Kisah dari 
Abdullah bin Dinar, di mana beliau pernah berkata; aku telah keluar 
bersama Umar Al Khattab ke Mekah. Tatkala itu turun seorang budak 
pengembala dari atas bukit yang berdekatan dengan kami.
Umar pun 
berkata mahu menguji budak gembala itu, "Wahai budak gembala, engkau 
jualkan saja seekor dari kambing biri-biri ini padaku."
Balas budak gembala itu; "Aku adalah hamba kepada tuanku sedangkan kambing-kambing ini adalah kepunyaannya."
Kata Umar pula; "Engkau katakan saja pada tuanmu, kambing itu dimakan serigala."
Jawab budak gembala itu lagi; "Kalau begitu dimanakah Allah? Tidakkah Dia Maha Melihat?"
Mendengar 
jawapan budak gembala itu Saiyidina Umar MENANGIS tersedu-sedan kerana 
berasa amat terharu mengingatkan rakyat di bawah pimpinannya dipimpin 
oleh Allah walaupun seorang anak kecil.
Keesokkannya, 
Umar menemui budak gembala itu dan tuannya lantas memerdekakannya. Umar 
berkata kepada hamba itu; "Aku memerdekakan engkau di dunia ini dari 
tuanmu, moga-moga engkau merdeka juga di Akhirat nanti." 
Allahu a'lam. 
Begitulah 
tarbiah iman yang mantap di dalam hati orang mukmin. Sentiasa merasakan 
bahawa setiap apa yang mereka kerjakan Allah Taala sentiasa ada 
memerhati. 
No comments:
Post a Comment