Friday, August 27, 2010

MALAM LAILATUL QADAR

MALAM Lailatul Qadar adalah malam penuh keistimewaan yang hanya berlaku pada Ramadan setiap tahun. Pada malam tersebut Allah menganugerahkan keberkatan, kemuliaan, rahmat dan kesejahteraan khusus untuk umat Nabi Muhammad s.a.w.Bagi umat Islam yang berpuasa dan berusaha mencari keistimewaan malam Lailatul Qadar dijelaskan Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada malam Al-Qadar. Tahukah kamu apakah malam Al-Qadar itu? Malam yang lebih baik daripada seribu bulan, turunnya malaikat dan roh (Malaikat Jibril) pada malam itu dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan, malam itu penuh selamat sejahtera hingga terbit fajar.” (Surah Al-Qadar 1-5) Walaupun ayat ini diturunkan, namun Allah tidak menerangkan secara terperinci waktu kedatangan Lailatul Qadar. Umat Islam digalakkan supaya sentiasa memperbanyak amalan salih terutama pada sepuluh malam terakhir. Dijelaskan nilai keutamaan yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu apabila tibanya Lailatul Qadar. Mencari keistimewaan Lailatul Qadar mestilah bermula daripada awal pertama puasa sehinggalah ke malam sepuluh terakhir Ramadan.
Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sabda baginda: “(Iaitu) ada pada Ramadan, oleh itu, hendaklah kamu mencarinya pada 10 hari terakhir. Disebabkan ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu pada malam 21, atau malam 23 atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29 serta pada malam terakhirnya.” (Riwayat Ahmad) Dalam memberi pengertian Al-Qadar, ulama dan ahli tafsir mempunyai pendapat berbeza, antaranya ialah menurut Az-Zuhri, Al-Qadar bererti keagungan, kebesaran, kemuliaan atau kedudukan. Sementara menurut Sayyid Qutb dalam Tafsir Zilalil Quran bahawa Al-Qadar bererti takdir, ketentuan, ketetapan atau nilai.
Menurut pandangan dan pendapat Prof Dr T M Hasbi As-Siddiqiy memberikan erti Lailatul Qadar sebagai malam penuh berkat yang mempunyai keistimewaan, malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bahkan seumur hidup manusia.
Dalam hal ini, Drs Hanafi Mohammad menjelaskan, dalam bukunya Keistimewaan Malam Lailatul Qadar, sesungguhnya malam Lailatul Qadar ada rahsia Allah yang dapat disimpulkan sebagai malam perhubungan mutlak antara langit dan bumi dengan ketentuan Allah. Malam Lailatul Qadar juga terjadi suatu peristiwa besar yang belum diperlihatkan oleh bumi dari segi dalil, keagungan dan kesannya terhadap kehidupan manusia.
Pada malam Lailatul Qadar dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah yang menjadi rahmat besar daripada Allah untuk dianugerahkan kepada manusia.
Seterusnya, malam Lailatul Qadar adalah suatu malam agung, tidak dapat dijangkau oleh kemampuan berfikir manusia yang amat terbatas untuk mencapainya.
Keistimewaan malam Lailatul Qadar ini, Allah menurunkan al-Quran pertama kali kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibrail a.s. Melalui wahyu itulah Nabi Muhammad diangkat Allah menjadi Rasul seperti firman-Nya: “Ramadan, bulan yang diturunkan di dalamnya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara yang hak dan batil.” (Al-Baqarah: 185) Pada malam tersebut juga turunnya malaikat membawa rahmat daripada Allah. Pada malam berkenaan Allah memberi penghormatan, kerahmatan dan kesejahteraan kepada hamba-Nya sampai terbitnya fajar. Orang Islam daripada umat Nabi Muhammad akan memperoleh keampunan dosa daripada Allah, memperoleh rahmat yang besar daripada Allah, memperoleh balasan syurga daripada Allah dan mendapat pujian, kasih sayang, ampunan dan kemuliaan.
Bagi mendapatkannya hendaklah menghidupkan malam dengan beribadat kepada Allah iaitu mendirikan solat malam, berdoa, berzikir, bertadarus dan membaca al-Quran. Hal ini berdasarkan kepada hadis daripada Aisyah r.a. katanya: “Adalah Rasulullah bersungguh- sungguh beribadat pada malam yang akhir, apa yang tidak dilakukannya pada puluhan malam yang lain.” (Riwayat Muslim) Membangunkan ahli keluarga menjelang sepuluh malam terakhir untuk mengerjakan solat malam seperti dilakukan Rasulullah dengan membangunkan keluarganya. Nabi mengikat tali pinggangnya yang bermaksud tidak melakukan persetubuhan dengan isterinya dan sentiasa beriktikaf pada sepuluh malam terakhir.
Oleh sebab kemungkinan datangnya malam Lailatul Qadar itu adalah pada salah satu daripada malam yang akhir, maka dianjurkan untuk mandi antara Maghrib dan Isyak, kemudian memakai pakaian bersih dan indah. Memperbanyakkan beriktikaf dalam masjid pada sepuluh malam akhir Ramadan.
Jelaslah, tiada malam yang dapat menandingi kelebihan dan kehebatan malam Lailatul Qadar. Oleh itu, berusahalah untuk mendapatkannya dengan memperbanyakkan amal ibadat kepada Allah. Walau bagaimanapun, keseluruhan Ramadan adalah bulan sangat istimewa yang belum tentu kita dapat merebut peluang beribadat pada tahun akan datang.
Sesungguhnya, terdapat hikmah Allah merahsiakan malam Lailatul Qadar antaranya supaya umat Islam bersungguh-sungguh beribadah mencari keredaan Allah. Supaya amalan umat Islam dilipatgandakan Allah pahalanya dengan beribadah. Selain itu, supaya hamba-Nya sentiasa suka melakukan sesuatu kebaikan dan amal soleh. Ini juga menjadi pelindung supaya hamba-Nya sentiasa memelihara dan menjaga dirinya daripada segala bentuk kemungkaran dan kejahatan.

Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Monday, August 9, 2010

Selamat Berpuasa

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak pada semua member-member dan riders-riders yang mengenali diri ini...Hayatilah Ramadhan ini dengan sepenuh hati kita kerana sesungguhnya bulan ini penuh dengan nikmat dan rahmat dari Tuhan...
Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.
Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga
"
Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA.(Nizam,Dila,Arief,Aizad,Fariesha,Farah)
Wasalam

Monday, August 2, 2010

Kayuhan Bukit Antu

Date : 01 Aug 2010
Route : TKP24(Tol Sg Long) - Semenyih - Sg Tekala - Bukit Antu(Langat) - Pekan BT 14(Langat) - TKP24
Start Time : 08:45am
Distance : 60km
Riding Hour : 2 hours 40 minutes
Average : 26km/h
Riders : Aku sorang2 je
Pagi tu aku ingat nak kayuh ngan geng MAPLAY gi Kuala Klawang...tak dpt satu loop penuh dapat setengah loop pastu patah balik Kajang pun jadilah...dah sedar seawal 6 pagi dah pun...pastu baring2 jap...tertidur...sedar2 balik dah pkl 8 pagi...kelam kabut siap...tengah dok siap anak lak ajak gi beli sarapan...pegilah beli sarapan dulu...gitu gini dah dekat pkl 08:40pagi...dlm kepala aku agak MAPLAY dah lepas dah ni...aku biarkan jelah...08:45 pg start kayuh...mula2 teragak-agak nak kayuh mana...keluar je Lekas Highway...buat keputusan gi Langat panjat Bukit Antulah...lama dah simpan hajat nak kayuh melepasi Bukit Antu ni...cuma masa je tak berkesampaian...asyik hujan je manjang...sepanjang perjalanan aku tak ada terserempak pun ngan rider2 lain yg nak ke Langat...yg dah nak balik menuju keluar dari Langat ada lah...mungkin aku keluar dah lambat kot...yalah biasa start kayuh dlm 07:30 - 08:00pagi...ni dah dekat pkl 9 baru nak keluar kayuh...matahari pun dah terpacak...mana nak jumpa geng2 kayuh yang lain...apa2 pun layan jelah apa2 yg patut kat bawah ni bro....
di hadapan pintu masuk kawasan Rekreasi Sg Tekala...lepak jap minum kat kedai berhampiran...kena 100 plus...rider2 pun tak ramai pagi tu...selalunya waktu2 cam ni ramai rider2 melepak tapi hari tu...adalah 4-5 orang...mana pegi diorang semua ni...mungkin diaorang gi kayuh kat tempat lain kot....

