Saturday, September 3, 2011

Hari Raya 2011

Tahun ni giliran aku beraya kat rumah orang tua aku kat Kg Cheras Baru..KL..raya tahun ni macam biasa2 aje..takda beza cam tahun2 lepas...dah tua2 ni takda apa yg nak diseronokkan lagi...masa kita dah habis...masa untuk anak2 kita pulak meraikan keseronokkan raya ni...apa yg tinggal sekarang hanyalah memori dan kenangan yg mungkin tidak akan dpt dilupakan sampai bila2...itu jelah yg tinggal...sesekali bila teringatkan masa beraya zaman budak2 dulu seronok gak...tul tak bro...saja nak recall balik memori masa budak2 dulu....




malam raya....anak2 dara aku kat rumah Wan dia orang...keseronokkan jelas terbayang kat wajah mereka...seronok...seronok...seronok...itu je yg dia orang tau...

anak dara aku ngan sepupu dia orang tengah leka dok main bunga api....


kegembiraan jelas terbayang pada raut wajah anak2 aku ngan anak2 buah aku ni...maklum jelah esok dah nak raya....


di pagi raya....anak bujang aku...gaya je lebih ni...


bujang aku no 2 ngan adik dia....


bujang2 aku...cam modellah lu orang...


monyok je dik...tak dpt duit raya ke...happylah sikit...


ngan adik aku yg no 4...sama2 ngan anak dia...


segak bergaya...aku..anak bujang aku..adik2 lelaki aku ngan anak2 buah aku...


bujang trang tang tang...


ladies in the house....Mak aku...wife aku...adik aku ngan adik2 ipar aku...


adik aku ngan mak aku....


ayah aku ngan sebahagian dari cucu2 dia....


Gambar kenangan Raya 2011...tahun ni semua adik beradik aku beraya kat rumah mak aku...tu yg penuh sesak tu...cuma sorang je yg takda...AL FATIHAH buat adik ipar aku yg telah dulu pergi menyahut seruan Illahi "Mohamad Sham"...semoga arwah ditempatkan bersama-sama dengan mereka yg dicintai oleh Allah swt...AMIN...


aku ngan wife dan anak2 aku...


adik aku yg no 2....


adik aku yg no 3....tahun ni beraya cuma berdua aje...banyak2 bersabar...


adik aku yg no 4....ngan family dia...


adik perempuan aku...no 5...


yg ni adik aku yg no 6...


dan yg bongsu sekali no 7....bersama wife ngan anak dia...


gambar ni masa kat kampung wife aku...Pasir Panjang...Selangor..bergambar bersama ngan Atok wife aku...


kat rumah Mak mertua aku...raya kedua...


anak dara aku...Alhamdullillah tahun ni dua2 puasa diaorang penuh ..tak da yg tertinggal...



adik ngan abang.....


wife aku bersama ngan mak mertua aku...adik dan adik ipar dia...


mudah2an puasa aku tahun ni mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah swt...mudah2 jugak apa yg telah aku lakukan semasa sebulan berpuasa tahun ni akan berterusan sepanjang tahun sehingga aku dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang ....Insyallah

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua member2 sekayuhan..jiran2..sahabat handai dan pada semua yg mengenali diri ini...semoga bergembira bersama keluarga tersayang..pada member2 riders semua selamat berkayuh semula..setelah sebulan kita berpuasa dan selama sebulan jugaklah banyak basikal2 yang tergantung je kat rumah...jadi selepas ni marilah kita sama2 kayuh balik ok..dan disini saya ingin mengambil kesempatan sekiranya ada diantara kata-kata saya yg tertulis di dalam blog ini yang menyinggung perasaan sesiapa sajalah..saya menyusun sepuluh jari memohon seribu kemaafan daripada semua dan sempena hari yang mulia ini marilah kita bersama-sama bermaaf-maafan..Juga diharapkan semoga Ramadhan yang bakal melabuhkan tirainya ini adalah merupakan Ramadhan yang terbaik daripada yang sebelumnya..dan jadikanlah ia sebagai batu asas untuk kita bawa ke dalam bulan-bulan yang bakal mendatang dan marilah kita bersama-sama memanjatkan doa kita kepada yang ESA mudah-mudahan dipanjangkan umur kita dan semoga kita akan bertemu kembali dengan Ramadhan yang akan datang-AMIN(DARI SAYA SEKELUARGA - NIZAM..DILA..ARIEF..AIZAD..FARIESHA..FARAH)

