Tuesday, May 10, 2016

Hanya Tinggal Kenangan

Assalammualaikum kenkawan semua..lama rasanya saya tak mencoretkan sesuatu yang baru dalam blog saya ni..tak tau apa nak dicoretkan ..layan jelah pic2 ni...sebenarnya pic2 ni diambil dari halaman rumah saya yg tak seberapa..apa yg terpapar pada pic ini semuanya diusahakan oleh wife dan 2 orang anak dara sy..diaorang ni minat laman dari konsep English..sy cuma jadi tukang sibuk je...suruh buat tu kita buat...suruh buat ni kita buat...ikutkan jelah arahan ...tp seronok bila halaman rumah yang tak seberapa nak besar ni digubah menjadi sesuatu yang menyejukkan mata memandang...bila buka je pintu rumah penuh ngan pokok2 hijau yang sedang berbunga...memang kreatif wife ngan anak2 dara sy ni...tp semua ni tinggal kenangan je...nak tau kenapa hanya tinggal kenangan je ...teruskan membaca blog saya ni...sebelum tu layan jelah pic2 yang telah tersedia ni..
































































































Jumpa lagi pada episod akan datang kalau nak tau apa dah jadi ngan laman saya ni..see u..

Thursday, May 5, 2016

Nak Kongsi Dengan Kawan2 Cara Membuat Perut Six Pack di rumah

Memiliki perut Six Pack adalah idaman ramai lelaki kerana badan akan kelihatan lebih seksi dan bebas dari lemak degil. Ahaha! Wanita juga turut tak terkecuali ingin memiliki Six Pack atas faktor minat pada bentuk yang akan terhasil. Mungkin.
Bagaimana cara untuk memiliki perut six pack? Berikut cara membuat perut six pack boleh dilakukan dirumah dan taman permainan.
Hanging Hip Raise
WtHangHipRaise kempiskanperut buncit 6 pack 
1) Dapatkan ke bar dan menggantung dari bar dengan lurus senjata anda.
2) Mula kedudukan: membawa lutut dengan hip dilentur pada kira-kira 90 °.
3) Menjaga kembali tegas ditekan terhadap sokongan belakang, kaki perlahan-lahan lebih rendah.
4) Kembali ke kedudukan mula.
5) Jangan lupa untuk menjaga kepala dan belakang dalam kedudukan yang neutral. Pastikan perut ketat (tentera laut disediakan dalam ke arah tulang belakang) di seluruh pergerakan keseluruhan.
V-Up
v-up kempiskanperutbuncit 6 pack 
1) Mulakan kedudukan: Berbaring ke lantai atau bangku dengan lutut bengkok dan tangan diperluaskan ke arah siling. Kepala perlu berada dalam kedudukan neutral dengan ruang antara dagu dan dada.
2) Memimpin dengan dagu dan dada ke arah siling, kontrak perut dan meningkatkan bahu dari lantai atau bangku. Juga menaikkan kaki ke atas ke arah siling dan cuba untuk menyentuh tangan anda untuk kaki anda.
3) Kembali ke kedudukan mula.
Full Sit Up
full_sit-up kempiskanperut buncit perut 6pack 
1. Mula kedudukan: Berbaring ke lantai atau bangku dengan lutut bengkok dan tangan di belakang kepala. Pastikan siku belakang dan keluar dari penglihatan. Ketua perlu berada dalam kedudukan neutral dengan ruang antara dagu dan dada.
2. Mendahului dengan dagu dan dada ke arah siling, kontrak perut dan meningkatkan bahu dari lantai atau bangku sehingga anda duduk dalam kedudukan tegak.
3. Kembali ke kedudukan mula.
4 Jangan lupa untuk menjaga kepala dan belakang dalam kedudukan yang neutral. Hyperextension atau akhiran sama ada boleh menyebabkan kecederaan.
Selesai! Mudah kan. Amalkan setiap kali ada waktu yang terluang. Terus lakukan senaman yang kita rasakan mudah dahulu. Di galakkan untuk anda semua mencuba dan membuat secara konsisten bagi langkah-langkah yang dinyatakan di atas.
3 point rollout on ball
three_pt-fw-rl_exercise_ball kempiskan perut buncit 6 pack 
1. Letakkan lengan anda di atas bola dan kaki anda berlabuh di atas lantai.
2. Simpan batang anda dalam kedudukan yang selari dan menarik butang perut anda ke arah tulang belakang anda.
