Monday, February 13, 2012

Kayuhan Sekitar Kajang n Bangi

Kayuhan kali ni aku layan sekitar Kajang ngan Bangi je melalui Lekas Highway...menempuh dua bulan pertama tahun baru yg agak sibuk ni membuatkan xtvt riadah aku sedikit terganggu dek kesibukkan masa kat office dan jugak kesibukkan anak2 aku dlm menempuh permulaan sesi persekolahan dia orang...walaupun agak sibuk aku cuba sedaya yg termampu untuk beriadah...tak dpt lama kejap pun jadilah...tak dpt kayuh jauh2 kayuh dekat2 pun jadilah...asalkan peluh boleh keluar...dah kira oklah tu...klau nak cakap sibuk...semua orang sibuk...mana ada yg tak sibuk...dah melepasi angka 40 ni kesihatan kena jaga sikit...bukan sikit tapi banyak bro...klau tak nanti macam2 penyakit menyinggah...so the best way...walaupun sibuk macam mana sekalipun luangkanlah masa kita sikit untuk beriadah...bila keluar peluh tu badan pun rasa bertenaga...dari kita layan tidur sampai ke tengahari...lagi baiklah kita gi jogging ke...berbasikal ke..atau buat jelah apa2 xtvt supaya kita dpt keluarkan peluh kita...jangan sampai dah kena sakit tu..sakit ni baru nak beriadah...takut terlambat nanti bro...bukan nak kata yg aku ni terror ke...aktif bersukan ke..apa2 ke...tapi sekadar nak berkongsi info je bro...sekadar ingat mengingati sesama kenkawan je...info baik apa salahnya kita kongsi sama2...faedah dia pun untuk sesama kita jugak...


sang mentari pagi menyinari bumi...suasana pagi kat laluan Sg Long...laluan kegemaran utk aku berbasikal...laluan ni jugak adalah laluan yg selalu digunakan oleh kebanyakkan rider basikal yg lain...riders2 sekitar Kajang ngan Bangi pasti dah biasa ngan laluan kat sini...



tol Sg Long...


selepas melepasi tol Sg Long...



maka bermulalah pendakian berbukit yg memerlukan keadaan fizikal dan mental yg kuat...bukan apa...kalau aku berkayuh dari rumah aku...mula2 aku akan jumpa bukit...pastu bukit lg...lepas bukit aku jumpa bukit lg...senang cite bukit jelah memanjang...dah tu nak buat cam mana...dah tinggal pun kat tempat yg berbukit bukau...layan jelah...


peneman setia aku...walaupun kenkawan aku yg lain dah ramai yg upgrade basikal diaorang dengan basikal yg beribu-ribu rege dia...biarlah aku dengan apa yg aku ada sekarang...asalkan aku boleh kayuh sudah...mahal ke ...murah ke..bukan persoalan dia...yg penting boleh kayuh...


kat kawasan rehat tol Kajang Selatan...selepas layan area Bangi...


steady bro...


biar basikal tak mahal...tapi gaya mau mahal...hee hee hee...jangan marah ha...ok geng.. kita jumpa pada kayuhan akan datang...AS SALAM.....

Friday, February 3, 2012

SAAT IBLIS MENEMUI AJAL

Abu Laits Samarkandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Afnah bin Qays berkata: Saya pergi ke Madinah ingin bertemu dengan Omar bin Al Khattab RA, tiba-tiba saya bertemu dengan Ka’bul Ahbaar yang menceritakan dalam suatu majlis, “Ketika Adam AS sedang menghadapi saat kewafatan, baginda berkata: “Ya Rabbi, musuhku pasti akan mengejek padaku jika ia melihat aku telah mati, padahal ia diberi hingga hari kiamat”.


Maka di jawab Allah SWT: “Hai Adam, kamu langsung menuju ke syurga, sedang si celaka (iblis) ditunda hingga hari kiamat supaya merasakan sakit maut, sebanyak makhluk yang pertama hingga yang terakhir”. Lalu nabi Adam AS pun bertanya kepada malaikat Izrail: “Sebutkan kepadaku bagaimana rasa pedihnya maut”. Sesudah diterangkan oleh malaikat Izrail, nabi Adam AS pun berkata: “Tuhanku, cukup!! cukup!!”


Maka gemuruhlah suara para hadirin berkata: “Hai Abul Ishaq, ceritakan pada kami, bagaimanakah ia merasakan maut, pada mulanya Ka’abul Ahbaar menolak, tetapi kerana didesak, maka ia berkata: “Jika dunia sudah akhir dan hampir ditiup sangkakala, sedang orang ramai di pasar sedang sibuk bertengkar dan berdagang, tiba-tiba terdengarlah suara yang sangat keras di langit, sehingga separuh penduduk bumi pengsan kerananya selama tiga hari.


