Wednesday, February 17, 2010

Balik Kampung

Cuti panjang tahun baru cina hari tu aku mengambil kesempatan untuk balik kampung ngan family aku kat rumah wan aku kat Kuala Pilah....lama tak balik kampung sesekali balik kampung seronok gak....nak cite sikit...kat kampung wan aku ni semua yg tinggal kat sini ada pertalian darah senang cite saudara-maralah...orang luar memang takda....yang seronoknye balik kat sini ialah rumah wan aku betul2 kat hujung kampung...dlm kawasan kebun getah...anak2 aku klau ajak je balik kat sini...jom aje takda bantahan....lagipun memang diorang suka balik kat sini....nak cakap mcmmana ikutjelah.....

rumah wan aku....pemandangan dari belakang rumah...

klau nak tau dan pada sapa2 yg tak tau....nilah pokok petai...pokok ni betul2 sebelah rumah wan aku....klau tiba musim dia....ambik je....

anak dara aku yg besar......sebut je nak balik rumah moyang dia...laju je nak ikut....

hero aku tengah basuh ayam ngan daging kambing untuk bbq sebelah malam....

dua orang pendekar kampung dusun....pendekar kecik dan pendekar besar sedang berposing...

pemandangan yg menarik...

klau nak tau nilah dia getah scrub.....

heroin nombor 2 aku sedang perposing sebelah pokok getah......

anak dara aku ngan anak buah aku.....

mcm model lah lu mamat......

anak aku ngan mak aku bergambar kat kebun getah mak aku.....

nak cite sikit...masa aku jalan2 kat dlm kebun getah mak aku ni aku terperasan ada laluan untuk lori pickup collect getah scrub....dan laluan ni jugak aku perhatikan cukup sesuai utk basikal bukit....teruja gak bila aku tengok laluan ni....anak aku lak ngan selambanya bagi tau aku "ayah... kita beli basikal mtb satu...tinggalkan kat sini...bila balik kat kita sini kita kayuhlah...layan loop kebun getah ni...mesti menarik punya..."...betul gak cakap anak aku...nantilah aku pikir2kan....keluasaan keseluruhan kebun getah ni ialah 30 ekar...dengan laluan yg mencabar...up hill...down hill semua ada....teruja aku tengok tu bro.....tapi sayang kat kampung wan aku ni takda peminat2 basikal....maklumjelah yg tinggal pun kebanyakkannya warga emas...kepada hardcore2 mtb kalau nak mencuba boleh dtg kat sini...kat bawah ni sempat aku snap antara laluan2 utk berbasikal bukit....layannnnnnnn






















gambar yg sempat aku snap semasa dlm perjalanan balik ke kajang...ni dekat Perkampungan Budaya Terachi,Seri Menanti...

kawasan sawah bendang kat Seri Menanti.....



Tuesday, February 9, 2010

Mandi-manda

Minggu ni aku takda ride..sorry bro...tapi demi untuk membalancekan aku punya stamina dan fitness aku ada buat aku punya secret tranning sendiri 2..3x seminggu...so minggu ni xtvt aku ialah menghabiskan masa aku kat sungai mandi2 ngan family aku..lagipun aku dah janji ngan diorang untuk beriadah satu family sekurang-kurangnya sebulan atau dua bulan sekali...asyik keje je bosan gakkan...dahlah tu sabtu/ahad asyik kayuh je...semua hati nak kena jaga....asyik ngan kita punya xtvt je...nanti adalak yang mengajuk...kita gak yg susah...picnic ni sebenarnya aku gi ngan family sifu rashid....memandangkan dia takda xtvt lain aku ajak family dia sekali gi mandi2...lokasi mandi-manda aku kali ni kat sg congkak,langat

ketenangan yg mendamaikan....hilang rasa tension bila lihat tempat2 mcm ni...syukur pada tuhan kerana masih ada lg tempat2 yg mcm ni untuk di kunjungi...pd kawan2 dan pengunjung yg lain..jagalah keindahan alam yg tuhan kurniakan ni...supaya anak-cucu kita dapat menikmati keindahan ini buat selama-lamanya...

hero2 aku dah bersiap sedia untuk melayan diri masing2....

kehijauan yang mendamaikan.....

heroin2 aku pun sama gak...dah tak sabar nak berendam...


ni nak buat acara terjun tiruk ke ni....

kelihatan sifu rashid tangah cari pot untuk masak maggi....

anak aku tengah melantak sarapan pagi....

sejuk mata memandang....tapi sejuk lagi air sungai ni....


bini aku tengah standby nak buat terjunan tiruk....

kelihatan sifu rashid ngan anak aku dan hero dia sedang menyiapkan maggi untuk sarapan ...

acara berendam beramai-ramai...

bini aku tengah posing....dah ok dah tu...asyik posing je bila lak nak mandi ni....

