Monday, August 29, 2011
Selamat Hari Raya
Friday, July 29, 2011
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak pada semua member-member dan riders-riders yang mengenali diri ini...dan tak lupa juga kepada para pembaca blog yang sudi menjengahblog yang tak seberapa ini...
Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.
Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah.
SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA.(Nizam,Dila,Arief,Aizad,Fariesha,Farah)
Wasalam
Tuesday, July 26, 2011
Semalam di Thailand
Sebenarnya aku gi Thailand ni menemankan adik perempuan aku menguruskan dokumen kematian suami dia(adik ipar aku...)yang telah kembali kerahmatullah 2 minggu lalu kat Songkla...aku gi sana hari ahad lepas 23 Jul ...pegi bertiga sorang lg member adik aku(kepala minah ni memang gila2...taklah sunyi sepanjang perjalanan gi sana...)ni adalah kali pertama aku sampai kat Thailand...melalui Bukit Kayu hitam dengan jarak sejauh 1650km pergi dan balik...pegi bawak keta bro...penatlah gak...tapi adik aku punya pasal...kenalah aku ikut...dah jadi tanggungjawab aku utk memastikan keselamatan dia...semalam aku kat sana sempat gak aku snap gambar utk dijadikan cite kat blog ni....
Thursday, July 14, 2011
Dalam Kenangan
Antara gambar2 arwah yg ada pd aku utk dijadikan tatapan pelepas rindu...
gambar tahun 2007...arwah bersama isteri tersayang(adik perempuan aku) dan anak lelaki arwah...
kat Pantai Cahaya Bulan,Kelantan...tahun 2007...
kat Kuala Terengganu 2007...
kenangan kat Penang tahun 2009...cuti masa tahun baru cina...
kenangan beramai-ramai ngan arwah masa raya tahun 2007 kat Cheras Baru...
gambar ni masa celebrate hari jadi anak arwah(Adam Danish) kat Istana Bambo..Hulu Klang... 22 Jun 2011...
kenangan beramai-ramai kat Istana Bambo bertarikh 22 Jun 2011...
makan malam terakhir 2 hari sebelum arwah pergi buat selama-lamanya bertarikh 7 Jul 2011 semasa menyambut hari lahir anak buah aku kat Kelab Darul Ehsan...pergi yg tak akan kembali lagi...semoga rohnya akan bersemadi dengan aman dan ditempatkan bersama-sama orang2 yg beriman...AMIN dan AL-FATIHAH sekali lg buat arwah...Pada kita yg masih hidup ini...ingatlah MATI itu pasti akan datang...jadi gunakanlah peluang umur yg masih ada ini sebaik mungkin untuk kita beramal dan mengingati tuhan yg telah menciptakan kita dan seluruh alam maya ini...mudah2an kita mendapat hidayat dan petunjuk dariNYA...AMIN.....
Wednesday, July 6, 2011
Senaman untuk Kesihatan
Senaman merupakan satu aktiviti yang mudah dilakukan. Ia perlu dilakukan secara berterusan dan patut menjadi sebahagian amalan harian baik golongan remaja sehingga tua. Walaubagaimanapun sebelum bersenam, anda harus memikirkanbeberapa aspek seperti menjalani pemeriksaan doktor jika anda;
a) Berumur lebih 35 tahun dan tidak bersenam secara regular sebelum ini.
b) Tidak pasti mengenai status kesihatan atau keadaan anda.
c) Mempunyai sejarah perubatan seperti penyakit jantung, masalah paru-paru dan sebagainya d) Obes atau lebih berat badan.
1) Mengurangkan paras gula dan lemak di dalam badan.
2) Membaiki pengaliran darah dalam sistem saluran darah tubuh.
3) Mengawal berat badan.
4) Menguatkan jantung.
5) Mengurangkan tekanan jiwa.
6) Membuat anda lebih cergas dan bertenaga.
7) Membolehkan anda tidur dengan nyenyak.
Senaman harus dijalankan dengan betul dan regular. Ia juga harus seimbang dengan jumlah makanan yang kita ambil. Senaman hendaklah dijalankan 3 ke 4 kali seminggu selama sekurang-kurangnya 30 minit agar mendapat senaman yang berkesan. Senaman setiap hari juga adalah yang terbaik.Pilihlah senaman yang sesuai dengan tahap kesihatan anda.
Secara amnya terdapat 3 fasa senaman iaitu;
Fasa Pertama -Senaman selama 5 - 10 minit untuk memanaskan badan seperti pergerakan bebas dan senaman regangan. Ini bertujuan untuk menyediakan tubuh dengan aktiviti yang lebih tinggi.
Fasa Kedua -Ini merupakan senaman yang sepatutnya iaitu selama 20 hingga 30 minit. Contohnya berjoging, berbasikal, bermain badminton, bersenam dan sebagainya
Fasa Ketiga -Ia sama seperti senaman fasa pertama iaitu untuk menyejukkan badan. Ia bertujuan untuk mengelakkan kecederaan otot. Senaman ini juga mengambil masa 5 hingga 10 minit.
PETUA-PETUA UNTUK SENAMAN:
1. Sebelum memulakan aktiviti senaman, dapatkan nasihat doktor.Pastikan dimana tahap kecedasan anda.
2. Mulakan senaman yang ringan mengikut kemampuan anda dan tingkatkan dari masa ke semasa.
3. Pakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai.
4. Jangan duduk terus selepas anda berhenti bersenam.
5. Kekuatan senaman harus mencapai tahap kadar nadi 120 - 150 kali seminit.
6. Jangan bersenam jika paras glukosa dalam darah anda tinggi atau kira-kira 2 jam selepas makan.
7. Jangan bersenam jika anda sakit atau berasa kurang selesa.

