Thursday, January 3, 2013

Cuti-cuti Sekolah dan Selamat Tahun Baru 2013


 Cuti sekolah baru2 ni aku lebih banyak menghabiskan masa kat rumah aje..layan anak2 dan berkebun...bukan berkebun tanam pokok2 sayur tapi melayan wife tanam pokok2 perhiasan..pastu adalah gi jalan ngan anak2 melepak kat Kuala Lumpur dan bercuti kat Port Dickson...
antara pokok2 bunga yg aku tanam kat rumah aku...nak kata besar taklah besar mana pun kebun aku ni...adalah sikit tempat untuk aku ngan wife aku berkebun..keluar2kan peluh pagi2 ataupun petang2 kalau ada masa terluang...

pokok ros...antara kegemaran wife aku..macam2 jenis pokok bunga ros yang dia tanam...aku rasa ada dekat 10 jenis pokok bunga ros yg dia tanam...macam2 colour ada..pink..merah...kuning..biru...macam2 colour lglah...

antara bunga2 ros yg aku snap...cantik dan menarik...tak sia2 wife aku berkebun...





yg ni pulak masa aku gi pameran KL BIKE WEEK 2012 depan KLCC...sebelah Bank Simpanan Nasional..macam2 jenis motor aku jumpa...daripada yg classic sampailah yg custom made punya...

ni antara motor custom made...



motor untuk dijual...

antara kereta2 lama...classic ...

hero aku....


heroin aku...bergaya cam model...

heroin2 aku ngan pelawak Shahrol...dari kumpulan Shiro...

hero aku ngan pelumba moto 3 kelahiran Malaysia...Zulfahmi...sempoi je mamat ni aku tengok...

KLCC di malam hari....

yang ni pulak masa aku bercuti kat Port Dickson...aku lepak kat Corus Paradise je...nak gi kat tempat lain semua full house...last2 kat sini jelah aku melepak ngan family aku...



a big happy family....


lompat jangan tak lompat...nice shot...



gambar sekitar Corus Paradise..bolehlah kalau nak berehat-rehat menenangkan fikiran...

tempat yg menarik...pantai dia pun bersih...tak kotor...dijaga dan diselengara dengan baik...


next time boleh pegi lg kat sini...

yg ni pulak masa mlm tahun baru 2013 baru2 ni...saja melepak tengok bunga api...

dekat 20 minit dia orang main bunga api...naik lenguh tengkok aku...



heroin aku...berlatar belakangkan tasik Putra Jaya dan percikan bunga api...



oklah kat sini aku nak mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013 dan semoga kehidupan kita akan bertambah ceria dan sukses selalu bersama keluarga tersayang...dan terima kasih  aku ucapkan pada pembaca2 blog aku yg tak seberapa ni...mudah2an blog aku ni akan bertambah ceria untuk tahun 2013 ni...
SELAMAT TAHUN BARU dan ASSALMMUALAIKUM...semoga semua terus ceria...

Friday, December 21, 2012

Siapa Yang Menanggung Dosa Seorang Wanita?

Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat tidak ditanggung olehnya seorang sahaja. Tetapi beliau turut mengheret puluhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya. Adakalanya si wanita ini berkata

‘Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasal la! Bukan aku menyusahkan kamu pun!’

Sebenarnya beliau silap! Dek kerana dirinya yang tidak menutup aurat, beliau telah membuatkan orang-orang yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa. Siapakah orang-orang itu? Mereka ialah:

(1) Suaminya.

(2) Ayahnya.

(3) Saudara lelakinya.

(4) Anak lelakinya.

Keempat-empat golongan lelaki ini perlu bertanggungjawab memikul beban dosa yang dibuat oleh seorang wanita. Adakah ini dikatakan tidak menyusahkan?

Itu baru sebahagian. Mereka yang disenaraikan di atas adalah orang-orang yang perlu ‘bertanggungjawab’, belum termasuk orang-orang lain yang ‘terlibat’. Di bawah ini saya senaraikan pula orang-orang lain yang terlibat kerana dosa seorang wanita :

Sahabat

Sahabat yang menyuruh, mencadangkan dan yang dijadikan contoh untuk seorang wanita membuka aurat perlu menanggung dosa yang sama seperti wanita yang membuka aurat.

