Monday, January 17, 2011

Ride 4 Gaza

Ride 4 Gaza adalah kayuhan pertama aku untuk tahun 2011...barulah ada masa sikit untuk aku ride...maklumlah tempoh 2 minggu awal tahun 2011 ni macam2 hal ada...kena pulak aku ada anak yang baru masuk darjah satu...tu yang sibuk sikit tu...penat melayan kerenah anak yang baru masuk sekolah ni...apa2 pun alhamdullillah semua dah settle...barulah boleh pikir pasal nak ride pulak...ride 4 gaza ni sebenarnya member2 Jalan kat taman aku...group KRKTKP24 dah plan untuk kayuh sejak seminggu lepas lagi...nampak gayanya member2 aku ni macam nak buat come back je...tapi tak taulah adakah akan ada lagi kayuhan beramai-ramai selepas ride 4 gaza ni ataupun ini ada adalah kayuhan pertama dan terakhir untuk tahun 2011 ni secara beramai-ramai...mintak2 semoga selepas ini group KRKTKP24 ni akan terus berkayuh dan berkayuh untuk mengimarahkan lagi suasana kat jalan TKP24 ni...semoga akan ada lagi kayuhan selepas ni...itu harapan aku...takdelah nanti aku asyik kayuh sorang2 je...ride 4 gaza semalam seronok dan menghiburkan...santai dan relak...maklumlah 17km je...walaupun kayuhan ni hanyalah 17km saja tapi cukup untuk aku dan riders2 yg lain memberikan sokongan untuk saudara seislam di Gaza yang sedang bertarung mempertahankan tanah air mereka dari dijajah oleh rejim2 zionis laknaktullah...mudah2an mereka mendapat perlindungan dari ALLAH S.W.T.... kayuhan kali ni jugak lebih pada kayuhan beramal sambil bersedekah untuk penduduk2 di Semanjung Gaza,Palestin....ok kita layan gambar kat bawah ni...
persiapan terakhir sebelum berangkat ke destinasi yg nak dituju...aku ngan beberapa jiran2 aku sedang menyusun basikal yang hendak dikayuh...keseluruhannya terdapat lebih kurang 16 buah basikal...10 buah basikal racing dan 6 buah basikal bukit...

ikat jangan tak ikat...kang adalak yang cicir tengah jalan nanti...

ni pulak kat tempat parking kereta...dimana event akan berlansung di hadapan bangunan Palace of Justice... kelihatan jugak wife ngan anak2 aku serta orang rumah jiran2 aku.. turut sama dalam event ni...walaupun tidak sebagai peserta tapi cukup utk memberi sokongan pada semua....

members of club KRKTKP24...nak cite sikit pasal kelab KRKTKP24 ni...kelab ni ditubuhkan sekitar tahun 2007...dengan keahlian seramai 80 orang...nama kelab KRKTKP24 ni diambil sempena nama jalan di mana aku ngan jiran2 aku tinggal iaitu Jalan TKP 24...kelab ini jugak adalah sebuah kelab yang berdaftar....KRKTKP24 ada singkatan dari "KELAB REKREASI dan KEBAJIKAN TKP24"....alhamdullillah semenjak ditubuhkan bermacam-macam xtvt telah berjaya diadakan...senang kata macam2 adalah kat TKP24 ni...dari kenduri-kendara sampailah ke hari keluarga...kemeriahan kat jalan aku ni jugak telah menjadikan jalan2 lain cemburu dengan apa yg ada kat sini....BRAVO KRKTKP24....mudah2an keakraban yang telah lama terjalin ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat semua dan semoga dirahmati dan dilindungi olehNYA...AMIN...

Junior aku yang nombor 2....

Junior aku yang no 1....bergambar kenangan ngan bekas2 pelumba negara...

aku ngan M Kumaresan...bekas pelumba negara yang telah banyak mengharumkan nama negara dipersada dunia dalam sukan berbasikal...

