009

Selamat berpuasa

Hari2 terakhir bulan Syaban sebelum muncul penghulu segala bulan iaitu "RAMADHAN AL MUBARAK"...bulan yg dinanti-nanti oleh semua umat islam di seluruh dunia...baik bg yg kecil..besar..tua mahupun yg muda...bulan di mana didalamnya terdapat berbagai nikmat yg telah tuhan janjikan untuk dianugerahkan kepada umat2nya yg melakukan kebaikan dan kebajikan.SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA.(Nizam,Dila,Arief,Aizad,Fariesha,Farah)

KHUTBAH AKHIR RASULULLAH DI BULAN SYABAN
Rasulullah s.a.w berkhutbah pada hari terakhir bulan Sya'ban sebagaimana sabdanya:
"Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya telah menghampiri kalian, bulan yang agung, bulan yang diberkati dan bulan yang terdapat padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan (Lailatul Qadar). Allah menjadikan puasa pada bulan terse but suatu kefardhuan dan solat pad a malamnya suatu perkara yang disunatkan. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan tersebut dengan satu jenis kebaikan, maka dia seolah-olah menunaikan satu kefardhuan pada bulan yang lain. Sesiapa yang menunaikan satu kefardhuan pada bulan terse but, maka dia seolah-olah menunaikan 70 kefardhuan pada bulan yang lain. la merupakan bulan kesabaran dan kesabaran dibalas dengan ganjaran syurga, bulan melakukan kebaikan dan bulan bertambahnya rezeki bagi orang yang beriman. Sesiapa yang menjamu orang yang berbuka puasa pada bulan tersebut, akan dikurniakan keampunan, dikurniakan pembebasan dari neraka dan mendapat pahala sepertimana pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurangkan sedikit pun dari balasannya."
Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah! Tidak semua daripada kami mempunyai sesuatu untuk dihidangkan kepada orang yang berbuka puasa?" Maka Rasulullah s.a.w bersabda,
"Allah juga mengurniakan pahala ini bagi orang yang menjamu orang yang berbuka puasa dengan sebiji tamar, atau seteguk air, atau sekali hisapan susu. Bulan ini, awalnya ialah rahmat, pertengahannya ialah maghfirah dan penghujungnya ialah pembebasan dari neraka. Maka sesiapa yang meringankan kerja pekerjanya pada bulan ini, nescaya Allah mengampunkan dosanya dan membebaskannya dari neraka. Hendaklah kalian memperbanyakkan pada bulan ini empat perkara: Dua perkara yang menyebabkan Tuhan kalian meredhai kalian dan dua perkara yang kalian amat perlukan. Dua perkara yang menyebabkan Tuhan kalian meredhai kalian ialah penyaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sentiasa memohon keampunanNya. Manakala dua perkara yang kalian perlukan ialah kalian memohon syurga kepada Allah dan berlindung denganNya dari neraka. Sesiapa yang mengenyangkan orang yang berpuasa, nescaya Allah memberikan kepadanya dari telagaku minuman yang tidak akan menghauskan sehinggalah dia memasuki syurga." Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah, al Baihaqi dan Abu al Syeikh Ibnu Hayyan.
KELEBIHAN RAMADHAN
Diriwayatkan oleh Imam al Baihaqi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadhan, lima perkara yang tidak dikurniakan kepada seorang nabi pun sebelumku. Pertama, apabila awal malam bulan Ramadhan, Allah memandang kepada mereka. Sesiapa yang Allah memandang kepadanya, maka dia tidak akan diazab selama-tamanya. Kedua, bau mulut orang yang berpuasa, ketika petang lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Ketiga, para malaikat mengucapkan istighfar bagi mereka pada setiap siang dan malam Ramadhan. Keempat, Allah memerintahkan syurgaNya dengan firmanNya, "Bersiap sedia dan berhiaslah untuk hamba-hambaKu. Hampir-hampirlah mereka akan berehat daripada kepenatan dunia dan berpindah ke negeri dan kemuliaanKu. Kelima, apabila akhir malam Ramadhan, diampunkan bagi mereka semua." Bertanya seorang lelaki dari satu kaum, "Adakah ia Lailatul Qadar? Sabda Baginda s.a.w, "Tidak. Adakah kamu tidak pernah melihat pekerja yang melakukan suatu pekerjaan. Apabila mereka selesai daripada pekerjaan mereka, maka disempurnakan ganjaran mereka." Hadith riwayat al Baihaqi.