3. Perlahan-lahan memanjangkan senjata anda keluar dari badan anda dan kemudian membawa mereka kembali ke arah dada anda.
4 Jangan biarkan pinggang anda jatuh di bawah selari. Jika ini berlaku tidak melanjutkan tangan anda sejauh. Senjata anda hanya perlu diperluaskan sejauh yang anda boleh tanpa menjatuhkan pinggul anda di bawah selari.
Bench Reverse Crunch
bench crunch kempiskan perut buncit 6pack 
1. Mula dengan berbaring di atas belakang anda dan memegang bangku dengan tangan anda di atas kepala anda.
2. Menyimpan lutut bengkok 90 darjah ke kiri sehingga kaki anda dari tanah dan membawa lutut anda dan ke arah bahu anda.
3. Jarak anda membuat gerakan harus agak jauh supaya pinggul anda curl kembali ke arah bahu anda juga. Angkat kaki dan pinggul anda dengan kawalan bagi mengelakkan pergerakan tersentak-sentak yang mewujudkan momentum.
4 Kembali ke kedudukan permulaan dan ulangi untuk ulangan dikehendaki.
Push Up Superman
push up superman kempiskan perut buncit 6pack 
1. Mula gerakan dalam kedudukan badan ke bawah. Menaikkan tangan kanan dan kaki kiri di luar dan ke atas Kembali ke kedudukan permulaan dan ulangi dengan tangan yang lain dan kaki. Pegang setiap lif selama 1-2 saat.
Belly Blaster
belly blaster kempiskanperutbuncit 
1. Mula dalam kedudukan papan dengan siku anda dan lengan di atas tanah, selari badan anda ke lantai dan sehingga pada jari kaki anda.
2. Pastikan butang perut anda adalah ditarik dalam ke arah tulang belakang anda dan meningkatkan pinggul anda ke udara dan tahan untuk 1 kiraan kedua.
3. Kembali ke permulaan dan berulang untuk bilangan yang ditetapkan ulangan.
Air Bike Crunches
Air Bike crunches kempiskan perut buncit 
1. Mula dengan berbaring di atas belakang anda dengan tangan anda di belakang anda dan paha membongkok 90 darjah pada pinggul anda.
2. masa yang sama curl bahu kanan dan lutut kiri ke arah pusat badan anda sehingga siku anda dan sentuh lutut. Kembali ke kedudukan permulaan dan ulangi dengan sisi lain.
3. Sentiasa mengulangi corak ini untuk ulangan yang ditetapkan.
Burpees
Burpees kempiskan perut buncit perut 6 pack 
1. Dari kedudukan berdiri, melompat setinggi mungkin dan mendarat di atas kaki anda dengan tangan anda di atas tanah.
2. Kick kaki anda kembali. Seketika anda akan berada dalam kedudukan push up dan melompat kembali semula secepat yang mungkin.
3. Ulang untuk ulangan yang diperlukan
Janda Sit Up
Janda sit up kempiskan perut buncit perut 6 pack 
1. Latihan ini dilakukan dengan duduk di kaki yang normal kedudukan situp rata di atas tanah tetapi bersungguh-sungguh mengetatkan hamstrings dan glutes.
2. Ini akan menyebabkan flexors pinggul untuk tidak aktif dalam proses yang dipanggil perencatan bersaling yang pada asasnya bermakna bahawa otot bertentangan dengan yang dikontrakkan akan berehat.
3. Seperti yang anda memulakan senaman yang mengisi paru-paru anda dengan udara dan dalam 3-5 kiraan pendakian kedua perlahan, perlahan-lahan menghembus nafas.
4 Kembali ke kedudukan permulaan dan ulangan.
SELAMAT MENCUBA
Kredit to kempiskanperutbuncit.wordpress.com
Assallamuallaikum semua
..lama rasanya sy tak mencoretkan apa2 dlm blog sy ni..hampir dua(2) tahun tanpa sebarang berita dan perkembangan ..itu pun sejak ada macam2 gajet kat luar sana ..dan macam2 application ada..fb..wassap..twitter..telegram dan macam2 lg lah kemudahan semuanya berada di hujung jari..mudah sampai lupa nak update blog...
ok nanti kita jumpa lagi dgn cerita2 terkini

Saturday, January 31, 2015

CUCU vs NENEK

Cucu: hai nek..tengah buat ape tu..? 
 
Nenek: cari daun palas ni haa.. 
 
Cucu: utk apa daun palas nek..? 
 
Nenek: utk buat ketupat.. 
 
Cucu: ketupat utk apa nek..? 
 
