Monday, March 28, 2011

Kayuhan Kajang..Langat..Cheras Baru

Date : 26 Mar 2011 Route : Tkp24 - Langat Bt 14 - Bukit Ampang(Menara Tinjau) - Cheras Baru - TKP24 Start Time : 08:00am Distance : 50km Riding Hours : 2hours 5 minutes Average : 25km/h Riders : Aku

Kayuhan semalam adalah kayuhan yg mencabar fizikal dan mental aku...dimana cabaran adalah semasa mendaki bukit Ampang dari pekan Bt 14 Langat...walaupun pendakian cuma sekadar 5 atau 6 km saja...tapi pada satu selekoh sebelum sampai ke bekas tempat pembuangan sampah..kecuraman dia perghhhhhh...rasa nak menolak basikal pun ada...tapi aku gagahkan jugak untuk sampai ke puncak bukit...dengan ini aku dengan sendirinya mengistiharkan aku telah berjaya menawan kebanyakkan bukit di sekitar daerah Ulu Langat tanpa menolak basikal...termasuk Bukit Puyuh..Genting Perez..Bukit Antu..Bt Kg Limau Manis(kat Bangi)...dan yg terbaru Bukit Ampang/Langat(kat Menara Tinjau Ampang)...seronok bila dapat daki bukit sampai kat puncak dia ni...walaupun mencabar...dia punya klimak hanya riders2 je yang tau...betul tak bro...ok kita layan gambarlah pulak....

kayuhan bermula dari rumah...pemandangan ni kat tol Sg Long(belakang rumah aku)
Melepasi pekan Bt 9 Langat... Kat Masjid pekan Bt 14 Langat...dari pekan nilah pendakian ke Menara Tinjau bermula... sempat ambik gambar sendiri lagi tu masa tengah mendaki... antara kawasan pendakian yg sempat aku snap... kat puncak bukit...dimana terletaknya Menara Tinjau...apa yg aku tau Menara Tinjau ini dibina khas utk pelancong2 menikmati panorama Kuala Lumpur dari paras ketinggian yg aku sendiri tak pasti...boleh tahan gak tempat dia...restoran pun ada...klau bawak family pun ok gak...tempat yg menarik utk dilawati... jelas terbayang kepuasan bila pendakian dapat dihabiskan sampai ke puncak...walaupun pada satu ketika kelajuan hanya 5km/h tapi aku gagahkan jugak untuk sampai kat puncak...

masih lagi kat kawasan puncak berhampiran Menara Tinjau...bergambar berlatar belakangkan Bandar Raya Kuala Lumpur...cantik dan menarik...



kat rumah mak aku kat Cheras Baru...dah 4 tahun berkayuh...nilah kali pertama aku berkayuh sampai kat rumah mak aku...terperanjat mak/ayah aku bila tengok aku sampai kat sana ngan basikal...


ok geng kita jumpa lagi next time...see u ...SALAM semua...

Monday, March 21, 2011

Kayuhan Bersahaja

Dari minggu lepas lagi aku nak berkayuh tapi tak berkesempatan disebabkan hujan je memanjang...nak buat cam mana klau dah hujan...carik xtvt lainlah gamaknya hari tu...minggu ni pun cuaca tak berapa nak memberansangkan jugak...asal pagi je langit dah gelap nak hujan...tapi semalam alhamdulillah cuaca ok...apalagi masa untuk berkayuhlah...
Date : 20 Mar 2011
Route : Tkp24 - Pekan Bt 9 - Bukit Mahkota - Sg Long - TKP24
Start Time : 08:00am
Distance : 30km
Riding Hours : 1 hours 20 minutes
Average : 22km/h
Riders : Aku - Junior Aku - Rashin
Kayuhan pagi tu agak bersahaja...mula2 plan anak aku ajak gi Bangi lama...pastu aku perasan Rashin pun nak kayuh gak..aku tanya dia nak kayuh mana...dia cakap nak layan flat road je...gi pekan Bt 9...apalagi aku pun tukar plan...ikut Rashin...trafik pagi tu pun tak sibuk...maklumlah hari minggu...ramai plan duduk rumah je kut...apa2 pun kita layan gambar kat bawah ni k.....
junior aku....sibuk nak ajak kayuh....



masih kat dalam kawasan taman aku....

kat highway Cheras - Kajang...keadaan lalu lintas agak tenang...tak macam hari2 bekerja...sesak ngan kereta...

junior aku...form 2...


masih lagi kat highway Cheras - Kajang...

kat kawasan kuari Sg Long...lama tak kayuh kat sini...pagi tu aku masuk kat sini...habis semua bukit dah gondol...nak buat kawasan perumahan...apalah yg tinggal nanti...ada bukit...bukit dah gondol...ada hutan...hutan kena tarah...itulah dia pembangunan sejagat...semua nak buat duit...semua nak kaya...dah tak pikir benda lain dah...pedulikkanlah dengan alam sekitar...apa nak jadi2lah...janji boleh buat duit...boleh kaya...

aku...junior aku n Rashin...baru pkl 09:00 pg...tapi matahari nah terik...terasa bahang panas sang mentari membakar diri...

acara wajib...bergambar beramai-ramai...tak ramai mana pun...3 orang je...

keceriaan jelas terbayang pada riak wajah anak aku...seronok ada...penat pun ada...biasalah klau berkayuh tak penat tak seronok...

walaupun kayuhan sekitar 30km je...tapi puas sebab dapat berkayuh...walaupun dah 2 minggu tak berkayuh akibat daripada keadaan cuaca yg tak berapa nak mengizinkan....