Bagi mereka yang tidak pengsan bingung bagaikan kambing ketakutan. Dalam keadaan hirik pikuk sedemikian, maka terdengarlah lagi satu suara gemuruh bagaikan suara halilintar yang sangat keras bunyinya, maka tidak seorangpun melainkan mati kerananya dan kesemua manusia, jin, binatang, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain makhluk mati, maka tiba giliran iblis laknatullah pula untuk merasainya.


Maka Allah SWT pun memerintahkan malaikat Izrail: “Aku telah menjadikan padamu pembantu sebanyak orang yang pertama hingga yang terakhir dan Aku telah memberikan kekuatan penduduk langit dan bumi dan kini Aku pakaikan kepadamu pakaian murka dan kemarahan, maka turunlah dengan membawa murka dan kemarahanKu kepada si celaka dan terkutuk iblis. Maka rasakan kepadanyakepedihan maut yang telah dirasakan oleh orang yang terdahulu hingga terakhir dari jin dan manusia, berlipat-lipat ganda, dan hendaknya kamu membawa tujuh puluh ribu malaikat yang kesemuanya penuh rasa murka dan kecemasan, dan tiap malaikat Zabaniyah membawa rantai dari neraka Ladha, dan cabutlah dengan tujuh puluh ribu bantolan dari neraka Ladha, dan beritakan pada malaikat Malik supaya membuka pintu-pintu neraka”.


Maka turunlah malaikat Izrail dengan bentuk yang sangat mengerikan, sehingga andai kata seluruh penduduk langit dan bumi dapat melihat bentuk yang mengerikan itu niscaya akan cair kesemuanya kerana tersangat ngeri akan keadaan bentuknya, maka apabila sampai kepada iblis laknatullah dan dibentaknya sekali sahaja, langsung ia pengsan dan berdengkur dan andaikan dengkur itu dapat didengari oleh penduduk timurhingga barat, niscaya pengsanlah kesemuanya.


Setelah sedar iblis laknatullah, lalu malaikat Izrail pun membentak iblis laknatullah sekali lagi: “Berhentilah hai penjahat!!!, kini aku rasakan padamu kepedihan maut sebagaimana dirasakan oleh banyaknya hitungan orang yang telah engkau sesatkan dalam beberapa abad yang engkau hidup, dan hari inilah hari yang ditentukan oleh Tuhan bagimu, maka ke manakah engkau akan lari!!”


Maka larilah iblis laknatullah lari ketakutan ke hujung timur, tiba-tiba malaikat Izrail muncul di hadapannya. Lalu iblis laknatullah pun menyelam ke dalam laut, namun malaikat Izrail tetap muncul di hadapannya, lantas ia dilemparkan oleh laut, maka ia berlari keliling bumi, namun tetap tidak ada tempat untuknya berlindung. Kemudian iblis laknatullah berdiri di tengah dunia di kubur nabi Adam AS sambil berkata: “keranamu aku telah menjadi celaka, duhai sekiranya aku tidak dijadikan”. Lalu ia bertanya pada malaikat Izrail: “Minuman apakah yang akan kau berikan padaku dan dengan siksa apakah yang akan kau timpakan kepadaku?”


Malaikat Izrail pun menjawab: “Dengan minuman dari dari neraka Ladha dan serupa dengan siksa ahli neraka dan berlipat-lipat ganda”, maka bergulingan iblis laknatullah di tanah sambil menjerit sekeras suaranya, kemudian berlari ketakutan dari barat ke timur dan patah balik dari timur ke barat dan sampai ke tempat mula-mula ia diturunkan ke muka bumi ini.Maka malaikat Zabaniyah AS pun menghadang iblis laknatullah dengan bantolan-bantolan dari neraka Ladha.


Bumi ini bagaikan bara api, sedang iblis laknatullah dikerumuni oleh malaikat Zabaniyah dan menikamnya dengan bantolan-bantolan dari neraka itu.Tatkala iblis laknatullah mula merasai sakratul maut maka dipanggil nabi Adam AS dan Siti Hawa untuk melihat keadaan iblis laknatullah itu, maka bangkitlah keduanya untuk menyaksikannya. Sesudah melihat, maka keduanya berdoa: “Ya Tuhan kami, sungguh engkau telah menyempurnakan nikmatMu pada kami”.

Wallahu’alam…