Nenek: utk makan nanti 
 
Cucu: ohh...Skarang nenek buat apa..? 
 
Nenek: cari daun palas.. 
 
Cucu: utk apa ah..?? 
 
Nenek: mau buat ketupat dah cakap tadi kan.. 
 
Cucu: ketupat tu utk apa nek..? 
 
Nenek: utk makan la..Takkan utk melastik pulak.. 
 
Cucu: ohh gitu.. 
 
Nenek: dah laa pegi main sane..jgn kacau nenek.. 
 
Cucu: kenapa..? 
 
Nenek : sbb nenek sibuk... 
 
Cucu: sibuk buat apa..?? 
 
Nenek: cari daun palas laa kan da cakap tadi.. 
 
Cucu: daun palas utk..?? 
 
Nenek: utk buat KETUPAT KETUPAT KETUPAT..!!! 
 
Cucu: nenek ckp dgn sape tu..?
 
Nenek: dgn kau la..!! 
 
Cucu: nape menjerit..? sy dekat jew pon. 
 
Nenek: sbb kau tak pandai faham2..Tak pakai mata utk tgok org tgah buat kerja... 
 
Cucu: buat keja apa..?? 
 
Nenek: arrrrrghhhhhhhh!!!CARI DAUN PALAS laa bodoh..!!! 
 
Cucu : utk ape..??
 
Nenek : bodoh nyee cucu aku nih.. Utk makan..!!! 
 
Cucu : ada beras kat rumah , nape nenek nak makan daun palas pulak..? 
 
Nenek : cucu ku yg paling kiut , pandai n hensem... Sebelum aku dpt strok baik kau biar aku buat keje cari daun palas..jangan kacau taw..!!! 
 
Cucu : yg betul2 nye ni nenek nak cari daun palas kew atau cari strok..? Strok tu ape..? Dia hijau jugak mcm daun palas..? 
 
Nenek : adoi banggang nye tanak phm..!!! 
 
Cucu: tanak..? sy cucu laa nek bukan anak nenek.. nenek stress kew nek..?? 
 
Nenek : yew aku stress..!! aku sakit kepala..!! aku mau gila..! Aku stress stress stress...!! 
 
Cucu : kalo cari daun palas boleh stress , nape nenek masih juga mau cari..? 
 
Nenek : CUKUP !!! JANGAN TANYA LAGI..!!! BAGUS KAU BALIK RUMAH SKARANG..!!!! 
 
Cucu : haa ok la .. Nenek tanak ikut balik..?? 
 
Nenek : tidak..! aku ada kerja..!! 
 
Cucu : kerja apa..? 
 
Nenek : cari daun palas 
 
Cucu : utk ape daun palas ah..?? 
 
Nenek: arrgghhh..!!! Tidak..!! Tidak..!!!! Tidak..!!!!!!!! 
 
*Terus nenek dia lari laju2 , tak tengok belakang pun.. Kalau korang nmpak org tua masih lari2 , jgn ckp pasal daun palas ahh..
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Seruling Sakti

