Tuesday, August 5, 2014

Selamat Hari Raya

 
Rasanya belum terlambat utk aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya pada semua member2,pembaca2 setia blog yang tak seberapa ni dan pada seluruh umat islam khususnya...tahun ni giliran aku beraya kat kampong wife aku kat Pasir Panjang ,Sekinchan,Selangor...cuti pun panjang tak mcm tahun2 lepas..jadi tahun aku akan beraya atau dengan erti kata lain "betul2 punya raya" tak perlu kelam kabut terkejar-kejar nak balik sana nak balik sini..memang raya tahun ni best sebab dpt duduk lama sikit kat kampong..baik kat kampong wife aku ke...kampong aku ke..tak terkejar kejar..anak2 pun seronok dpt beraya lama sikit kat kampong... 
 
 
 
kat kampong Pasir Panjang..petang raya..anak bujang aku..happy semacam..
depan anjung tinjau...abg ipar aku yg buat anjung tinjau ni..taklah besar mana pun tp menarik muatlah 6 -7 orang kalau nak tidur kat atas ni..
 

 
collection abg ipar aku...dia ni tak pandai main music pun tp suka kumpul barang2 ni..
 


sebelum berbuka...menu kambing bakar ngan ayam panggang..menarikkkk
 


dari mula sampai habis...anak bujang aku yg layan memanggang...



suasana malam...riuh rendah suara anak2 aku ngan anak2 buah aku...naik pening atok dia orang...


 



suasana di pagi raya...bermulalah drama di Pagi Hari Raya...yang pastinya hanya berlaku setahun sekali..


 
wife aku...mak mentua aku ngan adik ipar aku...
 


yg ni sapa klau bukan aku...lovely couple ..moga berkekalan hingga ke akhir hayat..AMIN


 
ngan anak bongsu aku...




yg ni pulak ngan kakak dia...
 


abang ipar aku...
 


sesi bermaaf-maafan..sedih ada..pilu ada..kelakar pun ada..macam2 ragam ada...yg menangis teresak-esak ada...yg nak cakap tak kluar suara pun ada...yg diam tak tau nak cakap apa pun ada..layan jelah..gambar ni boleh menceritakan segala-galanya...



























gaya seorang abang long kawasan...



family foto...


free style...



sempat berselfie lg ngan anak dara aku...









kad raya ni hasil dari kreativiti anak bongsu aku...3 - 4 hari sebelum raya dia sibuk buat kad ni..aku sendiri pun tak tau dia buat kad ni nak bagi kat aku ngan mak dia..bila aku tanya"adik buat apa tu" dia jawab"adalah..mana boleh bagi tau ayah...nanti klau bagi tau ayah tak supriselah"



yg ni pulak masa aku blk  singgah kejap kat umah basuh baju2 kotor...sebelum aku meneruskan perjalanan raya aku kat belah kampong aku pulak...kat Kuala Pilah ngan Seremban..


 
akhir kata dari aku..raya2 juga...suka2 jugak tapi janganlah kita lupa segala usaha dan amalan seperti membaca Al Quran,,bersolat sunat,,berqiamulai,,bertahajud yang telah kita lakukan sepanjang Ramadhan kita teruskanlah amalan2 kita ini pada bulan2 yg mendatang ...moga segala apa yg kita lakukan sepanjang Ramadhan ni mendapat keberkatan dan diterima segala amalan kita...Insyallah...AMIN

Thursday, July 10, 2014

Bismillah Lima

Ertinya :

1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
2) Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
3) Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
4) Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
5) Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui



Bismillah 5 adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian.

Fadhilat Bismillah 5

Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut:
 
1. Menghalang jin dan syaitan
2. Terpelihara dari bahaya dan musuh
3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
4. Penawar penyakit gila meroyan.
5. Melegakan bengkak dan benjol.
6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Kaedah Merawat

  1. Letakkan tangan di tempat yang sakit.
  2. Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.
  3. Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.
  4. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
  5. Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.
  6. Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.
  7. Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.
  8. Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad  Sallallahu Alaihi Wasallam  dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.

Amalan Bismillah 5 

  1. Ayat ‘Bismillah 5’ ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat.
  2. Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 5’, sebanyak 33 kali setiap kali lepas solat.
  3. Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.
  4. Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang  oleh pengamal ‘Bismillah 5’.
  5. Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap.
‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis 

Friday, June 27, 2014

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak


 
Tirai Syaaban telah berlabuh,
Lambaian Ramadhan sudah tiba,
Luhur hati ikhlaskan amalan ibadah.
Selamat menunaikan ibadah puasa
Dan Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Memohon kemaafan dari hati yang
ikhlas atas kesalahan selama ini
Baik yang besar ataupun kecil.
Yang Nampak ataupun tak nampak
Dan kalau ada tersalah cakap atau menyakitkan hati
Harap dimaafkan.
 
SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA.(Nizam,Dila,Arief,Aizad,Fariesha,Farah)


Thursday, June 12, 2014

Sejarah Piala Dunia

KEJOHANAN Bola Sepak Piala Dunia adalah di antara kejohanan paling berprestij di dunia. Kejohanan empat tahun sekali ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang telah menjadikan sukan bola sepak sebagai sukan nombor satu masyarakat dunia.

Ia bermula pada tahun 1930 menerusi cadangan pengerusi FIFA ketika itu, Jules Rimet dua tahun sebelumnya. Uruguay telah menjadi tuan rumah pada edisi sulung kejohanan malah berjaya menjadi juara dengan menewaskan Argentina 4-2.