Saturday, August 15, 2009

BURSA vs AIR ASIA

14 AUG 09
BURSA FC vs AIR ASIA
VENUE : PUSAT LATIHAN MAYBAN
TIME : 0830PM
Dengan keadaan padang yg cantik...perlawanan mlm tadi lebih menarik berbanding perlawanan dengan ASTRO minggu lalu..pergerakan lebih teratur...perlawanan dibahagikan kpd 3 half(setiap half selama 30 minute)...utk 30 minute pertama lebih pada management punya game(disertai oleh CEO dan semua head2 department)...aku kena main utk semua tiga3 half(sebab team management aku tak cukup orang)..AIR ASIA pulak disertai oleh diorang punya CEO(Tony Fernandez..boleh tahan jugak mamat gemok ni main...).Walaupun team aku kalah lagi aku tetap puas hati disebabkan keadaan padang(terasa mcm main kat WEMBLEY lah pulak ...EPL pun dah nak start ni....hidup liverpool......)





Monday, August 10, 2009

Kayuhan bersama isteri n bola friendly game

09 AUG 09
BURSA FC vs ASTRO
Lepas ride sebelah pagi ngan wife aku....aku layan bola pulak sebelah petang..perlawanan diadakan di DBKL,Brickfield ngan team ASTRO.Perlawanan agak seimbang
walaupun astro dibarisi dengan pemain2 bawah 30an..walaupun diorang laju2 tapi dengan pengalaman yg ada pada team otai aku...bolehlah control game taklah berat sebelah walaupun team aku kalah 2 -1.....Jumaat mlm ni team aku layan AIR ASIA pulak kat pusat latihan mayban,bangi pukul 0830mlm...layannnnnnnn






Date : 09 AUG 09....
Route : TKP24(tol sg long)-Cheras Jaya-Simpang Balak-Pekan Kajang-TKP24
Start time : 0800am
Distance : 20km
Riding Hour : 1hrs 20 minutes
Average speed : 15 - 20km/h
07:45am aku tngok takda sapa yg keluar terus aku ajak wife aku kayuh....kayuhan aku lebih pd kayuhan bersantai sbab ptg tu ada game bola lagipun wife aku bukannya boleh kayuh laju2 sngat walaupun kayuhannya dah mula menampakkan kamajuan...ingatkan nak ajak dia kayuh kat Putra Jaya..tapi dia cakap"jauh sangatlah..takut tak larat"oklah aku cakap kat dia lain kali kita kayuh kat sana...pit stop aku kat tol sg balak.Sepanjang kayuhan terserempak gak ngan satu dua group otai.....





Saturday, August 8, 2009

BURSA vs UPB MYTEAM

BURSA vs UPB MYTEAM
Ni masa aku main ngan team aku(BURSA FC) vs UPB MYTEAM kat stadium kl..game ni lebih pada game amal..yg seronok masa ni aku dapat main ngan otai2 mcm Dollah Salleh,Rajagopal,Mat Zan,Rashid Hasan,Serbegeth Singh,Hung Meng,Boy(bekas keeper selangor)...tengok diaorang punya skill...perhhh mcm tak caya..dah boroi2 pegang bola pun masih steady lagi ...cayalah lu orang..game berkesudahan 0-0..tapi team aku kalah penalti 5-4.




Thursday, August 6, 2009

Kayuhan santai bersama isteri

Date : 2 AUG 09....
Route : TKP24(tol sg long)- Bandar Sg Long-Sg Sekamat-TKP24
Start time : 0745am
Distance : 20KM
Riding Hour : 1hrs 20 minutes
Average speed : 15 - 20km/h
Ni masa aku kayuh ngan wife aku ikut hiway sg long ahad lepas....gambar ni aku snap masa kat bandar sg long...