Saturday, April 30, 2011

Cuti kat Langkawi

Lama tak bawak anak2 gi cuti...hari tu aku ambik cuti 3 hari bawak anak2 gi cuti kat Langkawi...dekat setahun booking tiket Air Asia ni...baru leh gi cuti kat Langkawi...nak gi cuti on the spot naik kapal terbang...tiket mahal tu bro...nak tak nak...booking gak lah wlaupun lepas setahun baru boleh bercuti...oklah apakata kita layan gambar2 kat bawah ni...



keindahan pantai kat Pantai Cenang...



kat pekan Kuah....







menarik dengan pantai yg bersih...putih


hilang stress bila lepak kat tempat2 cam ni...




sekitar kawasan chalet yg aku sewa...Grand Beach Motel,Pantai Cenang...cantik...menarik...next time klau aku gi Langkawi lg...aku akan carik tempat ni..


kat Porto Malai...aku tengok kat sini macam mati je....tempat menarik tapi takda apa2...




pemandangan dari tempat member lama aku...Frangapani(4 start hotel)...member aku ni dia manager spa kat sini....


kat rumah Lagenda Langkawi...Mahsuri...








anak2 aku seronok bermain pasir kat pantai depan chalet yg aku sewa......










chalet yg disewa....comel tapi kira oklah...




antara gambar yg menarik yg aku snap....



suasana senja kat Langkawi...



ok Langkawi...next time aku akan sampai lg...banyak tempat gak yg belum aku sempat pegi...nak gi cammana hari hujan...cable car pun takleh naik...diaorang buat full service...1 May baru bukak balik...frust betul.....

Sunday, April 17, 2011

Bukit Antu

Tarikh : 17 Apr 2011
Waktu : 08:00am..Destinasi : TKP24 - Sg Tekala - Empangan Semenyih - Bukit Antu - Pekan Bt 14 Langat - Sg Long - TKP24
Jarak : 60km..Masa : 2 jam 40 saat
Purata Kelajuan : 24km/j
Rider : Aku ngan anak aku...
Kali ni destinasi aku ialah menawan Bukit Antu sekali lagi untuk kali yg ketiga...kali ni bukan solo tapi berdua ngan anak aku bersama basikal polygon yg aku dah baik pulih setelah sekian lama tergantung kat dlm bilik air rumah aku...dengan keadaan cuaca yg baik...kayuhan dimulakan dari rumah tepat pkl 08:00am...dan kayuhan ini adalah kayuhan yg pertama bagi anak aku bersama-sama ngan aku dengan jarak melebihi 60km...tapi anak aku cakap "selamba jelahlah yah...penat kang kita berenti jelah.."ok kita jalan....bermulalah pengembaraan...cam cite upin-ipin lak...bukan pengembaraan utk aku bro...tapi utk anak aku...first time dia nak panjat Bukit Antu ni...selalu dengar cite je...tpi kali ni baru dia cammana Bukit Antu tu...ok bro kita layan lak gambar kat bawah ni k....


melepasi pekan Semenyih...trafik ok ...kete pun tak banyak...

kat Sg Tekala...kepenatan...rilek bro...ada lagi 40km...ni baru permulaan dia je ni...

basikal polygon aku yg dah lama tergantung...bergerak gak akhirnya...bukan utk aku tapi utk anak atau wife klau dia orang berminat nak berkayuh sama2 ngan aku...

basikal champion...old stail...

bersedia utk kayuhan seterusnya ke Empangan Semenyih...ready bro...bukit makin banyak untuk didaki....

Kat Empangan Semenyih...tempat yg selalu aku berenti untuk bergambar...view yg cantik...pemandangan yg menarik...

anak ngan bapak bergambar....like father like son...

menarik tu bro....

ni pulak kat puncak Bukit Antu....walaupun ada sekali tu aku terpaksa berenti sebab anak aku dah tak larat...kejap je tak sampai 2 minit pun...aku paksa gak dia kayuh... aku cakap ngan dia bila tengah daki bukit jangan berenti...kayuh je walaupun terpaksa berkayuh dlm keadaan yg paling perlahan sebab sekali kita dah berenti...nanti nak kayuh balik susah sebab kita dlm keadaan mendaki...

alhamdulillah...anak aku cakap dia enjoy walaupun dia tak sangka rintangan dia pergghhhh...sampai naik kebas punggung...
oklah bro kita jumpa lagi pada sesi yg akan datang...ASSALLAMUALLAIKUM...dan selamat berkayuh...SAFETY FIRST Bro...