Pada tahun 1934, tuan rumah Itali berjaya merampas kejuaraan selepas mencatatkan kemenangan 2-1 menundukkan Czechoslovakia manakala Jerman memperolehi tempat ketiga apabila menewaskan Austria 3-2. Tidak cukup dengan itu, Itali mempertahankan kejuaraannya pada edisi 1938 di Perancis apabila membelasah Hungary 4-2.

Sebelum edisi 2014, Brazil pernah menjadi host piala dunia pada edisi 1950. Edisi ini menyaksikan suatu keunikan berlaku apabila tiada perlawanan akhir rasmi diadakan. Uruguay memiliki mata tertinggi dan kebetulan mencatat kemenangan 2-1 ke atas Brazil, maka terus dikira sebagai juara baru merampasnya daripada Itali sejak edisi 1938.

Pasukan yang dilihat konsisten ketika ini iaitu Jerman menjuarainya buat pertama kali pada edisi 1954 selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas Hungary. Perlawanan tempat ketiga dan keempat pula menyaksikan Austria menewaskan Uruguay 3-1.

Brazil memulakan penguasaannya dalam kejuaraan piala dunia bermula pada edisi 1958 dan 1962 yang masing-masing diadakan di Sweden dan Chile. Dalam edisi 1958, tuan rumah Sweden sekadar naib juara selepas tewas kepada Brazil manakala tuan rumah edisi 1962, Chile sekadar di tempat ketiga.

England, host piala dunia edisi 1966, menjadi juara selepas mengenepikan pasukan Jerman dengan kemenangan 4-2 selepas masa tambahan. Namun, Brazil kembali menguasai kejuaraan piala dunia apabila membelasah Itali 4-1 pada edisi 1970 yang dihostkan oleh Mexico.

Jerman dan Argentina, host edisi 1974 dan 1978, masing-masing mencatatkan kejuaraan selepas menundukkan Belanda dalam perlawanan akhir. Jerman menang 2-1 pada perlawanan akhir edisi 1974 manakala Argentina juga menewaskan Belanda 3-1 pada perlawanan akhir edisi 1978.

Edisi 1982, 1986 dan 1990 menyaksikan Jerman layak ke perlawanan akhir tiga kali berturut-turut namun tewas kedua-dua perlawanan masing-masing pada edisi 1982 kepada Itali 3-1 dan pada edisi 1986 kepada Argentina 3-2 kemudian akhirnya berjaya mencatatkan kejuaraan pada edisi 1990 dengan kemenangan 1-0 menewaskan juara bertahan ketika itu, Argentina.

Selepas Jerman yang layak pada perlawanan akhir bagi tiga edisi berturut-turut, kali ini giliran Brazil menunjukkan belangnya. Trio samba bermula pada edisi 1994 di AS selepas membenam Itali dengan sepakan penalty 3-2 selepas terikat tanpa jaringan. Edisi 1998 menyaksikan tuan rumah Perancis merampas kejuaraan Brazil dengan kemenangan 3-0 dan seterusnya Brazil sekali lagi berjaya ke perlawanan akhir dan menewaskan Jerman, edisi 2002 yang diadakan di benua Asia.

Edisi 2006 di Jerman menyaksikan pertembungan Itali dan Perancis di perlawanan akhir yang akhirnya memihak kepada Itali dengan sepakan penalty 5-3. Perlawanan akhir ini juga menyaksikan ZInedine Zidane menandukkan Kapten Itali, Materazzi dan akhirnya dilayangkan kad merah.

Edisi 2010 di Afrika Selatan menyaksikan Sepanyol mencatatkan kejuaraan pertama selepas menumpaskan Belanda menerusi gol tunggal jaringan Iniesta selepas tambahan masa. Ini merupakan preview ringkas mengenai sejarah kejuaraan piala dunia sejak ianya bermula.

Secara keseluruhannya, Brazil paling banyak merangkul kejuaraan piala dunia sebanyak 5 kali, Itali 4 kali manakala Jerman 3 kali. Argentina dan Uruguay masing-masing dua kali. England, Perancis dan Sepanyol hanya sekali mencatatkan kejuaraan piala dunia.

Edisi 2014 masih lagi menjadi tanda tanya? Pasukan manakah yang akan mencipta kemenangan dan pasukan manakah yang akan pulang awal. Segala-galanya akan bermula 12 Jun kelak. Debaran kian terasa…Credit harkahdaily

Monday, May 12, 2014

Friendly Game Kat Melaka

Game ni sebenarnya dah berlansung pada 14 April yg lepas tp lambat update...sibuklah sangat2..sampai member2 dok tanya bila nak update cite bola ni Zam..hari ni baru sempat nak buat cite pasal bola ni...
Game kali adalah kali yg kedua aku main kat Melaka...game pertama dulu aku main kat Stadium Tun Fatimah tahun 2012...kali ni aku main kat Stadium Kubu...stadium yg suata ketika dulu pernah menjadi kubu kuat team Melaka..tp sekarang dah tinggal kenangan je...stadium yg pernah melahirkan ramai pemain2 terkemuka Malaysia...
Stadium ni masih dijaga dengan baik...keadaan padang terbaik...tak rugi main kat sini...jom kita layan pic kat bawah ni...

aku tak taulah sampai bila rasanya aku akan terus main bola ni...bagi aku bola ngan aku ni dah sebati..tak kira cam mana pun klau ada game bola...aku pasti akan meluangkan masa aku kat bola tak kira main kat mana pun...


BURSA BULL football team...otai2 je ni...

rehat time..


full time...dengan keputusan team aku menang 1 - 0 ngan pasukan RHB Melaka..syabas bro...


perggghhhhh....penat tu bro...tak renti berlari dari awal sampai habis game...nak terkeluar lidah rasanya...
bagi aku ...bolasepak ni selagi ada kederat aku...aku akan terus bermain...dan terus bermain...