Junior2 aku....si kurus dan si gemuk...jangan marah ha...

pemandangan disekitar tempat berlangsungnya ride 4 gaza...berhadapan ngan bangunan Palace of Justice...dianggarkan sekitar 1000 peserta berbasikal telah berdaftar untuk ride 4 gaza ni...

dihadapan bangunan Perbadanan PutraJaya....

sebahagian daripada peserta...

perasmian dilakukan oleh Dato Shaberi Chik...Menteri Belia dan Sukan...
ahli2 Kelab KRKTKP24 bergambar sebelum kayuhan dimulakan....

junior aku ngan member dia...jiran anak aku gak ni...sebahagian dari ahli KRKTKP24...

cayalah bro....badan kasi turun sikit berat dia ...

dapat aku jumpa sekali lagi ngan Pak Cik ni...sebelum ni aku jumpa dia semasa Kayuhan Kesihatan PutraJaya...umur dia 75 tahun...dia bagi tau aku seminggu sekali dia akan berkayuh sejauh 100km dari rumah dia kat Serdang...cayalah Pak Cik....umur dah menjangkau 75 tapi tetap aktif....

Menteri Belia dan Sukan...Dato Shabery Chik turut serta berkayuh beramai-ramai dengan para peserta kayuhan Ride 4 Gaza...



pagi tu tak sangka lak Doc Pauzi pun ada sama2 ride 4 gaza...aku ingat dia kayuh kat Le Tua 100..tapi dia cakap badan tak berapa nak sihat sejak hari jumaat lagi...terpaksa cancel walaupun dah bayar...sempat gak aku tarik ngan Doc Pauzi ni sepanjang 10km...cecahlah 35-38km/h....cayalah Doc...

otai....aku rasa aku dah jadik sebahagian dari rider2 otai...yelah umur masuk tahun 2011 dah nak cecah 41...dah tua dah bukan muda lagi...
wajah2 kelesuan dari junior2 aku....baru 17km belum 50-60km lagi...rileklah bro...
senyum jangan tak senyum....senyum dalam kelesuan....tapi enjoy...
ni tunjuk no 1 ke no 100 ni....

wife aku ngan wife bro Rashin...turut sama memberi sokongan utk ride 4 gaza ni...

makan time...disediakan oleh wife aku ngan wife bro Rashin dibantu oleh wife bro Banzai...macam2 gaklah juadah disediakan....khas untuk ahli kelab KRKTKP24...tq sis...


anak aku ngan anak bro Banzai bikin kecoh....seronok betul budak2 ni...diaorang lak yg lebih aku tengokkan....

peace......no war please...

anak dara aku....

santai selepas habis kayuhan....happy je semua....

wajah2 keceriaan dari junior2 KRKTKP24.....keseluruhan kayuhan semuanya aku tengok enjoy...mudah2an selepas ni kita akan berkayuh lagi sebagai sebuah pasukan...dan diharapkan kayuhan ini tak akan berakhir disini....

Tuesday, January 11, 2011

Kayuhan Dari Junior Aku

Salam dan Selamat Tahun Baru pada semua riders2 kat luar sana...tahun 2011 ni aku masih belum berkesempatan lagi untuk berkayuh long distance...cuma kayuh setakat 20 - 30km je..gian dah nak kayuh jauh2 ni... cuma masa je belum sampai...agak sibuk sikit...almaklumlah awal2 tahun ni...keje banyak...sekolah pun baru je mula...tu yg sibuk memanjang je tu...nak gi sanalah...nak gi sini lah..anak suruh beli tulah...beli ni lah...mungkin seminggu dua lagi...baru reda sikit kut...pas tu baru boleh kayuh jauh2 sikit...secara solo ataupun berkumpulan ngan MAPLAY CYCLING CLUB...
oklah kayuhan kali ni dalah kayuhan dari anak aku ngan member2 sekolah dia...saja aku update dalam blog ni...nak buat cite...apa2 pun layan jelah...ok gak gambar yang dia snap ni....macam2 yang selalu aku ambik gaklah....nak cite banyak2...bukan aku yg ride...tak tau apa nak cite...kayuhan anak aku ni sekitar Kajang dan Sg Long...aku tak bagi dia kayuh jauh2 sangat...selalu kayuh ngan aku...boleh aku tengok2...ni kayuh ngan member...takut gak nak lepas..tau2 je lah budak2...bila ngan member lain sikit ragam dia....ok layan jelah gambar2 kat bawah ni...