Tuesday, September 29, 2009

Kayuhan bermula

Date : 29 Sept 09....
Route : TKP24(tol sg long)- Bandar Sg Long-TKP24
Start time : 0845am
Distance : 13KM
Riding Hour : 30 minutes
Average speed : 25 - 30km/h
Setelah hampir sebulan tak berkayuh...maka tanggal 7 syawal bermulalah kayuhan "pecah lemak"...walaupun lama tak kayuh tapi alhamdullillah kayuhan tersebut tidak mendatangkan sebarang masalah...pagi tu aku kayuh sorang2 je sbab hari tu hari isnin...semua orang dah mula keje...aku pulak keje petang jadi ada canlah kayuh...mula2 kayuh dekat2 je dahlah...almaklum jelah baru nak start balik...selamat berkayuh dan tunggulah cerita2 yang selanjutnya...zassssss

Monday, September 28, 2009

Bertunang dan sambutan hari jadi

Bertarikh 26 Sept 09 yg lalu berlangsung satu lagi majlis pertunangan...kali ni yang bertunang adalah adik aku yang paling bongsu(no 7).Tunang dia..orang batu kurau,perak...Besok petangnya pulak 27 Sept 09...adik aku yang no 4 buat majlis hari jadi anak dia yg sulung kat rumah mak mertua dia...rumah mak aku ngan rumah mak mertua dia kat-kat situ gak...selang beberapa rumah je...klau sekali jerit boleh dengarlah...kat bawah ni aku ada postkan gambar2 diorang.....layannnnnnnnn

barang2 hantaran belah adik aku..adalah dalam tujuh dulang..

kat rumah tunang adik aku...majlis petunangan ni diadakan kat pandan indah atas permintaan mak-ayah dia...sebab kalau buat kat perak..mak dia cakap jauh sangat...majlis persandingan nanti baru buat kat perak....

mak aku ngan bakal menantu dia....

ni pulak masa makan selepas selesai majlis...nampak semua bukan main sodap melantak...tambah jangan tak tambah...bagi naik lomak-lomak kat dalam badan tu..

ni pun sama melantak jangan tak melantak...tapi ayah aku steady je..."kau orang nak melantak-melantaklah...aku nak ambik rasa je"...

adik aku ngan tunang dia...ni bargambar sampai kat dalam bilik ni apa kejadahnya ni...sabar-sabarlah dulu...banyak masa lagi dik oiiii....

ni pulak kek hari jadi anak buah aku...ben 10 lagi tu.....takda ke gambar lain nabil oiiiiii..

tengah tiup lilin...dikelilingi sepupu-sepupu anak buah aku yang lain..

anak dara aku tengah bergaya atas moto ex5 keluaran terbaru...ni khas untuk budak2 je...orang tua tak boleh...

anak buah aku ngan semua sepupu-sepupu dia tengah posing....yang tengah isap puting pun ada gak....alahai nafil buanglah puting...tak lawalah...

rombongan mak bedah...berjalan pulang beramai-ramai...

Thursday, September 24, 2009

Raya....raya.....raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Allahu Akbar Allahu Akbar. Lailaha Illahu Wallahu Akbar. Allahu Akbar Walillahil Hamdu. Allah maha besar, Allah maha besar. Tiada Tuhan melainkan Allah dan dia maha besar. Allah maha besar dan segala puji bagiNya. Sedih meninggalkan ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Semuga Allah mengampuni kita semua dan memberi hidayat agar kita terus kekal melakukan amal kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.Raya tahun ni aku beraya ngan family aku dulu...pastu baru raya kat kampung wife aku...sebut pasal raya ni kita kena adil dan sama rata...kita sebagai ketua keluarga tak boleh terlalu ikutkan sangat kata hati nanti ada yang kecik hati...bagi sama rata kalau tahun lepas kita dah raya kat rumah family kita tahun ni kita raya pulak kat belah family orang umah kita...barulah adil...lagipun raya ni bukan masa utk kita bertekak-tekak atau gaduh2 pasal kat mana nak raya dulu...perkara2 mcm ni kita kena buat dari masa mula2 kita kahwin dulu barulah kita boleh praktikkan sampai bila-bila..senang...mudah...takda nak gaduh2...bila tiba je masa raya dah tau apa nak buat...mana nak pegi dulu........Raya tahun ni bagi aku mcm tahun2 lepas gaklah...meriah gitu-gitu jelah...dah tua2 ni nak meriah mcm mana...klau masa zaman kanak2 dulu lainlah cite...yg penting bagi aku anak2 aku happy...itu dah cukup mengembirakan aku...gambar kat bawah ni boleh menceritakan serba sedikit kegembiraan mereka...layannnnnnnnn

Gambar family aku..semua adik2 aku n semua anak-anak buah aku ada masa ni takda yang tertinggal..gambar ni aku snap tahun 2007...kira bolehlah

Bonda dan Ayahanda tersayang.....

gambar anak2 aku...wife aku n kedua orang tua aku...yg duduk tngah tu anak buah aku...gambar aku takda sbab aku yg ambik gambar ni...