Pada zaman dahulu terdapat sebuah pekan kecil yang sangat cantik terletak di kaki bukit. Pekan tersebut di kenali Hamelyn. Penduduk di pekan tersebut hidup dengan aman damai, tetapi sikap mereka tidak perihatin terhadap kebersihan. Pekan tersebut penuh dengan sampah sarap. Mereka membuang sampah di merata-rata menyebabkan pekan tersebut menjadi tempat pembiakan tikus. Semakin hari semakin banyak tikus membiak menyebabkan pekan tersebut dipebuhi oleh tikus-tikus.
Tikus-tikus berkeliaran dengan banyaknya dipekan tersebut. Setiap rumah tikus-tikus bergerak bebas tanpa perasaan takut kepada manusia. Penduduk di pekan ini cuba membela kucing untuk menghalau tikus dan ada diantara mereka memasang perangkap tetapi tidak berkesan kerana tikus terlampau banyak. Mereka sungguh susah hati dan mati akal bagaimana untuk menghapuskan tikus-tikus tersebut.
Musibah yang menimpa pekan tersebut telah tersebar luas ke pekan-pekan lain sehinggalah pada suatu hari seorang pemuda yang tidak dikenali datang ke pekan tersebut dan menawarkan khidmatnya untuk menghalau semua tikus dengan syarat penduduk pekan tersebut membayar upah atas kadar dua keping wang mas setiap orang. Penduduk di pekan tersebut berbincang sesama mereka diatas tawaran pemuda tadi. Ada diatara mereka tidak bersetuju oleh kerana mereka tidak sanggup untuk membayar upah yang sangat mahal. Setelah berbincang dengan panjang lebar akhirnya mereka bersetuju untuk membayar upah seperti yang diminta oleh pemuda itu kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain.
Keputusan tersebut dimaklumkan kepada pemuda tadi, lalu dia mengeluarkan seruling sakti dan meniupnya. Bunyi yang keluar dari seruling itu sangat merdu dan mengasik sesiapa yang mendengarnya. Tikus-tikus yang berada dimerata tempat didalam pekan tersebut mula keluar dan berkumpul mengelilinginya. Pemuda tadi berjalan perlahan-lahan sambil meniup seruling sakti dan menuju ke sebatang sungai yang jauh dari pekan tersebut. Apabila sampai ditepi sungai pemuda tadi terus masuk kedalamnya dan diikuti oleh semua tikus.Tikus-tikus tadi tidak dapat berenang didalam sungai dan semuanya mati lemas.
Kini pekan Hamelyn telah bebas daripada serangan tikus dan penduduk bersorak dengan gembiranya. Apabila pemuda tadi menuntut janjinya, penduduk tersebut enggan membayar upah yang telah dijanjikan kerana mereka mengangap kerja yang dibuat oleh pemuda tadi tidak sepadan dengan upah yang diminta kerana hanya dengan meniupkan seruling sahaja. Pemuda tadi sangat marah lalu dia menuipkan seruling saktinya sekali lagi. Irama yang keluar dari seruling itu sangat memikat hati kanak-kanak menyebabkan semua kanak-kanak berkumpul di sekelilingnya. Satelah semua kanak-kanak berkumpul pemuda tadi berjalan sambil meniupkan seruling dan diikuti oleh semua kanak-kanak. Pemuda itu membawa kanak-kanak tersebut keluar dari pekan Hamelyn. Setelah Ibu Bapa menyedari bahawa mereka akan kehilangan anak-anak, mereka mulai merasa cemas kerana kanak-kanak telah meninggalkan mereka dan mengikuti pemuda tadi. Mereka mengejar pemuda tadi dan merayu supaya menghentikan daripada meniup seruling dan memulangkan kembali anak-anak mereka. Merka sanggup memberi semua harta benda yamg ada asalkan pemuda tersebut mengembalikan anak-anak mereka.
Rayuan penduduk tidak diendahkan oleh pemuda tadi lalu mereka membawa kanak-kanak tersebut menuju kesuatu tempat dan apabila mereka sampai disitu muncul sebuah gua dengan tiba-tiba. Pemuda tadi mesuk ke dalam gua itu dan diikuti oleh kanak-kanak. Setelah semuanya masuk tiba-tiba gua tersebut gaib dan hilang daripada pandangan penduduk pekan tersebut. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa oleh kerana mereka telah memungkiri janji yang mereka buat. Merka menyesal diatas perbuatan mereka tetapi sudah terlambat. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.
Sehingga hari ini penduduk pekan Hamelyn tidak melupakan kesilapan yang dilalukan oleh nenek moyang mereka. Menepati janji adalah pegangan yang kuat diamalkan oleh penduduk pekan Hamelyn sehingga hari ini.
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Tuesday, January 6, 2015

2015

Assalamuallaikum dan salam sejahtera pada semua pembaca blog ini dan selamat tahun  baru 2015 juga diucapkan ..2014 yang baru saja beberapa hari berlalu adalah tahun yang penuh dengan cerita suka dan duka...sedih dan lara...penuh dengan kontroversi...
kejadian kehilangan kapalterbang MAS MH370...yang sehingga kini masih belum ada apa2 perkembangan terbaru..macam2 spekulasi yang kita dengar..tak tau yang mana betul..yang mana tak betul...yang mana kita boleh percaya dan yang mana kita tak boleh percaya...
belum habis cerita pasal MH370 timbul pulak cerita sebuah lagi kapalterbang MAS MH17 ditembak di sempadan Ukraine/Rusia...takde seorang pun diantara krew dan penumpang yang terselamat...dan timbul juga bermacam-macam cerita...bermacam-macam spekulasi...
dan yang terbaru di penghujung tahun sebelum tertutupnya tirai 2014 kita dikejutkan pula dengan satu lagi cerita iaitu sebuah kapalterbang penerbangan tambang murah AIR ASIA Indonesia QZ8501 terhempas di lautan Indonesia dipercayai akibat daripada keadaan cuaca yang buruk...juga tiada seorang pun diantara krew dan penumpang yang terselamat..
satu lagi peristiwa yang mengejut kita di penghujung tahun 2014 ini ialah musibah banjir yang melanda hampir kesemua negeri di Malaysia dan yang paling teruk dilanda banjir ini ialah Kelantan,Terengganu dan Pahang...
Antara sedar tak sedar...terfikirkah kita ...adakah musibah ini satu peringatan dari Tuhan untuk kita mengusabah diri kita...untuk kita perhatikan siapakah diri kita.. tentang kekuatan diri kita..tentang kelemahan diri kita...tentang kekuatan Iman kita...terkadang kita rasa kita telah sempurna ...terkadang kita rasa kita hebat dari segala-galanya dan terlupa sebenarnya ada yang lebih hebat dari kita iaitu tuhan kita ALLAH SWT ....
perancangan Tuhan sebenarnya melebehi dari perancangan kita...kita terlalu kecil dan lemah disisi Tuhan...
Dari itu di tahun 2015 ini marilah sama2 kita mendekatkan diri kita dan perbanyakkan mengingati Tuhan..amalkanlah segala perintahNYA...tinggalkanlah segala laranganNYA...mudah2an kita mendapat berkat dan rahmatNYA...Amin....