Sahabat yang tidak menegur juga perlu menanggung dosa kerana tidak menyampaikan amanah dari Allah. Telah dinyatakan bahawa kita perlu membuat teguran dalam peringkat:

(1) Tegur dengan tangan jika terdaya.

(2) Tegur dengan mulut jika terdaya.

(3) Benci di dalam hati. Dan ini adalah selemah-lemah iman.

Jika tidak menegur kita sekurang-kurangnya perlu merasa benci di dalam hati. Bukankah hal ini menyusahkan orang lain?

Orang yang melihat

Sesiapa sahaja yang melihat dengan syahwat dan ghairah akan menanggung dosa penglihatan dan dosa hati. Setiap mata yang memandang walaupun hanya sehelai rambut akan membuatkan si wanita itu bertambah dosa berlipat kali ganda.

Jurufoto

Jurufoto yang mengambil gambar wanita bukan mahramnya yang tidak menutup aurat adalah berdosa. Dosanya akan bertambah apabila menyebarkan gambar itu dalam majalah, internet dan seumpamanya.

Penerbit surat khabar, majalah, blog dan sebagainya.

Mana-mana sahaja media yang memaparkan aurat wanita adalah berdosa. Tengok saja penulis blog gosip, majalah, surat khabar dan sebagainya. Semuanya dipenuhi dengan gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat. Kesemua orang ini menanggung dosa disebabkan oleh wanita yang tidak menutup aurat.

Penjual/ penyebar

Orang yang menjual majalah, gambar-gambar dan sesiapa sahaja yang menyebarkan gambar wanita yang tidak menutup aurat dalam FB, Tagged, Friendster, Myspace dan sebagainya turut menanggung dosa. Dalam Islam, apa sahaja yang haram adalah haram untuk dijual dan disebarkan.

Pembeli/ pembaca

Orang yang membeli dan membaca turut menanggung dosa. Sesiapa yang menyumbang dan memberi sokongan untuk kejayaan mereka-mereka yang mendedahkan aurat ini akan menerima saham dosa masing-masing. Kerana disebabkan merekalah golongan-golongan yang tidak menutup aurat ini semakin bangga dengan dosa-dosa mereka.

Inilah antara orang yang akan menanggung dosa kerana seorang wanita yang tidak menutup aurat. Tidak cukupkah senarai ini menjelaskan bahawa betapa perbuatan tidak menutup aurat itu akan menyusahkan orang lain? Itu belum termasuk orang-orang yang melihat dengan ghairah sehingga menyebabkan mereka berniat untuk merogol, mencarut, memaki-hamun, mengumpat tentang keburukan bentuk tubuh wanita itu dan banyak lagi kesan buruk yang perlu ditanggung disebabkan sikap sombong seorang wanita yang tidak menutup aurat.

Nauzubillah…............

Setelah membaca, mari kita renung-renungkan kembali berapa banyak dosa yang telah kita kumpulkan? Beristighfar dan bertaubatlah sebelum terlambat…....

Sebarkan artikel ini, semoga kita semua mendapat manfaat. InsyaAllah….Wassallam....

Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Wednesday, December 12, 2012

