Monday, December 27, 2010

Kayuhan Penutup Tirai 2010

2010 semakin hampir melabuhkan tirai...2011 pula semakin menonjolkan diri...2010 meninggalkan 1001 kenangan sementara 2011 pula bakal mencatat catatan baru dalam diari kehidupan ini...bermadah pujangga lak aku ni....

oklah bro...petang semlm adalah kayuhan penutup tirai utk 2010...sepanjang 2010 ni...banyak kenangan manis dan jugak kenangan pahit buat aku sepanjang aku berbasikal ni..

antara yg manis..aku ngan group berbasikal aku berjaya menubuhkan kelab berbasikal yang diberikan nama MAPLAY yang diketuai oleh Sifu Zairi,Pak Brahim n member2 Proton Shah Alam...pada riders2 yg belum mengenali group MAPLAY ni...ni link dia...MAPLAY...yg tak manis pulak masa aku jatuh basikal kat persimpangan Sg Ramal - Kajang Utama...alhamdullillah nasib baik tak ada apa2 kecederaan yg serius...
untuk tahun 2010 ni jugak aku cuma berjaya mendapatkan mileage keseluruhan kayuhan aku sejauh lebih kurang 1600km+-....dengan kayuhan yang paling jauh...sejauh 105km(kayuhan ubi rebus ngan member MAPLAY kat Shah Alam)...untuk tahun 2011 yg akan datang ni aku nak cuba buat mileage sejauh 2000km pulak..itupun klau masa tak mencemburui aku...

Dikesempatan ini jugak aku ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada semua member2 MAPLAY(Pak Brahim,Sifu Zairi,Rashid,Bro Yazid,Bro Shakri,Bro Azlan dan yg lain2)atas segala tunjuk ajar anda semua... also special thanks to Doc Pauzi n Bro Man Ciocc(manciocc )kerana sudi berkongsi pengalaman anda selama berbasikal....thanks bro...nice to know n meet all of u guys...
antara gambar2 yg sempat aku snap untuk kayuhan penutup tirai 2010...




Pada semua member2 riders dan pembaca blog...aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kesudian anda semua kerana sudi menjengah blog aku yg tak seberapa ni..klau ada antara ayat2 yg aku gunakan ini menyinggung perasaan sapa2..mintak maaf banyak2lah bro...akhir kata "SELAMAT BERKAYUH dan UTAMAKAN KESELAMATAN SEMASA BERKAYUH serta SELAMAT TAHUN BARU"...ok kita jumpa lagi pada tahun 2011 yg akan datang....akhir kalam disudahi dengan "ASSALLAMMUALLAIKUM"............

Monday, December 13, 2010

Kayuhan Kesihatan Putrajaya 2010

Date : 12 Dec 2010
Route : Sekitar Putrajaya
Start Time : 07:45am
Distance : 50km
Riding Hours - 2 hours 30 minutes
Average : 20km/h
Riders : 220 riders dari sekitar Lembah Klang dan kawasan yang sewaktu denganya
Sehari sebelum event ni aku ada saja2 ajak anak sulung aku berkayuh kat Putrajaya "Long..nak ikut ayah kayuh kat Putrajaya tak utk event Kayuhan Kesihatan Putrajaya"..dia cakap berapa km..aku kata kat dia..dlm 50-60km je..jalan rata tak banyak bukit..yang kayuh pun ramai..lebih dari 100 orang..dia cakap "ok gak yah...orang belum pernah kayuh jauh2 ni..nak trylah"..malam tu aku set semua yg diperlukan bawak masuk dalam kereta..senang siap awal2 ni kalau last2 minit baru nak ambik tu..ambik ni..memang ada je benda yg tertinggal besok..
Lepas subuh dalam sekitar 6:30am aku gerak ke destinasi kayuhan bertempat di Kementerian Kesihatan..Parcel E, Putrajaya...sampai je kat destinasi..aku tengok riders semua tengah dok bersiap sedia dengan basikal masing2..aku ngan anak aku pun apalagi siapkanlah apa yg patut..pastu terus ke tempat permulaan..ramai gak riders2 baru yg sempat aku berbual dengan diaorang..ada satu rider tu tiba2 je tegur nama aku..terperanjat gak aku sebab aku tak kenal dia sapa..pastu dia cakap dia selalu gak melawati blog aku..terima kasih bro kerana sudi menjengah blog saya yg tak seberapa ni..sempatlah gak berborak serba sedikit ngan brother tu..dia cakap dia dari Bangi..selalu join kayuh ngan bro Man ciocc..ok bro selamat berkenalan dan selamat berkayuh...lain kali klau terserempak tegur2lah...ok kita layan cite kat bawah lak.....


sempat aku snap gambar anak aku ngan Pak Brahim n Bro Man Ciocc..Pak brahim ngan Bro Man Ciocc ni kalau sebut je nama diaorang semua riders tau...antara orang paling kuat dan dikenali serta terkenal kat sekitar Selangor n KL..gua tabik springlah sama brother 2 orang ni..kepala pun boleh tahan gak gila2...tak sombong dan tak kedekut ilmu...very friendly...


bergambar sama member2 MAPLAY...turut serta dlm gambar ni anak aku ngan anak bro Yazid ngan bro Ken..

group Maplay n the juniors.....

sebahagian daripada para peserta yang seramai 220 orang...anak aku cakap..dah macam berlumba lak...seronok..semua sporting dan ramah tak sombong...itulah dia kelebihan bila berkayuh...tak kira apa bangsa..bila jumpa mesti akan bertegur sapa..

sedang mendengar taklimat dan penerangan dari pegawai bertugas dan berdoa sebelum peserta dilepaskan beramai-ramai..




seronok kata anak aku...kali pertama aku bawak dia kayuh dalam lingkungan 50-60km...
sebelum ni aku selalu bawak dia kayuh dlm 20-25km je...

keceriaan jelas terbayang kat wajah anak aku..maklumlah pertama kali kayuh ramai2..bukan senang nak dapat kayuh cam ni..beramai-ramai secara berkumpulan..macam dalam LTDL lak......

nak cite sikit pasal rider sebelah anak aku ni...salah sorang otai..nak tau umur dia berapa...kalau aku bagi tau mesti kau orang tak percaya punya..umur dia 75 tahun...kira2nya dia ni pangkat atuk pada anak aku...mula berkayuh pada usia awal 20an sampailah sekarang...dia cakap dia tinggal kat Serdang..selalu join xtvt berbasikal UPM dan dia jugak kenal Pak Brahim...Pak Brahim klau baca blog saya ni..nak tanya sikit "sapa nama otai ni"..tak sempat nak bercerita panjang...nama pun tak sempat nak tanya..cuma dia ada pesan pada anak aku...makan kena jaga...kesihatan pun kena jaga...muda2 lagi berat badan dah nak cecah 100kg..susahlah..nanti macam2 penyakit hinggap..

kat jambatan besi..menuju pit stop pertama kat PICC...

antara view menarik yg sempat aku snap...kayuh2 gak..ambik gambar ambik gambar gak..kayuh klau takda gambar tak seronok...takda feel orang cakap..

PICC ....here we come..

menghampiri PICC...utk pit stop..


kat PICC...sesi bergambar...bro Yazid..Sifu Zairi..bro Ken..Pak Brahim..bro Rahman n aku...





pemandangan dari atas PICC...antara yang anak aku komplen semasa mendaki untuk sampai kat PICC ni"apa tinggi sangat nak naik kat PICC ni yah..tak larat orang nak naik"terpaksa gak aku berenti jap sebelum sampai kat atas...atas permintaan anak aku...takpa..layan jelah permintaan anak aku ni...kayuh ni bukan boleh paksa2..klau tak larat berenti...paksa2 nanti lain lak jadinya...aku gak yg susah..orang kayuh nak seronok2..anak aku kayuh dapat sakit..

berjaya gak akhirnya sampai kat PICC...adalah sekumpulan riders bersorak kat anak aku.."cepat dik...sikit lagi..boleh tu"...pembakar semangat...cayalah bro..

selepas berehat 20 minit..perjalanan diteruskan..gambar yg sempat aku snap kat sekitar dataran Putrajaya...aku terpaksa buat chicken loop sebab anak aku cakap kaki dia dah terasa nak krem...apalagi chicken looplah...ada gaklah 7-8 riders ikut aku masa tu..ada sorang rider tu tanya"bro..nak ikut mana ni.."..aku cakap kat dia"klau nak ikut route seterusnya ada lagi dlm 10-12km...klau ikut chicken loop ni ada lagi 4-5km sampailah kat tempat yg permulaan tadi"..last2 semua ikut aku..



kesemua peserta selamat sampai sekitar pkl 11am..selepas bersarapan apa yg patut(yg disediakan pihak pengajur) ada acara lelongan 2 basikal model MERIDA(latest design) dan 5 cabutan bertuah..3 barangan letrik..1 Blackberry dan satu basikal MERIDA..apa yg aku ngan anak aku dpt pg tu hanyalah keseronakan..lucky draw ni kita taruk belakang..klau ada rezeki dapatlah..klau takda rezeki takdalah...apa yg penting anak aku ngan aku enjoy ride pagi tu..aku rasa semua riders yg ride pagi tu pun pasti punya perasaan yg sama cam aku...walaupun ride pg tu lebih pada ride santai..it`s so much of enjoy n lot of fun...takda sapa kalah..takda sapa menang..takda sapa depan..takda sapa belakang...takda sprinter takda KOM..it`s more on enjoy n fun...ok geng chow dulu...see u next time...enjoy your ride n more important safety first....chowwwwwww

Wednesday, December 8, 2010

Kayuhan Maal Hijrah

Date : 07 Dec 2010(1 Hijrah 1432)
Route : Loop Sg Long
Start Time : 08:30am
Distance : 30km
Riding Hours - 1 hours 15 minutes
Average : 25km/h
Riders : Lone Ranger
Kayuhan bermula agak lewat..dari pkl 07:00am dok menunggu cuaca yg agak tak berapa nak bagus..gelap cam nak hujan pun ada..berkabus pun ada..last2 pkl 08:30am baru start roll..kayuhan pagi tu adalah kayuhan yang paling santai..relax dan bersahaja..takda nak lumba2 ataupun nak kejar apa2..memang santai n coooool je...dengan keadaan cuaca yang agak lembab dan berkabus kat sekitar kawasan berbukit di Sg Long..nak gak aku ajak wife aku kayuh pagi tu tapi basikal yg satu lagi tu tayar lak pancit..yg tengah dalam pambikinan pun frame asyik tergantung je..bilalah aku nak siapkan basikal tu..anak2 aku ngan wife dah asyik dok tanya je bila nak siapkan basikal yg satu lagi tu...aku pun tak tau bila nak siapkan basikal tu...tunggu bajet cantik sikitlah...sekarang ni pulus banyak nak pakai tu... maklumlah hujung2 tahun ni..mana nak beli buku2 sekolah anak2 mana nak beli baju2 sekolah anak2 lagi...sabaujelah labu......
Di kawasan rehat Sg Long..berlatar belakangkan kawasan perumahan TWIN PALM..kawasan perumahan mewah kepunyaan businessman Singapore...




projek basikal 10sp aku yang telah siap sepenuhnya...klau pas ni masih kena tinggal gak lagi ngan member2 MAPLAY...alamat kayuh sorang2 jelah gamaknya...takpun kayuh ngan anak bini aku jelah...senang..dah tentu kat depan je...


pemandangan di Bandar Sg Long..bandar baru yg agak strategik..dengan segala kemudahan infrastruktur tersedia ada..kira2nya macam2 adalah..

oklah geng..see u next round...selamat berbasikal dan yg penting utamakan keselamatan..sekarang ni banyak sangat dengar cite rider kena sondol ngan kete dan moto..so safety first...pada yg kayuh sorang2 tu macam aku ni...perlu lebih berhati-hati lagi k..chowwwwwww

Monday, December 6, 2010

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1432

Dikesempatan ini saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 1432 HIJRAH kepada semua pembaca..member-member riders tak kira dimana jua anda berada dan semoga penghijrahan kita pada tahun baru ini akan lebih bermakna dari tahun2 yang sebelumnya...AMIN YA RABBALALLAMIN....