Tuesday, December 23, 2014

CERITA PENGEMIS DAN ISTERI CANTIK

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka."Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.
 
Dalam hatinya berkata "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.
 
Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.
 
Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.
 
Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suamiya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.
 
Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. "Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!".
 
Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya diatas. Ada masa ketikanya kita akan turun kebawah dan naik semula atau sebaliknya.
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
"Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan".
Anas b. Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda bermaksud :
"Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya".  
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Thursday, December 4, 2014

Petani dan mata air ajaib...

Alkisah, seorang petani menemui sebuah mata air ajaib. Mata air itu boleh mengeluarkan kepingan wang emas yang tak terhingga banyaknya. Mata air itu boleh membuat si petani menjadi kaya raya seberapapun yang diinginkannya, sebab mata air wang emas itu hanya akan berhenti bila si petani mengucapkan perkataan “cukup”. Seketika si petani terpana melihat kepingan wang emas berjatuhan di depan matanya.

Diambilnya beberapa baldi untuk menampung wang percuma itu. Setelah semuanya penuh, dibawanya ke pondok kecilnyanya untuk disimpan disana. Pancuran wang terus mengalir sementara si petani terus mengisi semua karungnya, seluruh tempayannya, bahkan mengisi penuh rumahnya.


Masih kurang! Dia menggali sebuah lubang besar untuk menimbun emasnya. Belum cukup, dia membiarkan mata air itu terus mengalirkan wang emas hingga akhirnya petani itu mati tertimbus bersama ketamakannya kerana dia tak pernah boleh berkata cukup.

Perkataan yang paling sukar diucapkan oleh manusia kemungkinan adalah perkataan “cukup”. Bilakah kita boleh berkata cukup? Hampir semua pegawai merasakan gajinya belum boleh dikatakan sepadan dengan kerja kerasnya.

Peniaga hampir selalu merasakan keuntungan perniagaanya masih di bawah target. Isteri mengeluh suaminya kurang beri perhatian padanya. Suami berpendapat isterinya kurang mengerti kehendaknya. Anak-anak menganggap orang tuanya kurang murah hati.

Semua merasa kurang dan kurang. Bilakah kita boleh berkata cukup?

Cukup bukanlah pasal berapa jumlahnya. Cukup adalah persoalan kepuasan hati. Cukup hanya boleh diucapkan oleh orang yang boleh bersyukur. Tak perlu takut berkata cukup.

Mengucapkan perkataan cukup bukan bererti kita berhenti berusaha dan berkerja. “Cukup” jangan diertikan sebagai keadaan berpuas hati.

Mengucapkan perkataan cukup membuat kita melihat apa yang telah kita terima, bukan apa yang belum kita dapatkan. Jangan biarkan kerakusan manusia membuat kita sukar berperkataan cukup. Belajarlah mencukupkan diri dengan apa yang ada pada diri kita hari ini, maka kita akan menjadi manusia yang berbahagia.

Belajarlah untuk mengucapkan perkataan “Cukup” .

Kredit to ceritapermatahati....

Thursday, November 27, 2014

Cerpen...Mana Mak

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Ps: Ingat, kita cuma ada 1 sahaja ibu dan ayah di dunia ini. Jangan sampai apabila mereka sudah tiada, barulah kita hendak menangis.

Kredit to ceritapermatahati..