"din.....aku bawak anak kau sekali jangan marah k"....yg tengah dukung anak aku ni adalah anak din luca..jiran aku...dia takda kat sini sebab dia gi uganda sebulan...so kenalah aku bawak anak dia sekali...

wife aku ngan wife sifu rashid sedang posing dlm air...tak sejuk ke....


hero aku...tunggu apa lagi...asyik makan je...bila nak mandi ni....

time ride kena ambik gambar sendiri...time picnic mcm ni pun kena ambik gambar gak ke...apalah nasib badan....

aku happy bila tengok semua anak aku enjoy dengan xtvt mcm ni.....pd member2 yg lain...ride2 jugak...tapi jangan lupa anak..bini kita...diaorang pun perlu perhatian dari kita..sama2lah kita jaga keharmonian rumahtangga kita...supaya apa yang kita buat akan mendapat keredhaan dariNYA.....

Saturday, January 30, 2010

Kayuhan Malam Putrajaya

Lepas Maghrib aku ajak anak2 aku ngan wife aku gi putrajaya..saja lepak2 anak beranak..jalan2 kat pasar mlm putrajaya sambil berkayuh dan menikmati panorama malam kat sana...kebetulan mlm tu ada kayuhan putrajaya critical mass tapi aku tak sempat nak ikut sama...aku start kayuh pun dah dekat pkl 10...pastu pkl 11 aku ada badminton..tu yg tak dapat nat ikut tu...maybe next timelah bro..kita ramai-ramai kayuh...tentu meriahkan...mlm tu aku tengok ada dekat 70 riders yg menyertai kayuhan tersebut...meriah aku tengok..

lepas makan2 kat dataran putrajaya..aku suruh anak aku siap utk kayuh..ni anak sulung aku...besar badan dia ni..kuat melantak laktu...berat dah dekat 90kg..aku suruh dia banyak buat exercise..dia cakap"nantilah yah...besok2 turunlah berat ni"..kalau turun..klau tak turun...sendriiii mau ingatlah....

posing yg tak berapa nak menarik dari aku......

macam le tua de france punya riderlah mamat ni....tapi badan mau kasi turun sikitlah bro...baru ada style mcm rider...

bergambar di hadapan palace of justice..kelihatan dibelakang,rider2 kayuhan putraja criti.mass sedang bersiap sedia utk berkayuh...

ni turn wife aku pulak....mula2 taknak kayuh..dia cakap "keta banyaklah bang".. aku jawab "mana ada...keta yg banyak2 ni sebenarnya semua nak melepak kat dataran ni je"...

bergambar dihadapan palace of justice....

ni pulak...aku dah lupa apa ke nama tempat dia...

Palace Of Justice di waktu malam.....tesergam indah dan gah mcm nama dia gak...

antara yg sempat aku snap...next time aku kayuh kat sini...aku akan snap banyak2 dan paparkan utk tontonan semua..k...chow dulu...

Monday, January 25, 2010

Kayuhan Bersahaja

Date : 24 Jan 2010
Route : TKP24 - Sg Long - TKP24
Start time : 09:15am
Distance : 15km
Riding Hours : 45 minutes
Average Speed : 25km/h
Riders : Aku,Sifu Rashid n Lan Burger
Sedar pkl 6pg..aku tengok h/p aku ada sms dari banzai "hari ni tak kayuh...mungkin letih kut dua hari berturut-turut layan badminton"...Pkl 8:30pg aku dah mati kutu tak tau nak buat apa...aku sms kat lan burger(orang kampong den ni..member satu taman tapi duduk jalan lain)...tanya dia kat mana..dia cakap nak kayuh sg long..aku pun apalagi jom jelah..masa tu dia dah tunggu kat tol sg long ngan basikal baru dia...kebetulan aku nak keluar sifu rashid pun dah tertonggok kat luar rumah ngan basikal dia...aku pun ajaklah dia kayuh sekali layan lan burger...ride aku kali ni lebih pada ride bersahaja..memandangkan petang semalam aku ada game bolasepak dngan office aku lawan HSBC kat padang uniten...penat main bola semalam pun belum hilang lagi so apalagi kayuh dekat2 je lah...saja nak layan kawan aku yg baru beli basikal tu....