gambar aku sekeluarga.....

ni gambar adik lelaki aku ngan anak lelaki aku n anak buah aku.....

ni pulak gambar wife ngan anak2 perempuan aku...mak aku n adik perempuan aku

anak buah aku yg paling lasak dan yang paling bising sekali...budak2 lah katakan...bukannya tau apa2...dia dengan dunia dia...biarkanlah dia......

hero2 aku...masa ni tengah seronak sakan...yelah mcm mana tak seronak...duit raya tengah masyukkkkk....

gambar dari kiri adik aku yg nombor 5..emak aku..adik ipar aku..wife aku n adik aku yg nombor 3

Bonda mertua aku...

ni gambar wife aku ngan pakcik makcik dia..adik n wife dia serta sepupu dia masa kat kampung wife aku kat pasir panjang..selangor.....

gambar ni masa kat kampung aku raya ke2...tngah sibuk kacau lauk ayam masak lomak cili api utk majlis pertunangan adik lelaki aku keesokkan harinya...dari kiri adik aku(yg bakal bertunang)..anak n wife aku

gaya seorang chef.....ada gaya mcm chef wan tak...

tengah bersiap-siap menyiapkan barang hantaran...sibuk betul mlm tu...riuh jugaklah rumah wan aku..

barang hantaran yg telah siap utk dibawa kat rumah perempuan ...

gambar adik aku n sepupu2 aku kat rumah tunang adik aku kat keratong...

gambar emak aku tengah menyarungkan cicin pertunangan kat bakal anak menantu dia...

ni gambar adik aku n tunang dia.....

rumah wan aku kat kg terentang..batu kikir..kuala pilah

rumah nenek aku kat ampangan..seremban

Friday, September 18, 2009

Aidilfitri

Ramadan bakal melabuhkan tirai...Syawal pula bakal menjelmakan diri...semoga Ramadan tahun ini segala amalan kita diberkati dan dirahmati tuhan...jangan kita hentikan segala amalan yang telah kita lakukan sepanjang Ramadan ini setakat ini saja...jadikanlah ia sebagai asas untuk kita terus beramal pada bulan-bulan yang lain...mudah-mudahan kita dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki dan semoga dapat kita bertemu kembali dengan Ramadan yang akan datang...SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR DAN BATIN (Nizam,Dila,Arief,Aizad,Fariesha,Farah)

Wednesday, September 16, 2009

Moto GP

Gambar anak aku yg no 2 tngah posing ngan moto besar Pak Cik dia...macam penunggang GP lah pulak..berangan-angan nak jadi mcm Rossi..tak padan ngan badan kecik angan2 besar...



Majlis berbuka puasa

Majlis berbuka puasa yg diadakan kat rumah nenek aku kat Seremban pd 5 Sep 09 yang lalu.Ayah aku yg hanya dua beradik beserta dngan adik-beradik aku dan anak2 pak ngah aku(sepupu aku lah tu)semua berkumpul kat rumah nenek aku...seronok klau sesekali dpt berkumpul mcm ni..bukan senang nak kumpul ramai2 mcm ni...inipun atas permintaan nenek aku..dia nak sangat anak2 dia,cucu2 dia dan cicit2 dia berkumpul ramai2..Majlis berbuka dimulakan dngan bacaan tahlil arwah yang diketuai oleh ayah aku...seterusnya berbuka dan solat maghrib beramai-ramai.Pada mlm tu yang paling seronok aku tengok ialah anak2 aku dan anak2 buah aku...nak roboh rasanya rumah nenek aku tu dikejakan oleh diaorang..tapi nak buat mcm mana...sekali-sekala...biarkanjelah kata nenek aku.
Tngah sibuk nak menyiapkan juadah berbuka....

Nenek(mak ayah) aku ngan Wan(mak pada mak) aku...tngah sodap dok molepak

Seronak bila dpt kumpul ramai2 mcm ni...

Mak ngan wan aku tengah melepak lepas berbuka...

Tuesday, September 1, 2009

Kayuhan Puasa

Semalam ngan hari minggu yg lepas sementara nak tunggu buka puasa sekitar 0630pm, aku berkayuh sekitar sg long - sg sekamat - tkp...tujuan aku berkayuh bukan apa,aku taknak bila dah lepas puasa nak start berkayuh punyalah susah beb...sebab tulah klau boleh sepanjang berpuasa ni aku nak mantain kayuh..dapat 12 - 15km pun jadilah...lagi satu,bulan puasa ni seperti yg diperkatakan dalam Al Quran...tak mcm bulan2 lain...kelebihan dia banyak...penat pun tak terasa sangat...dua hari berturut-turut kayuh...puasa dapat pahala,kayuh dapat sihat...
moral of the story...jangan tinggal puasa sbab dlm bulan puasa ni tuhan bagi mcm2...segala kelebihan ada pada bulan puasa ni...terpulanglah pada kita untuk dapatkan ganjarannya.