Monday, January 4, 2010

Putra Jaya

Suatu ketika dahulu.......
Route : TKP24 - PUTRA JAYA -TKP24
Start Time : 0800am
Distance : 50km+-
Riding Hours : 2.5 hours
Averange Speed : 25 -30km/h
Riders : Trexia - Banzai - Sedi - Trek - Gaweng
Ride masa kat putra jaya..cameraman yg ambik gambar masa ni ialah sifu Rashid..dengan camera baru NIKON D90..layan........

melepak dan melayan mata....masa ni ada beberapa kumpulan rider mtb dan road...ramai dan meriah...

antara rider2 TKP24 dari kiri Gaweng-Banzai-Sedi-Trek-Trexia(aku lah tu)


antara pemandangan2 menarik disekitar Putra Jaya...


macam pelumba antarabangsalah pulak rasanya.....

semua pelumba sedang memecut...mcm real2 je...

pecutan ke garisan penamat....dan pemenangnya.....lu tengoklah sendiri.....



antara gambar2 yang paling menarik dan cantik jugak...kalau nak dikira cantiklah...maklumlah NIKON D90....terima kasih bro Rashid

Sunday, January 3, 2010

Kayuhan Berkumpulan Tahun Baru

Date : 02 Jan 2010
Route : TKP24 - MARDI - UPM -TKP24
Start Time : 0800am
Distance : 50km+-
Riding Hours : 3 hours
Averange Speed : 25 -30km/h
Riders : Trexia - Sifu Rashid - Banzai - De luca - Gen2 - (Pak Brahim - Brother Zul)

Pagi tu aku ngan geng2 TKP24 sebenarnya merancang nak ride gi Mantin...tapi sebelum ride bermula aku tanya pada de luca ngan gen2..."betul ke kauorang nak ride gi Mantin atau kita gi Putra Jaya je"...terus gen2 jawab "kita gi putra jaya je lah...ni dah lama tak kayuh ni"...apalagi teruslah kita orang ke destinasi yg di rancang...dlm perjalanan sampai kat UNITEN..sifu rashid call pak brahim..tanya dia kat mana...dia cakap dia kat serdang n on the way nak gi putra jaya...tau kita orang nak gi sana dia suruh tunggu...sampai je pak brahim kat UNITEN...pak brahim tanya nak ride kat UPM tak...kat sana dia cakap loop dia cantik tak da kete...kita orang pun tak kisah..walaupun terpaksa ubah destinasi sekali lagi...so apalagi jalan jelah....

musibah pertama....tayar gen2 pancit kat tol sg balak...

kat dalam kawasan MARDI....tengah tunggu rider2 yg lain....

berehat ambik angin jab...sebab lepas ni pak brahim cakap kita kena layan beberapa bukit...


dalam kawasan UPM selepas melepasi MARDI dan selepas melayan 4 bukit satu kat MARDI 3 kat UPM...nak kram kaki dibuatnya layan pak brahim ni...walaupun dah berumur tapi cukup bertenaga...naik bukit selamba je...siap boleh borak lagi...."cayalah lu otai" next time kita jumpa lagi....

Friday, January 1, 2010

Kayuhan Duet Tahun Baru

Date : 01 Jan 2010
Route : TKP24 - Highway Sg Long - TKP24
Start Time : 0730am
Distance : 13km
Riding Hours : 60 minutes
Average Speed : 15 - 20km/h
Sempena tahun baru...aku memulakan kayuhan pertama ngan wife aku sekitar highway Sg long..route yg selalunya ramai rider2 beginner(bukan beginner je..yg dah selalu kayuh)pun mengeluh gak sebab tak tahan nak melayan bukit 3 beradik...aku pun cuak gak ngan wife aku takut2 dia tak lepas...maklumlah ni first time aku bawak dia kayuh kat situ...tapi alhamdullillah berjaya gak dia melepasi halangan pertama bukit 3 beradik dengan selamba walaupun kelajuan semasa mendaki cuma 6km/h...halangan seterusnya bukit landai kat persimpangan kajang perdana ke Sg Long...pun berjaya gak...walaupun berkali-kali dia tanya kat aku "bang ada berapa banyak bukit lagi ni bang....lutut dah gigil ni" aku jawab "ada 2 lg".......tapi alhamdullillah semua lepas walaupun dengan kelajuan yang tak seberapa...


pemandangan bukit 3 beradik dari puncak persimpangan Kajang Perdana...huhhhhh letih tu bro..sayup2 je......

wife aku...dengan seluruh kederat yg ada akhirnya berjaya menyudahkan halangan pertama...

keletihan jelas terpancar kat wajah co pilot aku...jangan mengalah sikit je ni...

di persimpangan kajang perdana memasuki highway sg long

antara permandangan di sekitar highway Sg Long.......