dlm kawasan perumahan bandar sg long...sifu rashid ngan lan burger bersama basikal baru yg baru dibeli jenis FELT(lum sampai seminggu lagipun)

pendakian bukit pada ketegakkan 50 darjah kat kuari sg long sejauh hampir 1 km...kelihatan brother lan burger dah mula menolak basikal....

diikuti oleh aku ngan sifu rashid kat depan..pun terpaksa menolak gak...tegak gila bukit tu bro..kayuh kedepan rasa mcm mengundur kat belakang...

pemandangan sekitar sg long dari kawasan kuari...route ni route baru..aku ingat aku nak riki sampai kat dalam ngan sifu rashid dlm masa terdekat ni...


sesi bergambar aku ngan lan burger bersama basikal baru dia....nak cite sikit..bro lan burger ni sebenarnye adalah satu2nya rider dari taman aku yg dah berkayuh ke Kuala Pilah secara solo pada 4 Jan yg lalu..kayuhan sejauh 60km++..yg memakan masa selama 5 jam menggunakan basikal bukit(MTB) jenis NEXUS PRO....cayalah bro....dah ada basikal baru ni...apalagi kita try lagi satu kali gi kuala pilah boleh.....


ni sifu rashid ngan lan burger pulak.....lepas sesi bergambar... aku,sifu n lan sempat berborak ngan tokey yg jaga kuari ni...dia cakap "lu orang kena masuk dlm lagi baru best ma...sini tempat pagi ke petang ke ramai orang jogging sampai dlm...lagi dlm lu orang masuk lagi seronok..ini kawasan hutan manyak besar...klau lu ada nasib baik itu harimau pun lu orang boleh jumpa...bukan saja harimau lain2 binatang pun lu orang boleh jumpa...aku cakap ngan tokey tu..."takpalah nanti saya sama saya punya kawan lain datang kayuh sini...sekarang ini bukit pun sudah kena tolak..lagi mau kena naik bukit..tak tahanlah tokey..lain kali kita orang kayuh sini masuk sampai dalam"....

susur masuk TKP.....berhampiran tol sg long...layannnnnnnnnnn

Friday, January 22, 2010

Tazkirah Jumaat

MENYAHUT UNDANGAN MAJLIS

Islam adalah agama yang menitik-beratkan pengembangan institusi kemasyarakatan dalam pelbagai skop dan pendekatannya.Bagi memperkasa matlamat tersebut, Rasullah s.a.w bersabda: "Hak muslim ke atas muslim yang lain lima perkara. Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengurus jenazah, menyahut undangan dan menjawab ketika bersin." (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah.)

Para ulama telah membahagikan undangan majlis kepada dua bahagian.

*Pertama : Jemputan atau undangan majlis perkahwinan (walimatul urus). Para ulama bersepakat bahawa wajib menghadirinya apabila seseorang itu dijemput selagi tidak ada perkara yang menghalang pemergiannya. Sehubungan itu baginda Rasullah s.a.w. menegaskan: "Sesiapa yang tidak pergi menyahut undangan, maka dia telah menentang Allah dan Rasul-Nya." (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah).

*Kedua : Jemputan ke majlis yang bukan walimatul urus. Para ulama berpendapat bahawa menyahutnya adalah sesuatu yang digalakkan kecuali pendapat beberapa orang ulama mazhab Imam Syafie yang menegaskan bahawa ia tetap menjadi wajib.

Syarat wajib hadir menjadi haram atau boleh tidak hadir jika terdapat perkara-perkara berikut:

- Jika terdapat dalam walimatul urus minuman keras, kumpulan muzik yang melalaikan, percampuran para jemputan antara lelaki dan perempuan secara bebas serta kemungkaran yang lain yang boleh dianggap bercanggah dengan hukum Islam.

- Tuan rumah yang menjemput memang jelas dan dikenali masyarakat setempat sebagai kaki judi, bapa ayam atau sering menganjurkan program maksiat seperti karaoke dan sebagainya.

- Jika yang menjemput itu bukan Islam

- Tidak membezakan jemputan dari kalangan orang kaya di satu tempat dan yang miskin di tempat yang lain.

- Makan yang disediakan adalah haram untuk dimakan atau dimunum.

- Jika jemputan itu bersifat umum, seperti meletakkan sekeping kad jemputan di maslid, surau atau pejabat atas nama seluruh rakan-rakan, ia bukan bersifat khusus dengan tertera nama orang yang dijemput secara jelas.

- Iaitu majlis yang tidak dimulai dengan al-Quran atau disudahi dengan doa.

- Majlis yang tidak mengajak orang ramai meningati Allah atau selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

- Majlis kenduri arwah dari harta peninggalan pusaka yang terdapat anak-anak yang masih kecil (anak yatim).

Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis