Monday, March 12, 2012

Kayuhan PutraJaya



Ride kali anak aku yg beria-ia mengajak nak gi PutraJaya...planning aku nak ride gi mantin...apa boleh buat...terpaksalah tukar route...sebenarnya dah lama gak aku tak kayuh kat PutraJaya ni...kayuhan agak bersahaja tapi momentum kayuhan aku kekalkan sekitar 28 - 35km/h...anak aku ngan anak bro Rashin boleh tahan gak dia punya kayuhan...anak muda...dah tentulah dia orang ada fitness...ramai gak riders2 yg berselisih ngan aku sepanjang kayuhan ni...yg seronoknya kalau kayuh kat sini route dia ada banyak...nak layan bukit pun boleh.. tak nak layan bukit pun boleh...nak santai boleh...nak lumba pun boleh...untuk kayuhan kat PutraJaya kali ni ...aku lebih banyak layan kayuhan pada jalan yang agak rata...adalah 2 -3 bukit...itu pun yg bukit biasa2 aje...k jom kita layan yg kat bawah ni pulak....


Date : 11 Mar 2012
Route : TKP24 - Taman Cabaran(PutraJaya) - TKP24
Start Time : 08:00am
Distance : 65km
Riding Hours - 2 hours 40 minutes
Average : 25km/h
Riders : Aku - Aizad(anak aku) - Farhan(anak bro Rashin) - Arief(anak aku..tukang escort)



kat Sg Balak...semua tengah fresh ...yg kat belakang sekali anak aku Arief...dia jadi tukang escort dengan Kawasaki KSR dia...ok gak bila ada orang escort kita ni...keselamatan terasa lebih terjamin...

steady bro...

rilek...santai...bersahaja...


memasuki kawasan PutraJaya....



best bro...depan jalan kasi tengok...



apa yg korang borak tu...lepas ni klau aku kayuh mana2...aku akan bawak anak aku ni jadi escort aku...selamat...



3 teruna pinggitan...steady



kat Taman Cabaran PutraJaya...akhirnya sampai gak aku kat sini dengan berbasikal...








kat dalam kawasan Taman Cabaran...tempat ni besar dan luas...yang nak main kasut roda ke...papan luncur ke...boleh main kat kawasan yg telah disediakan...yg nak main basikal bukit...boleh main kat belah atas bukit kat hujung sana tu...boleh kata semua telah tersiap sedia...


bergambar berlatar belakangkan PCC PutraJaya...



antara tempat2 menarik sekitar PutraJaya...dah makin banyak pembangunan kat sini...bangunan2 pancakar langit pun dah semakin banyak...banyak lagi sebenarnya tempat2 yang menarik kat sini..













dengan jalan yg tak banyak kereta menjadikan kayuhan lebih santai dan selamat...



dihadapan Istana Kehakiman...







rilek je...







dihadapan Masjid PutraJaya...kat Dataran PutraJaya...




berhadapan pejabat Perdana Menteri...




at last....kat rumah aku...oklah bro...nantikan kayuhan aku yang seterusnya...see u..AS SALAM

Monday, March 5, 2012

Final Stage LTDL 2012

Dengan berakhirnya stage yg ke 10 LTDL kat Kuala Terengganu semalam maka berakhirlah perlumbaan berbasikal berprestige Asia kali yg ke 17 ini.. sekali lagi Jose Serpa membuktikan kehebatannya pada LTdL ini apabila memenangi Jersi Kuning selaku juara selepas tamat keseluruhan perlumbaan 10 peringkat ini...pada yg menang bravo...pd yg kalah next year try lagi...


juara keseluruhan perlumbaan kejohanan LTDL kali ke 17....JOSE SEPRA dari pasukan Androni Giocattoli ...






























ok bro kita jumpa lagi untuk edesi kali ke 18 LTDL next year....

Friday, March 2, 2012

Le Tour de Langkawi 2012

Sebenarnya Le Tour de Langkawi ini ialah acara lumba basikal tahunan yang diadakan di Malaysia semenjak tahun 1996. Bermakna telah hampir 16 tahun acara berprestige ini berlansung...kalau aku tak silaplah.Namanya berasal dari titik permulaan di edisi-edisi terawalnya, di Langkawi, Kedah, tetapi ada edisi yang tidak diadakan di Langkawi. Empat jersi menjadi rebutan dalam perlumbaan, iaitu pemenang perlumbaan... pemecut terbaik... king of the mountains dan pelumba Asia terbaik. Selain itu, terdapat dua gelaran pasukan sebagai pengiktirafan kepada pasukan terbaik dan juga pasukan Asia terbaik.
Jelajah ini merupakan acara lumba basikal terbesar di
Asia.Nak cite banyak2 pasal sejarah LTDL aku tak berapa nak pandai sangat...apa kata kita kayan je gambar2 kat bawah ni...gambar2 ni setakat kat stage 6 je...









































































Ok bro...kita jumpa kat final stage kat KUALA TERENGGANU....ASSALAM....