Sunday, July 11, 2010

Kayuhan Tour d France

Date : 11 Jul 2010
Route : TKP24 - Lekas Highway - Bangi Lama - Lekas Highway - TKP24
Start Time : 08:00am
Distance : 50km
Riding Hour : 2 hours
Average : 27km/h
Riders : Aku sorang2 je

Selepas hampir sebulan dok asyik melayan world cup dan dok asyik buat secret training je...hari ni sempena tour d france yg dah beberapa hari berlalu aku keluar berkayuh secara solo lagi...kali ni destinasi aku masih lagi destinasi lama...Bangi Lama...bukan tak nak kayuh kat tempat lain...tapi aku rasa kayuhan ke Bangi Lama ni laluan dia tak banyak kereta...lagipun keadaan muka bumi dia yg dipenuhi ngan pokok2 di sepanjang perjalanan dan suasana perkampungan menjadikan kayuhan aku tak terasa berapa nak penat sangat....redup walaupun matahari tinggi mencanak....sebenarnya kat tempat aku ni...sangat strategik...kalau aku nak keluar kayuh dari rumah aku...banyak tempat aku boleh pegi...Bangi Lama,Ulu Langat,Nilai,Mantin,Lenggeng,Putajaya,Broga...banyaklah tempat lain lagi sebenarnya...tak payah nak bawak kereta n then parking kat mana2...itu kalau aku kayuh secara sololah tapi kalau aku nak berkayuh secara berkumpulan terpaksalah bawak kereta n then parkinglah kat mana2....ni pun dah lama rasanya tak kayuh ngan member2 MAPLAY...ngan Pak Brahim...Dr Pauzi...sorrylah geng bukan tak nak kayuh sama...tapi banyak komitment lainlah...apa2 pun bagi aku..kayuh sorang2 ke...berkumpulan ke...matlamat kita sama...ride for fun walaupun aku tak nampak kat mana fun dia bila kayuh sorang2 ni...lain kalau kayuh ramai2 ni...kita boleh buat drafting...boleh kejar mengejar..tarik menarik...huuuhhhh memang best tapi nak buat cam mana...dah selalu asyik kayuh solo je....

air terjun....kalau sapa2 yg selalu berkayuh kat sekitar highway Sg Long ni...dia orang boleh nampak air terjun ni....antara pemandangan menarik kat sini....kawasan dia taklah besar mana pun...nak mandi pun tak berapa nak menarik...maklumlah betul2 sebelah highway...

antara route2 yg mencabar mental rider2 yg selalu beykayuh kat sini....highway ni sebenarnya berbukit....aku suka bila nak start kayuh...aku akan mula dari tol highway Sg Long ni...bukannya apa...kalau aku mula dari sini...keadaan lalu lintas dia tak banyak kereta...kalau nak dibandingkan ngan mula dari Giant...kereta banyak...lori hantu pun banyak...seriau rasanya... dlm perjalanan aku nak ke Bangi Lama aku berselisih ngan Azlan MAPLAY kat kawasan ni...aku berenti..dia pun berenti...aku tanya dia nak ikut aku gi Bangi ke...dia cakap tak berapa nak sihat...takleh nak kayuh jauh2 sangat..aku pun apalagi teruskanlah kayuhan aku ke destinasi aku...

antara pendakian yg mencabar...kadang2 rasa bosan gak bila kayuh kat sini...keluar2 je dari rumah nak kayuh dah kena mendaki....tapi nak buat cam mana ni je laluan yg ada kalau aku nak ke destinasi yg dituju...sondol jelah...aku pun dah biasa ngan keadaan ni...dari aku start berkayuh sejak 3 tahun lepas sampailah hari ni...macam nilah keadaan dia...tak pernah berubah dan tak akan berubah sampai bila2.....

jelas kelihatan kabus masih menyelubungi sekitar highway Sg Long walaupun dah pukul 8 lebih....macam tengah berkayuh kat Genting Highland lak rasanya...kat tempat lain aku rasa tak dapat suasana cam ni....dengan kabus dia...dengan sejuk dia....seronok tu beb...

mentari dah mula menonjolkan diri.....tapi masih terkawal lagi...panas pagilah katakan...takdelah panas mana pun....suam2 kuku je....

memasuki kawasan perkampung daerah Semenyih/Bangi selepas tol Bangi kat highway Lekas...nyaman..tenang..lapang..hanya itu yg boleh aku katakan kat sini...kawasan ni sebenarnya adalah antara kawasan keluar masuk riders2 yg berbasikal yg nak menuju ke destinasi masing2...tapi pagi tu aku tak nampak sorang pun riders2 kat area ni...mungkin aku dah lambat sikit kot...selalunya klau aku ride kat sini mesti jumpa atleast satu atau dua kumpulan basikal tapi hari tu tak nampak apa pun....

kat kawasan Bangi Lama...antara kawasan berbukit yg terdapat kat sini...ni jelah satu bukit yg ada...selainnya semua flat road je....

pit stop aku...berenti jap melepaskan penat...

mentari dah mula nak menonjolkan bahang dia....

sebahagian dari pekan Bangi Lama...pekan ni taklah besar mana pun..kawasan kampunglah katakan...kedai2 dia pun kebanyakkannya masih kekal dengan kedai2 yg berdindingkan kayu papan...kira2nya masih kekal tradisionallah...walaupun kebanyakkan dari kawasan Bangi Lama ni dah banyak pembangunan...masih ada lagi kampung2 yg mengekalkan tradisi2 lama... syabas..

kat kawasan Kajang Perdana...sekali lagi laluan berbukit terpaksa ditempuhi sebelum nak sampai ke destinasi terakhir...kebanyakkan riders yg dah berkayuh sejauh 60 -70 km...bila sampai kat sini pasti akan mengeluh "huuhhh letih betul aku nak melayan bukit yg penghabisan ni...."...bayangkanlah dah kayuh 60 - 70 km...pastu dah nak sampai rumah kena lak layan antara bukit2 terakhir ni...letih2...ada antara member2 taman aku yg pernah kayuh sama ngan aku...bila sampai kat sini...diaorang terpaksa tolak basikal...katanyalah "nak tercabut rasanya lutut aku"...bagi aku...aku dah takda apa2 dah kat sini...cam biasa je...makin syok lagi adalah...bukan semua rider sama...ada yg larat..ada yg tak berapa nak larat...apa2 pun semuanya bergantung pada diri masing2...tepuk dada tanya basikal..."boleh ke tak boleh........"

kat highway Sg Long....pendakian landai...jugak memeritkan....

kat kawasan belakang rumah aku...kelihatan kat hujung tu adalah tol Sg Log...tol ni terletak berhampiran je ngan rumah aku...yg sebelah tu bukan kawasan rumah aku...kawasan tu adalah kawasan perumahan Twin Palm...kepunyaan businessman dari Singapura...macam manalah kawasan ni boleh terjual kat orang Singapore...hampeh betul....tak boleh jual ke orang2 kite...apasal nak jual kat orang lain pulak...*&^%$#@

jauh menung tu bro....baru 50 km takan dah penat kot...orang kayuh sampai 100 km takda apa2 pun...

berlatar belakangkan pemandangan tol Sg Long...tempat dimana aku selalu memulakan kayuhan untuk ke destinasi2 yg aku rasa aku nak pegilah....dari sini banyak cabang kayuhan aku boleh tuju....terpulang kat mana je yg aku suka...nak dekat aku pegi dekat...nak jauh aku pegi jauh...sekali lagi "tepuk dada tanya basikal"......ok layan jelah bro.....chowwwww.....