Friday, July 29, 2011

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak pada semua member-member dan riders-riders yang mengenali diri ini...dan tak lupa juga kepada para pembaca blog yang sudi menjengah
blog yang tak seberapa ini...
Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.
Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah.
SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA.(Nizam,Dila,Arief,Aizad,Fariesha,Farah)
Wasalam

Tuesday, July 26, 2011

Semalam di Thailand

Sebenarnya aku gi Thailand ni menemankan adik perempuan aku menguruskan dokumen kematian suami dia(adik ipar aku...)yang telah kembali kerahmatullah 2 minggu lalu kat Songkla...aku gi sana hari ahad lepas 23 Jul ...pegi bertiga sorang lg member adik aku(kepala minah ni memang gila2...taklah sunyi sepanjang perjalanan gi sana...)ni adalah kali pertama aku sampai kat Thailand...melalui Bukit Kayu hitam dengan jarak sejauh 1650km pergi dan balik...pegi bawak keta bro...penatlah gak...tapi adik aku punya pasal...kenalah aku ikut...dah jadi tanggungjawab aku utk memastikan keselamatan dia...semalam aku kat sana sempat gak aku snap gambar utk dijadikan cite kat blog ni....


08:00pm...kat pekan Danok...sempat ambik gambar gajah ni kat depan hotel yg adik aku sewa...

pkl 07:30am...gambar dari atas hotel...pemandangan pekan Danok...


pekan Danok....nilah dia pekan yg selalu aku dengar cite dia dari member2 cyclist yg pernah ride kat sini...bermula dari pakan Danok nilah cyclist ni mula berkayuh kedestinasi yg dituju seperti Hattyai...Songkla dan kawasan2 yg setempat ngan dia...klau ada kesempatan nanti aku pun nak try kayuh kat sini gak...






ni pulak kat pantai Samila...Songkla...dimana kat sinilah terletaknya kedutaan Malaysia kat Thailand....


sampai gak keta aku kat Thailand...dangan jarak 1650km...


pemandangan kat pantai Samila...cantik tempat ni.....


gambar utk dijadikan bukti...yg aku dah sampai kat Thailand....


pekan Hattyai....syurga membeli belah...adik aku ajak aku ronda2 kat pekan ni...dah alang2 sampai dia cakap...singgah jelah...aku sempat singgah kat kedai basikal kat pekan Hattyai ni...beli tiub ngan pam tayar...murah yg teramat murah...barang2 lain pun murah2 gak...nak beli macam2...duit pun bawak ciput je...next timelah...klau sampai lg kat sana...




pekan Sadao....dlm daerah Danok....tak besar mana pun pekan ni...tp kat sinilah terletaknya pejabat2 kerajaan Danok...


kat imegresen Thailand...sebelum berangkat pulang...sekitar jam 07:30mlm...sampai kat rumah jam 02:30am...penat...letih..semua ada...tp best...dan yg penting semua urusan dah selesai...pasni bolehlah adik aku tidur dengan senyenyak-nyenyaknya...

Thursday, July 14, 2011

Dalam Kenangan

Tarikh 9 Jul 2011 akan menjadi tarikh yg mana tak akan dpt dilupakan utk aku dan seluruh ahli keluarga aku...dimana tidak akan kedengaran lg suara dan gurau senda adik ipar aku buat selama-lamanya...AL-FATIHAH buat arwah Mohamad Sham bin Mohd Salleh...semoga rohnya akan ditempatkan bersama-sama mereka2 yg beriman dan ditempatkan ditempat yg semulia-mulianya...
Antara gambar2 arwah yg ada pd aku utk dijadikan tatapan pelepas rindu...


kenangan bersama arwah kat Langkawi tahun 2006...

gambar tahun 2007...arwah bersama isteri tersayang(adik perempuan aku) dan anak lelaki arwah...

kat Pantai Cahaya Bulan,Kelantan...tahun 2007...

kat Kuala Terengganu 2007...



kenangan kat Penang tahun 2009...cuti masa tahun baru cina...