Wednesday, December 30, 2009

Liverpool FC

Liverpool....sebut je pasal liverpool semua orang tau..semua orang kenal..Liverpool adalah kelab yg pertama aku kenal...bila aku mula2 start main bola sekitar tahun 1979..masa tu umur aku 9 tahun baru darjah 3...dan aku terus menjadi penyokong liverpool sampai la ni(ni kira penyokong fanatik gak lah ni)..bagi aku liverpool adalah lagenda bolasepak dunia dan adalah yg terbaik dengan kelas mereka yang tersendiri..dan sering dicemburui oleh pesaing2 dari kelab2 ternama yang lain...








Gambar ni aku ambik masa kat office aku...

Lagenda bolasepak liverpool IAN RUSH....penggempur yg mempunyai penyudah terbaik..


Skuad lagenda......

Thursday, December 17, 2009

MAAL HIJRAH

Kepada semua para pembaca blog ini di ucapkan..
Salam Maal Hijrah 1431H,
“Menjana Ummah Gemilang”
&
Selamat Menyambut Tahun Baru 2010M,
"Ke Arah Malaysia Baru"
Semoga Allah Mengampuni Segala Dosa Kita Di Tahun Lalu
& Memberkati Hidup Kita Di Tahun Ini..
Kullu Aam Wa Antum Bikhair..
May Allah Bless You..
Have a Nice day..
..:: You’ll Never Walk Alone ::..

Tuesday, December 1, 2009

Cuti

Tak tau nak buat apa..aku bagi tau kat wife aku "jom balik kampung jelah"..wife aku apalagi jom jelah...mula2 tu plan nak gi kelantan atau Melaka tapi disebabkan asyik hujan je manjang..terpaksa tukar plan...balik kampung........kat kampung pun hujan tapi sempat gaklah bawak anak2 gi ke laut dan melawat sawah bendang..tunjuk kat anak2 cammana rupa padi..jangan tau nak makan nasi je tapi tak tau rupa padi sebelum jadi beras.....

ni masa aku gi laut...kampung wife aku ni laut dia tak berapa nak cantik maklum jelah tempat nelayan...jadi laut dia agak berlumpur...klau nak ikan yg fresh datanglah kat kampung wife aku kat pasir panjang,sekinchan...mcm2 khazanah laut ada.....

sempat gak aku snap gambar anak2 aku tengah posing kat tepi laut...masa ni anak aku no 3 tak ikut sebab dia gi ikut mak cik dia kat a famosa,melaka....



lautan yg luas terbentang....salah satu dari keindahan ciptaan tuhan....

permandangan sawah padi yang luas terbentang.....seluas saujana mata memandang

padi yang hampir nak masak............


anak aku tengah berposing ngan gaya tersendiri.....

aku pun nak posing gak......amacam ada gaya tak.....

Wednesday, November 25, 2009

Aidiladha

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...MUDAH-MUDAHAN DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI...AMIN.(Nizam,Dila,Arief,Aizad,Fariesha,Farah)

Sunday, November 22, 2009

Kompang

Persembahan kompang sekolah anak aku kat Putra Jaya..persembahan ni sempena hari perkahwinan sapa ntah...aku pun tak tahu...aku masa tu jadi diorang punya driver...
anak aku bergambar berlatarbelakangkan "PALACE OF JUSTICE".....huhhh...segak mcm tuan hakim...
bergambar kenangan bersama-sama ngan member n Cikgu diorang.....


PALACE OF JUSTICE............

Monday, November 16, 2009

Penyampaian Hadiah

Malam tadi tadika tempat anak aku belajar mengadakan hari Penyampaian Hadiah untuk murid2 5 dan 6 tahun...mlm tu anak aku ada buat persembahan untuk nyanyian beramai-ramai dan tarian belle..punyalah excited sampai tak sabar-sabar...walaupun persembahan bermula pkl 8 mlm tapi dari pagi asyik tanya "ayah...bila nak pegi ni...sekarang dah pukul berapa ni..karang adik lambat kang"...punyalah excited...budak2lah katakan...apa yang diorang tau...tau nak cepat je...seronok jadi budak2 ni...teringat aku masa zaman budak2 dulu...pada mak ayah yang ada anak2 yang sebaya anak aku ni...jangan disekat zaman kanak2 diorang..biarkan diorang dengan dunia kanak2 diorang...cuma apa yang kita perlu buat pantau pergerakan mereka...rugi kalau zaman kanak2 diorang disekat....


petang sebelum bermula Penyampaian Hadiah...

mlm masa persembahan..anak aku ngan pakaian belle dia...cantik posing..merahnya gincu mak ngah...