Sehari di Bagan Lalang

Sehari di Bagan Lalang(sory lambat post kat blog ni...sebab gambar2 banyak tak complete) ni sebenarnya adalah siri jelajah ride beramai-ramai(bukan ride ngan basikal tapi ride ngan moto) jalan2 cari makan ngan member2 office aku...saja suka2...just ride for fun...konvai ni diketuai oleh Brader Tam ngan ramai lg lah member2 office aku...motor yg paling kecik Yamaha Lagenda 110(ni moto aku sampailah yg paling besar motor Honda Goldwing..yg ni Brader Man Kassim yg punya...)mula berkumpul depan BURSA pukul 03:00pm dan start bergerak pukul 03:45pm...
Lokasi pertama adalah kat rumah Brader Faizal...rehat sambil minum petang dan bersolat Asar beramai-ramai...pada Brader Faizal terima kasih kerana menghidangkan hidangan petang untuk member2 BURSA semua...macam2 ada..sekitar jam 06:00pm konvai mula bergerak ke Bagan Lalang...aku pulak hanya dapat konvoi sama ngan member2 sampai rumah Brader Faizal ni aje...lepas tu terpaksa berpatah balik ke Kajang kerana malam tu adik aku ada buat gathering kat KDE Ampang...sory bro tak dpt layan sampai ke destinasi yg nak dituju...may be next time punya konvoi kita layan sampai habis...oklah jom kita layan gambar2 kat bawah ni...

antara member2 office aku yg turut serta pd konvoi Bagan Lalang...
tengah dok menunggu member2 yg lain yg belum sampai lg...

moto Honda Goldwing Brader Man...orang lain semua moto kecik2...brader ni lak bawak moto besar...janji bawa motor cc bawah 250 je..ni dah besar ni bro...next time gua naik ngan lu lah bro..rilek pun rilek...he he he..
antara moto2 yg terlibat dlm konvoi ke Bagan Lalang...
sebelum bergerak...Brader Tuan Hj Khairi membacakan sedikit doa selamat supaya perjalanan konvoi ni selamat dan di lindungi oleh Allah S W T...AMIN

anak aku pun turut serta dlm konvoi ni...dia bawa moto Kawasaki KSR 110...bolah tahan gak dia bawa moto ni...memanjang laju je...
tersesat...tak tau cam mana boleh tersesat lak ni...dah tu semua laju cam lumba moto GP je bawa moto masing2...lansung sesat...sebelum ni cakap bawa santai2 je...last2 nah ambik kau...semua nak jadi cam Stoner...lansung terlajak...


kat Petronas Kota Warisan.. regroup dan lepak tunggu Brader Faizal ambik gi rumah dia...


kat rumah Brader Faizal...bro.. terima kasih di atas segala layanan dan hidangan petang yg disediakan...menu semua sedap2...

cayalah lu bro...anak ayah...mana2 pegi pun ngan ayah...
06:00pm...bersiap sedia untuk ke destinasi terakhir...dan akhirnya sampai gak kenkawan aku kat Bagan Lalang...next trip nak konvoi kat mana lak Brader Tam...

Thursday, December 6, 2012

Kuala Kangsar


Gambar2 kat bawah ni masa aku ngan member2 office aku berkumpul kat BURSA untuk ke KUALA KANGSAR...aku gi sana sebab dapat pelawaan untuk mengadakan satu sesi perlawanan persahabatan bolasepak dengan MCKK( Malay College of Kuala Kangsar)...sebenarnya aku baru pertama kali jejakkan kaki aku kat KUALA KANGSAR ni...selalu dengar cite je...bandar yg masih mengekalkan ciri2 melayu lama dan banggunan2 serta rumah2 banyak yg masih mengekalkan ciri2 kemelayuan dan konsep rumah2 English...kalau ada masa mungkin aku akan singgah lg bawa family pulak...

sebelum berlepas ke Kuala Kangsar....
masa dalam perjalanan ke Kuala Kangsar....
singgah kat R n R Tapah jap...melepaskan dahaga...
 
Pekan Kuala Kangsar...tak besar mana pun..tapi menarik dan penuh dengan sejarah...
  Masjid Ubudiah Kuala Kangsar...
ngan member2 ...melapak kat luar perkarangan Masjid Ubudiah...

antara permandangan sekitar pekan Kuala Kangsar...

Sungai Perak...yang melintasi Pekan Kuala Kangsar...

persiapan sebelum perlawanan dimulakan...

selepas habis perlawanan...berjalan sekitar dataran Kuala Kangsar cari makan...penat yob...jenuh main bola..
tengah tunggu makanan...semua dah kepenatan..penat..letih..lapar..semua ada..
oklah geng ...next time ada cite lain kita layan lg...ASSALAMUALAIKUM....