Friday, April 15, 2011

Tazkirah Jumaat

Anak : Amanah Allah untuk kita

Petang-petang begini teringat masa kat kampong dulu-dulu.Masa kecik dulu waktu beginilah waktu bermain dengan kawan-kawan.TAk kira siapa pun kawan kita baik bangsa cina mahupun india,kita tetap ikhlas untuk merasai keseronokkan hidup didunia yang sementara.Pelbagai jenis permainan dapat dimainkan bersama tanpa ada rasa cemburu mahupun dengki. Ianya cukup akrab hinggalah membawa kedalam mimpi. Begitulah dunia kanak-kanak yang manis untuk dikenang.Kini dunia tuh sudah berlalu begitu lama.Apa yang ada dihadapan sekarang ini adalah wajah anak-anak yang lahir dari zuriat kita yang diizinkan oleh Allah. Anak-anak ini pula menjalani sesi yang pernah kita lalui suatu waktu dahulu.Seronok sungguh melihat keseronokkan mereka melakonkan watak kanak-kanak ditaman permainan.Dunia anak-anak adalah secebis rasa syurga yang Allah berikan pada manusia yang belum mumaiiz.Anak-anak ini secara sifat tabie yang Allah ciptakan, memerlukan kasih sayang daripada ibu mahupun bapa.Walaubagaimana hebat sekalipun ibu dan bapanya,jika tidak dapat hidup bersama dengan anaknya,pasti anak itu tidak akan hebat dan ditakuti akan terbiar.Walaupun ayahnya seorang ustaz yang mengajar agama didunia glamour tv berbayar sekalipun, jika wajah anak hanya ditatap setahun sekali,pasti anak itu kekurangan kasih sayang.Bila ini berlaku,saat kehancuran dalam masyarakat akan berdenyut sedikit demi sedikit.Bila anak tidak dapat merasai kasih bapa,diakhirat kelak akan dipersoalkan kemana perginya kasih yang sepatutnya kita beri pada mereka.Mengapa kita menafikan kewujudan anak-anak anugerah Allah ini kepada kita dengan tidak menghiraukan mereka sewaktu mereka sedang membesar?Apakah terlalu sibuk kita mencari rezeki sehinggakan lupa bahawa anak-anak kita bukan mahukan wang yang kita cari, tetapi mahukan tubuh badan ayahnya agar dapat membelainya disaat dia sedang mencari makna hidup didunia ini.Setiap minggu ayahnya muncul diTV berbayar yang kandungannya adalah tentang agama.Berceritalah siayahnya dengan pelakon yang lain tentang akhlak,tauhid dan sebagainya.Sianak di hujung bumi sana melihat ayahnya dengan hanya mampu melaung 'ayah!!!!!'. Manakan ayahnya dengar kerana ayahnya 'didalam' TV berbayar itu. Begitu rindu anak itu pada ayahnya walaupun ibunya sudah putus rindu buat ayahnya mungkin selamanya.'Ayah, kenapa tidak mahu tidur bersama kami lagi?Kami ini terlalu burukkah buat ayah?' Setiap malam anak-anak merindui tubuh badan ayahnya.Dulu anak-anak itu dapat 'bergusti' bersama ayahnya dan dapat merasa kepala diusap oleh ayahnya,tetapi kini hanya cermin pada tv berbayar itu sahaja untuk mereka melepas rindu.Hanya mereka yang nampak ayahnya tetapi ayahnya tidak dapat melihat mereka.Satu ciuman seorang ayah kepada anak-anaknya adalah lebih berkah daripada wang RM15,500.00. Walaupun ciuman itu nampak mudah tapi kesan dari ciuman itu akan membawa anak-anak kesyurga dan dibawanya kita sekali kesana. Sedangkan duit rm15,500 akan habis dalam masa 34jam sahaja. Sedangkan Nabi Mohammad hanya membiarkan cucun-cucunya husin dan hasan duduk diatas badannya ketika beliau solat hanya untuk menunjukkan betapa kasihnya beliau pada anak-anak.Sebelum mata ini terpejam selamanya,tengoklah kemana pergi anak-anak kita dikala ini. Mungkin ketika dibawah jagaan kita,mereka selamat,tetapi bila mereka besar nanti takut mereka bergelumang dengan dosa.Oleh itu buat sang ayah, uruslah ego yang Allah ciptakan pada diri kita dengan sebaiknya.Biarlah kita seadanya daripada mengada-ngada yang tak sepatutnya ada.Anak itu anugerah Allah yang wajib diberi kasih sayang.Lihat seperti kisah seorang ayah yang bergadai nyawa untuk membawa lari anak-anak dari sebuah negara yang bernama Australia demi atas nama Allah.Inikan kita yang anak-anak hanya ada didepan mata.

Untuk peringatan pada member2 kat luar sana dan pada diri aku jugak...jadikanlah anak2 kita sebagai kawan bukan lawan...lebihkanlah ruang masa kita utk anak2 kita...mudah2an diaorang akan lebih rapat ngan kita...Assallamuallaikum