Solat Sunat Tahajjud
Solat Tahajjud adalah solat malam 
yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara 
bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut 
dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan 
para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
 “Dan
 pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu 
ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat
 yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)
.
Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah
 solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga
 suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus
 segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi
 penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)
Tujuan Solat Tahajjud
- Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
 - Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
 - Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
 - Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
 - Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
 
Cara mendirikan Solat Tahajjud
Solat Tahajjud dilakukan tiada had 
rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat 
satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi 
dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,:  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
.
1.  Sebelum mengerjakan solat Tahajjud baca doa berikut
.
2.  Niat solat Tahajjud:
Daku menunaikan solat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
3.  Surah selepas Al-Fatihah:
a)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)
Atau;
b)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas
c)
Rasulullah SAW membaca 10 ayat terakhir, surah Al-Imran, pada solat Tahajjudnya.
.
4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:
.
5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:
.
6.  Doa Solat Sunat Tahajjud
.
.
KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD
- Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
 - Doa dimakbulkan Allah.
 - Memperolehi ketenangan jiwa.
 - Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
 - Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
 - Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
 - Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
 - Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
 - Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
 - Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
 - Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
 - Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
 - Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
 - Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
 - Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
 - Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
 - Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
 - Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
 
.
Memudahkan solat malam
- Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan solat tahajjud.
 - Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
 - Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
 - Membaca ayat-ayat Al-Quran.
 
.
Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa
 yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan solat 
sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat 
niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai 
kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)
No comments:
Post a Comment