macam pernah ku lihat deretan kereta2 ni tapi ni mana ya...sebenarnya nilah kereta geng2
MAPLAY...Kereta AJ,Dr Pauzi ngan Pak Brahim...yg ada kereta diaorang je...orang dia semua dah takda gi Kuala Kelawang...tulah Nizam...lain kali nak kayuh keluar pagi2 sikit...ni nak dekat pkl 9 pg baru nak start kayuh...apa hal...sapa nak tunggu...padan ngan muka aku....

pendakian bukit landai sepanjang 1-2 km selepas Sg Tekala...mula2 aku kayuh kat sini dulu perit gak nak daki bukit ni...takdalah tinggi mana pun tapi dia punya landai tu yg memeritkan tu...rasa nak tercabut kepala lutut pun ada...tapi sekarang dah biasa dah walaupun perit tapi seronok...ada gak rider2 yg menolak masa kayuh kat bukit ni...semua riders dia punya stamina ngan fitness mana sama tul tak bro...apa2 pun kita kayuh mau enjoy...tolak pun tolaklah janji kita enjoy bro....

masih lagi mendaki bukit landai selepas Sg Tekala...belum sampai penghujung lagi ni bro...tengok kat belakang macam takda apa2...macam biasa je...tapi cuba kayuh tengok...baru tau perit dia cam mana...

lepak jak...ambik gambar...masa ni adalah 2 rider mtb tengah melepak...tu yg aku berenti jap tu...saja borak2...

antara pemandangan2 menarik kat empangan Semenyih yg sempat aku snap utk tatapan para pembaca blog aku....bagi aku disamping berkayuh ni sebenarnya kita boleh mengambil kesempatan menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan tuhan yg penuh dengan panorama2 menarik yg ada kat sekeliling kita ni...perhatikan dan hayatilah keindahan alam ni...bukan semua tempat kita boleh tengok benda2 cam ni...


jauh menung bro.....bukan apa tapi sebenarnya aku kagum dengan keindahan ciptaan2 tuhan ni...sampai bilalah keindahan alam ni mampu bertahan agaknya...


pendakian sebenar bermula....nilah dia Bukit Antu...aku pun tak tau kenapa tempat ni di gelar Bukit Antu...aku tau nyebut je...kalau nak tau kenapa dia orang gelar Bukit Antu tanya kat otai2 tempat ni...bukit ni panjang dia cuma 3-4km je dari simpang empangan Semenyih tapi keadaan bentuk muka bumi dia agak curam...ketinggian agak mencanak gak lah...senang cite kecuraman dia dianggarkan dalam 60 - 70 darjah...walaupun tak panjang cuma 3-4km tapi mencungap gaklah nak sampai kat puncak ...masa nak daki bukit ni mental mau kuat kalau tak..silap2 haribulan menolak ataupun baru je setengah jalan dah turun patah balik...ramai rider boleh lepas sampai kat puncak Genting Perez yg sejauh 10 km tapi ramai gak riders yg tak berani nak daki Bukit Antu ni walaupun panjang dia cuma 3-4km je...tak caya boleh tanya riders yg selalu berkayuh kat sini...

pokok togel....antara spesis pokok yg unik....

akhirnya berjaya gak aku menawan Bukit Antu...ni adalah kali kedua aku berjaya sampai kat puncak Bukit Antu ni...kali pertama tahun 2008...masa tu aku pakai basikal lama dan berkayuh ngan Rashid..Din dan Firdaus Vios....tapi sekarang cuma aku ngan Rashid je yg masih aktif berkayuh yg lain @#$%^&* hampeh....


masa utk berangkat pulang...kelajuan masa menuruni bukit ni ialah 58km/h...tak berani aku nak kayuh laju2 masa turun bukit ni...dah lah kayuh sorang2...apa2 hal jadi mampus aku...bukannya ada kawan2...takda satu riders pun aku nampak masa aku mendaki ngan masa aku turun bukit ni....

pekan Bt 14 Langat...masa aku sampai kat sini matahari dah mencanak...terasa nak terbakar kulit badan aku....apa2 pun aku enjoy walaupun tak dapat kayuh ngan geng MAPLAY gi Kuala Kelawang...dan nilah jugak kayuhan solo aku yg paling mencabar sepanjang aku berkayuh....selamat berkayuh n see u next time bro....