bergambar kenangan bersama sanak saudara kat Penang tahun 2009...



kenangan beramai-ramai ngan arwah masa raya tahun 2007 kat Cheras Baru...


tahun 2010...semasa berkonvoi ngan arwah beramai2...kawin adik aku kat Perak...


gambar ni masa celebrate hari jadi anak arwah(Adam Danish) kat Istana Bambo..Hulu Klang... 22 Jun 2011...


kenangan beramai-ramai kat Istana Bambo bertarikh 22 Jun 2011...


makan malam terakhir 2 hari sebelum arwah pergi buat selama-lamanya bertarikh 7 Jul 2011 semasa menyambut hari lahir anak buah aku kat Kelab Darul Ehsan...pergi yg tak akan kembali lagi...semoga rohnya akan bersemadi dengan aman dan ditempatkan bersama-sama orang2 yg beriman...AMIN dan AL-FATIHAH sekali lg buat arwah...
Pada kita yg masih hidup ini...ingatlah MATI itu pasti akan datang...jadi gunakanlah peluang umur yg masih ada ini sebaik mungkin untuk kita beramal dan mengingati tuhan yg telah menciptakan kita dan seluruh alam maya ini...mudah2an kita mendapat hidayat dan petunjuk dariNYA...AMIN.....

Wednesday, July 6, 2011

Senaman untuk Kesihatan

Dah hampir 3 bulan aku tak kayuh basikal...dan bukan jugak aku gantung basikal bro...cuma tak kayuh je..dan dalam hampir 3 bulan ni jugaklah aku penuhkan xtvt aku ngan berjogging..seminggu 3 -4 kali gaklah aku berjogging..sekali berjogging aku akan berlari sejauh 5km..dengan masa yg dipantau sekitar 25 - 30 minit untuk setiap 5km..bila dah selalu berjogging rasa seronok lak..tak tau bila nak start ride balik ni...tak tau nak cite pasal apa lg bro...kat bawah ni ada sikit artikel pasal bersenam...artikel ni aku copy paste dari satu laman web..bila umur dah makin bertambah ni tubuh badan kita nak kena jaga gak...sebab bukan senang nak jadi sihat...klau nak badan kita sihat...kenalah usaha lebih sikit dan klau kita dah rasa selesa ngan keadaan kita sekarang ni...tak payahlah buat apa2...tunggu jelah apa lak yg akan menyusul pastu..ok bro kita layannnnn.............



Senaman merupakan satu aktiviti yang mudah dilakukan. Ia perlu dilakukan secara berterusan dan patut menjadi sebahagian amalan harian baik golongan remaja sehingga tua. Walaubagaimanapun sebelum bersenam, anda harus memikirkanbeberapa aspek seperti menjalani pemeriksaan doktor jika anda;

a) Berumur lebih 35 tahun dan tidak bersenam secara regular sebelum ini.


b) Tidak pasti mengenai status kesihatan atau keadaan anda.


c) Mempunyai sejarah perubatan seperti penyakit jantung, masalah paru-paru dan sebagainya d) Obes atau lebih berat badan.



ANTARA KEBAIKAN SENAMAN ADALAH:

1) Mengurangkan paras gula dan lemak di dalam badan.


2) Membaiki pengaliran darah dalam sistem saluran darah tubuh.


3) Mengawal berat badan.


4) Menguatkan jantung.


5) Mengurangkan tekanan jiwa.


6) Membuat anda lebih cergas dan bertenaga.


7) Membolehkan anda tidur dengan nyenyak.



Senaman harus dijalankan dengan betul dan regular. Ia juga harus seimbang dengan jumlah makanan yang kita ambil. Senaman hendaklah dijalankan 3 ke 4 kali seminggu selama sekurang-kurangnya 30 minit agar mendapat senaman yang berkesan. Senaman setiap hari juga adalah yang terbaik.Pilihlah senaman yang sesuai dengan tahap kesihatan anda.


Secara amnya terdapat 3 fasa senaman iaitu;


Fasa Pertama -Senaman selama 5 - 10 minit untuk memanaskan badan seperti pergerakan bebas dan senaman regangan. Ini bertujuan untuk menyediakan tubuh dengan aktiviti yang lebih tinggi.


