Wednesday, July 6, 2011

Senaman untuk Kesihatan

Dah hampir 3 bulan aku tak kayuh basikal...dan bukan jugak aku gantung basikal bro...cuma tak kayuh je..dan dalam hampir 3 bulan ni jugaklah aku penuhkan xtvt aku ngan berjogging..seminggu 3 -4 kali gaklah aku berjogging..sekali berjogging aku akan berlari sejauh 5km..dengan masa yg dipantau sekitar 25 - 30 minit untuk setiap 5km..bila dah selalu berjogging rasa seronok lak..tak tau bila nak start ride balik ni...tak tau nak cite pasal apa lg bro...kat bawah ni ada sikit artikel pasal bersenam...artikel ni aku copy paste dari satu laman web..bila umur dah makin bertambah ni tubuh badan kita nak kena jaga gak...sebab bukan senang nak jadi sihat...klau nak badan kita sihat...kenalah usaha lebih sikit dan klau kita dah rasa selesa ngan keadaan kita sekarang ni...tak payahlah buat apa2...tunggu jelah apa lak yg akan menyusul pastu..ok bro kita layannnnn.............



Senaman merupakan satu aktiviti yang mudah dilakukan. Ia perlu dilakukan secara berterusan dan patut menjadi sebahagian amalan harian baik golongan remaja sehingga tua. Walaubagaimanapun sebelum bersenam, anda harus memikirkanbeberapa aspek seperti menjalani pemeriksaan doktor jika anda;

a) Berumur lebih 35 tahun dan tidak bersenam secara regular sebelum ini.


b) Tidak pasti mengenai status kesihatan atau keadaan anda.


c) Mempunyai sejarah perubatan seperti penyakit jantung, masalah paru-paru dan sebagainya d) Obes atau lebih berat badan.



ANTARA KEBAIKAN SENAMAN ADALAH:

1) Mengurangkan paras gula dan lemak di dalam badan.


2) Membaiki pengaliran darah dalam sistem saluran darah tubuh.


3) Mengawal berat badan.


4) Menguatkan jantung.


5) Mengurangkan tekanan jiwa.


6) Membuat anda lebih cergas dan bertenaga.


7) Membolehkan anda tidur dengan nyenyak.



Senaman harus dijalankan dengan betul dan regular. Ia juga harus seimbang dengan jumlah makanan yang kita ambil. Senaman hendaklah dijalankan 3 ke 4 kali seminggu selama sekurang-kurangnya 30 minit agar mendapat senaman yang berkesan. Senaman setiap hari juga adalah yang terbaik.Pilihlah senaman yang sesuai dengan tahap kesihatan anda.


Secara amnya terdapat 3 fasa senaman iaitu;


Fasa Pertama -Senaman selama 5 - 10 minit untuk memanaskan badan seperti pergerakan bebas dan senaman regangan. Ini bertujuan untuk menyediakan tubuh dengan aktiviti yang lebih tinggi.


Fasa Kedua -Ini merupakan senaman yang sepatutnya iaitu selama 20 hingga 30 minit. Contohnya berjoging, berbasikal, bermain badminton, bersenam dan sebagainya



Fasa Ketiga -Ia sama seperti senaman fasa pertama iaitu untuk menyejukkan badan. Ia bertujuan untuk mengelakkan kecederaan otot. Senaman ini juga mengambil masa 5 hingga 10 minit.


PETUA-PETUA UNTUK SENAMAN:


1. Sebelum memulakan aktiviti senaman, dapatkan nasihat doktor.Pastikan dimana tahap kecedasan anda.


2. Mulakan senaman yang ringan mengikut kemampuan anda dan tingkatkan dari masa ke semasa.


3. Pakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai.


4. Jangan duduk terus selepas anda berhenti bersenam.


5. Kekuatan senaman harus mencapai tahap kadar nadi 120 - 150 kali seminit.


6. Jangan bersenam jika paras glukosa dalam darah anda tinggi atau kira-kira 2 jam selepas makan.


7. Jangan bersenam jika anda sakit atau berasa kurang selesa.


No comments:

Post a Comment