Fasa Kedua -Ini merupakan senaman yang sepatutnya iaitu selama 20 hingga 30 minit. Contohnya berjoging, berbasikal, bermain badminton, bersenam dan sebagainya



Fasa Ketiga -Ia sama seperti senaman fasa pertama iaitu untuk menyejukkan badan. Ia bertujuan untuk mengelakkan kecederaan otot. Senaman ini juga mengambil masa 5 hingga 10 minit.


PETUA-PETUA UNTUK SENAMAN:


1. Sebelum memulakan aktiviti senaman, dapatkan nasihat doktor.Pastikan dimana tahap kecedasan anda.


2. Mulakan senaman yang ringan mengikut kemampuan anda dan tingkatkan dari masa ke semasa.


3. Pakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai.


4. Jangan duduk terus selepas anda berhenti bersenam.


5. Kekuatan senaman harus mencapai tahap kadar nadi 120 - 150 kali seminit.


6. Jangan bersenam jika paras glukosa dalam darah anda tinggi atau kira-kira 2 jam selepas makan.


7. Jangan bersenam jika anda sakit atau berasa kurang selesa.


Thursday, June 9, 2011

Frazer Hill

Minggu2 cuti sekolah ni...masa banyak dihabiskan berjalan ngan family...cuti2 malaysia...basikal pun dah hampir 2 bulan tak kayuh...dah naik berabuk dah aku ingat basikal aku ni...cuti kali ni aku gi Frazer Hill...tengok rumah2 lama peninggalan zaman koloni Inggeris masa zaman penjajahan Inggeris dulu...masih banyak lagi aku tengok bungalow2 yg bercirikan Inggeris disekitar Frazer Hill ni...memang menarik...anak2 aku pun semua suka dengan reka bentuk rumah2 Inggeris ni...tapi bini akulah yg paling suka sekali bila nengok reka bentuk rumah Inggeris ni...memang dia pun yg sibuk ajak aku gi kat Frazer Hill ni...bagi aku nilah pertama kali aku ngan family sampai kat sini...tu yg seronok sampai tak ingat apa tu...tengok tu cantik...tengok ni cantik...boleh kata semualah cantik...bukan nak kata apalah tapi memang cantik pun...member2 cycling aku pun dah ramai yg sampai kat sini...cuma aku je yg belum pernah sampai lagi...apa2 pun aku dah sampai kat Frazer Hill ni...tempat2 dia memang menarik untuk dilawati...bagi kaki2 basikal bukit2 dia memang perghhhhh mengancam...aku rasa klau aku yg kayuh sampai kat atas...alamat menolaklah....ok bro kita layan gambar2 kat bawah ni k.....




Ngan wife aku.....syok tul dia bila sampai kat sini...

kat depan balai polis Frazer Hill...mula2 aku ingat banglo sapalah ni...rupa2nya balai polis...tercatat tahun dibina...1919...dah dekat 100 tahun dah bangunan ni...

mercu tanda Frazer Hill...

resort house dia orang...rate sekitar rm400-500 semalam...


kat air terjun Frazer Hill...sejuk gila tu bro...


hero2 aku....


antara view yg menarik..... dan posing yg menarik...


3 dara pingitan....


heroin2 aku....


santai....


pusat bandar Frazer Hill...taklah besar mana pun kawasan dia...tapi cukup menarik dah indah utk dilawati...pada yg belum pernah sampai...disarankan bawalah family anda semua kat sini...sekali sampai pasti nak datang lagi...ok geng see u r.....As-Salam

Monday, May 16, 2011

Nice Shot

AsSalam pada semua blogger...minggu ni takda cite pasal basikal...sebab 2 minggu ni sibuk ngan xtvt bolasepak...minggu ni kita layan sesi foto pulak...bukan nak jadi juru photo...tapi saja je tangan ni gatal...cuba nak jadi juru foto...antara gambar2 menarik yg aku snap kat sekitar rumah aku ngan rumah mak aku kat Cheras...kita layan jelah...bukan cantik mana pun...saja suka2 je ni...ok kita layannnnnnnnnnn





bunga okid kat rumah mak aku....


satria baja hijau.....





















oklah bro....next week klau sempat kayuh aku cite pasal kayuh lak....see u n ASSALLAMMUALLAIKUM.........